Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Thursday, March 10, 2011

Salam Pilihan Mama

Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang melewati laman blog ini, Kak Umie mengucapkan salam  perkenalan. Ini adalah pertama kali Kak  Umie mencoretkan sesuatu. Hajat untuk mempunyai laman blog sendiri memang sudah lama, tetapi disebabkan keadaan masa yang selalu tidak mengizinkan, maka lamalah niat itu tertangguh..

Pilihan Mama...hhmm...karya pertama Kak Umie dalam bentuk novel. Ianya adalah kesinambungan dari cerpen Kak Umie yang pernah tersiar dalam majalah Mingguan Wanita beberapa tahun dahulu.

Kak Umie selalu teringat-ingat akan hero dan heroinnya, Aiman dan Adila yang rasa begitu ngam  dan sebati dengan jiwa Kak Umie untuk beberapa tahun itu. Itu sebabnya....ianya di panjangkan  di dalam sebuah novel.

Realiti sebenar kehidupan  Aiman ,Mama, Adila, Dr Mia   dan ayahnya , memang wujud , dan ianya bukan sekadar imginasi semata-mata.......Itu adalah sebahagian dari kehidupan yang dilalui oleh Kak Umie. Bukan istimewa sangat pengalaman itu, tetapi Kak Umie  berbesar hati juga untuk berkongsi cerita bersama orang lain....sebab itu sahaja yang dimiliki oleh Kak Umie untuk diberikan - Kak Umi tidaklah terlalu berharta, tak glamer, tak cantik, tak pandai dan berbagai-bagai 'tak' lagilah....sehingga tidak tersenarai....ahaks...

Sudi-sudilah untuk dapatkan naskah Pilihan Mama....untuk mengetahui kisah Aiman dan Adila Aishah seterusnya. Dan siapa pula Dr Mia Khadijah di antara mereka ?