Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Thursday, March 21, 2013

Tidak Pernah Sesal, 18



            ‘AZEEM, Hana tak dapat temankan waktu lunch nanti. Sibuk sangat. Berserabut rasa kepala.  Maaf ya. Rindu... ’
                        Itu SMS Lia Hana yang baru diterima Azeem  beberapa saat yang lalu.
            Takpe  my dear. Saya pun tiba-tiba sibuk yang amat . Sejuta kali rindu pada Hana. Tak sabar rasa nak jumpa...dan lagi tak sabar  menunggu masa Hana menjadi milik saya spenuhnya. Sayang....’
                        Sekejapan sahaja Azeem membalas SMS tersebut.
                        Jika Hananya  tengah berserabut kepala, diapun sama. Bukan masalah kerja sahaja, malah dia juga tengah runsing dengan  apa muslihat walidnya, sehingga boleh menimbulkan rasa curiga di hati.
                        Pertama, walid seperti sudah tahu banyak tentang hubungannya dengan Lia  Hana, dan dia cuba menghalangnya secara halus. Ini terbukti dengan kerja-kerja yang baharu sahaja dilambakkan ke bahu untuk digalas. Kerja-kerja di Hong Kong bukan di bawah tanggungjawabnya. Sejak dari dahulu lagi. Dan walid telah memberikan tanggungjawab itu kepada pekerja kepercayaan. Kini lain pula kata walid,  dia tidak mahu orang luar menguruskannya dan  memaksa Syed Azeem untuk melakukan. Alasan walid, dia bakal peneraju perniagaan keluarga. Sudah tiba masa dia mengambil tahu semua perkara.
                        Menerima gesaan walid, bermakna dia akan sentiasa berulang-alik ke negara tersebut. Secara tidak  lansung walid menambahkan kesibukannya, dan masa untuk dia bersama  Lia Hana akan terbatas atau mungkin  akan tiada lansung.
                        Syed Azeem kenal siapa walidnya! Dia tahu walid akan melakukan apa sahaja demi mencapai kehendak hati serta cita-cita dan impian sendiri.
                        Lihatlah apa yang telah dilakukan kepada kakaknya Syarifah Azeeta. Syed Azeem  serik melihat penderitaan kakak kesayangannya disebabkan kehendak walid! Dulupun Syed Azeem hampir terjerat sama. Tetapi takdir menyelamatkannya dari terus mengalami nasib yang serupa .
                        Kedua, walid telah menyuarakan niat untuk menyatukan semula dia dengan Syarifah Zalia. Huh! Walid, mati hidup semula pun Syed Azeem tidak akan mengutip kembali perempuan itu.
                        Sampai hati wallid! Setelah apa yang berlaku, dia masih berkeinginan untuk menjadikan Sharifah Zalia sebagai menantu. Jikapun   Syed Azeem masih menyayangi isteri tidak jadinya itu, dia tidak tergamak untuk merujuk semula.  Kerana dia seorang lelaki yang punya maruah!
                        Betul....dulu Syed Azeem kadang-kala masih ada sedikit kerinduan selepas di tinggalkan, tetapi kini sebesar hamapun perasaan itu tiada lagi. Hilang langsung hingga tak dapat dikesan lagi. Bagai di bawa angin terus ke benua yang tidak diketahui di mana atau mungkin juga telah hanyut ke lautan yang luas, sehingga tidak mampu dicari lagi.
                        Syed Azeem telah berjumpa cinta sejati....dan tidak mungkin dia akan berpaling lagi....
                        Cintanya sekarang berbeza dengan cinta yang dahulu. Cinta keduanya bukan di pengaruhi siapa-siapa. Ianya lahir dari getaran rasa semulajadi di setiap inci jasad dan nuraninya. Satu anugerah dari tuhan! Yang bersinar tanpa paksaan dan dorongan orang lain.     
**********
                        “APA penyakit dia doktor?”
                        Lia Hana ingin tahu, dengan tujuan mudah untuk dia mengendalikan apabila berlaku lagi kejadian seperti di malam itu. Tetapi doktor  perempuan tersebut seperti berat mulut pula untuk menjawab. Dia memandang sahaja gadis cantik di dihadapannya tanpa berkedip , seolah-olah  kagum . Membuatkan Lia Hana mula terperasan mungkin dia terlalu cantik....ha..ha...ha.
                        “Dia sudah berkahwin ke cik ?”
                        Akhirnya doktor itu mengeluarkan suara juga . Giliran Lia Hana pula yang terkedip-kedip mata  memandang doktor tersebut. Tetapi doktor itu biasa-biasa sahaja raut wajah dan bentuk badan. Tidak ada yang terlalu menarik untuk dipandang lama-lama. 

            Beberapa saat kemudian, Lia Hana terfikir akan sesuatu,  dahinya berkerut.
                        “Err...setahu saya  belum lagi. Kenapa doktor ?”
                        “Macam ini cik....sebenarnya dia  mengandung. Sudah hampir tujuh atau lapan minggu”.
                        “Hah ?”
                        Lia Hana  benar-benar terkejut. Bulat matanya memandang mata doktor tersebut. Doktor itu mengangguk perlahan, mengiyakan apa yang diperkatakan sebentar tadi. Dalam hatinya tidak habis-habis memuji kecantikan gadis dihadapannya itu. Lengkap serba serbi....sesetengah orang memang dilahirkan bertuah..memiliki segalanya.
                        “Doktor pasti ke ?”
                        Doktor tersenyum. Kalau orang lain mungkin dia sudah jeling. Dia kan doktor? Boleh pula tanya tidak pasti. Nasib baik yang dihadapannya ini punya aura istimewa.
                        “Iya cik...saya pasti. Ini imej imbasan yang di buat sebentar tadi. Sebab itu saya  nak berjumapa dengan  cik. Norlia ini seperti tidak stabil emosinya. Ditakuti dia akan membuat sesuatu di luar jangkaan. Klinik saya dah jadi panel pada syarikat ini sudah bertahun-tahun, sebab itu saya rasa amat bertanggungjawab dalam perkara ini”.
                        Lia Hana sekadar boleh mengangguk-angguk dengan penjelasan tersebut.
                        “Habis ? Apa pandangan doktor , yang perlu saya buat ?”
                        Doktor mengeluh.  Terlalu banyak kes-kes  salah laku remaja sekarang ini. Sebagai seorang pegawai perubatan yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini dan  berjumpa berbagai golongan masyarakat, dia telah bertemu berbagai-bagai kes yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang  pincang. Dan hari ini dia bertemu lagi...
                        “Entahlah cik...mungkin perkara ini boleh dibincangkan dengan keluarganya. Mungkin tindakan segera perlu dilakukan untuk menyelamatkan kandungan dan gangguan emosi. Mungkin juga kandungan tersebut terhasil  dari bukan kerelaannya. Kita jangan terlalu cepat membuat andaian yang negatif. Tangani dengan fikiran yang positif terlebih dahulu.
                        Samada dia berdosa atau tidak, tidak boleh dipertikaikan sekarang ini. Yang lebih penting adalah bagaimana menangani masalah ini . Sebab semuanya telahpun berlaku, jika hendak dibising-bisingkan sangat , tidak akan menyelesaikan masalah”
                        Lia Hana terdiam. Cuba menghadam kata-kata doktor di usia awal empat puluhan itu. Mungkin dia sudah banyak pengalaman sebegini, sebab itu mampu memberikan pendapat yang berbaur tanggungjawab sosial. Bukan hanya sekadar memberikan ubat itu-ini seperti mana yang diamalkan oleh segelintir pengamal  perubatan.
                        Lia Hana tidak pernah menghadapi situasi begini. Tidak seperti Abang Naim yang telah berjumpa berbagai-bagai masalah remaja, menjadikan dia  sungguh berpengalaman dalam menyelesaikannya. Tetapi bukankah Abang Naim seorang guru yang sungguh perihatin terhadap  pelajar yang bermasalah dari dahulu ? Itulah yang menjadikan dia begitu matang dalam perkara ini.
                        Lia Hana merasakan dia begitu berbeza berbanding keikhlasan Abanh Naim...

 **********
                        PANG!
                        Berdentum bunyi pintu bilik dihempas . Salina berang! Dia merasakan Lia Hana suka menyibuk . Dirinya sendiripun tak betul, suka-suka hati nak ambil tahu pasal orang lain.
                        Lia Hana tergamam di ruang tamu.  Tidak sangka pula dia Salina boleh tiba-tiba menjadi baran. Rasanya, dia cuma bertanya   dengan baik-baik, dan tidak terniatpun untuk mencetuskan situasi radang-meradang.
                        Sepatutnya Lia Hana yang menjadi marah, sebab kata-kata Salina  yang cukup pedas  , sungguh menusuk jantung hatinya.
                        “Yang kau sibukkan sangat ni kenapa Lia? Suka hati akulah nak buat apa. Masing-masing ada kehidupan masing-masing. Kubur asing-asing, tak ada sangkut paut dengan engkau. Emak bapak akupun tak konkong aku ke mana, kau pula yang lebih-lebih. Jagalah diri kau sendiri dulu, sebelum hendak menegur orang lain”.
                        “Lina, aku ni sayangkan kau. Jika ada apa-apa berlaku nanti, aku takkan memaafkan diri sendiri kalau terus membiarkan kau berperangai macam ni. Malam semalam beberapa kali mak dan ayah kau telefon aku bertanyakan di mana kau. Aku tak tahu nak jawab apa”.
                        “Hei Lia, kalau mak ayah aku tahu apa-apa pasal aku, kaulah yang bawa mulut tau. Aku tak mengaku dunia akhirat sebagai kawan aku lagi....”.
                        Suara Salina sudah meninggi. Matanya besar dihalakan pada Lia Hana.
                        “Lina, mereka dah tahupun, tapi bukan dari aku. Aku tak pernah cakap apa-apa pasal kau yang suka keluar malam sejak dua menjak ni. Bandar ni bukannya besar mana Lina, ada orang lain juga yang nampak”.
                        Lia Hana juga tidak mahu kalah ketika itu. Tetapi suaranya tetap mendatar, tidak pernah tinggi. Tidak perlu untuk terjerit-jerit kerana semuanya akan mengaibkan diri sendiri. Tidak manis didengari jiran-jiran .
                        “Tak payahlah kau nak berdolak-dalih dengan aku. Siapa sangat yang rajin bercerita dengan mereka, selain engkau.
            Kau dengar sini Lia, aku dengan Faiz tu sudah bertunang. Dan tak lama lagi dah nak nikah. Engkau dengan si Azeem tu , walau bergayut telefon bagai nak rak, tak ada apa-apa tandapun yang kau orang nak kahwin. Sedarlah diri tu sikit”.
            Laju jantung Lia Hana berdegup mendengar  kenyataan kawan baiknya selama ini. Di saat ini, dia benar-benar tidak percaya....inikah Salinanya?
            “Tapi Lina, bertunang , bukanlah lesen untuk kau lepas bebas dengan Faiz. Kena jaga juga kelakuan  kita, supaya tak berlaku perkara-perkara yang tak elok”
            “Engkau ni sebenarnya cemburu ke apa Lia ?  Ya....aku mengaku memang tiap-tiap malam aku keluar dengan Faiz, sebab siang dia sibuk bekerja dan akupun bekerja juga. Jadi malam sahajalah masa untuk kami berjumpa. Apa masalah kau sebenarnya?”
            “Aku cuma sekadar mengingatkan kawan yang aku sayang. Lagipun kau sendiri tahu, ramai dah yang bercakap-cakap tentang kau dan Faiz. Aku tak selesalah Lina. Kalau boleh aku tak nak dengar orang bercerita yang buruk-buruk pasal kau. Bila dengar, aku sedih sangat...”
            “Dah tu, kau pergi dengar buat apa? Entah-entah engkau pun sama, menokok tambah sana sini. Lepas tu pura-pura menasihati aku.
            Aaahh......sudahlah Lia, kau jagalah diri kau sendiri, tolong jangan kisahkan hal peribadi aku.....”
            Dengan suara yang kuat itu, sekejap kemudian pintu bilikpun menjadi mangsa.
            Lia Hana menjadi buntu di ruang tamu. Bukan niatnya untuk menjaga tepi kain Salina, tetapi gadis tembam itu sudah dianggapnya sebagai saudara sendiri. Mereka selalu berkongsi segala rasa,  selama ini tiada rahsia.
            Kenapa sekejapan sahaja Salina telah jauh berubah?
            Faiz juga. Sebelum ini, dia seorang yang begitu mentaati suruhan agama, dan mengingati nasihat orang tua. Tetapi sekarang ini seperti telah kehilangan prinsip yang baik itu.
            Adakah semua ini gara-gara perasaan cinta ? Waah....sungguh berkuasanya cinta! Dapat memukau teruna dara dalam jangka waktu yang cukup singkat. Boleh lupa segala-galanya.
            Tetapi sejati ke cinta yang begitu ? Atau sekadar mainan nafsu ?  Yang diapit oleh bisikan-bisikan syaitan?
            Lia Hana termenung panjang. Pagi semalam dia dikejutka oleh berita mengenai Norlia, dan petang ini pula terpaksa berhadapan dengan masalah Salina. Masalah yang berpusarkan kepada perkara yang sama. Perasaan cinta pasangan insan yang mengatasi kewarasan fikiran!
            Dan yang ada di fikiran Lia Hana juga sekarang ini, adakah dia juga termasuk di dalam golongan itu......

******
P/S : Jika ada sikit keliru , itu salah UN hehe....ada skip bab, sepatutnya ada bab   terlebih dahulu, tetapi disebabkan agak membosankan, UN lompat ke bab ni...pun bosan juga kan? Papun thanks sebab sudi layaaannn.... Sayang semua...

Sunday, March 3, 2013

Tidak Pernah Sesal, 17



                        “Wanee sekarang sunyilah....”
                        “Hah ? Sunyi...? Itulah....dulu-dulu suka lepak sini, sekarang  nak nampak mukapun payah. Nak kompelin lagi sunyi konon...”
                        Keras suara Salina mnempelak balik keluhan Wanee. Sejak sampai tadi , gadis itu asyik merungut-rungut sahaja, bemacam-macam keluar dari mulutnya
                        “Lepak sini ? Tak ada maknanya kak , kalau Wanee datang sinipun, akak berdua tetap dengan  dunia sendiri-sendiri.. Kalau tak tinggalkan Wanee seorang diri di sini, sibuk dengan SMS , idakpun bergayut......Wanee ni rasa terpinggir la sekarang ni ...”
                        Lia Hana yang sedang meletakkankan gelas berisi air oren di atas meja kopi menyembunyikan senyum . Dalam hatinya terbit perasaan kesian pada gadis kurus itu. Sememangnya dia sudah kurang memberikan masa padanya. Tidak seperti dulu-dulu.
                        “Maklumlah.....semua dah ada mata air, Wanee ni siapalah kan ....”
                        Wanee menyambung kata. Lia Hana meletakkan tangan di peha Wanee dan menggosok-gosokkannya perlahan, penuh kasih sayang.
                        “Alah....Wanee, Ini masa akak dengan Kak Lina, bagilah can ya? Nanti-nanti , masa Wanee pula. Kak Lia doakan Wanee cepat-cepat jumpa yang serasi dan menggetarkan perasaan tu”.
                        Wanee mencebik.
                        “Hhmm....dengan siapalah tu? Tapi teruk betullah gerangan orang yang diamuk asmara ni, sampai boleh bertukar seratus peratus”.
                        “ Ha...yang tu Kak Lia kamulah! Sejak dah rasmi bercinta ni....semua barang-barang  dia dah bertukar kepada ori  dan mahal-mahal tau...Si Azeem tu dah berjaya menjenamakan kakak kesayangan kau ni  ?  Jangan tergadai body sudahlah nanti Lia?”
                        “Hisshy...        Janganlag cakap macam tu Lina,. Aku tak pernah minta apa-apa dari dia tau. Dan  kalau di beri pilihan , aku pun tak nak terima pemberian dia. Aku selalu serba salah kalau dia menghulurkan barang. Tapi dia nampak ikhlas, jadi aku ambil sajalah, tak naklah dia kecil hati kerana perkara-perkara remeh macam ni”.
                        “Alah Kak  Lia, kalau Wanee, tak ada nak tolak-tolak lagi. Orang dah sayang habis, memanglah macam tu, Abang Azeem tu nak juga Kak Lia rasa wang ringgit dia. Agaknya,dah adat orang kay bercinta , mesti nak ditaburkan segala duitnya pada buah hati. Lagipun, tak luaklah duit dia sekadar nak menukarkan  kak   barang-barang  keperluan hidup tu. Bukannya kak kikis duit diapun.
                        Lagipun Kak Lia pun satu, harap jawatan je pengurus, ada ke pakai handphone kokak dengan beg tangan harga lima-enam puluh  ringgit tu. Tak padan dengan rupa yang comel lansung  . Nasib baik bawa kereta yang ada gaya sikit, jika tak orang ingat, pekerja bahagian pengeluaran tu saja. Dak pula asyik suka pakai  uniform kilang tu  .
                        Kiranya Abang Azeem tu pandailah mengubah gaya buah hati dia. Lepas tu sebagai tanda warning pada lelaki lain, jangan cuba kacau girl friend aku, sebab kau orang tak mampu....”.
                        Wanee membela Lia Hana. Salina  mencebik bibir tebalnya,  buat gaya tidak puas hati.
                        “Begitu bersemangat kau membela Kak Lia kau ya Wanee? Tadi  macam merajuk ,mrungut segala ini macam suka sangat kakak kau dengan mamat tu mabuk bercinta sakan?”
                        “Mana ada Wanee merajuk , cuma Wanee rasa macam terabai saja....Tapikan , apa yang Wanee dengar, gosip cinta Kak Lina lagi hebat”
                        “Hah ? Gosip apalah pula tu? Siap yang bawa mulut ?”
                        Suara Salina sudah menjadi keras .
                        “Kak Lina tak dengar ke apa orang kata ? Wanee dengar dari budak satu kilang Wanee. Dia  orang tu kawan si Norlia dengan Siti tu?”
                        “Dia orang cakap apa pasal Kak Lina ?”
                        “Macam-macamlah kak.  Tak sanggup Wanee  nak cerita. Tapi Wanee tau tu semua sekadar gossip, sebab Wanee kenal Kak Lina macam mana, takkan nak buat  benda yang bukan-bukan”.
                        “Eh...apa yang dia orang cakap pasal kak Wanee ? Lia ? Kau tak tahu ke ?”
                        Lia Hana menggeleng-geleng kepala .Salina sudah menampakkan wajah cemas.
                        “Macam-macamlah... kak”
                        “Macam-macam apa ? Ceritalah! Kau dah mula, kena habiskan. Jika tak Kak Lina tak boleh tidur malam ni”
                        “Iyalah Wanee. Cerita sajalah apa-apapun . Biar akak dan  Kak Lina tahu, boleh perbaiki di mana yang kurang. Kadang-kadang orang mengata ni berpunca dari kelemahan kita sendiri”.
                        “Kak Lina jangan marah atau kecil hati ya. Bukan Wanee yang kata macam ni, tapi apa yang Wanee dengar sahaja”
                        Salina mengangguk perlahan-lahan.
                        “Budak-budak tu kata, Kak Lina dengan Faiz tu dah melampau-lampau. Over sangat. Orang lainpun bercinta juga, tapi taklah sampai berlebih-lebih macam tu. Dah hampir nak kena tangkap khalwat. Orang jabatan ugama tengah memerhati sahaja sekarang ini, tinggal tunggu masa yang sesuai sahaja”.
                        Wanee diam sebentar. Suasana menjadi sunyi tanpa sepatah kata dari sesiapa.
                        “Lagi Wanee ? Mesti banyak lagi kan ?”
                        Salina memecahkan sunyi.
                        “Dia orang cakap....Kak...Kak Lina tu tak sedar diri. Terhegeh-hegeh pada Faiz. Tak sesuai lansung. Faiz tu macam adik saja layaknya. Lepas tu Faiz ikut sahaj segala telunjuk Kak Lina. Macam di perbodoh-bodohkan sahaja. Sebenarnya Faiz tak minat pada Kak Lia, tapi Kak Lina potong jalan..”
                        “MasyaAllah....semua tu fitnah dan gossip belaka Wanee. Lina tak buat semua tu. Faiz yang memulakan dulu ”
                        Lia Hana tak henti-henti beristighfar. Dia berasa sangat kesian pada Salina. Sampai begitu sekali di kata orang.
                        Salina pula tertunduk . Mukanya  sudah  merah. Mata   mula berair.
                        “Sabarlah Lina. Aku tahu kau tak buat semua tu.Kau kan kawan aku dari kecil. Cuma selepas ini aku harap lebih hati-hati jika hendak keluar dengan Faiz. Fitnah  senang sahaja di tabur orang”.
                        Lia Hana terasa ayat yang terakhir itu lebih ditujukan kepada dirinya sendiri. Dia yang selalu terlupa apabila bersama Azeem. Dia yang jarang teringat akan fitnah sekeliling apabila bertemu dengan lelaki itu.  Dia yang sudah jarang memikirkan apa yang akan didiberitahu orang ketiga kepada emaknya dan Abang Naim di kampung. Aahh....dia sendiri yang banyak laghaa apabila bersama lelaki pujaannya....
                        Dan selepas ini, dia sendiri harus lebih beringat-ingat segala. Istihar bercinta, tidak bermakna boleh melakukan apa sahaja....
                        Ya Allah.... Lindungilah dirinya dari  perkara-perkara yang mungkar. Dia hanya seorang hamba yang lemah. Yang seringkali terleka dengan rasa cinta sesama manusia. Yang ada ketika susah untuk membezakan mana betul dan mana yang salah.

**********
                        Syed Awaludin memerhati kepada seorang gadis yang yakin berjalan kearahnya. Semakin cantik dan matang gaya . Gabungan genetik Syed Hanafi dan Syarifah Thahirah memang cukup serasi untuk menghasilkan anak  yang yang sungguh baik dari segi parasa rupa. Kalau rancangannya yang kedua ini menjadi , sudah tentu anak-cucunya nanti mewarisi kecantikan dan kekacakan yang tidak ada tolok bandingnya. Ditambah pula dengan modal yang melimpah ruah untuk membuat  rawatan-rawatan  tambahan bagi menjaga  kecantikan.
                        Uncle ?”
“Oohh...Sila duduk Zalia. Sihat ? ”
                        Sharifah Zalia hanya mengangguk. Dia sebenarnya gementar juga untuk bertemu dengan bekas bapa mentua tidak jadinya ini. Sudah  sedia maklum akan ketegasan dan sifat diktator lelaki berkuasa ini. 
            Namun kerana dipaksa –paksa sangat oleh uminya, dia tidak ada alasan untuk menolak  dari pertemuan yang diatur ini. Dan Sharifah Zalia juga mempunyai agendanya tersendiri . Dia yakin dengan perjumpaan dua pasang mata ini, akan membuka jalan kepada  realisasi angan-angannya setahun terakhir ini. Ingin memiliki semula Syed Azeem!
            “Pesan makanan dulu Zalia. Sambil tu kita boleh berbual-bual. Sudah lama tak berbual dengan uncle kan ?”
            Gadis itu mengangguk lagi. Sedaya mungkin dia kena menjaga budi bahasanya supaya nampak baik dan anggun di mata Syed Awaludin. Jika dia dapat menawan hati Tuan Syed ini semula, kerjanya akan menjadi lapan puluh peratus lebih mudah. Malah dengan angkuhnya dia sudah boleh mengakui misinya telah Berjaya.
            Tentang bonda Azeem ...Aahh, jika walid Azeem sudah di dalam tangan, bermakna Zalia boleh petik jari sahaja dengan Tengku Adurah. Dia yakin akan menjadi begitu mudah.
            Azeem? Hhmm...lelaki ini anak bapa, segala apa kata walidnya, dia tidak akan membantah! Zalia tahu itu...
            “Zalia ada jumpa Azeem ke  beberapa tahun ini?”
            Zalia menggeleng-geleng kepala sopan
            ‘Err...Maksud Zalia , secara sengaja tu tak adalah uncle. Tetapi secara tidak sengaja adalah juga. Itupun dia bersama-sama kawan-kawan lelakinya dan . Azeem dah  tak suka ke tempat-tempat macam dulu lagi uncle”.
            Giliran Syed Awaludin pula menganguk-angguk kepala.
            “Dia memang dah jauh berubah! Sejak peristiwa itu”.
            Lidah Zalia menjadi kelu, bila ‘peristiwa itu’ diungkit.
            “Uncle nak minta pertolongan Zalia sebenarnya... Pasal Azeem dan Zalia”
            “Err...Apa yang Zalia boleh bantu uncle ?”
            “Pikat balik hati Azeem ? Hanya  Zalia sahaja yang uncle percaya boleh menjadi menantu perempuan  uncle”.
            Wajah Zalia terasa menjadi berseri-berseri dengan tiba-tiba. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tak  perlu dia bekerja terlalu keras lagi, semuanya bagaikan berada dalam genggaman sekarang. Mudahnya kehidupan seorang Sharifah Zalia...

            Selesai pertemuan singkat dengan Sharifah Zalia, Syed Awaludin menjadi tenang semula. Seminggu –dua ini, wajahnya asyik berkerut-kerut sahaja. Seperti menanggung kerugian perniagaan yang besar.
            Hhmm...sememangnya akan menanggung kerugian yang besar jika dia tidak berusaha menyatukan semula Sharifah Zalia dan anak lelaki tunggalnya itu. Rugi kerana akan terlepas segala kekayaan  yang dimiliki keluarga Syed  Hanafi turun termurun. Hanya Sharifah Zalia sahaja waris mereka. Dan seharusnya patut diwarisi bersama oleh waris keturunannya. Penyatuan Syed Azeem dan Sharifah Zalia, itulah rancangan paling terbaik!
            Dan Syed Awaludin perlu bertindak cepat kerana dia sudahpun dimaklumkan oleh penyiasat persendiriannya, bahawa anak bujangnya itu telah mula  rapat dengan seorang gadis di kampung sana. Didapati kerap keluar bersama.
            Ini yang paling ditakuti Syed Awaludin. Takut anak harapannya itu  terperangkap dengan perempuan yang salah dan tidak sesuai dengan kedudukan serta nama mereka.
            Dan Syed Awaludin tidak akan bertangguh lagi ! Dia akan bertindak segera!