Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Sunday, July 28, 2013

DIA...Isteri Luar Biasa, 10



BAB 10
                      
  Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Gerik.
                        Nature-lover?.  Kehkehkeh... Dewi yang  anti  nyamuk nak pergi jungle trekking? Saja-saja serah  badan putih gebu dia untuk  dibaham? Nak  berkayak,  memancing segala? Huh! Suatu yang amat di luar alam bagi Dewi Yusra!
                       Dewi   dah buang tabiat  ? Dalam diam-diam  tiba-tiba  bawa Eda dan Nina bercuti  ke dalam  hutan . Kalau hutan Genting Highland boleh diterima akal, memang itu tempat yang mereka selalu lepak. Ini hutan yang betul-betul hutan! Kat sempadan Thailand sana.  Pening Eda memikir pasal kawannya. Entah apalah pula yang Dewi  mimpi lagi hingga  bawa mereka ke sini. Eda tahu, sejak akhir-akhir ini mimpi Dewi makin menjadi-jadi.
                        “Kau sihat ke Dewi?” Untuk kali yang entah ke berapa Eda mengulangi soalan ini, sejak Nissan Murano Dewi mengghala ke Lebuh Raya Timur-Barat lagi. Di situ baru dia dapat mengagak ke mana hala Dewi.
                        Percutian ini pada mulanya  rahsia , takut Eda bocorkan destinasinya pada Encik Kamarul. Pasti akan diekori kalau lelaki bertuah itu tahu. Dewi tak suka,  Si Kamarul  bukan sekadar kacau daun, tapi akan kacau pokok, dahan dan buah sekali!
                        Dewi  Yusra yang tengah terlentang kepenatan atas katil sebelah  terus saja memandang ke syiling. Tidak terkutikpun dengan pertanyaan Eda.  Penat dia memandu hampir lima jam dari  Kuala Lumpur .
                        “Kau dengar tak ni?” Risau Eda lihat  Dewi  yang diam terbongkang. Seluar jean dah ditanggalkan, selamba je dia menayang peha putih gebunya pada Eda. Mujur itu pemandangan yang biasa bagi Eda , jadi taklah kena kejutan  mata. Dewi , kalau dengan Eda tak wujud perasaan segan lansung.
                        “Sihat. Lepas ni, kalau kau tanya lagi, aku humban kau ke  Tasik Temenggor kat luar. Bosan nak jawab soalan yang sama. Ninapun tak tanya benda yang sama berulang-ulang kali tau”. Mendatar suara Dewi jawab. Kepala dipusing untuk pandang Nina popcorn yang juga tersadai di sisi. Letih bercakap gamaknya .  Wajah comel dan polosnya  menyentuh naluri  perempuan Dewi . Diusap-usapnya kepala Nina.  Dia akan dapat baby lebih comel dari ini, desis hati Dewi.  Anak Dewi plus Dr Radin. Huh!
                        “Aku bukannya apa Dewi, bimbang sebab kau tu  tengah berubat. Kalau  bebas ke hutan jerumun mana nanti, jadi apa-apa hal kan susah. Dahla kereta baru kau tu besar gedabak , aku mana reti nak bawa. Kalau Cik Kem ikut sama, aku  lega sikit...”
                        “Kau ni Eda , macam tak kenal pula siapa Dewi Yusra yang  Independent, tak menyusah orang,  dan tahu  kemampuan diri sampai tahap mana. Satu lagi aku  minta tolong ya...jangan sekali-kali kau bagi tau si bahalul tu di mana kita berada . Kalau kau berani buat, aku tinggalkan kau kat sini dengan dia, biar dibaham harimau ke , dipijak tapir ke, tidakpun disondol badak sumbu. Binatang-binatang  tu tengah mengidam janda meletop dengan mamat sengal macam kau orang...”. Dewi gelak-gelak.
                        Edapun tergelak sama.“Amboi mulut, kata anak orang... mulut sendiri  lagi berterabur. Main lepas je tak tengok tempat. Jaga-jaga sikit Dewi, kita ni dalam hutan”.
                        “Yelah...yelah, aku ikut nasihat kau, moga selamat semuanya. Moga aku tak mimpi buruk dan berjalan waktu tidur masuk hutan, amin!”. Kata Dewi sambil menadah kedua-dua tangan ke atas.  Kemudian dia bangun menuju bilik air. Dia nak mandi lepas itu hendak tinjau-tinjau  sekitar. Untung...untung, emm...harap tidak sia-sialah usahanya
                      
  Apa yang buat Dewi hingga terlepas ke sini?  Seumur hidup  tak pernah terfikir pasal alam sekitar yang cantik menghijau di sekeliling. Sejak umur sepuluh tahun, dia dihadap dengan nasi ayam, nasi ayam. Yang dia tak henti-henti fikir adalah pasal  nasi ayamnya di kedai laku ke tidak. Kalau tak laku beri alasan kenapa? Hampir botaklah juga kepala pengurus-pengurus  setiap cawangan restoran dibuatnya. Dewi , kalau fasal menyoal kalah Karpal Singh, peguam handal tu. Semua dikoreknya, tidak ada yang terlepas.
                        Kisahnya   begini...semasa godek-godek laptop  Dr Radin Amzar, Dewi terbuka organiser lelaki tersebut, maka diapun dengan sengajalah menyalinnya ke dalam thumb drive sendiri.  Buat macam harta sendiri. Alaah...sekadar organiser, bukan Dewi curi hasil  kajian yang entah apa-apa yang ada dalam laptop tu.  Dewi cuma ingin tahu  aktiviti terancang   encik pensyarah itu sahaja .
                         Tak mudah untuk perolehi gen yang bijak...dia kena jadi dua kali ganda bijak terlebih dahulu !
                        Sssyy... ada lagi sebenarnya, Dewi juga ada menyimpan  foto-foto peribadi  lelaki itu. Manalah tahu berguna suatu hari nanti. Dan Dewi juga masih tidak memulangkan sesuatu, tak tahulah benda itu sangat penting ke tidak sebab hingga sekarang tuannya tidak mencaripun.
                        “Kau nak ke mana Dewi?” Eda yang masih berbaring bertanya . Mata terpesona dengan kawannya yang  semakin comel berpakaian santai jenama John Lewis .  Sekali-sekala tidak menyarung uniform rimaunya , Dewi tampil dengan kelainan dan gaya  amat menarik.  Rambut karatnya ditocang satu menjadikan tuan punya badan seperti gadis remaja belasan tahun sahaja.
                        “Keluar menikmati alam semulajadi ciptaan Tuhan! Kau tu , bebawa segarkan badan, jangan  asyik terkenang duda tak guna  tu je”. Kelibat Eda dijeling dengan ekor mata sebelum dia menghilang di sebalik pintu.
                        Eda, bab menasihatkan orang pandai, itulah inilah, ada saja yang tak kena, tetapi kalau pasal perasaan sendiri gagal! Duda brengsek tu juga yang diingatnya tika masa terluang. Ruginya. Bekas laki berseronok dengan perempuan lain, dia yang asyik makan hati menjeruk rasa. Hish...kadang-kadang Dewi tak fahamlah orang perempuan ni! Kalau orang dah buang, tak perlu membazir masa untuk rindu-rindu, cari kehidupan lain yang lebih bahagia dan gembira.
                        “Tujuh tahun dia bersama aku , buat segala benda bersama, kau ingat mudah ke aku nak lupakan semua dalam sekelip mata? Hubungan suami isteri lain Dewi, tak sama macam hubungan kau dengan Cik Kem , boleh dicampak bila-bila masa” Itu jawab  Eda bila Dewi selalu tegur dia yang asyik mengelamunkan Si Idham.
                        Huh! Tak  faham Dewi! Apalah yang lainnya? Lelaki tetap lelaki! Tetap menyusahkan.
                        “Err...adik, jaga-jaga boleh tergelincir ke tasik tu!” Satu suara garau tiba-tiba menerjah.
                         Suara itu bukan untuk menyelamatkannya malah buat Dewi  terkejut serta  hilang keseimbangan diri.  Sepasang tangan sasa serta merta menangkap  tubuh Dewi dari terjatuh ke dalam air. Kalau iya baru padan, tadi kemain eksyen nak campak Eda ke dalam tasik, alih-alih diri sendiri yang  masuk.
                        Nasib baik Dewi sempat diselamatkan! . Sungguh Dewi tak sedar sudah jauh kakinya melangkah hingga sampai ke tepi tasik.
                        “Hati-hati , jalan kena tengok-tengok kiri kanan juga” Si hero yang menyusahkan tadi  berpesan selepas melepaskan pegangannya. “Err...you? Cik Dewi?” Dia tergamam!
                        “Hah? You? You pun  di sini?” Chewah, buat-buat terkejut pula. Dewi dah tahu yang lelaki itu akan berada di sini, tetapi tidak tahu yang dia akan diselamatkan olehnya. Yang itu bukan pura-pura, terjadi secara kebetulan.
                        Radin Amzar tergelak. Comelnya Si Bravo. Bisik hatinya. Patutlah jantung asyik dup-dap, dup-dap dari tadi. Rupanya mereka berada dalam jarak yang dekat-dekat sahaja. Apa pasal sistem badan dia jadi tidak betul bila jumpa perempuan seorang ni?
                        “Tak sangka ya, di  London boleh jumpa, kat dalam hutanpun boleh jumpa . Kuatnya jodoh kita!”  Mulut Radin Amzar terlepas  sebut perkataan ‘jodoh’.
                        Excuse me doc?” Dewi pura-pura lagi. Kalau doktor ni percaya mereka ada jodoh, kerja dia  akan menjadi lebih mudah selepas ini.  Calon SS nya mula menyerah diri.
                        “Err...maksud I,  mesti ada sebab kenapa kita selalu  ditemukan...”
                        Dewi  kerut kening . “ Antaranya?”
                        Radin Amzar jongket bahu. Dia sendiripun tidak tahu apa sebenarnya petunjuk  Tuhan di sebalik pertemuan demi pertemuan. . Segan pula hendak menyebut apa yang terlintas di kepala. Dia senyum.  Mata  Dewi ditatap. Indah! Beraninya dia kali ini. Terbang segala  masalah yang dibawa Kak Long Zahra.  Baru dia tahu aura perempuan di hadapan, mudah sahaja buat dia lupa segala. Dewi punya kuasa untuk masuk dalam dirinya.
                        Entah mengapa, Dewi boleh ditimpa perasaan malu. Tidak tahan dengan tikaman mata Radin Amzar, dia  lalu melarikan anak mata sendiri ke air tasik berdekatan.
                        “Cuti?”
                        “A’ah”
                        “Kenapa di sini ? Bukan ada tempat shopping yang best-best pun” Usik Radin Amzar menduga.
                        Tergelak Dewi. Ramai yang tidak tahu Dewi bukan perempuan ‘kaki shopping’. Walaupun bergelar jutawan, dalam sesetengah perkara  dia amat berhati-hati membelanjakan wang yang yang ada. Naik kapalterbangpun dia sanggup duduk kelas ekonomi, inikan pula nak buang duit tak tentu hala, penat cari je.  Tapi Dewi suka rumah di tempat ekslusif dan kereta mahal!  Kepuasan baginya. Sekadar Kondominium di Mount Kiara  dan Murano sebuah, bukanlah melampau pun. Kalau nak joli-joli  yang bukan-bukan dengan  duit restoran nasi ayam, minta maaf Dewi Yusra bukan orangnya.
                        “Entah...tiba-tiba pula hati berkobar-kobar nak buat sesuatu yang lain. Nak cuba jadi nature-lover, layan pokok-pokok, burung-burung, air hutan. Pendek kata nak tengok yang lainlah selain dari nasi ayam! ”.
                        Radin Amzar ketawa. Cik Dewi Bravo ni memang ‘semulajadi lucu’. Gelagat dia bersahaja . “Seorang?”
                        Dewi Geleng. “Dengan best friend, tapi kat sini dia macam nenek kebayan pulak asyik  membebel je, lagipun dia bawa anak, tak dapatlah nak meredah alam sangat. Jadinya I ni macam   lone ranger jugaklah!”.
                        Lelaki di hadapan ketawa lagi. “Jomlah join group study I. Boleh masuk hutan berkumpulan, lebih selamat dan interesting”.  Dia pelawa. Dalam hati berharap sangat  Dewi terima. Rasa gembira sangat jika dapat bersama.
                        “Tak boring ke? Macam pergi dengan budak sekolah je ?”
                        “Hahaha. Kalau cikgunya handsome, tak bosan kut!” Balas Radin Amzar.
                        Dewi cebik. “Prasan!”.
                        Cutenya dia buat macam tu. Hilang semua aura garang  sebelum ini. Tika ini Dewi persis remaja nakal. Bisik hati Dr Radin Amzar. Hah? Hatinya sudah tertawan ke?
                        “Err...doc, dah lewat ni, I balik bilik dululah ya...”
                        Radin Amzar pandang jam di lengan. Apa pasal la masa ni cepat sangat berjalan? Baru je sepatah dua cakap.
                        “Okey”
                       
Dia mengiringi Dewi hingga ke  pintu bilik. Dewi biarkan saja, dah itupun tujuannya ke sini, untuk menarik perhatian calon SS . Tetapi dia tak naklah terlebih gedik. Geli . Ego perempuannya tetap akan dijaga. Biar lelaki itu yang tertarik, bukan dia yang terhegeh-hegeh.
                        Dinner sama?” Radin Amzar mengajak.
                        “Dengan kawan I sekali?” 
                        Sure. I pun dengan room mate juga”
                         Dewi mengangguk. Siapalah kawan dia. Harap yang tidak menyusahkan!
                        Tepat pukul lapan malam, pintu bilik Dewi diketuk. Belum apa-apa lagi Nina sudah berlari ke pintu.
                        “Nina! Stop!” Dewi  cuba  menahan, tetap tak sempat  . Kaki  tangan Nina ni sama cepat dengan mulutnya. Cekap  betul!  Manalah tahu, orang jahat yang di luar pintu, bahaya betul.
                        Mujur yang terjegat di muka pintu , dua orang pemuda yang cukup Dewi kenal. Nasib baik!
                        “Dewi, abang handsome datang!” Nina jerit.
                        Eda dan Dewi berpandangan. Tersengih.   Boleh tahan Nina ni, kecil-kecil lagi dah pandai menilai lelaki.
                        “Jom Eda...” Ajak Dewi, gembira   sebab yang bersama Radin Amzar adalah  mamat renjung.  Bemakna lagi mudah ceritanya...
                        Eda angkat kening, hairan ada lelaki yang sampai datang menjemput di muka pintu.  Apa sudah jadi ? Nak kata dia silap lihat si kecil Nina dah jerit kata abang handsome, mengesahkan yang manusia yang di muka pintu tu betul la lelaki.
                        Bila pula Dewi ngam dengan lelaki?
                        Dewi  hanya jawab dengan jungkit bahu. Berbahasa tubuh juga. Dia tahu apa yang berlegar di kepala Eda. Malas nak layan.
                         “Dr Radin ,   ini kawan baik I Eda, dan ini Nina, anak Eda. Ini pula Azam, sepupu Dr Radin”.  Dewi memperkenalkan kepada semua, selepas masing-masing sudah mula menapak.
                        Dr Radin Amzar tersenyum mengangguk. Puas hati dia tahu yang si kecil itu bukan anak Dewi Bravonya. Tapi hati sedikit sangsi bila melihat pandangan kawan Dewi lain macam, tidak dapat untuk ditafsirkan.  
                      
  Semasa makan, mata Nina asyik la memandang pada Radin Amzar. Tak dinafikan memang darjah kekacakannya jauh berbeza  berbanding mamat renjung, tapi takkan dia sudah ada hati untuk mengurat kut! Dewi tergelak dalam hati. Tak sangka sangka saingannya tidak  mencabar lansung!
                        “Dewi, kenapa tak marah abang ni tak makan sayur?” Tanya Nina tiba-tiba merujuk pada pinggan Radin Amzar yang kosong dari sayur-sayuran. Dewi selalu bertegas dengan Nina pasal sayur, mesti kena makan.
                        Semua ketawa.
                        “Owh ye ke? Mama Dewi tak perasan”. Jawab Dewi lalu mengambil sayur yang berlebihan dalam pinggannya dan diletaakan ke dalam pinggan Radi Amzar. Buat terkejut semua yang memandang, lebih-lebih lagi Eda dan Radin Amzar sendiri. Dengan tafsiran sendiri-sendiri.
                        Nina tersengih-sengih. Tunjuk muka puas hati sebab abang handsome kena juga makan sayur.
                        “Tengok ni , uncle  makan sayur” Radin Amzar angkat sayur  dalam sudu pada Nina.
                        Nina renung  wajah Radin Amzar.
                        “Nina dah ingat la , inilah abang handsome masa di kedai Dewi dulu tu. Abang dah sayang Mama Dewi ya? Sebab tu boleh datang cuti sama-sama ?”
                        Hah? Masing-masing berpandangan. Azam  tersengih-sengih macam kerang busuk. Masak abang ngah dengan budak perempuan ni...

Tuesday, July 9, 2013

DIA...Isteri Luar Biasa, 9



BAB 9
                        Mengarut! Mengarut betul la kak long ni. Suka sangat interfere hal-hal perasaan dan masa depan adik-adik dia. Tak ke dia faham, setiap individu ada pilihan dan citarasa sendiri. Tahulah kak long dulu kahwin dengan abang long atas pilihan keluarga, walaupun dia sudah ada pilihan sendiri secara diam-diam di universiti. Kak long saja je nak balas dendam , kalau dia kena ikut kehendak keluarga, adik-adiknya pun wajib ikut.
                        Dan kak long terlalu  konservatif ,kata dia sahaja yang betul  . Okey, Radin Amzar tidak  nafikan yang Nurul Fatehah tu   sangat sempurna, perfect   tapi naluri lelakinya  berat saja untuk terima. Rasa tak  ngam , tak ada kuasa tarikan kutub utara kutub selatan  , tak ada aura pelik-pelik yang mengancam, tak buat jantungnya bagai nak luruh!
                        Tak ada ‘chemistry’, kata orang la la ni...
                         Rasanya spesies seperti Nurul Fatehah tak serasi di jiwa dia. Awal-awal lagi dia rimas!  
                        Contohnya masa dalam perjalanan,  teman Nurul Fatehah sempat tegur fasal ring tone telefon.
                        “Err...nanti Tiha bolehlah  tukarkan   ring tone abang ngah  ya? Tone yang best sikit”  Tak teragak-agak lansung  kawan  Nurul Fateha bersuara dari kerusi belakang  , memecahkan suasana bisu mereka berempat dalam kereta.
                        Tiba-tiba Radin Amzar rasa jengkel semacam. Apa hal? Tiba-tiba  memandai-mandai ?  Ayat budak tu buat Radin Amzar  rasa geli geleman,  Ber abang ngah bagai, ada juga tak ‘malu’nya kawan  gadis baik ni ya.
                        Radin Amzar  terus diam, buat-buat tak dengar. Tapi sempat juga lihat melalui  cermin pandang belakang , Nurul Fatehah  jeling-jeling manja pada kawannya. Owh...dia pun setuju dengan ayat  gedik kawannya tu. Eei...tak kuasa...
                        Azam di sebelah merah muka menahan gelak. Hehe...padan muka abang ngah! Gua cakap lu tak percaya...kan dah kena perli. Tak guna ada handset canggih, kalau tak reti apply.
                        “Abang ngah berangan!” Azam tepuk bahu Radin Amzar. Terkekeh-kekeh dia ketawa .
                         Radin Amzar tersentak, terkejut. Eh,  dah lambat, terkocoh-kocoh  dia  bangun dari sofa menuju pintu.
                        “Abang ngah lawa-lawa nak ke mana? Ikut!”
                        “Eh, tak payahlah. Abang ngah tapau makanan nanti !”
                        Azam  degil, cepat-cepat dia kunci pintu rumah, lalu   lompat ke kerusi penumpang di hadapan. Radin Amzar tak terkata apa. Nak tolak keluar tak sampai hati pulak. Alamat rosaklah date dia malam ni!
                        Date? Bukan datelah! Cik Dewi Bravo ajak makan malam di restoran nasi ayam dia je. Dia suruh angkut anak isteri sekali, nak belanja satu keluarga  . Hehe..mana nak cari anak bini? Budak bedebah ni adalah! Pengacau besar...
                        Eh...muka Radin Amzar ni macam muka bapak orang ke?
                        Jatuh saham!
                        “Abang ngah  sejak menyimpan pakaian ghairah tu, perangai semacamlah! Asyik sampai ke bulan bintang jer...”
                        “Pandailah kau Zam, bulan bintang je? Kenapa tak sebut nama semua planet yang kau belajar kat sekolah? “
                        “Nak juga , tapi malam ni semua nama terlupa. Eh , abang ada date ya ?”
                        “Nanti jumpa kawan abang , jangan buat perangai bukan-bukan,  malu satu keturunan  je”
                        “Beres! Zam akan  jadi budak Batu Pahat terbaik! Tapi tak takut ke cinta abang beralih  arah?”  Azam menyengih.
                        Sebelah tangan  Radin Amzar tolak kepala Azam.  “Banyak  la cakap! Abang u-turn balik kereta ni mau?”
                        Confirm la  pergi  jumpa awek...hahaha” Balas Azam selamba dengan gelaknya. Apa dia kisah dengan ugutan tak seberapa tu. Dah lali.
                        Nada dering fesyen lama bergema. Nama umi tertera di skrin telefon bimbit . Radin Amzar pasang peralatan bebas tangan.
                        “Assalamualaikum umi...”
                        “Waalaikumsalam. Ngah, umi berkenan benar dengan Fatehah ni. Jadi ya?”
                        “Umi...”
                        “Baik sangat budaknya. Kak long dah pelan nak ke rumah orang tua dia di Kuala Selangor  dalam sebulan dua ni”
                        Radin Amzar hanya mampu mengeluh. Kalau dengan umi dia tak suka lepas cakap. Tak mahu umi terasa hati. Dia kan anak lelaki tunggal, sepatutnya menjaga umi adalah keutamaan hidupnya. Pesan arwah walid.
                        Jaga kak long! Pandai perguna umi.
                        Radin Amzar berhentikan kereta di tepi jalan. Satu SMS dihantar untuk kak long.
                        Please kak long, ngah belum  buat apa-apa keputusan lagi.
                        Mood nak pergi bercinta terus lari...
**********
                        DEWI YUSRA sangat gembira rasa seperti  hendak melompat-lompat depan kaunter restoran nasi ayam pabila didapati Radin Amzar datang seorang, tak mengusung anak isteri. Ujian pertama lepas. Dia sengaja SMS suruh bawa anak isteri untuk berkenalan dan makan-makan. Padahal nak korek rahsia. Tak naklah  terus terjah ‘married?’, nampak  gelojoh sangat. Guna  cara yang lebih hikmahlah. Biasanya mulut Dewi  main lepas je, tapi kalau dalam hal-hal sebegini , dia tak lulus. Tidak pernah seumur hidup dia peduli pada lelaki. Benci lagi ada .
                        Dua minggu tertunggu-tunggu panggilan telefon lelaki ni, tapi hampa.  Dewi beranikan diri SMS konon-kononnya nak belanja makan besar satu keluarga.
                        Radin Amzar hulur senyum. Lelaki ni, kalau bibir tersenyum, mata dia sekali turut tersenyum. Sangat istimewa  keseluruhan wajah dia. Harap-harap anak Dewi akan warisi senyum yang cantik manis tu...aduhai...
                        “Assalamualaikum...”
                        “ Owh ...Hi, waalaikumsalam. Seorang saja?” Saja Dewi tanya walau mata dah nampak lelaki mentah di sebelah Radin Amzar. Mustahil anak dia kut, dah tinggi  macam pokok kelapa tua.
                        “ Berdua, Mamat renjung  ni sepupu I, Azam”  Radin Amzar jawab  seperti faham apa yang ada dalam kepala Dewi.
                        “Abang ngah tak ada orang lain dia nak angkut kak, si renjung ni je yang dia ada”. Sampuk si Azam.
                        Perut Azam disiku abang ngah. Amaran pertama.  Huh! Ada Azam kisah?
                        Alhamdulillah, Alhamdulillah, maknanya dia belum kahwin, ucap  Dewi dalam hati. Selapas ni dia akan lebih aggresif mengatur rancangan.  
                        Dewi mempersilakan mereka duduk di sudut yang lebih istimewa. “Hari ni kak belanja. Azam dan Dr Radin boleh makan apa saja, banyak manapun boleh” Dia hulurkan menu pada kedua-dua lelaki di hadapan.
                        “Iya ke ? Cik Dewi jangan menyesal Zam pilih menu yang mahal-mahal  tau!”
                        Sekali lagi perut Azam kena siku. Amaran kedua.
                        “Maaf lah  Cik Dewi,  mulut dia ni   dari kecil lagi sengal”.
                        Dewi menyengih. “Tak apa. Janji  makan habis, tak membazir.  Kak tak  muflislah  sekadar belanja Azam” .
                         Bagus juga ada si renjung ni. Pertama, suasana  lebih santai dan mesra. Kedua, lagi mudah dapat info pasal lelaki seorang tu.    
**********
                        PERJALANAN pulang.
                        “Itulah Cik  Dewi Bravo , tuan punya baju merah tu? ”
                        “Emm..”
                        Yalah tu. Niat Radin Amzar hendak  pulangkan harta itu pada tuan punya pada pertemuan tadi, dibatalkan sebab ada penyibuk. Takut Cik Dewi termalu, ataupun dia sendiri yang termalu. Manalah tahu dituduh sengaja menyimpan harta orang. Sudahnya, benda tu tinggal  saja dalam kereta. Dia sudahpun memasukkannya dalam bungkusan selamat dan disimpan dalam beg kertas. Kepoh kalau si Azam  terjumpa.
                        “Abang ngah macam berkenan dia je? Zam tengok kejap-kejap abang curi pandang dia. Dengan Nurul Fatehah , tak pula abang teringin nak kerling-kerling”.
                        “Mulalah tu... itu  yang abang ngah malas bawa Zam tadi”
                        “Ala...abang jangan nak nafikan, depan mata Zam semua nya tau. Main tolak -tolak tomato, timun, salad tu apa? Romantik gila. Tak sangka Dr Radin yang serius boleh tersenyum-senyum dengan seorang perempuan!” Azam tergelak-gelak di hujung katanya.
                        “Hei...budak kecik, jangan merepek-repek boleh tak?  Abang ngah selesa dengan Cik Dewi  tu, sebab dia natural, tak  terhegeh-hegeh, tak nampak dia desprerate  dengan lelaki. Dia bukan macam perempuan yang biasa-biasa abang jumpa”
                        Azam menyebik.  Abang ngah...abang ngah. Rupanya tinggi  citarasa abang  sepupunya yang selama ni orang anggap dia  lelaki alim , ustaz macam ayah dia. Tak sangka. Perempuan yang dia minat, memanglah nampak hebat ,tapi tak ada ciri-ciri wanita muslimahpun. Nampak sosial, career women. Mana sesuai dengan stok ustaz macam abang ngah ni.
                        “Apa cebik-cebik? Mengumpat dalam hati la tu” Dalam samar-samar lampu jalan, Radin Amzar sempat perasan bibir Azam.
                        “Abang ngah suka dia eh?”
                        “Mana ada?”
                        “Lek..eleh...dengan Zampun nak berahsia...”
                        “Kamu tu kepoh tak bertempat!”
                        “Kepoh tak kepoh. Kalau ya, mahu meroyan kak long  tengok bakal adik ipar macam tu.  Mak longpun Zam rasa takkan setuju. Aisyah mungkin biasa sajalah penerimaan dia. Beza perempuan tadi dengan Nurul Fatehah tu bagai langit dengan bumi bang ngah, mesti kalah Cik Dewi tu. Gempak satu dunialah  kalau abang tetap pilih dia..”
                        That bad? Luaran boleh berubah Zam, yang penting keserasian dan dalaman kita. Sekadar nak pakai tudung, hitamkan semula rambut  sekejap saja boleh buat. Itu saja kurangnya dia, yang lain-lain sama seperti perempuan lain kan?  Lagipun tak semestinya luaran yang sempurna, dalaman juga sempurna kan?  Sesetengah perempuan sekarang pakai tudung kerana nak berfesyen, bukan ikhlaspun”
                        “Itu kata abang, Zampun sependapat, tapi  bolehkah Kak Long Hitler tu menerimanya? Dah tu Nurul Fatehah cukup segala di mata mak long. Bukan mudah abang untuk menolak !”
                        Radin Amzar terdiam. Betul juga kata Azam. Dia pun terfikir benda yang sama. Tidak ada faedah bergaduh dengan kak long, pasti kakaknya akan menang sebab   alasannya ketara kukuh. Cik Dewi  Bravo yang serba moden tu takkan mendapat tempat di hati dua wanita penting dalam keluarganya. Semua orang maklum menantu pilihan yang diharapkan!
                        Itu sebabnya Radin Amzar cuba kawal diri supaya jangan terlebih layan Cik Dewi Bravo masa pertemuan tadi. Tetapi dia sering kalah dengan perempan ni. Nak buat serius, senyum pula yang keluar memanjang. Masa Cik Dewi meletakkan semula sayur yang diasingkan  ke dalam pinggan tadi, dia  suka sangat. Cara Cik Dewi buat hatinya tersentuh. Seperti umi, yang ikhlas melayannya makan dan pujuk makan sayur.  
                        Kak long meletakkan dia di persimpangan realiti dan fantasi . Fantasi? Ya, betullah . Dia tak kenal  sangat pun dengan Cik Dewi , tapi  dah mula pasang angan-angan sampai ke Pluto. Entah-entah isteri orang ?  Huh!
                        “Tapi kalau abang ngah  ikut cakap kak long, transfer la Cik Dewi tu pada Zam!”.
                        Terburai ketawa Radin Amzar. Ada hati juga budak kecik ni. “Zam kena jadi astronaut dulu kut, baru padan dengan dia. Maintenance tinggi tu   , abangpun belum tentu capai standard
                        “Yolah! Pemilik 25 buah Restoran Nasi Ayam Bonda dia tu, mana nak padan dengan Zam yang tak punya apa-apa ni kan?”
                        “Sedar tak pe...”
                        Dalam diam-diam, Radin Amzar telahpun google tentang pemilik Restoran Nasi Ayam Bonda. Ternyata Dewi Yusra bukan calang-calang gadis. Dalam usia yang masih muda, dia telah mewarisi syarikat yang bukan sedikit pulangannya setiap hari.
                        “Patutlah abang ngah selalu makan kat situ, rupanya bukan saja nasi ayamnya ump, tuan punya kedai juga ump!”  
                        “Pandailah kau Zam...”
*********
                        Yezza! Yezza! Dia masih bujang! Confirm he is single! Projek on! ”
                        Dewi bersyukur Radin Amzar bawak budak renjung plus kuat makan   plus mulut spesies Si Nina , bercakap tak ada penghujung. Dewi nampak  banyak kali si renjung kena siku dengan Radin Amzar. Hahaha...gelihati . Nasib baik Si Renjung tu dah besar, faham bahasa sikit,  kalau Si Nina tentu dia kata kuat-kuat ‘tangan tu tak boleh duduk diam-diam  ke? Asyik  merayap je...’
                        Tak rugi bagi Si Renjung makan puas-puas. Banyak rahsia lelaki stok terhad tu dia dapat dengan mudah. Pot-pet, pot-pet Si Renjung bercerita.  Rancangan Dewi nampak gayanya so far so good.
                        Minggu  depan Dewi  akan ke fasa seterusnya. Tidak sabar! Kejutan untuk Dr  Radin Amzar...tunggu!!