Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Wednesday, August 28, 2013

DIA ..Isteri Luar Biasa, 12



BAB 12
                        “HAHAHA...” Bersungguh-sungguh Radin Amzar ketawa, sampai terkeluar air mata.  Azam menggeleng. Abang ngah ni, kalau depan Kak Dewi, otak dia macam tak centre ,  gila-gila.
                     
   Dewi makin bengang . Tadi dia diketawakan Wadi miang , ini giliran bakal  suami sementaranya pula tergelak-gelak bagai tak  hingat. Jika tidak kerana  dia kena jaga kelakuan sendiri , dah lama dia maki-maki Si Wadi, termasuk juga lelaki di hadapannya sekarang.  Panas satu badan!
                        “Lucu sangat ke bila I kata bunga ni busuk? Fakta kan? Memang bau dia tak sedap pun, tapi kalau you all kata wangi terpulanglah, I tetap tak rugi apa-apa”.    Dewi geram.  Bibir bawah diketap menahan marah.
                         Kaki  Dewi lantas laju meninggalkan kumpulan lelaki tersebut. Sebelum dia terjerit marah, lebih baik  pergi turunkan suhu badan di tempat lain. Meluat dia dengan topik hangat yang dijadikan bahan gelak. Bau busuk bungapun dia orang nak kaitkan dengan seks dan aktiviti  mengawan. Tak ada topik lain! Dalam bab ni , markah bakal SS nya dah kena potong, tetap tidak ada beza dengan lelaki lain, gatal!
                        Hati Dewi   kecewa. Fikiran lelaki  semuanya sama,  Seks, perempuan! Macam kaum Hawa ni hanyalah alat untuk mereka kecapi kepuasan! Semangat Dewi untuk memikat calon SS nya tiba-tiba merudum. Kisah pahit hidupnya mula terbayang-bayang di mata.
                        Traumanya dia dan ibu mengadap sikap seorang lelaki bergelar ayah dan suami...
                        Dewi melabuhkan punggung atas tunggul kayu  . Terus termenung keseorangan tenangkan perasaan sendiri. Dengar kicauan burung, lihat rama-rama terbang lagi baik dari mengadap gelak tawa lelaki-lelaki yang tak sedar diri . 
                        “Tak sangka kan  Kak Zit taste Doktor Radin   macam tu gaya, saya ingat dia pilih perempuan melayu terakhir, ayu  alim  gitu. Ni yang celup-celup ala-ala stranger yang dia suka”
                        “Entah , menyampah I tengok perempuan tu. Bajet bagus sangat depan jantan-jantan , semua nak kerumun dekat dia. Tapi I tak rasa pula  Doktor Radin tertarik sampai nak jadikan bini. Lelaki,  kalau nak main-main perempuan macam tu lah dia orang himpit, tapi kalau nak cari isteri , mesti yang  terbaik punya... ”.
                        “Contohnya , sempurna macam Kak Zit kan, perfect...”   Dua jari  dilagakan hingga mengeluarkan bunyi. Klik, klik.
                         Razita senyum melerek. “Bodek ke? I tak ada kuasa naikkan gred untuk subjek ni tau”
                        “Mana ada bodek kak. Betul apa?  Doktor Radin yang bajet alim tu mana sesuai dengan perempuan togel macam tu . Akak lain, masuk hutan pun masih maintain tutup aurat. Up to date   lagi gaya bertudung.  Comel ! Rugi la doktor kita tu kalau  tak  perasan!”.
                        “Terimakasih. Youlah junior I yang paling genius!” Dada Razita makin kembang dengan pujian.  Jarang dia mendapat penghargaan, walaupun dah berusaha keras untuk jadi tip-top di fakulti mereka.
                        “Hehe. Tapi kan Kak Zit, sebenarnya saya hairan sangat, Doktor Radin tu kan serius memanjang, tak pernah kerling-kerling anak dara ke, bini orang ke kat jabatan kita, tup-tup  boleh layan perempuan tu bagai nak rak. Kak tengoklah tadi, kejap je dia dengan kita, itupun mata dia asyik la melilau cari  perempuan tu. Kak tak hairan ke? Girlfriend dia ke kak?”
                        “Hishy... you ni mengarut la Zaza. Takkan pula perempuan macam tu girlfriend dia ? Impossible!
                        “A’ah la kan. Impossible. Takkanlah Doktor Radin  minat kat perempuan macam tu. Dia kan kaki surau , yang sunat-sunat  tak tinggal , takkanlah perempuan macam cikaro tu pula jadi pilihan. Tak sesuai , tak sesuai...”. Kepala Zaza tergeleng-geleng, macam kartun gayanya.
                        “Tahu tak pe. I rasa perempuan tu je yang syok sendiri. Perasan orang suka ke dia sampai ke hutan ni pun dia tergedik-gedik  ikut”
                        “Betul tu. Lain lah kalau dengan kak, baru padan dengan doktor hensem kita!”
                        Dua-dua terkekeh-kekeh ketawa  sehinggalah seketika kemudian  mata masing-masing bulat bila terpandang Dewi yang tak berapa langkah saja dari situ. Apa fasal la  perasan perempuan itu duduk atas tunggul kayu dekat mereka. Tunggul-tunggul yang jauh masih banyak, situ juga yang dia duduk.
                        Dewi tersengih. Tak radangpun. Dah memang betul dia yang tergedik-gedik datang sini untuk goda Doktor Radin dia orang.
                        “Jangan risau...risau I tak ada  perasaanpun pada doktor you all...” Tenang  mulut Dewi menyampuk. Jujur dia tak  kisah dengan apa yang  didengar.  Takde hal la setakat lelaki . Tanpa lelaki pun dia boleh hidup makmur. Malah lagi aman dan  tenteram!
                        Gadis- gadis itu kehilangan kata-kata. Kantoi mengutuk depan tuan punya badan. Ambil kau! Dua-dua pusing badan untuk pergi, termalu weh!
                        “ Kalau you minat dengan Doktor Radin, rasanya kena tukar sikit  taktik approach kut...” Ikhlas nasihat  Dewi , bukan perli-perli punya.
                        Razita berhenti langkah. Dia  toleh pada Dewi. Apa hal perempuan ni, tetiba nasihat orang, namapun tak tahu ada hati nak menyibuk. .“Thanks, tapi I tak rasa  perlukan nasihat stranger. Mak bapak I pun tak masuk campur tau...”. Selamba dia balas. Memang sungguhlah, memandai nak ajar orang siapa suruh? Bajet bagus plus prasan .
                        Dewi diam je selepas itu. Sikit  tak terasa hati . Tak berbaloi gaduh-gaduh kerana  lelaki. Tak kelas!  Razita bukan Eda yang boleh dia berbalas kata. Betul juga , dia dan Razita dua manusia asing, mana dia nak terima teguran dari orang luar.
**********
                               “YOU marah I ke?”

                        Beberapa tangkai anggerik hutan diunjur  depan wajah Dewi. Cantik! Warna putih  bergabung dengan ungu. Boleh kata kagumlah juga Dewi. Dia tak pernah lihat sebelum ini. Dia bukan pencinta alam pun. Sebab tu suka tinggal di kondo, lagi tinggi lagi bagus!
                        Dewi  tetap berdiam. Kasi tarik-tarik tali sikit.
                        Sorry lah fasal bunga busuk tu, I  mengaku salah okey. Tak patut ketawa sampai lupa diri mengalahkan Azam denagn Wadi. Buruk na laku. ” Dia tunjuk senyum menggoda.
                        Suami sementara. Si kecil yang comel , cerdik,  harapan Cik NAB. Dewi buat keputusan tak sambung mogok.“Tak marah, menyampah je...”. Bersama satu jelingan.
                        Radin Amzar gelak. Hati lelakinya makin tergoda dengan jelingan itu.
                        “Lucu kat mana?”
                        “Wajah you. Makin comel kalau marah-marah!”
                        Dewi jeling lagi. Tak tahu perasaan dia bagaimana tapi tolonglah, jangan ingat dia mudah kembang. Kalau pujian dari mulut lelaki, jarang  boleh percaya. Selalu sangat dia dengar para lelaki memujinya, tapi semua ada tujuan. Tak nampak yang tulus ikhlas pun setakat ini.
                        Anggerik dihulur Radin Amzar lagi. Kali kedua selepas percubaan pertama gagal. Orang   hanya  pandang sahaja.
                        “I ambilkan untuk you. Jarang dapat spesies ni. Wadi membebel-bebel masa I petik tadi sebab sini considered khazanah hutan negara, tak boleh buat macam harta sendiri”
                        “Habis tu kenapa gatal tangan ?”
                        “Sebab anggerik liar ni sangat cantik dan istimewa, jadi I ambil risiko untuk hadiahkan pada you”
                        Hai... stok masjidpun ada bakat memikat...
                        “Amboi...terharunya ”. Dewi ambil bunga yang dihulur. “Tapi lain kali tak perlu susah-susah. Nasib baik tak kena cepuk dengan Wadi”.
                        Radin Amzar terkekeh ketawa.
                        “Wadi tu, I bagi tip lebih sikit, terus diam la. Tu sebagai tanda mohon maaf pada you. Juga tanda terimakasih kerana sudi teman  I redah hutan”.
                        “Aik? Bukankah ramai awek peneman yang lain? Pergilah beri bunga pada mereka”
                        “Semua tu student I, you lain. I bagi pada yang terpilih saja” Radin Amzar dengan muka menahan perasaan. Malu ke apa, tak tahu le.
                        Dewi pandang lelaki yang berdiri di hadapannya . “Bertuahnya badan I ...”
                        “Anggerik ni hidup meliar, susah untuk dipetik tapi   cantik dan istimewa ” Sambung Radin Amzar sambil merenung mata Dewi. Cukup berani dan nekad  .
                         Dalam hati dia menambah anggerik hutan ni sama seperti Cik Dewi Bravo . Nampak liar dan terbiar, susah untuk didekati, hakikatnya sangat cantik dan  suci . Chewah, Radin Amzar...perumpamaan apakah ini?  Mana dia tahu yang si dia ni  suci? Nalurinya yang nampak?  Sebab Cik Dewi  lain dari yang lain. Itu yang dirasanya.  Ahaaks...sebenarnya dia sendiri tak faham akan dirinya sekarang ini. Macam dah bersalin jadi orang lain dah. Yang pelik-pelik dia fikir dan buat. Ke dah tiba masa untuk mengawan, macam refflesia juga? Uiks...itu  perempuan daa...
                        Radin Amzar turut melabuhkan punggung di atas tunggul kayu mengadap Dewi. “ Maaf jika you terasa hati fasal tadi”.
                        It’s okey
                        Sama-sama senyum, dengan maksud   lain-lain.
                        “Tapi sebenarnya fakta refflesia busuk untuk proses pembiakan  adalah benar you.  Bau dia akan menarik haiwan-haiwan untuk datang hinggap dan membawa benihnya ke habitat lain  yang sesuai untuk dia tumbuh”.
                        Kalau dah doctor pokok tu, fikiran sekitar pokok-poko saja la, susah nak senget ke benda lain…
                        “I ni berniaga nasi ayam je, manalah pakar dalam bidang you”
                     
   “Kerjaya dan minat I, dah sebati dalam diri, kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi...”
                        Eh...macam perangai dia juga, obsess sesuatu sampai mimpi-mimpi, bisik hati Dewi. “Yalah , Macam mana I boleh lupa yang di hadapan ni pakar sakit puan tumbuhan. Refflesia tu macam orang perempuan juga ya...bila matang , siapkan diri untuk  sambung keturunan”.
                        “Betul tu. Tapi kalau semua orang perempuan mati lepas bersalin macam bunga tu, maknanya orang lelakipun akan turut mati juga. Pupus la manusia kalau berterusan”.
                        Dewi cebik, pantang dia kalau lelaki mengayat. “Iya ke? Bukankah lelaki lagi suka? Dapat cari bunga lain?”
                        “Teori tanpa kajian dan bukti saintifik tidak diterima”
                        “Lumrah lelaki kan begitu? Hilang satu , seribu pengganti?”
                        “Tak semua .... ramai yang setia pada yang satu”
                        Dewi cebik . Yalah tu...ramai sungguh perempuan yang bahagia dalam dunia ni.
                        “So...mana pilihan you? Nak jadi anggerik hutan atau refflesia?” Apa punya soalan, tiba-tiba pula terpacul dari mulut Radin Amzar.
                        “Apa bezanya? Dua-dua juga tinggal dalam hutan kan?” Kena ke dia jadi tumbuhan hutan tu untuk kahwin dapat anak?
                        “Yap. Dan masing-masingnya cantik. Tapi tetap  berbeza. Anggerik sangat berdikari, gah dalam kelasnya tersendiri. Refflesia seperti perempuan luhur budi,  menumpang , hidup  hanya untuk jadi seorang ibu, kemudian mati.  You nak jadi wanita yang mana satu?” Terangkat-angkat kening Radin Amzar. Soalan dia penuh makna tersirat.
                        Dewi cuma pamer senyum sejuring. Jungkit bahu. Dia akan jadi refflesia, yang mekar untuk dapat seorang baby, selepas itu dia akan terus jadi anggerik liar yang hanya dapat dipandang Radin Amzar. Itu yang dia lakukan! Tetapi lelaki ini tak perlu tahu semua itu...
                        Perempuan bodoh sahaja yang sanggup jadi refflesia. Goda lelaki, dapat anak lepas tu sakit... mati. Huh!
                        “Hei...you tak boleh ke mana-mana selagi tak jawab soalan I!”
                        “Siapa kata? You nak terus duduk di situ duduklah. I nak ikut dia orang  balik!” Dewi angkat kaki.
                        Wadi dan Azam dah tersengih-sengih menunggu  untuk pulang. Tadi Radin Amzar sudah berpesan, habis sahaja kerja kumpulan tersebut, mereka boleh bergerak balik , sekarang semua pelajar-pelajar sudah melepak, bermakna kerja sudah siap.  Mereka berdua bukannya minat sangat untuk berlama di hutan yang tak ada ‘line’ ni, nak berSMS pun tak dapat apatah lagi untuk bermuka buku. Asyik tayang muka  nak cepat blah je.
                        Radin Amzar berlari anak mengejar Dewi yang sudah jauh ke hadapan. Dia ditimpa satu perasaan.  
                        Misi kali ini berjaya sebab target untuk dapat refflesia berkembang tercapai , kena pada waktu dan ketikanya. Bunga ni sekejap sahaja mekarnya, lebih kurang dua minggu sahaja. Nak tunggu dia muncul makan tahun . Malang pula fikiran dan jiwa tuan penyelidiknya tengah  kacau. Daya fokus merudum hampir ke huruf sifar. Parah eh!
                        Itu la....gatal nak pelawa orang lain ikut sama. Nak buat macam mana, hati dah nak kata begitu. Dia kalah dengan perasaan lelakinya. Entah macam mana boleh tertarik dengan perempuan gangster seorang ni.
                        Kalau Kak Long Zahra tahu...hah, malas nak fikir fasal  impian kak long seorang tu...

Sunday, August 18, 2013

DIA...Isteri Luar Biasa, 11



                         DEWI  YUSRA yang memakai baju dan seluar sukan Adidas, di tambah ‘hoodie’ jaket  John Lewis , kedua  kaki bersarungkan kasut sukan Nike serta kepala  ditutup dengan  cape , juga dari jenama Nike  , membuatkan  kehadirannya nampak  berbeza dalam kumpulan  dari universiti seramai tujuh orang itu, termasuk seorang renjer hutan sebagai pemandu arah.  Penampilannya yang lebih berjenama dan sophisticated menarik perhatian  banyak mata untuk tertoleh-toleh ke arahnya.
                        Di fikiran masing-masing tertanya-tanya siapakah gadis canggih yang diangkut Professor Madya Dr Radin Amzar . Tidak pernah-pernah pensyarah gilaan perempuan di di fakulti Sains Hayat itu  buat perangai seperti ini. Mesti si gadis sangat-sangat istimewa. Duduk dekat-dekat , cakap perlahan-lahan, seperti pasangan yang tengah ada ikatan perasaan.
                          Huih! Ada hati yang sedang  terbakar dengan situasi itu...  
                      
  Dari mula  bergerak tadi , Radin Amzar nampak Cik Dewi seperti orang tidak biasa dengan suasana hutan. Nampak canggung dan  tidak selesa. Tak berapa minit menapak dari bot, wajah Dewi sudah kemerah-merahan dik kerana tangannya yang selalu menggaru-garu.  Habis pipi putih melepak tu.  Timbul  rasa bersalah kerana mengajak dia mengikut kumpulannya.  Aktiviti mereka memang  ganas, maklumlah bukan datang untuk suka-suka , tetapi untuk buat kajian.  Kena dapat hasil dari duit yang telah diperuntukkan universiti.
                        Hehe...rupanya Cik Bravo alah dengan agas dan nyamuk! Ingatkan perempuan brutal tak kisah semua tu. Belasah lelaki boleh, takkan boleh kalah dengan binatang kecil  ?
                        Klik! Sekali lagi punat Nikon DSLR ditekan. Gambar-gambar candid Dewi sudah banyak dirakamnya. Nak buat apa, dia pun tak tahu, dia mana ada akaun twitter mahupun facebook apatah lagi akaun instagram. Tapi hati dia riang sangat!  Riang seperti rama-rama berterbangan.
                        “Bebawalah jimat-jimat bateri tu abang ngah, nanti nak ambil gambar bunga pakma abang tu,  udah bermasalah...” Bisik Azam  di telinga dengan nasihat menyindir.
                        Radin Amzar bagi satu jelingan tajam sebagai ganti perkataan ‘Menyibuk!’. Memang sibuk sungguh! Dari malam semalam lagi setelah tahu Cik Dewipun ada di di Pulau Banding ni dia asyik la menyakat itu ini . Sama juga dengan si kecil yang dibawa Dewi  , main lepas jer mulut dia orang. Tak tahu lansung nak jaga hati orang-orang tua.
                         Kalau awal-awal dah  tahu Cik Dewi Bravo ada di sini, Radin Amzar takkan sekali-kali ajak si penyibuk tu datang  sama untuk teman.  Asal-asalnya bawa Si Azam dengan alasan untuk mengelak dari selalu didekati pelajar sarjananya , Razita yang...ooh , seorang perempuan yang sangat merimaskan!
                        Kalau ada Azam, sekurang-kurangnya dia tidak berseorangan. Azam akan selalu dekat dengannya, jadi Si Razita akan  segan sikit. Tidaklah melampau-lampau gedik seperti  di fakulti, lebih-lebih lagi di makmal ataupun bilik pejabatnya. Perempuan sekarang... sangat berani. Menyeramkan!.
                        Cik Dewi Bravo lain! Brutal pun dia cute dan lucu. Tak gedik. Tidak jelek. Yalah tu...  
                        Yang jelas, sikap Cik Dewi ni  selamba dan natural sahaja, tidak terhegeh-hegeh atau mengada-ngada untuk menarik perhatian lelaki. Sebab itu Radin Amzar selesa berkawan, dia lemas dengan perempuan-perempuan yang cuba menggodanya. Bukan perasan, tetapi itulah hakikat dan  hati dia tak boleh terima. Baginya perempuan tak perlulah ‘over’ sangat kalau ya pun sudah jatuh cinta tahap langit ketujuh sekali pun, cukuplah sekadar klu sedikit-sedikit, bebawalah kawal yang selebihnya.  Lelaki , sepatutnya yang mengambil tindakan jika diapun ada perasaan yang sama.  Sebaliknya, dia akan berdiam diri, dan perempuan tu harus tahulah kedudukannya di mana. Tak gitu?
                        Chewah! Radin Amzar...bukankah dia yang selalu  dikutuk  kak long sangat lembab fasal perempuan? Diam-diam dia  selama ini sebab berprinsip. Konon-konon...
                        Mata Radin Amzar tertumpu pada adik sepupunya yang merapat dengan Cik Bravo.  Tengok tu, pantang leka sikit, mulalah Azam nak ambil kesempatan! Radin Amzar cepatkan langkah supaya sama dengan mereka berdua di hadapan.  Peluang merapat seharusnya untuk dia, bukan untuk budak yang masih berhingus, tak sesuai. Betulkah dia orang yang sesuai? Ke perasan sendiri?
                        Orang lain sebahagian jauh ke hadapan, dan sebahagian lagi ketinggalan di belakang.  Mereka bertiga berada di tengah-tengah dalam kumpulan tersebut.
                        “Opps..”
                        Tangan Radin Amzar spontan tarik lengan  Dewi bagi  menyelamatkan  gadis itu dari tersembam ke tanah. Kaki Dewi  tersadung  akar kayu yang menjalar .  Untuk sekali lagi Dewi diselamatkan. Semalam dan hari ini.
                        “Hati-hati you...” Nasihat Radin  Amzar lembut,  selepas itu. Mata coklatnya tunak sahaja pada wajah Dewi. Tak ada rasa segan lansung.
                        Thanks” Muka Dewi kemerahan. Dia terpaksalah! Kena buat-buat salah langkah untuk tarik perhatian.  Selalunya, Dewi steady je, tak ada pun nak terpelecok sana sini walau dengan kasut tumit tinggi empat inci.
                        “You...jauh lagi ke  tempat nya?” Dewi tanya. Saja nak tunjuk rupa letih  untuk  sampai ke tempat bunga yang nak dikaji tu. Sudah jauh berjalan meredah hutan. Kehijauan dan keindahan alam memang memukau mata,  kakinya tak ada masalah, bab-bab melasak ni , dia okey aje. Cuma satu yang dia tak  tahan... nyamuk di sini tak tahu duduk diam, asyik la nak hinggap ke muka dan lehernya sahaja.  Nasib baik kawasan lain dah kena   tutup habis-habisan dengan baju dan seluar, hingga hujung jari pun tak nampak. .
                        Radin Amzar senyum. Mata dia mencerlung pada gadis comel di hadapan. “Nak kata jauh tak , tapi  dekat sangatpun tidak. Dah penat?”
                        Dewi menyengih. Takkan dah nak mengaku kalah kut. Dia kan perempuan brutal yang tak kalah di mata lelaki. Dia cuma ingin menarik perhatian. Itu je...
                        “Kita rehat kejap ...” Pelawa Radin Amzar.
                        “Err... tak perlulah, I okey. Tak best la tertinggal di belakang . Kalau boleh I nak jadi orang pertama tengok refflesia , bunga kebanggaan you tu. Entah apa-apa, begitu banyak bunga kat bandar sana, yang dalam hutan ni juga you cari...”
                        Radin Amzar tergelak . Azam pun.
                        “Betul kata Kak Dewi. Abang ngah ni macam orang sewel pun ada. Menyusah-nyusah badan  nak buat kajian benda macam tu. Buat ajelah kajian tentang bunga raya ke, bunga kertas ke, kan mudah, bersepah-sepah je kat tepi-tepi jalan”. Sampuk Azam bila reda tawanya. Dia sudah menggelar Dewi ‘kak’ dari malam semalam , semasa makan malam yang dikuasai oleh mulut dia dan si  becok Nina.
                        “Habis tu, yang kau sibuk nak belajar fasal bulan bintang, planet yang tak dapat dicapai tu apa pula Zam? Kenapa tak belajar  fasal tanah, batu bata, parit-parit kat keliling  Zam  aje? Lagi mudah, tak gitu?” Soal Radin Amzar  . Kening diangkat-angkat   pada adik sepupunya.
                        Azam sedikit terkulat-kulat untuk balas balik kali ini.
                        Dewi  terhibur dengan gelagat dua bersaudara di sisi.  Jarang dia boleh bergembira dalam kumpulan lelaki. Selalunya  muka dia tegang saja bila  berhadapan para lelaki lebih-lebih lagi yang perangai ulat bulu bila memandangnya.
                        Apa-apapun , dalam diri Dewi  tegar dengan  waspada.   Sifat yang ditanam padu dalam hati sejak umur tujuh tahun, jangan mudah-mudah percaya pada lelaki. Tidak akan ada lelaki baik dalam dunia ini. Semuanya sekadar  mengambil kesempatan, ambil kesempatan atas kelemahan si perempuan.
                        Radin Amzar hulur sebotol kecil air mineral pada Dewi.  Ambil dengan sejuring seyuman . Proses menggoda kan, kenalah banyak senyum. Lepas dapat nanti, tahulah dia apa nak buat.   Diteguknya sekali air untuk basahkan  tekak.
                        ‘Tak adil betul abang ngah ni, Zam yang dah nazak kehausan setitik air pun  tak diberi...”
                        Dewi  tergelak. Terus dihulurkan botol airnya yang baru berluak sedikit. Kalau Azam tak kisah teguk  . “Tak sangguplah  tengok Azam mati terjegil mata  depan kak”.
                        No..no, you take this...” Radin Amzar bagi botol di tangannya, dia capai pula botol  yang Dewi hulur pada Azam. Terus dia teguk air , bekas mulut Dewi.  Entah kenapa dia buat macam tu, diri sendiri pun tak tahu,  Cik Dewi tu bukan siapa-siapa untuk dia cemburu bagai.
                        Azam juih bibir. Overlah abang ngah ni,   buang tabiat ke apa, tahu dek kak long mampus! Kak long dah pasang calon, dia sibuk nak berkenan pada orang lain. Out of specification pulak tu.  Haru.
                        Dewipun terkedu. Tak sangka pelannya berjalan dengan mudah!
**********
                        “Waah...banyaknya refflesia tengah kembang kali ni doktor. Tuah orang sebelah agaknya, semuanya nak sambut cik adik manis yag susah payah datang meneman” Usik Encik Wadi, renjer hutan yang jadi  pemandu kumpulan tersebut .
                        Radin Amzar sengih. Mata dia kerling pada gadis di sebelah.
                        Dewi selamba sahaja. Malas nak bagi respon pada lelaki yang tak berkenaan. Lelaki semua sama saja, jumpa perempuan, mulut manis semedang. Kecuali Doktor Radin itu la. Dewi perasan, dia lain  tak baik dengan semua perempuan. Buktinya,  Razita yang tergedik-gedik  dari pagi cuba meraih perhatian , Doktor Radin  buat biasa-biasa saja. Yang tu Dewi cukup hormat. Maknanya , dia  tidak suka-suka nak buat perempuan perasan tak tentu fasal .
                         Tapi reaksi ala-ala romantik pada Dewi apa hal? Doktor tu dah jatuh suka ke?  Kalau ya...okeylah tu...Dewi cuma nak pinjam sekejap je. Lepas tu kalau perempuan lain nak rembat, Dewi tak kisah! Kasihan juga pada mereka-mereka yang tengah cari calon suami dari stok baik-baik.
                        “Yalah Wadi, nasib kita baik sangat kali ini. Last time datang sia-sia saja kan, satupun tak ada”  Balas Radin Amzar.
                        “Kan dah kata, sebab ada pemangkin kali ni. Bukan kita saja yang bersemangat redah hutan, bunga-bunga ni pun bersemangat nak tunjuk diri, haha”. Wadi ketawa dengan kata-kata sendiri. Entah di mana lucunya pun tak tahu. Gelak sampai nak terkeluar giginya yang sedikit jongang. Mata dia tak habis-habis tala pada Dewi.
                  
      Dewi buat tak tahu. Dia sibuk  fokus kepada bunga-bunga refflesia yang mekar berkembang. Cantik dan unik! Patutlah kumpulan universiti ini bersusah payah untuk mengkaji.  Saiz bunga memang gedang , sesuai dengan status ‘bunga terbesar di dunia’ yang disandanngnya. Tak punya daun, tak punya akar, yang ada hanyalah tisu-tisu yang berselirat seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah.
                        “Ia sejenis tumbuhan parasit” .Tiba-tiba sahaja suara Doktor Radin menerjah di belakang.  Terperanjat Dewi dibuatnya.
                        “Parasit?  Apa tu ?”  Dewi kerut dahi. Maklumlah dia bukan orang sains. Dia belajar pengurusan sajian makanan, manalah tahu istilah-istilah pelik-pelik ni semua. Bukan bidang dia.
                        “Adik beradik pelesit la Kak Dewi...” Pintas Azam menyengih. “Aduh!” Perut Azam kena siku tajam. Boleh tahan sakit. Abang ngah ni suka sangat menyalah guna kuasa.  Mentang-mentang tubuh badan dia lebih sasa.
                        “Pandai sangat la kau Zam! Tumbuhan dengan spesies hantu  bersaudara ke? ” Tanya Radin Amzar.
                        “Tak ke ? Parasit tu pengikis. Macam refflesia ni , dia sedut je nutrien dari pokok tumpangan untuk hidup. Tak sama ke macam pelesit yang hisap darah manusia?”
                        Terhambur gelak Dewi dengar penjelasan Azam . “ Ramai ke orang mati sebab pelesit Zam?” .  Gelihati Dewi , Azam ni macam baya Nina je bercakap, cerita bohong pelesitpun dia ambil serius!
                        “Tu la tu,  definasi parasit dah betul dah, tapi dimasukkan pula bab tak logik pelesit , jatuh markah ! Kalau student abang ,  gagal”
                        Azam juihkan bibir. Tak percaya sudah! Kemudian dia tersengih bila tersedar sesuatu. “ Bang ngah, pelesit abang dah merapat, kejap lagi ada yang kena hisap darah. Cayalah!”. Azam berbisik.
                        Tiga pasang mata beralih pada sesusuk tubuh yang menuju ke arah mereka.
                        “Doktor Radin, kami semua dah lama menunggu arahan untuk  ambil spesimen” .Serius suara Razita, sebaik sahaja menghampiri.  Geram lihat gelagat luar alam pensyarahnya  untuk kerja lapangan kali ini. Tak fokus, selalu tu dia yang melampau-lampau serius!
            Pada masa yang sama sempat lagi Razita kerling Dewi dengan pandangan semacam. Inilah punca gangguan kosentrasi Doktor Radin . Minah Saleh celup, kacau daun betul. Rupa tak semenggah, ada hati merapat dengan bakal boy friend orang! Peliknya, Doktor Radin macam dah syok habis kat dia. Apa? Stok perempuan baik-baik dah pupus ke hingga dia boleh tersangkut pada perempuan macam tu?
            Senyum yang dihulur Dewi, sedikitpun tidak dibalas Razita.  Radin Amzar menyedari situasi tersebut. Hatinya kurang senang. Dia yang beriya-iya mengajak Dewi ikut group ini, jika layanan begini yang diberikan anak buahnya , dia  malu. Tetamu istimewa seharusnya dilayan dengan istimewa.
            “Bukankah I dah brief everybody Razita? Masing-masing patut tahu tugasan masing-masing. Ikut lay out plan  seperti  dirancang. Dan ini bukan kali pertama you all buat, sepatutnya dah pro”  Tegas Doktor Radin Amzar
            “Banyak sangat spesimen, sampai rasa tak confident doc. I sendiripun tak berapa yakin. Bukan mudah kita nak jumpa banyak refflesia macam ni, dah bernasib baik  sayang pula kalau tersilap buat. Sebab tu nak minta doktor guide lagi.” Razita beri alasannya dengan nada manja-manja. Terliuk lentuk kepala di hadapan Doktor Radin Amzar. Ella, si ratu rock Malaysiapun boleh kalah .
            Caranya lebih kepada nak menunjuk-nunjuk di hadapan Dewi. Selebihnya sebagai amaran, ‘jangan kacau aku punya doktor’.
            Sungguh  Radin Amzar sangat tidak berselera dengan kegedikan Razita. Dia buat tak pandang je. Mata terus kepada ahli kumpulan lain yang nampak sibuk dengan kerja masing-masing. Semua macam yakin . Pandai la Razita nak ‘goreng’ dia. Ingat dia buta ke , tak boleh lihat.
            Tapiii...semua pelajar yang datang  itu tanggungjawab dia, bukan sekadar Razita seorang....
            “Zam, teman Kak Dewi eh, abang ngah nak  bereskan kerja kejap”.
             Azam mengangguk .“Lamapun tak apa bang...”
                        Bahu   Azam kena tumbuk sebiji . “Jangan merayap jauh-jauh!” . Dia hulur senyum paling manis satu alam.“Excuse me Dewi. Enjoy... flowers and butterflies” .  
                        Azam jeling  menyampah. Gedik la abang ngah ni. Kak Dewi tu biasa-biasa jer, dia yang nampak lebih-lebih.
                        Sure... no worries” Balas Dewi lunak , dengan senyum paling manis satu alam juga,  walau hatinya tak seikhlas mana. Stok sembahyang dalam kapalterbang ni...bukan mudah dapat, jadi terpaksalah buat wajah mesra gitu.
                        Lambat-lambat Doktor Radin Amzar berlalu dari situ menghala kumpulan pelajarnya. Razita tergedik-gedik mengekor di belakang.  Sebelum ‘blah’ dia bagi satu das jelingan maut pada Dewi dan Azam.
                        “Urm mak ai...apa kes la perempuan ni...”      Rungut Azam . Yang ni lagi sengal. Patutlah abang ngah tak layan. Harap  muka je cun, tapi ‘haram’ tak pandai bawa diri.
                        “Jangan mengumpat Zam, mungkin dia ada alasan untuk bertindak macam tu”
                        “Alasan dia   mengada-ngada! Tulah spesies pelesit! Lagi abang ngah tak layan,  lagi dia terhegeh-hegeh. Nak menghinggap saja kerjanya.  Bukan abang saja yang rimas, Zam pun turut lemas sama...” . Azam keluarkan suara meluat.
                        Dewi  terperli sama. Dia juga termasuk dalam ketegori itu? Owh... tak rela untuka jatuhkan martabat perempuan yang dijulang tinggi selama ini...
                        Boleh tahan perasan dua mamat ini ya? Ahh...lelaki, memang semua mudah perasan!
            .