Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Monday, January 28, 2013

Tidak Pernah Sesal, Bab 15



             “Lia...kau pergi jogging tak esok ?  Aku nak ikut ?”
               “Hah?”
 Lia Hana memandang sahabatnya dengan muka serba tanda tanya. Betul ke tidak telinganya yang mendengar ini.  Minah ni mengigau ke ?
“Hoi Lia...yang mulut kau tu ternganga kenapa? Tak lawa tau tak rupa kau macam tu .Aku nak ikut kau pergi jogging esok boleh ?”
“Bo..boleh. Tapi betul ke ? Kau tak mimpi ke ni ?”
“Hello...aku belum lena lagilah...nak mimpi apa ? “
“Yelah....kau mana pernah nak ikut aku beriadah. Terkejut bataklah aku ni” 
Salina tersenyum-senyum . Dia menyembunyikan rasa malu. Memang betulpun apa yang diperkatakan Lia Hana. Sebelum ini dia memang tidak menunjukkan minat lansung untuk melakukan aktiviti menyihatkan badan.
“Aku nak  kuruskan badanlah Lia ”
“Hah?”
Salina tersengih. Dia sudah menjangka tindakbalas kawannya itu. Mata yang sudah sedia besar dan cantik itu akan menjadi dua kali ganda saiznya.
“Aku nak kuruskan badan. Nak diet cara sihat. Nak cantik!”
Salina menguatkan suaranya. Pertama supaya kawannya itu percaya, kedua adalah ingin melindungi rasa malu dengan azam barunya. Maklumlah....selama ini dia tidak pernah kisah dengan semua itu. Sebab dia lebih menyintai makanan  daripada bentuk badan yang cantik. Apa dia kisah! Tembampun tembamlah....janji makan sedap!
“Err...Lina, boleh aku tahu apa sebabnya kau tiba-tiba saja nak tukar penampilan? Dulu masa kau tergila-gila kat Azeem tu, tak pula kau kepoh dengan  badan  kau yang istimewa ni ?”
Wajah Salina yang biasanya selamba itu, boleh pula merona merah. Seperti ada sesuatu yang luar biasa sekarang ini yang tidak diketahui sahabatnya.
“Saja....aku rasa nak  nak kurus je..Tak larat rasa bawa badan yang berat ni”.
“Ye ke ?  Ke ada sebab lain yang aku tak tahu Lina ? Kau dah pandai berahsia dengan aku sekarang ni eh?”
“Mana ada rahsia apa-apa. Aku memang dah kurangkan makan sekarang ni. Kau saja yang sibuk , sampai  dah tak jaga  kebajikan aku lagi”
“Aku sibuk? Setahu aku kau yang terlebih sibuk sekarang ni. Kalau tak keluar, 24 jam dengan telefon bimbit tu ha....kadang-kadang nak pandang akupun kau  dah tak ada masa. Ada tika, aku terasa tau...kau macam dah tak nak layan aku lagi macam dulu-dulu . Kenapa Lina ? Sampai hati kau tak nak kongsi dengan aku...ni”.
“Tak ada apa-apalah! Kau tu yang terasa sendiri saja...”
“Ya...lah, orang dah tak nak kongsi dengan kita lagi sekarang ni....”
Lia Hana pura-pura berkecil hati. Dia bangun untuk masuk ke dalam bilik. Dengan Salina, taktik ini ada kalanya berkesan. Kemungkinan besar segala rahsia akan terbongkar nanti.
“Err....Lia, janganlah merajuk! Aku sebenarnya segan nak bagi tahu kau. Aku..aku dengan Faiz.....”
Lia Hana segera memberhentikan langkah pura-puranya itu. Matanya mencerlung pada Salina. Dengan Faiz ? Biar betul?
“Kenapa kau dengan Faiz ? Ada yang aku tak tahu ke?”
“Err....aku....aku ”
Salina menaikkan dua-dua jari telunjuknya di hadapan Lia Hana.
“Kau orang berdua couple ?”
Salina mengangguk. Malu-malu.
Lia Hana sudah mengigil menahan tawa. Sungguh dia tidak menyangka kali ini. Patutlah kedu-duanya nampak lain macam sahaj sejak akhir-akhir ini.
“Sejak bila Lina?”
“Alaah...baru je lagi..”
“Kau serius ?”
Salina mengangguk . Dari matanya yang bercahaya itu, Lia Hana nampak kawannya itu memang bersungguh-sungguh kali ini. Seperti ada keikhlasan terpancar dari hatinya.  Nampak cahaya bahagia. Mungkinkah itu wajah  orang yang dilamun cinta ? Agaknya,
“Faiz sungguh-sunguh ke ?”
“Dia yang buka mulut  dulu. Tapi aku pun ada perasaan yang sama pada dia. Kami dah rancang untuk bertunang pun”
“ Iya ? Serius ? Kau betul-betul pasti?”
“Aku pasti sangat-sangat. Kau masih tak percaya ke ?”
“Aku bukannya apa. Kau kan minat pada orang macam Azeem. Tiba-tiba dengan Faiz pula . Aku  tergamam la...”
“Sebenarnya Lia, aku dah sedar lama dah....aku dengan Azeem tu ibarat pungguk rindukan bulan je. Boleh dilihat tapi tidak boleh  di dapat. Takkanlah Azeem sudi pada orang yang macam aku ni. Kalau dengan kau lainlah! Walaupun harta  tidak setaraf, sekurang-kurangnya rupa dan pelajaran kau setanding dengan dia. Aku ni apa yang ada untuk dipertaruhkan. Semua kosong.  Tapi Faiz pun okay kan ?”
“Iya...Lina. Faiz memang okay sangat-sangat. Sikap tanggungjawab dia, ugama dia, semua bagus. Beruntung kau Lina. Harap kau jaga dia baik-baik. Aku doakan semuanya akan jadi baik lepas ni”.
Salina tersenyum bangga. Memang itu yang dia lihat ada pada Faiz. Walaupun pemuda tersebut muda darinya tiga tahun, tetapi tidak menjadi penghalang padanya kini.
“Esok nak jogging sama  boleh kan ? Azeem tak pergi sama kan?”
“Dia tak ada kat sinilah. Pergi Hong Kong. Kemain bersungguh-sungguh kau ya? Sanggup menahan nafsu makan demi abang yang tercinta....”
“Entah...aku rasa aku rela nak buat semuanya.  Err...Lia, aku tengok mamat Azeem tu macam angau habis dengan kau . Kau orang pun dah ada apa-apa ke ?”
Lia Hana  hanya mengjungkit bahu.
“Kau jangan jual mahal sangat Lia. Azeem tu lelaki cukup sempurna di mata perempuan. Semua perempuan yang kenal dia mesti akan terbayang-bayang untuk dapat dia. Antara layak denagn tidak aje”
“Aku ni layak ke Lina....dengan Azeem tu ?”
“Eh...apa tidaknya ? Kau dengan dia bagai pinang dibelah dua tau! Sama cantik, sama padan, ada rupa ada gaya”
“Itu kata kau. Tapi aku takutlah Lina. Azeem tu cara hidup berbeza dengan aku. Dia sudah terbiasa dengan cara high class , gaya orang  kaya dan bos-bos. Aku ni biasa-biasa saja. Kami banyak berbeza sebeanrnya”.
“Tapi Lia, perbezaan yang sebegitulah yang boleh menyatukan kau orang kan? Aku tahu Azeem tu mendekati kau sebab apa yang ada pada kau, bukan kerana status. Apa yang dimiliki kau tu yang menjadi daya tarikan pada dia. Dari pandangan mata dia saja aku sudah nampak, dia dah angau sangat pada kau Lia”
“Amboi.....kau sekarang dah pandai banyak ya? Maklumlah...orang dah selangkah lebih dari aku”
Salina tergelak. 
“Belum  banyak  lagi pengalaman aku, tapi cukup untuk membuatkan dunia aku terasa cukup indah tau! Kau tu takkan tak rasa lagi kot ? Aku tengok mamat biul tu layan kau bagai nak rak . Takkan tak istihar apa-apa lagi Lia ?  
 Lia Hana hanya tersengih. Hhmm....dia sendiri belum ada jawapan yang pasti. Mereka memang rapat sejak akhir-akhir ini. Terlalu rapat! Melebihi dari hubungan sahabat. Kadang-kadang dia sendiri ngeri bila mengenangkan keakrabannya dengan Azeem.
Setiap hari mesti berjumpa, walaupun sekejap pun tidak mengapa. Setiap jam  telefon bimbit wajib berbunyi menandakan ada mesej dari pemuda tersebut. Paling tidakpun bertanya apa yang sedang dilakukan ?  Dan Lia Hana cukup merasa bahagia apabila terlihat sahaja mesej itu dari si buah hati pujaannya. Sepatah perkataanpun , sudah cukup membuatkan hatinya bergetar suka. Terasa diri diberi perhatian dan disayangi.
Sudah seminggu si dia berada di Hong Kong. Tetapi setiap hari tidak pernah gagal untuk menghubunginya, walau dengan cara apa sekalipun . Azeem mesti memperuntukkan masa walau sekejap untuk dirinya.   
Rindu di hati hanya tuhan sahaj yang tahu.  Rasa serba tak kena bila tidak dapat berjumpa dengan tuan punya badan. Resah gelisah!

**********
                        DI BILIK  hotel bertaraf lima bintang yang terletak  di tengah bandar kepulauan Hong Kong,  Syed  Awaludin  asyik memerhatikan gelagat anak lelaki tunggalnya. Sepanjang hampir seminggu berkongsi bilik dengan anaknya, dia dapat  melihat dengan jelas perubahan ketara yang berlaku pada kelakuan anaknya. Jelas berbeza dengan Syed Azeem sebelum ini.
                        Maka, betullah sebagaimana yang selalu diperkatakan isterinya, Tengku Adurah,  Syed Azeem sekarang telah nampak hidup dengan baik dan gembira. Sudah banyak tersenyum, malah kadang-kadang kelihatan melampau pula apabila anaknya boleh tersengih-sengih seorang diri. Kot ya pun sudah boleh tersenyum, jangalah berlebih-lebih! Nanti kalau sudah terbiasa begitu, dicop orang kurang siuman pula.
                        Sudahlah  dia hanya mempunyai seorang anak lelaki. Tiada yang lain! Dengan Syed Azeem itu sahaja dia menggantungkan segala harapan dalam memperbesarkan empayar perniagaan keturunanannya. Dua orang anak perempuannya, kelihatan seperti kurang berminat. Selama ini Syed Azeemlah yang menjadi tunjang   peyambung kekayaan  dan nama keluarga. Kepada anaknya itulah diletakkan sepenuh tanggungjawab.
                        Mujur juga Syed Azeem ini dijadikan tuhan sebagai anak lelaki yang baik. Sentiasa patuh pada arahan orang tua. Jika A kata mereka, maka A lah yang dilakukannya. Setakat ini, Syed Awaludin cukup berbangga dengan sikap anaknya. Syed Azeem tidak pernah mengecewakan dia dan Tengku Adurah. Walau kadangkala Syed Azeem kelihatan kurang bersetuju dengan apa yang mereka tetapkan, tetapi dia tetap patuh, tidak pernah membangkang. Ya....dia memang anak yang yang teramat baik!
                        Namun, perubahan sikap Syed Azeem kebelakangan ini, sedikit sebanyak membuatkan fikirannya menjadi gusar. Dia tidak boleh membuang begitu sahaja dengan apa yang disaksikannya. Masa depan legasi keluarga terletak sepenuhnya di bahu anak lelaki tunggal itu. Jadi , apa yang berlaku dalam diri anaknya, dia perlu memberi perhatian yang lebih, supaya generasi Al-Barakbah  terus terpelihara kemuliaannya. Tidak dicemari dengan campur aduk orang-orang yang tidak berkenaan, terutama dari golongan kebanyakan, yang entah tidak diketahui asl usulnya.
                        Syed Awaludin pasti anaknya itu tengah dilamun angin asmara bersama seorang perempuan. Ahh.....dia sudah tua dan terlalu banyak pengalaman hidup. Sekilas ikan di lautan, dia sudah tahu jantan betinanya.
                        Sepanjang bersama dengan Syed Azeem di sini, dilihat anaknya tidak berenggang dengan telefon bimbit. Jika berbual pula, suaranya romantik berbisik-bisik. Syed Azeem lebih suka berada dibilik hotel jika tidak ada temujanji perniagaan. Tidak seperti sebelum ini jika  ke luar negara, anaknya suka berjalan-jalan melihat tempat orang. Kali ini amat berbeza.
             Ada tidak ada keluarpun, anaknya cuma pergi membeli-belah beberapa barangan kulit untuk orang perempuan. Mungkin untuk bondanya dan Syarifah Azeera. Kedua-dua perempuan itu memang  kaki barangan berjenama, dan ianya boleh didapati dengan agak murah di Hong Kong berbanding di negara sendiri. Atau  Syed Azeem ada juga membelikan kepada perempuan lain ?  Mungkin juga. Ahh....itu yang menambahkan kebimbangan hati Syed Awaludin!
            Dulu, dia ingatkan Syed Azeem kembali rapat dengan Sharifah Zalia, setelah anak sahabatnya itu kembali solo. Namun tekaannya meleset, apabila walid Sharifah Zalia, Syed Hanafi menafikannya. Menurut Syed Hanafi, anaknya tidak pernah menghubungi Syed Azeem lagi selepas pemuda itu dikecewakannya.  Sehingga kini mereka tidak pernah berhubungan lansung. Itu Syed Hanafi pasti.Sharifah Zalia amat rapat dengan uminya, dan segala rahsia anak perempuannya dapat dikorek melalui isterinya itu.  

            Jawapan itu yang menambahkan kerunsingan kepala Syed Awaludin. Jika Syed Azeem berkawan semula dengan Zalia, dia amat-amat menyokong. Itu yang diidamkannya. Sharifah Zalia adalah satu-satunya zuriat Syed Hanafi yang ada. Gabungan anak mereka berdua akan membuatkan empayar perniagaan Syed Awaludian semakin berkembang dengan gahnya.
            Syed Awaludin tidak pernah kisah dengan apa yang telah dibuat oleh Sharifah Zalia dahulu. Baginya, itu semua adalah ragam orang muda yang belum matang, dan mereka sebagai orang tua perlu bersedia dengan kemungkinan yang begitu. Kemarahannya pada keluarga Syed Hanafi hanyalah beberapa hari sahaja. Dia memutuskan untuk kembali menyambung silaturahim demi hubungan perniagaan dan gelaran ‘Syed’ yang dimiliki bersama. 
            Tetapi tidak bagi Syed Azeem rupanya....
            Entah dengan gadis mana anaknya menjalinkan hubungan ? Dia perlu siasat. Tidak boleh membiarakan hubungan ini berterusan jika dengan orang yang tidak sesuai. Salasilah keturunan Al-Barakbah perlu dijaga rapi. Bukan sebarangan orang boleh memasukinya.
            Dalam diam melihat gelagat anak lelakinya, Syed Awaludin bertekad untuk mula bertindak sekembalinya ke tanah air nanti......

Sunday, January 13, 2013

Tidak Pernah Sesal, Bab 14



Lia Hana baru sahaja membuka pagar rumah, bila mana kereta Azeem betul-betul berhenti di hadapannya. Tersengih-sengih lelaki itu. Wah! Sekarang ini semakin banyak pula senyumnya. Tidak payah dipaksa-paksa lagi.
                        “Mimpi apa malam semalam, pagi-pagi dah sampai ?”
                        “Mimpikan tuan puteri depan mata inilah! Sampai tak sabar-sabar menunggu pagi. Dah nak pergi kerja ?” Jawab Azeem tersengih-sengih menyembunyikan rasa malu. Malu tapi mahu....kata hatinya.
                        Lia Hana hanya mengangguk. Debar di dada Tuhan sahaja yang tahu. Malam semalam dia tidak nyenyak tidur teringatkan Azeem. Pagi-pagi Azeem sudah muncul, seperti tahu-tahu sahaja perasaan hatinya. Adakah dia pun sama?
                        “Pergi sekali ? Nanti balikpun saya hantar”.
                        “Ehh....Nanti Hana  balik lambat. Menyusahkan Azeem pula”.
                        “Tak ada susahnya!. Saya yang hendak buat untuk Hana. Lambat macam mana pun saya tunggu”
                        “Azeem dah sehat betul ke ? Bukankah perlu banyak rehat?”.
                        “ Hana, saya akan lebih sihat jika dapat jumpa Hana. Kalau nak saya cepat sembuh, jangan banyak soal lagi boleh ? Jomlah!”
                        “ Err... Kejap eh....Hana nak ambil beg”
                          
                        Lia Hana serba salah. Wajahnya merona merah. Dia ingin menolak pelawaan Azeem, tapi dia lemah. Dia tidak berupaya mengatakan tidak! Dia tidak lansung mengingati pesan emak dan nasihat Abang Naim.  Hatinya teramat gembira bila melihat Azeem. Rasa di beri perhatian. Azeem sudah mula ambil berat dan memanjakan dirinya.  Perasaan halus mula berbisik-bisik. Bahasa Azeem sekarang......semuanya mencuit rasanya. Sungguh manis!  Atau dia sekadar perasan sendiri ?
                        Azeem telah memulakan usahanya untuk memikat hati Lia Hana. Dia tidak boleh bertangguh lagi. Tidak tertanggung dek badan . Dia berazam, sebaik sahaja  boleh bekerja, dia akan bertindak agresif.  Caiyok Azeem! Jangan ditunggu-tunggu lagi.  Takut bunga yang dipuja di sambar orang .
                        “ Cantik Hana hari ini. Tak apa ke jika tidak pakai uniform ?”
                        Azeem suka dengan penampilan Hana. Sepasang jaket dan seluar  sedondon berwarna coklat. Nampak elegan dan ekslusif. Hana jarang berpakaian begini. Biasanya dia menyarungkan pakaian seragam kilang sahaja. Tetapi Hana, pakai apapun nampak cantik dimatanya sekarang ini. Tiada apapun yang cacat di matanya. Orang tengah angau!
                        We all managers , tak wajib sangat pakai . Tapi di galakkan. Lagi pun hari ini Hana ada lunch dengan clients. Sebab  tu  pakai lain sikit. Hati bos nak kena jaga juga kan?”
                        “Oooo....Ada lunch
                        Rasa cemburu pula di hatinya. Lunch dengan siapa ya? Janganlah dengan lelaki yang minat padanya. Sekadar yang bertujuan untuk kerja tidak mengapalah. Dia mesti rasional sedikit. Lia Hana masih tidak ada apa-apa ikatan dengannya.
                        “Habis, Hana tak perlu transport tak ?”
                        “Oo....Tak mengapa Azeem, Hana boleh tumpang bos. Jika tak pun boleh pinjam kereta kawan di kilang tu”.
                        “ Eh....Tak perlu. Jangan pinjam kereta kawan. Hana boleh bawa kereta saya. Nanti drop saya  di office dan Hana boleh drive kereta saya ke tempat Hana”.
                        “Tak mahulah Hana. Mewah sangat ! Lagipun Nanti Azeem pula tak ada kereta. Bukankah Hana sudah menyusahkan ?”.
                        “Tak , tak susahpun . Saya ada kereta lain di factory tu. Company car. Just  take it , Hana. I  insist. You jangan guna kereta orang lain. Okay?    
                        Lia Hana diam. Nak guna kereta dia ? Eh ...Bukan masanya lagi. Nanti menjadi buah mulut orang-orang di kilangnya lagi. Tentu macam-macam gossip mereka. Macam mana ni ? Itulah , gatal sangat terima pelawaan  Azeem  untuk pergi bersama sebentar tadi. Kan sudah menjerat diri sendiri!
                        I really mean it Hana.  Gunalah kereta saya okay ?”
                        Okaylah . Thanks. Tapi  lain kali Hana tak terima ya ! Lagipun Hana tak biasa dengan kereta macam ni. Manalah tahu, takut jadi apa-apa, Hana tak mampu nak bayar ganti”.
                        “Ke situ pula.  Janganlah mintalah!. Tapi bagus juga, kalau tak mampu bayar nanti, jadi saja my Mrs, Saya consider semua tu free saja”.
                        Azeem ketawa. Tapi hatinya mengucapkan syabas. Berani dia meluahkan ayat tersebut, walaupun seperti   gurauan, sebenarnya dia sungguh-sungguh. Semoga Lia Hana faham maksudnya.
                        Lia Hana pula terus tergamam. Sememangnya itu yang dia harapkan, tetapi tidaklah secara gurauan. Takut cuma dia yang perasan sendiri.  Namun dadanya cukup berdebar-debar. Wajahnya juga memerah. Harap Azeem tidak perasan!
            Azeem ini peliklah sekarang ini. Seperti ingin memikat dia dengan hartanya. Jika itu maksudnya, Lia Hana kurang boleh terima. Jika dia  suka pada Azeem sekalipun, bukan kerana kemewahan yang dimiliki Azeem. Malah, Azeem tidakpun memiliki sifat lelaki impiannya. Tetapi hatinya, entah mengapa, tiba-tiba telah terikat dengan pemuda itu. Ada perasaan asing yang datang dan datang. Dia sendiri tidak tahu sebabnya. Yang dia tahu, dia seperti tergila-gila  pada Azeem. Habislah.....Jika Salina tahu.
            Tetapi, jika harta yang disua-suakan Azeem untuk memiliki dirinya, Azeem silap orang. Lia Hana bukanlah begitu. Dia ada prinsip sendiri.
            “Haa....Dah sampai pun.  Now, Hana drive kereta ni. Nanti bila nak balik call saya okay ? Pukul berapa pun tak apa. Tapi kita dinner  di rumah saya ya ? Bonda nak jumpa Hana lagi. Esok dia nak balik KL . Boleh?”
            “Hah ? Eh ...Azeem, Hana seganlah !”
            “ Tak ada segan-segan . Bonda betul-betul nak jumpa Hana...Please ? Ini untuk bonda ”
                        Setelah di rayu-rayu Azeem lagi, Lia Hana akhirnya mengangguk juga. Azeem puas hati. Kadang-kadang susah juga Lia Hana ini. Kena pujuk dan pujuk sentiasa. Bukannya mudah sahaja dia hendak mengikut Azeem. Jika hendak bersama dengannya, Azeem kena bijak mencari jalan. Perlu banyak berfikir. Sebenarnya dari dahulu lagi begitu. Lia Hana bukan senang-senang untuk keluar dengannya. Gadis Itu, ada pegangannya yang tersendiri. Jika Azeem ingin memilikinya, dia kena pandai menilai.
                        Azeem menunggu sehingga kereta kelabu yang membawa buah hatinya pergi. Cepat-cepat  dia naik ke atas , dan melihat Lia Hana dari cermin  pejabatnya. Rasa dirinya bagai orang gila sekarang ini. Sanggup buat apa sahaja demi gadis itu. Dia tersenyum sendiri. Dia akan terus berusaha untuk menangkap merpati itu, walaupun nalurinya merasakan ada banyak rintangan yang akan di tempohi. Dia dapat rasakan!
                        Walaupun dengan perasaan serba salah, Lia Hana membawa juga kereta mewah itu dan memarkirnya di tempat petak yang dikhaskan untuk keretanya. Dia perasan ramainya mata yang memerhati.  Mungkin ingin memastikan siapakah pemandu kereta yang baru pertama kali masuk ke kewasan itu. Mungkin ada yang mengenali kereta tersebut, tetapi kata hati Lia Hana, ramai yang tidak akan perasan bahawa kereta tersebut kepunyaan orang  kilang hadapan. Buktinya, Lia Hana sendiri tidak pernah perasan  dahulu sehinggalah mengenali Azeem dengan cara yang tidak sengaja itu.
                        Lia Hana berpampasan dengan Faiz, juga Salina , yang masing –masing juga baru keluar dari kereta yang sama. Kereta Faiz. Mungkin juga Faiz menjemput Salina tadi. Apa yang hendak di  hairankan, hubungan mereka berdua memang baik selama ini.
                        “Eh Lia, kenapa bawa kereta Azeem ? Tadi aku ingat kau tak keluar lagi. Nasib baik tergerak hati nak kunci rumah”
                        “ Entah....Azeem  tu , mengada-mengada , nak hantar aku. Akhirnya kena pinjamkan kereta dia. Aku kena keluar tengah hari ini”.
                        “Ooo....Bertuahnya engkau ! Dapat drive kereta mewah tuu..”
                        Lia Hana  hanya angkat bahu. Tiada komen . Jangan kau bergossip lebih-lebih sudahlah Salina!.  Dia hairan juga dengan tindak balas dan riak wajah Salina dan Faiz. Tidak ada menunjukkan rasa tidak senang atau marah kerana melihat kereta Azeem itu. Mereka cukup bersahaja. Bagus juga. Tidaklah penat kepala Lia Hana memikirkan dan memujuk Salina nanti.
                        Lia Hana  perasan ada juga  sepasang mata lain yang turut memerhatikannya keluar dari kereta itu. Wajah itu cukup serius. Lia Hana cuba memberikan senyuman ikhlas kepadanya , tapi nampak gayanya tidak berbalas. Sebenarnya, Lia Hana kurang gemar jika bertembung dengan orang ini. Kalau boleh di elak, dia akan mengelak. Encik Kamil ini, selalu membuatkan dia  rasa tidak  selesa. Pandangan dan renunganya, sungguh menakutkan !
                        Mr Calvin, bos Lia Hana menegurnya mengenai kereta mewah itu ketika dia menyerahkan beberapa dokumen untuk di tandatangan.
                        “You bawa BMW hari ini ? Surprise ? Boy friend you punya ke Miss Hana ?”
                        “No...lah Mr Calvin. Just friend. Dia pinjamkan aja, Dia suruh I test drive
                        “ Hei....Darling, No friend yang nak pinjamkan orang kereta mewah macam tu, kecuali yang ada specials feeling saja”
                        “Iya...ke Mr Calvin ?”
                        Li Hana sengaja buat-buat tidak faham. Tetapi dia dengan Mr Calvin tidak banyak berahsia. Mr Calvin mempunyai fikiran yang terbuka dan selalu memanjakan Lia Hana.
                        “Iya...lah, Mesti dia tengah nak tackle you tu. Orang macam you bukan sebarang orang boleh tackle. Standard tinggi. Handsome tak ? Be careful my dear! Anyway, boleh I tumpang you lunch nanti ? Nak rasa juga kereta boy friend you tu, sedap ke tidak”.
                        “Errr...Okay....No problem Mr Calvin. You nak duduk di belakang pun tak apa, hari ini jadi I driver
                        Mr Calvin tergelak besar dengan gurauan itu. Apalah teringin sangat hendak naik kereta Azeem itu. Lia Hana rasa Mr Calvin sudah biasa dengan kereta-kereta mewah sebegitu. Sengaja hendak menyakat Lia Hana agaknya. Tidak mengapalah, sekali sekala dia melayan sahaja kehendak bosnya. Lagipun, selama ini Mr Calvin melayan dia sebagai orang bawahan dengan baik sekali. Dia tidak ada masalah lansung bekerja dengan lelaki itu, walaupun mereka berlainan bangsa dan ugama.
                        Bila hampir hendak pergi, dia memberi mesej SMS kepada Azeem meminta kebenaran. Sekejapan sahaja mendapat balasan. Itu Lia Hana sudah sedia maklum. Tetapi bahasa  yang digunakan Azeem yang amat berbeza itu ,baru sahaja dia tahu. Rupanya mamat biul ini , pandai juga mengayat ya!
                        Okay. No problem, Pandu hati-hati. I love you more than the car”
                        Ahh......Rasa terbuai-buai Lia Hana dengan ayat yang sepotong itu!