Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Sunday, June 30, 2013

DIA ...Isteri Luar Biasa, bab 8



 UN cuba post di p2u, tapi dah banyak kali tak keluar2 juga . Makanya, DILB ni adalah di blog okey... pada yang nak baca bab 1-7 , bolehlah klik link yang dipapar di sebelah kiri ya... link DILB di p2u, Enjoy bab seciput ni ya...

MASING-MASING ada hajat tersirat...
                        “Encik Radin?”
                        Dada Radin Amzar dup-dap, dup-dap! Terpanar dia bila tertatap mata Cik Bravo.
                        “Err...yah, ya”  Lucu dengar , biasanya manusia sekeliling panggil dia ‘ngah’ ataupun Dr Radin. Dia senyum, spontan   kerusi hadapan  ditarik untuk gadis itu duduk.
                        Wow! Dia nampak sangat lain dari pertemuan-pertemuan sebelum ini. Dengan baju kurung putih hitam corak zebra , dia nampak sangat ayu dan sopan.   Boleh diistihar gadis melayu tercantik jika warna rambutnya tidak berkarat. Jantung Radin Amzar makin berdegup pelik. Aura semacam mula datang.
                         Hish! Jangan Radin Amzar, jangan...bukankah sudah ada janji lain? Jangan cuba-cuba merumitkan keadaan. Astaghfirullah! Lagipun gadis di hadapan sudah tentu bukan pilihan yang baik di mata keluarganya. Luarannya tidak memenuhi spesifikasi mereka. Si dia berambut celup, tak tutup aurat, sombong, berlagak , kurang ajar malah kaki pukul. Itu yang Radin Amzar nilai dari fizikalnya.   Pasti  kena tolak mentah-mentah oleh umi.  Jadi, kawal diri, jangan mulakan apa-apa.
                        Your bag...Encik Radin...” Dewi meletakkan beg sandang hitam jenama Proffesional di sisi kerusi Radia Amzar.
                        “Owh...this is yours...Cik...” Beg yang sama rupa juga diletak di sisi Dewi.  Radin Amzar cuba berlagak tenang dan selamba, walau di dalam  berkocak hebat. Dia kena rilek. Walaupun jantung tak mahu bekerjasama. Aisy ...jantung ni, pilih-pilih perempuan pula dia nak buat hal.  Biasa tu tak inginpun dia nak berdetap-detup.
                        “Dewi ...Dewi Yusra...” Dewi tak hulurkan tangan, sebab dia yakin stok lelaki solat atas kapalterbang tak sentuh perempuan sembarangan.
                        Just call me Radin ”
                        Or...Dr Radin ?”
                        Radin Amzar jungkit kening. Dah tahu rupanya, dia tidak pula kenalkan diri dengan pangkat semasa menelefon.
                        Sorry...I terpaksa buka beg you...” Akui  Dewi. Suara dilunakkan  sehabis mungkin. Rancangan dia  untuk pikat hati Dr Radin Amzar yang genius ni untuk diperangkap jadi ‘SS’nya.  Kena mula sekaranglah, tak boleh buang-buang masa lagi. Pun begitu,  dia kena pastikan yang doktor biak pokok ini masih bujang trang tang tang. Kalau sudah kahwin mahupun  bertunang, automatik projek batal !  Ya Tuhan, berilah keajaiban! Rasa-rasanya  ini sahaja calon terbaik! Yang tak mengelikan, yang paling budiman!
                        “Tak mengapa. I pun sama. Order?  Tanda minta maaf sebab menyusahkan you...” Radin Amzar masih beriak tenang. Dia cuba mengawal mata dari terlalu kerap memandang ke arah Cik Dewi. Hati degilnya tetap berbisik, kalau tak boleh pergi jauhpun, dia ingin sangat berkawan dengan Dewi bravo ini. Ada tarikan pada dia.
                        Dewi hanya membuat pesanan jus oren .   Dapat dia rasa pandangan Dr Radin  terhadapnya di sini berbeza berbanding semasa di dalam kapalterbang tempohari. Hari ini   seperti dikawal-kawal, nak tak nak saja pandang dia. Hari tu seperti tak puas pandang, macam Dewilah perempuan paling comel di dunia, gelisah saja dia di sebelah.  Hhmm...adakah sebab sudah kembali pada isterinya di sini, jadi perempuan lain sudah tak istimewa lagi?  Owh...janganlah betul  spekulasi ini...
                        Mereka berbual serba sedikit dalam keadaan agak canggung, iyalah masing-masing dah hilang kosa kata, maklumlah  ‘banyak pengalaman’.  Lepas tu Dewi minta diri pura-pura mendahului , supaya tak nampak sangat agenda   tersembunyinya. Perlahan-lahan dia bergerak ke kawasan parkir di hadapan restoran.
                          Dewi teringin  juga nak melentok liuk macam perempuan penggoda lain, tapi semuanya tak menjadi. Dia tak biasa dengan cara perempuan murahan macam tu. Gelipun ada. Nampaknya Dewi perlu kerja keras untuk gilap skil memikatnya. Tak apa, masih punya waktu, desisnya.
                        Dewi akan tunaikan permintaan ibu. Tak sanggup lagi untuk menghadapi mimpi-mimpi setiap kali tidur .Pagi tadi Eda heret dia jumpa seorang ustaz di Bangi untuk berubat. Dapatlah  berbagai-bagai nasihat percuma, banyakkan solat sunat, berzikir, berdoa, bersedekah, niatkan untuk arwah. Kesimpulannya, banyaklah tugas anak yang Dewi lalai buat. Dewi tak nafikan ada kebenarannya. Ustaz tu juga cakap, kalau ada hasrat ibu yang belum tercapai, eloklah ditunaikan. Huhuhu...
                        Dewi tercegat di tepi Nisan Murano krimnya. Tak tahu apa patut buat. Kunci kereta? Ahh...dia pakai stok  tersopan dari gerobok baju, mana nak cari kunci kereta dalam poket baju kurung? Bukannya baju kurung opah yang ada kocek segala.
                        “Bolehkah kereta bergerak  dengan  tenungan you tu je?”. Tidak sengaja bibir Radin beri  senyuman  yang paling manis.  Mata Radin Amzar bertembung dangan mata Dewi. Dup! Jantungnya berdegup pelik lagi.
                         Dewi terkesima!
                        Sejambak kunci  dihulur  pada  Dewi. Beg tangan hitam LV juga dihulur. Beg itu memang rancangan Dewi. Beg je  berjenama mahal  , tapi isinya kosong. Dewi  tak letakpun barang berharga dalamnya. Sekadar umpan untuk lelaki itu. Tidak sangka pula kunci kereta juga tertinggal sekali atas meja. Murano  baru tuu...tak tidur 100 hari kalau hilang!
                        “Senangnya kerja perompak kalau dapat mangsa macam you. Lain kali lebih  hati-hati...jangan mudah tertinggal barang-barang  berharga. Nasib baik I ni telah ditakdirkan jadi umat yang baik ”
                        Radin Amzar senyum-senyum. Dia nak  buat serius, tapi kalau dengan Cik Dewi Bravo ni,  senyumnya   ramah saja keluar. Kalau dengan perempuan lain, dipaksapun tak mahu. Haruk!  Ingat apa kak long  kamu dah buat  Radin Amzar!
                        “Terimakasih. I’ll treat you lunch or dinner?”

                        “Err...both boleh?”  Amboi, tamaknya Radin Amzar . Tapi semua ni di  luar kawalan. Idea spontan.
                        Why not? Untuk kunci Murano dan LV ni”  Dewi ketawa. Dia angkat tinggi-tinggi dua-dua benda tu. Dia dah nampak lorong mudah. Perangkap sudah mengena.
                        Radin Amzar turut tersengih.
                        You call I  bila free? I Anytime  boleh belanja ” Dewi menekan kunci Murano. Segera untuk berlalu, biar nampak macam mahal sikit. Taklah nampak terhegeh-hegeh sangat.
                        Sure, bila I lapar dan pokai, I’ll call you” Radin Amzar ketawa. Dia bukakan pintu  kereta untuk Dewi. Gembira sangat Cik Dewi Bravo tak sombong , tak marah-marah, tak bagi jelingan maut, malah dia tawar untuk belanja makan lagi. Sebenarnya semua tu bukanlah sebab utama untuk dia gembira, ada alasan lain, yang dia sendiri pun tak tahu alas an apa .
                        Dewi turut ketawa. Selesa bersama lelaki ini. Tidak sama perasaan  jika dia bersama Cik Kem yang telah bertukar jadi Encik Kamarul tu. Sekian.
**********
                        NURUL FATEHAH sibuk mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk di dapur  .  Itulah gadis pilihan Kak Long Zahra. Cantik? Memang cantik. Kecil molek, kulit putih kuning,lemah lembut , berbudi bahasa, cukup manis dengan baju kurung sutera biru dan tudung  warna senada.    Sekilas pandang memang  tepat kata kak long, dia gadis yang sempurna pakej untuk dijadikan isteri.
                        Nurul Fatehah,  ditemani seorang kawannya dijemput  untuk makan tengahari bersama keluarganya di rumah kak long. Tahu, tujuan sebenar kak long tak lain tak bukan untuk temukan dia dengan Nurul Fatehah, setelah usaha kak long  sebelum ini untuk datekan mereka sering gagal kerana  sikap tangguh-tangguh dan malas melayannya.  
                         Acara makan-makan keluarga macam ni dia tak boleh elak dari tak  hadir, salah satu  aktiviti keluarga yang wajib datang.  Umi  dan   Aisyah yang pulang bercuti juga datang.
                         Umi seakan-akan suka sangat dengan Nurul Fatehah. Boleh nampak dari wajahnya yang berseri-seri apabila berbual   tentang  Nurul Fatehah, seperti mengharapkan sesuatu dari Radin Amzar.  Yalah kan, umur  anak bujang umi dah cecah siri tiga puluhan, takkan nak terus dibiar  berkarat saja.
                        “Adik...” Kak long gamit Aisyah yang bersenang-senang baca majalah di ruang tamu selepas makan. Adik bungsu manja memang macam tu, suka ambil kesempatan. “Pergilah tolong kat dapur , Fatehah kan tetamu, biarlah dia duduk kat depan” . Ujar kak long. Mata di kerling pada Radin Amzar . Takut juga nanti bila Fatehah masuk sini, yang itu pula angkat punggung, payah betul untuk pasangkan lelaki seorang ni.
                        Lambat-lambat Aisyah bangun dengan muka yang cemberut menuju dapur. Radin Amzar dan Azam yang duduk berdekatan  tersengih-sengih memandang.  Tangan Azam dari tadi sibuk mencuit-cuit peha abang ngah sepupunya.  Radin Amzar buat-buat tak faham. Azam mamang kuat menyakat. Tak padan dengan umur setahun jagung , gatal nak interframe hal nikah kahwin orang-orang dewasa. Patutnya dia yang dipaksa kahwin dulu, bukan Radin Amzar.
                        Tak lama kemudian, Nurul Fatehah dan kawannya masuk ke ruang tamu mengadap umi. Kak Long Zahrapun join sama beberapa minit lepas itu.  Mata kak long kejap-kejap  kerling pada adik lelakinya yang sibuk  melayan Ipad  bersama   Azam.  Tak faham bahasa betul lelaki ‘seekor’ ni, rungut kak long dalam hati. Peluang depan matapun tak tahu nak ambil.
                        “Psst, abang ngah, pi la ushar awek-awek tu, kak long dah berapa kali bagi  jelingan  berapi ke sini, rasa dah nak terbakar dah ni...” Azam bisik ke telinga Radin Amzar. Abang ngah sepupu kesayangannya buat bodo saja, terus asyik membelek ipad kepunyaan Azam.
                        “Eh Zam, apa ni?” Terbeliak mata Radin Amzar pada satu gambar yang disimpan dalam ipad. Dia kenal sangat-sangat dengan benda alah tu. Siap kena label ‘kenangan berahi  Abang Ngah  Amzar dari London’.  “Tak senonoh betul kamu ni Zam”.
                        Azam tersengih-sengih. Muka sikitpun tak tunjuk rasa bersalah. “Alah...kata orang tak senonoh, abang ngah tu lagi teruk.  Kata dah pulangkan beg , tapi kenapa harta karun tu masih ada dalam bilik abang? Buat kenang-kenangan ke?” Tempelak Azam dalam nada perlahan, hati-hati juga takut  grup lagi satu dengar, haru.  
                        “Mana ada? Kamu jangan buat fitnah bukan-bukan   Zam. Betul abang dah pulangkan harta benda Cik Bravo tu...” Dia tolak kepala Azam. Adik sepupunya yang ini suka bercakap yang tidak-tidak. Sepatutnya ambil course lawyer, bukan astronomi, bukan dapat naik ke bulan pun, angan-angan jer lebih. Mulut , kalau bercakap main lepas saja.
                        “Fitnah apa pulak ? Zam jumpa masa kemas tongkang pecah abang semalam.  Abang ngah jangan nak nafikan pula. Ke  perempuan lain punya?” Azam sambung dengan ketawa terkekeh-kekeh. “Cik Bravo...dah ada nickname nampak?” Dia ejek.
                        Wajah Radin Amzar sedikit berubah. “Iya  ke Zam?” Jika betul kata Azam, bermakna dia tidak pulang harta rahsia Cik Dewi Bravo tu la. Habis! Tentu  Cik Dewi tu salah sangka lagi pada dia. Isk...isk, ini yang dia tak suka, macam mana boleh tertinggal? Kalau fasal yang berkaitan dengan Cik Dewi ni, kenapa dia cepat saja jadi gelisah semacam . Terlebih-lebih sensetif pun ada.
                        Ketawa Azam makin menjadi-jadi, sehingga mendapat perhatian dari grup lagi satu. Semua mata ditala pada mereka. Radin Amzar jegil mata besar-besar pada Azam. Masih  tak puas hati dengan jawapan Azam.
                        “Zam mainkan abang ngah ya?”  Dia tumbuk  sekali  bahu Azam.
                        Azam mengusap-ngusap bahu. “Isk ...sakit la !  Abang ngah ni melampau ! Betul apa,   gambar tu Zam baru ambil pagi tadi. Tak percaya balik nanti  abang  check dalam laci almari tu. Bersepah-sepah dalam bilik, Zam simpanlah baik-baik, takut kalau mak long terjumpa, kan haruk? Kalau kak long lagilah, terus pengsan sebulan!”
                        “Apa halnya Zam? Sebut-sebut nama mak long ni?”.
                        Sudah! Umi dah pasang telinga. Dari jauh dia tegur.
                        “Err, tak ada apa-apa yang penting la mak long. Abang ngah ni, sikit-sikit nak pukul orang, tak sedar tiap-tiap minggu Azam yang jadi tukang cuci rumah dia. Tak kenang budi betul...”. Sempat lagi Azam pekena Radin amzar di hadapan semua orang.
                        “Mengungkit! Zam tak buat semua tu free tau. Abang bagi eight meals  kan?” Balas Radin Amzar. Sedikit  serius. Kepala dia masih terbayang harta yang dikatakan Azam.
                        Umi geleng kepala. Radin Amzar, kalau bersama Muhamad Azam, akan jadi macam budak-budak tak cukup akal.  Ada-ada sahaja hal yang dijadikan isu. Tapi dua-dua sepupu ni sangat akrab , walaupun beza umur mereka sembilan tahun . Yang tua tu kut , selalu lupa pada umur sendiri, dok rasa masih muda dan remaja je. Biarlah, takkan pula Radin Amzar nak serius memanjang. Kalau dah mengadap kerja-kerjanya, umi tahu dia takkan toleh  sekeliling dah,  berkerut dahi sentiasa memikir . Hanya jika bersama Azam sahaja  dia akan gila-gila sikit.
                        “Itulah... suka tangguh-tangguh, kalau dah ada orang uruskan hal ehwal rumah, taklah mengharap Azam nak buat semua tu. Ni terkejar-kejar kawan tu hujung minggu datang rumah ngah jadi cleaner..” Kak Long Zahra menyampuk. Dia sudah masuk jarum, ambil kesempatan dari isu yang dibangkitkan Azam.
                        Beberapa pasang mata perempuan juga tak lepas peluang pandang ke arah mereka. Menarik sangat agaknya.  Ni yang kurang berkenan. Rasa nak cepuk saja Si Azam....Radin Amzar jeling adik sepupunya yang mula mengekeh ketawa. Puaslah hati dia..
                        No hal lah kak long jadi cleaner  , perut kenyang apa, lapan kali heavy meals abang kasi, baik punya, kalah first class flight tau”  Lek eleh...tahu pula cover . Bukannya apa, Azam  sayang abang ngah yang pemurah tu. Kalau kak long terus pot-pet pot-pet depan perempuan-perempuan bajet bagus ni, takut nanti elaun yang biasa dapat jadi tak dapat pula. Dah tu, kalau abang ngah dah bengang, dia boleh je buat perangai derrk 24 jam. Masa tu, Azam boleh biul dipaksa membisu. Habis , takkan pula nak cakap dengan dinding, kerusi meja, pinggan mangkuk?
                        Tuut...tuut...tuut.
                        Telefon bimbit Radin Amzar berbunyi tanda ada SMS masuk.
                        Dalam kepala Nurul Fatehah dan kawannya Shawati...alah, bunyi ring tone macam orang dulu-dulu, tak updated lansung, bosannya...
                        Dalam kepala Azam pula...hishy, abang ngah ni, memalukan  hero  satu Malaya je, dah berapa kali orang setkan ring tone moden-moden untuk dia, yang fesyen zaman labu-labi juga yang dia gemar.
                        Cepat je Radin Amzar lihat skrin telefonnya. Lepas tu, dia boleh tersengih-sengih  sorang-sorang.
                        Suspen kak long melihatnya. Takkan adik  dia yang gila kerja  24 jam ni dah angau? Tak boleh jadi ni,  misi dia kena dipercepatkan.  Tak mahu dapat adik ipar yang bukan-bukan!
                        “Ngah...nanti tolong hantarkan Fatehah dengan Shawati balik Serdang ya?” Kak long memberi arahan.Datang tadi suami dan anak-anaknya yang pergi menjemput. Kalau harapkan adik dia, alamat sampai kiamat la tak sampai perempuan-perempuan ayu ni.
                        Masa balik la dia boleh pekena Radin Amzar. Jangan nak elak-elak!
                        “Err...kak long, ngah ada kerja urgent la, ni kawan dah SMS ni...”  Yalah tu, alasan paling bernas, walhal SMS tu dari Dewi Yusra bertanyakan pasal ‘ hutang’ dia yang belum dilangsaikan lagi. 
                        Wajah kak long sudah bertukar masam. Adiknya, tak pernah tak ada alasan.
                        “Ala ngah, bukan jauhpun, tak ambil masa lamalah! Biar umi gembira tengok.” Kak long berbisik dengan suara serius.  
                        Radin Amzar tarik muka masam. Lecehlah kak long ni, main nama umi pula. “Yalah, ngah bawa Azam sekali, lepas tu terus balik rumah ngah. Ada benda nak buat ni...”
                        Padahal benda yang urgent sangat tu adalah untuk menyelongkar laci  pakaiannya.
                        Jawapan itupun dah boleh buat kak long senyum sampai langit. Angkut Azampun, angkutlah, asalkan pelan dia sudah berjalan sedikit. Tidaklah statik saja tanpa ada perubahan lansung.
                        Heei...payahnya nak minta perempuan ketuk-ketuk pintu hati adik lelakinya ini.  Entah perempuan yang  manalah yang dia nanti-nanti....