Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Thursday, July 24, 2014

JUJURLAH NIKAHI AKU...Bab 2



BAB 2
                        NURIN memei, ni hou ma?
                        Adikku, apa khabar? Nurin senyum .
                         Cina celup macam tu la, cakap cina boleh, menulis bahasa  cina tak reti, itu yang dia gian berbahasa cina dengan huruf rumi. Sesuai la dengan Nurin .  
                        Telepati   Alan agak hebat, tahu aje dia yang jiwa  Nurin tengah kacau. Jika  tak jangan harap  Alan hantar SMS pada waktu-waktu begini. Hari ini  giliran  Alan  bekerja. Chef hotel 5 bintang tentulah sibuk di hari minggu.
                        As usual  L feeling sad.
                        Nurin balas. Malang betul nasib  Alan yang terpaksa dengar kisah sedih Nurin . Boleh kata hari-harilah. Kiranya bertuah benar  Alan jika dapat dengar cerita gembira Nurin.
                        “Kenapa?”
                        Lembut suara  Alan bertanya di telefon. Layan SMS, sekarang  telefon pula, banyak sungguh masa free  Alan  hari ini. Jangan ada customer kempelin makanan lambat sampai cukup la. Manalah tahu, boleh jadi penyebab kena buang kerja. Kata emak, Nurin ni pembawa malang, takut juga terkena badi malang tu pada  Alan.  Kasihan Uncle Wong dengan popo (nenek), siapa hendak menyara  hidup mereka jika  Alan tak ada pendapatan? Naya la kan, Nurin punya fasal…
                        “Abang Alan tak  sibuk ke? Bos tak jeling ?”. Nurin risau tentang  Alannya. Selalu juga  Alan cerita yang Ketua Chef tak suka kalau  orang bawahannya tak fokus kerja.  Alan  tukang masak junior, kenalah bersungguh-sungguh, tak boleh main-main untuk kejar impian jadi  chef berjaya.
                        “Yien  jangan risau , ini hari  dapur  Abang Alan yang punya .  Lion chef tu MC sakit tekak, Tuhan sudah bagi dia hukuman sebab selalu mengaum marah orang”.   Alan gelak.
                        “Waah…happy sunday Abang Alan hari ini”.
                        “Sudah pasti”.  Alan gelak lagi. “Tapi,  masa mau pergi kerja tadi dada Abang Alan sikit sentap. Itu memei kena sembur ya?”.
                        Alan ni, penggunanan Bahasa Melayu dia boleh kata gred A , banyak terma terkini yang megisi kepala dia. Dia banyak bergaul dengan orang-orang melayu. Rumah yang didiami bersama ayah dan neneknya juga di dalam kawasan perumahan orang melayu , jiran  rumah keluarga Nurin.
                        “Biasa  la Abang Alan” .
                        Jawab Nurin dengan perlahan. Yakin  suara nyaring emak di luar tadi mesti sampai hingga rumah  Alan yang terletak di belakang rumahnya. Ada masa dia tak payah cerita apa-apa,   Alan terlebih dahulu  dengar the real story . Kategori jiran ‘penyibuk’ la dia ni.
                        “Jangan sedih-sedih Yien. Sekadar ujian kecil dari Tuhan”.
                        “Iya …”. Balas Nurin ringkas.
                        Ayat yang selalu dituturkan  Alan bagi memujuknya. Yalah tu, ‘sekadar ujian kecil Tuhan’, sedangkan hingga kini Nurin masih keliru , siapa Tuhan  Alan. Uncle Wong  penganut Budha yang entah iya, entah tidak , mama Abang Alan dengar khabarnya seorang Kristian, manakala popo pula sangat taat dengan ajaran Budhanya.  Alan tu tak seperti orang berugama jerk. Gelihati pula bila setiap kali dia beri nasihat dengan menyebut nama Tuhan.
                        “Iya saja?” . Usik Abang Alan.
                        “Iya Abang Alan ku sayang. Nak buat macam mana dah takdir Tuhan Nurin ni cacat…” .
                        “Hei memei…berapa jari tangan ada?”
                        “Sepuluh”.
                        “Jari Abang Alan?”
                        ‘Sepuluh”
                        “Jari Fatin , Zurin, popo?”
                        “Sepuluh”
                        “Jari Auntie Azah?”
                        “Sepuluh la…hish, Abang Alan ni!”. Zurin mula naik geram. Suka sangat mengulang soalan yang itu. Dah naik bosan.
                        “Tahupun, jadi jangan asyik-asyik merendah diri  kata diri tu cacat”. Lembut saja suara Abang Alan.
                        Wo chi tao”.
                        Balas Zurin, sekadar menjaga hati Abang Alan. Dalam hati sendiri, menyambung rasa kurang diri  yang tidak pernah berkesudahan. Sepuluh jari. Memang dia ada sepuluh jari tangan, sama seperti semua orang. Sama seperti bilangan jari Zurin Asyura, anak manja dan  kesayangan emak. Bezanya Nurin ada empat jari di tangan kanan dan enam jari di tangan kiri!
                        Ya, itulah bezanya…

Tuesday, July 22, 2014

JUJURLAH NIKAHI AKU... Bab 1



BAB 1
                        NURIN ASYFA. Nama yang tercatat dalam sijil kelahirannya. Indah kan nama tu? Bukan  syok  sendiri,   ramai yang puji nama tu sedap bila pertama kali diperkenalkan, sebab itu Nurin berani canang. Menurut ayah, maksudnya pun baik: ‘cahaya penyembuh’. Dalam erti kata lain,  kehadirannya ibarat seorang doktor , boleh menyehatkan orang, atau setidak-tidaknya buat hati yang melihat rasa tenang dan bahagia.
                    
  Tetapi…entahlah, rasa-rasanya terbalik kut,  hakikat sebenar hidup dia tidak seiring  namanya…
                        “Nuriinnn!!!”
                    Suara Puan Azah  sudah bergema. Adalah tu yang tidak kena di hatinya.
                        “Iya mak, Nurin datang”.
                      Laju kaki  Nurin  melangkah ke ruangan makan , tempat datangnya suara melaung.  Tahu akibat kalau buat lengah-lengah. Hampir 24 tahun pengalaman , kalau Nurin tak faham-faham juga, maka betullah perkataan ‘dungu’ yang selalu dihamburkan padanya .
                       “Kamu ni, dah nak jadi anak dara tua masih tak-tak pandai rebus telur untuk aku. Apa punya anak, tak boleh diharap langsung!”.
                        “ Zah, awal-awal hari  cuba bawa bersabar sikit…” .Tegur Encik Arshad, kurang senang dengan sikap isteri yang terjerit-jerau di pagi-pagi buta.
                        Nurin yang sudah tercegat di hadapan meja cuma mendiamkan diri.
                        Bulat mata  Puan Azah pada suaminya. “Nak sabar apanya? Tengok ni, keras macam batu telur yang dia masak, mana nak ada zat lagi. Nak bagi aku mampus cepat agaknya, sebab tu suka sangat  bagi makanan yang  tak berkhasiat lagi. Rebus telur yang senang ni pun tak pandai, apatah lagi yang lain!”.
                        Encik Arshad geleng kepala . Malas melayan kerenah  isteri. Lagi ditegur, lagi melenting . Yang jadi mangsa sudah tentu Si Nurin . Kasihan anak gadisnya yang seorang ini, boleh kata hari-hari menahan sabar dengan perangai emak sendiri  yang pilih kasih.
                        “Nurin minta maaf mak, Nurin salah sebab terleka tadi.  Nurin buat yang lain untuk emak ya?” .
                        Lembut suara Nurin mengakui kesalahan sendiri di samping  cuba memujuk emak.  Tadi semasa merebus telur, dia terlalu asyik melayan roti telur  untuk adik bongsu dalam kuali, hingga terlupa telur  emak yang sepatutnya separuh masak menjadi terlampau masak. Nasib badan nak kena marah.
                        Mata garang Puan Azah ditala pada Nurin pula. “Tak payah! Hilang selera aku , semua benda yang kau buat  mesti menyakitkan hati , tak pernahnya betul!”.
                        Puan Azah teguk kopi . Rakus. Baki telur yang belum berkupas dia capai dan dihempas ke dalam mangkuk semula dengan kuat.  Kemudian dia angkat punggung,  kerusi ditolaknya kasar-kasar.
                         Shrreekk… bunyi kaki besi kerusi  bergesel dengan lantai. Ni… kalau lantai bercalar, Nurin juga yang dipersalahkan!
                         “Satu apapun tak boleh diharap! Penat saja bela dia sampai ke tua bangka”. Bebel Puan Azah sambil berlalu. Pantang dia jika ada yang tidak kena.
                        Encik Arshad buat-buat tak nampak. Sudah lali. Telur sebiji , riuh satu Jalan Kebun, satu Klang pun boleh jadi kalau diprovokasi. Itu sebabnya dia memilih jalan untuk berdiam diri jika isterinya tengah panas. Api tengah marak, jangan sekali disiram minyak.
                        Nurin masih tercegat di sisi meja. Mata terkebil-kebil. Seperti hari-hari biasa  ,  hatinya selalu tertanya-tanya , terlalu besarkah dosanya sehingga dilayan emak sebegini ? Atas kesalahan  apa sebenarnya?  Kenapa dia yang kena tanggung semua ini?
                        Pipi sejuk Nurin tiba-tiba kena cium . “Kak Nurin jangan sedih-sedih, sebab roti telur kak Nurin  tersedap di dunia tau. Tak ada siapa boleh challenge. Chef Abang Apek pun kalah!”.
                        Adik bongsu , Fatin Auni buat suara manja-manja . Kaki dia sudah berada atas kerusi makan bagi mendapat pipi si kakak. Tubuh kakak dipeluk dengan erat. Dia baru datang ke situ, melihat keadaan yang tegang , dia faham apa telah berlaku. Hari-hari juga begitu, orang tak payah ceritapun dia sendiri tahu. Same person, same story. Fatin Auni secara tak langsung menambahkan vocabulary Bahasa Inggerisnya.
                        Nurin Asyfa tak jadi untuk  tangkap shahdu lama-lama. Keletah adik manjanya cukup untuk pujuk hati kembali segar.  Itulah buah hati pengarang jantungnya sejak sembilan tahun yang lalu. Fatin Auni lebih banyak membesar bersama Nurin dari emak mereka sendiri.
                        “Iyalah tu. Kalau Abang Apek dengar, dah tentu dia tak kirim  makanan sedap-sedap pada kita lagi”.  Kata Nurin sambil memicit-micit  pipi comel di hadapan. Geram! Dah la putih melepak, halus dan gebu lagi.  Rasa nak gigit-gigit saja pipi adiknya.
                        “Hmm… dah banyak kali abah cakap, abah tak suka  Nurin rapat sangat dengan keluarga Wong tu. Nurin dah dewasa, patutnya  tahu batas-batas pergaulan. Mereka tu lain bangsa , lain ugama dan fahaman, tak sekufu dengan kita. Makanan yang Alan selalu bagi tu, entah halal entah kan tidak, kamu tu tak fikir semua tu Nurin? Bagi adik kamu makan yang bukan-bukan. Sebab itulah emak kamu suka leterkan kamu ”.
                        Nurin tunduk.  Telan air liur pahit dengar. Abah jarang menegur, sesekali dia berkata memang sampai ke ulu hati.  Satu-satunya perkara yang abah tak setuju dengan Nurin, rapat dengan keluarga Wong dan  lebih-lebih lagi rapat dengan Abang Alan. Yang lain-lain abah tak pernah marah-marah atau bantah. Nurinpun mana ada buat hal yang sakitkan hati abah, kecuali yang satu inilah!
                        Kenapalah abah tidak menyukai Abang Alan, Uncle Wong dan popo? Sedangkan mereka itu sudah seperti saudara kandung Nurin sejak kecil. Pada keluarga cina itulah dia selalu membawa hati yang lara ini untuk mengadu. Tak ada orang lain yang sanggup dengar masalah Nurin pagi petang, siang malam, kecuali manusia bertiga itu. Fatin tolak tepi la, dia tu  anak rama-rama, mana tahu apa-apa sangat tentang hal-ehwal orang-orang dewasa yang berserabut dengan  seribu satu masalah .          
                        Amboi Nurin…dengar macam serius tahap kronik masalah jiwa yang ditanggung, kena tempah  satu katil di hospital bahagia la kalau  lagu tu…
                        “Nurriiiinnn!!!”
                        Suara Puan Azah bergema lagi. Berganda-ganda lebih kuat dari yang tadi. Lebih terkilan, jeritan itu datang dari luar rumah. Confirm jiran-jiran yang masih berdengkur di pagi minggu  nan sejuk  ini terbangun secara automatik.
                        Alamak! Apalah lagi ni? Desis hati Nurin.  Kaki dia bergegas pula ke luar rumah.
                        Fatin Auni juga sibuk mengekor di belakang. Karang  boleh jadi heroin penyelamat kakak kesayangan , manalah tahu , emak tu bukan boleh diduga. Kekadang bukan mulut emak sahaja yang bising, tangan diapun laju juga merembat. Fatin tahu sangat. Yang peliknya, emak cuma buat hal dengan Kak Nurin. Dengan Fatin , jangankan pukul, marahpun emak tak pernah. Dengan kakak yang di Ausie sana nu, lagilah emak sayang. Intan payung , emas permata emak , Fatin yang kecil ni pun kena   beralah .  
                        “Ada apa mak panggil Nurin?” , soal Nurin lembut bila sampai di hadapan Puan Azah.
                        “Ada apa kau tanya?” .
                        Lantang suara Puan Azah menyoal balik.  . Dia meluru ke arah ampaian , mengambil sehelai seluar slack dan sepasang  baju kemeja, digumpal-gumpal membentuk bulatan lalu dihumban ke muka Nurin.
                        Tangkas tangan Nurin sambut. Tak mahu pakaian yang sudah bersih itu jatuh ke bawah, menjadi kotor semula. Penat saja dia basuh dengan tangan  subuh-subuh bening tadi, tak guna mesin basuh, takut rosak baju tersebut.
                        “Siapa suruh kau memandai-mandai guna barang anak aku hah?”
                        “Err…Nurin cuma  pinjam mak. Nurin terdesak sangat”. Tergagap-gagap Nurin menjawab.
                        “Pinjam pala hotak kau! Baju tu, anak aku baru pakai satu kali tau. Kain sutera, mahal , senang- senang saja kau rembat  sarung kat badan busuk kau. Kalau Zurin tahu meraung-raung dia sedih tahu tak?”
                        Puan Azah bercekak pinggang. Matanya  terjojol keluar dek menahan panas  dada  yang meluap-luap. Ikut nafsu marah   mahu dia korek lubang dan tanam Nurin Asyfa ni hidup-hidup di laman rumah ini jugak. Kenapalah masa kecil dulu  dia tak terfikir untuk buat begitu? Padahal mudah  saja, tutup muka dengan bantal beberapa minit,  terus kojol . Daripada menanggung rasa malu dan sakit hati setiap kali memandang  wajah itu, lebih baik dia berdosa awal-awal.
                        “Nurin minta maaf mak…”
                        Puan Azah merengus.
                        “Itu sajalah modal kau. Setiap kali buat silap, maaf…maaf…maaf. Esok lusa buat balik. Tak habis-habis menyakitkan hati aku. Sekadar aku  tak apa juga, hati anak akupun kau nak sakitkan. Kau memang dari kecik iri dengan Zurin kan? Bukan aku tak tahu! Aku tahu kau sengaja buat!”
                        Nurin hanya mampu tunduk muka mengadap rumput karpet di tanah. Lidah kelu untuk menjawab apa-apa lagi. Sekali lagi, ternyata dia yang salah. Dah tahu ada sarang tebuan, dia tetap mahu jolok. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan tingkah sendiri. Sah-sah tahu kena sembur jika dia sentuh barang puteri kesayangan Puan Azah, tetapi tangan dia jahat, tetap hendak ambil.
                        Sebenarnya, kes rembat baju Zurin adalah kes terpaksa. Dia kena pergi audit tempat customer  yang ada polisi kena pakai seluar panjang. Tak boleh berkain-kain,  bahaya.  Enam hari berturut-turut. Stok seluar panjangnya al-maklumlah , terlalu ‘banyak’, hingga terpaksa buka almari baju Zurin Asyura tu. Niatnya cuma hendak pinjam, tiadalah niat lain.
                        “Hish…kenapalah aku ada anak macam ni…”
                        Puan Azah  seolah-olah merintih sendiri.
                        Namun tetap dapat disambut cuping telinga Nurin. Satu-satunya ayat dari bibir emak yang dia tak sanggup dengar.  Hancur luluh jiwa Nurin setiap kali emak berkata begitu.  Sedih, kecewa, terkilan, rendah diri dan semua perkataan yang seangkatan dengan   ‘sentap-menyentap’  tu  dia rasa           . ‘Nurin ke yang salah? ’ , Soalan popularnya bagi menjawab rintihan emak, cumanya dia hanya mampu bersoal dalam hati, tidak pernah cuba-cuba untuk mengeluarkan. Tak berani!
                        “Sudah-sudah la tu Zah, malu dek jiran-jiran”. Tegur Encik Arshad yang sejak tadi memerhati dari muka pintu.
                        Heroin Fatin Auni, yang semangat berkobar-kobar untuk  membela kakak dia kejap tadi, terperosok tubuhnya di sebalik pasu besar di halaman rumah. Gugup dengan suara Puan Azah yang serius garang.
                        “Awak apa tahu? Hati saya ni sakit dengan perangai anak sulung awak ni. Awak yang  selalu manja-manjakan, beri muka pada dia. Tengoklah, dia tak pernah  reti nak buat hati saya senang”
                        “Kut ya pun, jangan la bertempik-tempik di luar. Rumah kita cukup besar untuk awak buat semua benda Zah. Jatuh air muka awak juga bila orang nampak Puan Azah yang jelita meroyan tak tentu fasal di luar ni. Hari minggu Zah, tak elok bising-bising macam ni”.
                        “Huh!” Rengus Puan Azah. Kakinya dilangkah besar-besar masuk  ke dalam  rumah. Rasa  geram beralih pada si  suami. Biasanya, Encik Arshad jarang menegur  itu ini, pagi ini seperti kemaruk benar  suaminya  masuk campur hal dia  .
                        Nurin melepaskan keluhan. Pagi Ahad  yang cukup menyesak dada. Dia tak suka menempuh hari minggu. Kalau boleh, dia tak mahu cuti. Nurin  rela kerja 7 hari seminggu, 30 hari sebulan daripada rehat dirumah dengan jiwa yang sakit.