BAB
1
NURIN
ASYFA. Nama yang tercatat dalam sijil kelahirannya. Indah kan nama tu? Bukan syok sendiri,
ramai yang puji nama tu sedap bila pertama kali diperkenalkan, sebab itu
Nurin berani canang. Menurut ayah, maksudnya pun baik: ‘cahaya penyembuh’.
Dalam erti kata lain, kehadirannya
ibarat seorang doktor , boleh menyehatkan orang, atau setidak-tidaknya buat
hati yang melihat rasa tenang dan bahagia.
“Nuriinnn!!!”
Suara
Puan Azah sudah bergema. Adalah tu yang
tidak kena di hatinya.
“Iya
mak, Nurin datang”.
Laju
kaki Nurin melangkah ke ruangan makan , tempat datangnya
suara melaung. Tahu akibat kalau buat
lengah-lengah. Hampir 24 tahun pengalaman , kalau Nurin tak faham-faham juga, maka
betullah perkataan ‘dungu’ yang selalu dihamburkan padanya .
“Kamu
ni, dah nak jadi anak dara tua masih tak-tak pandai rebus telur untuk aku. Apa
punya anak, tak boleh diharap langsung!”.
“
Zah, awal-awal hari cuba bawa bersabar
sikit…” .Tegur Encik Arshad, kurang senang dengan sikap isteri yang terjerit-jerau
di pagi-pagi buta.
Nurin
yang sudah tercegat di hadapan meja cuma mendiamkan diri.
Bulat
mata Puan Azah pada suaminya. “Nak sabar
apanya? Tengok ni, keras macam batu telur yang dia masak, mana nak ada zat
lagi. Nak bagi aku mampus cepat agaknya, sebab tu suka sangat bagi makanan yang tak berkhasiat lagi. Rebus telur yang senang
ni pun tak pandai, apatah lagi yang lain!”.
Encik
Arshad geleng kepala . Malas melayan kerenah isteri. Lagi ditegur, lagi melenting . Yang
jadi mangsa sudah tentu Si Nurin . Kasihan anak gadisnya yang seorang ini,
boleh kata hari-hari menahan sabar dengan perangai emak sendiri yang pilih kasih.
“Nurin
minta maaf mak, Nurin salah sebab terleka tadi.
Nurin buat yang lain untuk emak ya?” .
Lembut
suara Nurin mengakui kesalahan sendiri di samping cuba memujuk emak. Tadi semasa merebus telur, dia terlalu asyik
melayan roti telur untuk adik bongsu
dalam kuali, hingga terlupa telur emak yang
sepatutnya separuh masak menjadi terlampau masak. Nasib badan nak kena marah.
Mata garang Puan Azah
ditala pada Nurin pula. “Tak payah! Hilang selera aku , semua benda yang kau
buat mesti menyakitkan hati , tak pernahnya
betul!”.
Puan Azah teguk kopi .
Rakus. Baki telur yang belum berkupas dia capai dan dihempas ke dalam mangkuk
semula dengan kuat. Kemudian dia angkat
punggung, kerusi ditolaknya kasar-kasar.
Shrreekk… bunyi kaki besi kerusi bergesel dengan lantai. Ni… kalau lantai
bercalar, Nurin juga yang dipersalahkan!
“Satu apapun tak boleh diharap! Penat saja
bela dia sampai ke tua bangka”. Bebel Puan Azah sambil berlalu. Pantang dia
jika ada yang tidak kena.
Encik Arshad buat-buat
tak nampak. Sudah lali. Telur sebiji , riuh satu Jalan Kebun, satu Klang pun
boleh jadi kalau diprovokasi. Itu sebabnya dia memilih jalan untuk berdiam diri
jika isterinya tengah panas. Api tengah marak, jangan sekali disiram minyak.
Nurin masih tercegat di
sisi meja. Mata terkebil-kebil. Seperti hari-hari biasa , hatinya selalu tertanya-tanya , terlalu
besarkah dosanya sehingga dilayan emak sebegini ? Atas kesalahan apa sebenarnya? Kenapa dia yang kena tanggung semua ini?
Pipi sejuk Nurin
tiba-tiba kena cium . “Kak Nurin jangan sedih-sedih, sebab roti telur kak Nurin
tersedap di dunia tau. Tak ada siapa
boleh challenge. Chef Abang Apek pun
kalah!”.
Adik bongsu , Fatin Auni
buat suara manja-manja . Kaki dia sudah berada atas kerusi makan bagi mendapat
pipi si kakak. Tubuh kakak dipeluk dengan erat. Dia baru datang ke situ,
melihat keadaan yang tegang , dia faham apa telah berlaku. Hari-hari juga
begitu, orang tak payah ceritapun dia sendiri tahu. Same person, same story.
Fatin Auni secara tak langsung menambahkan vocabulary
Bahasa Inggerisnya.
Nurin Asyfa tak jadi
untuk tangkap shahdu lama-lama. Keletah
adik manjanya cukup untuk pujuk hati kembali segar. Itulah buah hati pengarang jantungnya sejak sembilan
tahun yang lalu. Fatin Auni lebih banyak membesar bersama Nurin dari emak
mereka sendiri.
“Iyalah tu. Kalau Abang
Apek dengar, dah tentu dia tak kirim makanan sedap-sedap pada kita lagi”. Kata Nurin sambil memicit-micit pipi comel di hadapan. Geram! Dah la putih
melepak, halus dan gebu lagi. Rasa nak
gigit-gigit saja pipi adiknya.
“Hmm… dah banyak kali
abah cakap, abah tak suka Nurin rapat
sangat dengan keluarga Wong tu. Nurin dah dewasa, patutnya tahu batas-batas pergaulan. Mereka tu lain
bangsa , lain ugama dan fahaman, tak sekufu dengan kita. Makanan yang Alan
selalu bagi tu, entah halal entah kan tidak, kamu tu tak fikir semua tu Nurin?
Bagi adik kamu makan yang bukan-bukan. Sebab itulah emak kamu suka leterkan
kamu ”.
Nurin tunduk. Telan air liur pahit dengar. Abah jarang
menegur, sesekali dia berkata memang sampai ke ulu hati. Satu-satunya perkara yang abah tak setuju
dengan Nurin, rapat dengan keluarga Wong dan lebih-lebih lagi rapat dengan Abang Alan. Yang
lain-lain abah tak pernah marah-marah atau bantah. Nurinpun mana ada buat hal
yang sakitkan hati abah, kecuali yang satu inilah!
Kenapalah abah tidak
menyukai Abang Alan, Uncle Wong dan popo? Sedangkan mereka itu sudah seperti
saudara kandung Nurin sejak kecil. Pada keluarga cina itulah dia selalu membawa
hati yang lara ini untuk mengadu. Tak ada orang lain yang sanggup dengar
masalah Nurin pagi petang, siang malam, kecuali manusia bertiga itu. Fatin
tolak tepi la, dia tu anak rama-rama,
mana tahu apa-apa sangat tentang hal-ehwal orang-orang dewasa yang berserabut
dengan seribu satu masalah .
Amboi
Nurin…dengar macam serius tahap kronik masalah jiwa yang ditanggung, kena
tempah satu katil di hospital bahagia la
kalau lagu tu…
“Nurriiiinnn!!!”
Suara Puan Azah bergema
lagi. Berganda-ganda lebih kuat dari yang tadi. Lebih terkilan, jeritan itu
datang dari luar rumah. Confirm
jiran-jiran yang masih berdengkur di pagi minggu nan sejuk ini terbangun secara automatik.
Alamak! Apalah lagi ni?
Desis hati Nurin. Kaki dia bergegas pula
ke luar rumah.
Fatin
Auni juga sibuk mengekor di belakang. Karang
boleh jadi heroin penyelamat kakak kesayangan , manalah tahu , emak tu
bukan boleh diduga. Kekadang bukan mulut emak sahaja yang bising, tangan diapun
laju juga merembat. Fatin tahu sangat. Yang peliknya, emak cuma buat hal dengan
Kak Nurin. Dengan Fatin , jangankan pukul, marahpun emak tak pernah. Dengan
kakak yang di Ausie sana nu, lagilah emak sayang. Intan payung , emas permata
emak , Fatin yang kecil ni pun kena
beralah .
“Ada apa mak panggil
Nurin?” , soal Nurin lembut bila sampai di hadapan Puan Azah.
“Ada apa kau tanya?” .
Lantang
suara Puan Azah menyoal balik. . Dia
meluru ke arah ampaian , mengambil sehelai seluar slack dan sepasang baju
kemeja, digumpal-gumpal membentuk bulatan lalu dihumban ke muka Nurin.
Tangkas tangan Nurin
sambut. Tak mahu pakaian yang sudah bersih itu jatuh ke bawah, menjadi kotor
semula. Penat saja dia basuh dengan tangan
subuh-subuh bening tadi, tak guna mesin basuh, takut rosak baju
tersebut.
“Siapa suruh kau
memandai-mandai guna barang anak aku hah?”
“Err…Nurin cuma pinjam mak. Nurin terdesak sangat”.
Tergagap-gagap Nurin menjawab.
“Pinjam pala hotak kau!
Baju tu, anak aku baru pakai satu kali tau. Kain sutera, mahal , senang- senang
saja kau rembat sarung kat badan busuk
kau. Kalau Zurin tahu meraung-raung dia sedih tahu tak?”
Puan Azah bercekak
pinggang. Matanya terjojol keluar dek
menahan panas dada yang meluap-luap. Ikut nafsu marah mahu dia korek lubang dan tanam Nurin Asyfa
ni hidup-hidup di laman rumah ini jugak.
Kenapalah masa kecil dulu dia tak
terfikir untuk buat begitu? Padahal mudah saja, tutup muka dengan bantal beberapa
minit, terus kojol . Daripada menanggung
rasa malu dan sakit hati setiap kali memandang
wajah itu, lebih baik dia berdosa awal-awal.
“Nurin minta maaf mak…”
Puan Azah merengus.
“Itu sajalah modal kau.
Setiap kali buat silap, maaf…maaf…maaf. Esok lusa buat balik. Tak habis-habis
menyakitkan hati aku. Sekadar aku tak
apa juga, hati anak akupun kau nak sakitkan. Kau memang dari kecik iri dengan
Zurin kan? Bukan aku tak tahu! Aku tahu kau sengaja buat!”
Nurin hanya mampu tunduk
muka mengadap rumput karpet di tanah. Lidah kelu untuk menjawab apa-apa lagi. Sekali
lagi, ternyata dia yang salah. Dah tahu ada sarang tebuan, dia tetap mahu jolok.
Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan tingkah sendiri. Sah-sah tahu kena
sembur jika dia sentuh barang puteri kesayangan Puan Azah, tetapi tangan dia
jahat, tetap hendak ambil.
Sebenarnya, kes rembat
baju Zurin adalah kes terpaksa. Dia kena pergi audit tempat customer
yang ada polisi kena pakai seluar panjang. Tak boleh berkain-kain, bahaya.
Enam hari berturut-turut. Stok seluar panjangnya al-maklumlah , terlalu
‘banyak’, hingga terpaksa buka almari baju Zurin Asyura tu. Niatnya cuma hendak
pinjam, tiadalah niat lain.
“Hish…kenapalah aku ada
anak macam ni…”
Puan Azah seolah-olah merintih sendiri.
Namun tetap dapat
disambut cuping telinga Nurin. Satu-satunya ayat dari bibir emak yang dia tak
sanggup dengar. Hancur luluh jiwa Nurin
setiap kali emak berkata begitu. Sedih,
kecewa, terkilan, rendah diri dan semua perkataan yang seangkatan dengan ‘sentap-menyentap’ tu dia
rasa . ‘Nurin ke yang salah? ’ ,
Soalan popularnya bagi menjawab rintihan emak, cumanya dia hanya mampu bersoal
dalam hati, tidak pernah cuba-cuba untuk mengeluarkan. Tak berani!
“Sudah-sudah la tu Zah,
malu dek jiran-jiran”. Tegur Encik Arshad yang sejak tadi memerhati dari muka
pintu.
Heroin Fatin Auni, yang
semangat berkobar-kobar untuk membela
kakak dia kejap tadi, terperosok tubuhnya di sebalik pasu besar di halaman
rumah. Gugup dengan suara Puan Azah yang serius garang.
“Awak apa tahu? Hati
saya ni sakit dengan perangai anak sulung awak ni. Awak yang selalu manja-manjakan, beri muka pada dia.
Tengoklah, dia tak pernah reti nak buat
hati saya senang”
“Kut ya pun, jangan la
bertempik-tempik di luar. Rumah kita cukup besar untuk awak buat semua benda
Zah. Jatuh air muka awak juga bila orang nampak Puan Azah yang jelita meroyan
tak tentu fasal di luar ni. Hari minggu Zah, tak elok bising-bising macam ni”.
“Huh!” Rengus Puan Azah.
Kakinya dilangkah besar-besar masuk ke
dalam rumah. Rasa geram beralih pada si suami. Biasanya, Encik Arshad jarang menegur itu ini, pagi ini seperti kemaruk benar suaminya
masuk campur hal dia .
Nurin melepaskan
keluhan. Pagi Ahad yang cukup menyesak
dada. Dia tak suka menempuh hari minggu. Kalau boleh, dia tak mahu cuti. Nurin rela kerja 7 hari seminggu, 30 hari sebulan daripada
rehat dirumah dengan jiwa yang sakit.
Alamak...
ReplyDeleteCian nurin.saya yg baca pn dh nk rasa nangis huhu...hu
Sian nurin... npr di layan mcm tu skali... ������
ReplyDeleteI like kak Umie.. Lama dah tunggu citer baru dr akak... :)
ReplyDeletesentap yang amat..kak umie,hati saya yang marah..geram dan mcm2 lagi kat emak nurin...eeeeeee........
ReplyDeleteTQVM Azizah, Syania, Renn & Zaryn sudi baca & komen. A'aah, dlm citer ni memang digarap utk kita kasihaaan dgn si Nurin tu. Tapi dia bukanlah gadis yg lemah sangat. Dlm diam2 dia ada kekuatan sendiri. Nanti lagi teruk dia dikerjakan ibu dan adik kandung , tetapi dia sgt tabah.... terus baca ek
ReplyDeleteApalah yg dibencikan sgt dgn Nurin tu Anak kandung sendiri kot...
ReplyDeleteNovel kak un semua mantap....cant wait to buy this novel
ReplyDeletenovel akak.. semuanya best...
ReplyDeleteXdpt thn.. kuar air mta.. xnk lh truskn bca dh.. xske sdih.. huhu sdihhnye
ReplyDeleteXdpt thn.. kuar air mta.. xnk lh truskn bca dh.. xske sdih.. huhu sdihhnye
ReplyDeletesalam. boleh saya tahu novel ni mula diterbitkan pada tahun bila ye? thanks
ReplyDelete