BAB 3
Hari ini Nurin pulang sedikit awal dari biasa.
Sengaja tidak buat kerja lebih masa. Dia merancang untuk pergi ke rumah Alan melawat popo . Semalam Alan telefon
, menyampaikan salam rindu popo.
Nurinpun rindu juga pada popo, sudah
dua minggu dia tidak melawat nenek Alan
yang lumpuh separuh badan itu.
Selepas
acapkali ditegur abah dengan
serius, Nurin tidak berani lagi
berulang-alik ke rumah Alan sesuka hati, sesedap rasa .Sebagai
seorang anak, hendak tak hendak, dia kena patuh pada larangan abah. Namun begitu , sesekali dia tetap pergi secara sembunyi-sembunyi. Sedari kecil,
hari-hari Nurin ke situ, jika tidak jengok rumah Alan terasa harinya tidak lengkap , serba tak
kena.
Setiap ahli rumah tersebut sudah seperti keluarganya
sendiri, malah kadang-kadang Nurin merasakan mereka lebih menyayanginya dengan
ikhlas dan sepenuh hati berbanding keluarganya sendiri. Tidak pernah sekali
mereka memandang rendah pada kekurangan
yang ada pada Nurin. Merekalah pembakar semangat untuk Nurin terus
mengharungi hidup dengan tabah.
Nurin menyusup
perlahan-lahan ke arah belakang rumah, menuju ke rumah Alan, atau lebih tepat lagi rumah Uncle Wong. Keadaan rumah Uncle Wong berbeza bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan
rumah keluarga Nurin. Rumah Nurin, rumah
batu dua tingkat yang cantik rekabentuknya, sedangkan rumah Alan hanya rumah lama, rumah papan dua
bilik dengan separuh batu di bahagian
bawah. Uncle Wong membawa popo dan
Alan tinggal di situ sejak Alan
berumur 4 tahun lagi. Bermakna sudah 24
tahun mereka berjiran, seusia dengan
umur Nurin sekarang.
Atas perbezaan itulah
emak Nurin sedikitpun tidak terasa kewujudan keluarga Wong di belakang rumah.
Mujur juga di belakang, jadi emak Nurin tidak bising-bising membebel
kata pondok buruk itu menyakitkan mata. Jika di bahagian hadapan rumah,
pasti dia selalu membingit, malu pada
kawan-kawan yang kononnya datin-datin dan pun-puan seri yang selalu datang
bertandang.
Sepuluh
biji epal Fuji dalam beg plastik warna biru dijinjing tangan Nurin. Panjang
leher dia menjengok ke dalam rumah. Pintu terbuka luas, bayang manusia sikitpun
tak nampak. Katil popo di satu sudut ruang
tamu kecil itu juga kosong. Ke mana pula
popo ni? Dia bukan boleh
berjalanpun. Alan pun tak nampak muka,
selalu tu pantang Nurin terjengul di
muka pintu, tersengih-sengih dia menyambut. Nurin dah beritahu hendak datang
masa dia telefon tadi. Tak best la,
kalau Nurin datang orangnya tak ada. Bukan senang curi datang sini. Mata Encik
Arshad tu susah nak tutup, mata Puan Azah lagi la dashyat, tajam tahap melampau,
nampak saja silap Nurin, walau sebesar kuman.
“Taraaaa...” .
Satu lembaga tinggi
serba putih dengan topi tinggi menegak di kepala tiba-tiba berada di hadapan
muka Nurin.
“Ohh...hantu... mak
hantu...pak hantu, eh apek hantu, apek..apek tua” .
Epal Fuji terlepas dari
tangan, berterabur di lantai.
Abang Alan
mengekeh ketawa. Lucu tengok
wajah terkejut Nurin. Sangat la comel. “Apa la merepek...Abang Alan yang begini
bergaya dikatanya hantu ”.
“Memang hantu. Hantu
apek!”. Ulang Nurin sedikit geram. Alan suka buat dia sakit jantung. Dia
bertinggung mengutip semula buah epal di lantai. Ni , kalau lebam –lebam, tak sedap nanti, jaga Alan dia kerjakan.
Alan turut sama mengutip buah tersebut.
Tersenge-senget topi panjangnya ke arah Nurin.
“Apa ni Abang Alan,
sakit la...” . Marah Nurin.
Alan sengih-sengih dengan muka nakalnya.
“Dengar-dengar akauntan kita naik gaji, dapat bonus, bawa buah epal je ke untuk popo?”. Usiknya dengan suara perlahan.
“Itu la Abang Alan, tak
sensetif langsung dengan apa yang popo mahu.
Bukankah popo paling suka buah ni? Ada
cucu dia beli?” . Nurin angkat-angkat kening tanya.
“Kalau cucu lelakinya
beli, popo tak pandang pun buah tu,
dia makan buah yang cucu perempuannya
bawa saja, semua sedap katanya”. Balas
Alan, juga angkat-angkat kening mengusik.
Nurin jeling ,
dipukul lengan Alan dengan sebiji buah epal di tangan. “Mengada”.
Alan ketawa kecil. Gembira jika bertemu
Nurin, ada-ada saja yang buat hatinya tercuit. Sebab itu jika berhari-hari tak
tengok muka, bukan saja popo yang
rindu Nurin, dia lebih-lebih lagi, tak tertanggung rasanya.
“Abang Alan baru balik
ke?” . Berkerut dahi Nurin, baru perasan yang lelaki tersebut lengkap dengan
pakaian chefnya, dari kaki sampai ke kepala. Masa kena topi kejap tadi dia tak terfikir pun. Biasanya Alan salin uniform kerja kepada pakaian biasa sebelum pulang.
Alan sengih. Dia pusing-pusing badan di
hadapan Nurin beberapa kali. Tujuan sebenar nak tayang baju dan headgear chef yang baru itu . Dia baru sahaja menyarungnya , khas untuk
Nurin lihat.
“Sudahlah tu
pusing...peninglah!”.
“Handsome tak?” . Alan masih
dengan mood menunjuknya.
Handsome? Alan kalau tak
pakai baju pelik-pelik tu pun, dah sedia handsome.
Rupa dia bukan macam apek cina yang chokia-chokia tu, dia ni tak macam orang cina,
wajahnya ala-ala pan Asia . Dari mana entah dapat paras rupa yang elok tu,
Nurin tak berapa pasti, kalau ikutkan rupa Uncle Wong, memang fail, apek habis! Tetapi, menurut
Alan, mama dia Minah Saleh,
entah betul, entah ke tidak ,sebab Alan tu kekadang suka juga kelentong Nurin.
Betul la kut sebagai jawapan kenapa Alan
menjadi seorang yang kacak. Jika
dia daftar ke agensi model, sudah tentu ramai yang
berebut-rebut untuk ambil promosi barang mereka.
“Err...Abang Alan dah
naik pangkat ya?”. Nurin terfikirkan
sesuatu bila lihat kelainan dengan uniform yang dipakai
Alan. Bajunya lagi bergaya dengan topi yang semakin tinggi.
“Perasan pun, ingat dah
nak merajuk dah!” Alan senyum puas hati. Berita gembira ini mesti dikongsi dengan
Nurin juga. Gadis itu sudah lama menjadi sebahagian dari hidupnya.
“Ho keng ah (Waah...hebat) !” Nurin bertepuk-tepuk tangan gembira.
“Tahniah-tahniah Abang Alan. Nampaknya doa Nurin setiap kali lepas sembahyang
dimakbulkan Allah”.
Terharu Alan dengar, gadis ini memang tulus
terhadapnya. Dia sangat-sangat berterimakasih pada Nurin yang terlalu baik itu.
“Shiey
shiey meimei ,
atas doa-doa untuk Abang Alan. Semangat Yien yang buat Abang Alan selalu nak kerja
sungguh-sungguh”.
Nurin menyeringai nakal.
“Boleh la Abang Alan menabung lebih
banyak duit untuk buka restoran kita kan...cepat sikit projek berjalan.
Nurinpun berjimat sungguh-sungguh, tak mahulah hutang bank banyak-banyak ,
susah kita nanti, nak cover interest
lagi.” Kata Nurin ceria.
Mereka berdua
berangan-angan untuk buka restoran makanan cina ‘halal’. Restorn yang dikongsi
bersama. Sebab itu dua-duanya gigih menabung
sekarang ini. Alan tidak mahu
bekerja makan gaji selama-lamanya. Dia hendak berniaga sendiri. Dia yakin
kepakarannya boleh digunakan untuk menjana
pendapatan yang lebih lumayan.
Alan balas dengan senyum hambar. Dengan kenaikan pangkat sebagai Ketua
Chef Chinese Food, gajinya mencanak naik , malangnya minggu lepas doktor
mengesahkan yang penyakit popo
semakin serius dan dia kena menyediakan bajet bulanan bagi membeli ubat-ubat
yang dicadangkan. Kiranya kenaikan gajinya tidak memberi apa-apa kesan, dia masih tidak dapat menaikan kadar simpanan setiap hujung bulan. Tak naklah
beritahu Nurin perkara ini, kasihan gadis itu yang terlalu mengharap.
“Tengok ama, itu dua-dua budak kalau jumpa, kita yang tua-tua ini tak ada nampak, tak dihirau pun. Banyak sedih kan”.
“Tengok ama, itu dua-dua budak kalau jumpa, kita yang tua-tua ini tak ada nampak, tak dihirau pun. Banyak sedih kan”.
Uncle Wong dan popo sudah
agak lama duduk di atas katil bujang popo
di situ. Tadi Uncle Wong memandikan popo di bilik air di bahagian belakang.
Popo ketawa . Nampak giginya
yang rongak-rongak. Ceria wajahnya dia bila nampak kelibat Nurin berada dalam
rumah. Dia sangat sayang pada Nurin, sama seperti sayang pada cucu
lelakinya yang seorang itu.
“Ala uncle, jangan merajuk nanti tak lawa.
Bukan Yien tak nampak, Alan yang
kepoh-kepoh menunjuk-nunjuk baju baru
dia. Popo baru lepas mandi ya? Biar Yien
siapkan popo ya uncle”. Pujuk Nurin.
Uncle Wong bangun dari katil untuk beri ruang Nurin berada di
sebelah emaknya. Memang begitu sejak dulu, Nurin setiasa ringan tulang membantu
. Dah tu pandai ambil hati mereka sekeluarga.
“Yien
bawa buah yang popo pesan?”. Tanya popo perlahan-lahan. Dia tidak berapa fasih
berbahasa Melayu, tetapi tetap menggunakannya demi Nurin.
Laju Nurin angguk dengan senyum manis. Betul
kata Alan, popo akan makan banyak buah yang dibelinya , tidak buah yang
dibeli Alan atau Uncle Wong. Memilih betul popo,
padahal rasa buah-buah tu sama sahaja.
“Bawa popo, nanti lepas pakai cantik-cantik
boleh makan ya. Untuk meimei, Abang
Alan dah siapkan dim sum tau”. Alan
ambil bungkusan epal Fuji tadi untuk
dibawa ke dapur. Niatnya untuk kupas dan potong cantik-cantik dengan ukiran sekali untuk popo makan.
“Hoyey...sedapnya!. Prawn
dim sum kan?”
‘Tak habis-habis demand. Udang mahal tau!”. Alan jerit , kakinya melangkah ke dapur.
“Kedekut!
Abang Alan ...Nurin tak boleh lama-lama ya”. Nurin juga menjerit dari ruang
tamu yang tak seluas mana itu. Sambil tu tangannya lincah menyarungkan baju popo. Lepas ini sapu bedak, sika rambut,
siap!
“Tahu...dah
ready
dah!” Balas Alan dari dapur.
Menggeleng Uncle Wong
dengan keletah mereka. Dia sudah biasa dengan keadaan begitu. Sebab itu sunyi sangat kalau Nurin tak
datang. Tak ada bising-bising dan suara gaduh-gaduh. Nak tunggu anak
Alan...entah bilalah tu . Alan belum mampu lagi dari segi kewangan untuk berumahahtangga. Lagipun nak kahwin
dengan siapa , segak-segak Si Alan, teman wanitapun tak ada. Ada tak ada, tu ha
yang di depan itu sajalah. Uncle Wong
memang la berkenan sangat dengan Nurin untuk dijadikan menantu. Tak kisah walau
berlainan bangsa dan ugama. Masalahnya tentu ditentang keras keluarga Nurin.
Berkawanpun mereka tak benarkan , inikan pula berkahwin. Jangan berangan la
Wong.
“Uncle, ingat girlfriend ke,
senyum sorang-sorang?” Sapa Nurin. Dari
tadi dia perasan Uncle Wong berwajah
manis.
“Mana ada? Lu tu bila
mau kahwin?”
“Mau kahwin sama siapa uncle? Jari empat, siapa mau?”. Nurin
angkat tangan kanan yang tak cukup jarinya ke atas. Popo menariknya semula ke bawah. Tak suka Nurin menayang kecacatan
kecilnya .
Uncle Wong hanya sengih. Dia jarang menyentuh fasal kekurangan
Nurin. Tidak mahu gadis tersebut terus rasa rendah diri. Di mata Uncle Wong, itu saja yang Nurin kurang,
yang lain semua tip top, cantik,
baik, bijak , dan yang paling penting dia pandai buat orang bahagia.
Bertuah lelaki yang dapat memilikinya
nanti. Apa yang lebih penting dalam hidup ini
selain dari rasa bahagia? Ada duit juta-juta pun kadangkala tidak dapat membeli perasaan tersebut.
“Satu hari, Yien mesti
duduk atas pelamin yang cantik bersama lelaki yang paling baik, yang sangat
sayang sama Yien”. Popo menyampuk. Bersungguh-sungguh dia berkata dengan bahasa baku.
Amboih popo, petang ini bahasanya mengalahkan
sasterawan Melayu . Pandai pula sebut pelamin segala. Terror rupanya.
Mula-mula, masing-masing
terdiam untuk dengar apa yang hendak disampaikan popo. Kemudian , semuanya tergelak
sakan . Alan yang baru masuk ke situ dengan tangan
menatang dulang penuh makanan pun tergelak kuat.
“Amin-amin popo. Moga doa popo dimakbulkan Tuhan. Suatu hari nanti pasti Yien akan bersanding atas pelamin indah bersama lelaki yang sangat cinta
padanya, yang akan menjaga Yien baik-baik sampai akhir hayat”. Tokok Alan dengan suara yang begitu perlahan.
“Siapalah lelaki malang
itu...” . Suara Nurin sedikit sedih. Tersentuh dengan harapan-harapan mereka.
Setakat ini dia belum nampakpun lelaki yang ikhlas terhadapnya, kecuali lelaki
yang bernama Alan Wong. Itupun
menganggap dia tidak lebih dari seorang adik perempuan. Panggilan meimei sendiri bermaksud ‘adik
perempuan’, takkan pula Nurin hendak berangan yang lain-lain pula.
“Lelaki bertuah! Ada,
lelaki itu pasti ada. Abang Alan yang tak ada Tuhan inipun yakin lelaki baik
itu ada untuk meimei Yien. Cuma masa saja belum tiba lagi”.
Nurin juih bibirnya yang
comel. Yalah tu. Pandailah Alan !
“Dim sum time!.
Alan mula mengalihkan suasana.
“Buah time!” Nurin capai sepotong epal , di suap ke mulut popo.
Alan buka pembungkus chopstick baru , lalu dia gunakannya untuk menyuap dim sum udang ke
mulut Nurin. Nurin makan dengan wajah gembira.
Alan pandai manjakan dia, dari
kecil begitu. Kemudian Alan guna chopstick lain untuk menyuapkan
papanya yang duduk di hadapan.
“Abang Alan dah
bungkuskan untuk Fatin, nanti Ayien bawa
balik ya?”
Wajah Nurin terus
berubah. Dia takut dengan amaran abah. Jangan beri Fatin Auni makan sebarangan.
Maksud abah, makanan dari rumah belakang. Puas Nurin beritahu yang makanan dari
rumah Alan halal, abah tetap tidak
percaya. Yalah, apa bukti Nurin kan?
Popo
seorang vegetarian tegar, Uncle Wong pula tidak makan haiwan
terlarang itu sebab dia ellergik, mulut dia akan bengkak-bengkak jika makan.
Abang Alan pula memang dari kecil hanya makan makanan yang Nurin makan sahaja.
Sumpah dia tak pernah sentuh makanan yang orang Islam tak makan. Pengaruh Nurin
sangat besar terhadap cara hidup Alan.
Walaupun dia pakar dalam masakan cina.
Melihat
perubahan riak muka Nurin, Abang Alan tahu. “Tak mengapa kalau Yien tak nak
bawa balik, Abang Alan faham”.
“Err...tak,
tak. Nurin nak ! Nurin sorok dalam beg besar ni, abah tak nampak. Nanti boleh makan dengan Fatin senyap-senyap dalam bilik”. Nurin ketawa.
Abang Alan dan Uncle Wong juga ketawa. Kasihanpun ada
dalam hati masing-masing. Nurin nak makanpun payah di rumah sendiri.
“Hari tu Yien beritahu ,
Zurin Shallot tu dah nak balik
Malaysia terus. Dah habis belajar ke?”.
Adik Nurin, Zurin Asyura
tu, Abang Alan gelar shallot atau
bawang merah disebabkan perangai sengal yang tak makan saman terhadap kakak
sendiri. Tak pernah sekalipun Zurin
bersikap baik pada Nurin. Mentang-mentang la dia cantik dan sempurna.
“Entah! Dulu kena extend satu tahun. Patutnya tahun depan
la balik”.
“Abang Alan rasa dia fail tu,
dah tak dapat diselamatkan lagi , kena buang kolej.”
Bulat mata Nurin
pandang Alan. Memandai je
Alan serkap jarang begitu. Tapi
boleh jadi juga. Zurin tu pergi Australia bukan betul-betul nak belajar, lebih
kepada main-main je, menghabiskan duit emaknya. Habislah sebidang tanah
emak di Banting sana kena jual untuk
tampung perbelanjaan Zurin di negara kangaroo tu.
Dulu, masa Nurin
mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan ditawarkan belajar dengan tajaan
kerajaan ke New Zealand, bermatia-matian emak menentang. Kata emak, belajar
tinggi-tinggipun tak guna, cacat juga, tiada siapa nak pandang. Tetapi, Zurin
yang SPM sekadar cukup-cukup makan itu
nak belajar ke luar negara, sanggup emak bergolok bergadai menanggung. Sedih hati Nurin bila mengenangkan.
Namun Allah Maha Kaya,
Nurin belajar di UKM pun, berjaya juga dengan cemerlang, setiap semester meraih
Sijil Dekan. Selepas tamat ijazah pertama dalam bidang Perakaunan, Nurin
ditawarkan sambung ke peringkat sarjana. Sekali lagi Puan Azah mengamuk sakan
membantah. Dia suruh Nurin cari kerja cepat-cepat, boleh bantu keluarga. Nurin
akur.
“Teruklah meimei Abang Alan dikerjakan shallot nanti. Mesti makin mengada-ngada
sebab belajar luar negara”.
Nurin sekadar senyum
hambar. Terbayang juga apalah nasibnya nanti.
“Entah- entah , Yien
balik ni dia dah ada di rumah”.
“Hish, Abang Alan ni,
dua-tiga minggu lagilah! Sempat Yien nak bernafas dulu, sebelum semput
dikerjakan bawang merah yang cantik jelita tu sampai lunyai ”.
Hahaha. Alan ketawa. Dia memang suka mengusik Nurin.
Comel!
“Yien dah kena baliklah! Takut Puan Azah bad mood, teruk Yien malam ni”.
“Yalah”. Balas Alan sepatah.
Semua penghuni rumah
buruk itu memahami keadaan Nurin. Bagi mereka, dapat melihat Nurin sekejappun
jadilah. Tak perlu tamak, takut nanti langsung tak dapat. Menumpang kasih haruslah berpada-pada.
Nurin peluk popo, laga pipi kiri dan kanan.
“Hurm, popo wangi”.
Popo ketawa riang.
“Abang Alan, tak nak
peluk ke?” . Usikan yang sama setiap kali jumpa.
“Penampar ada la”.
“Huih...takutnya”.
“Zai jian popo, uncle, my Abang Alan”. Ucapan terakhir Nurin dengan manjanya.
“Take care Yien. Esok Abang Alan call
ya. Apa-apa hal cepat-cepat roger Abang Alan tau”.
Alan
mengiringi Nurin ke muka pintu.
Nurin angguk. Tak
pesanpun, memang Nurin selalu kacau
Alan. Pada siapa lagi dia hendak
mengadu?
Tubuh Nurin diperhati
Alan sehingga hilang dari pandangan. Berat dia hendak melepaskan Nurin setiap kali jumpa. Itu yang dirasa sejak
beberapa tahun ini. Adakah panggilan ‘meimei’
masih lagi sesuai digunakan?
Senyap-senyap Nurin
menapak ke dalam rumah sendiri melalui pintu dapur. Di ruang tamu, suasana sedikit bising dengan
suara-suara yang kurang jelas butir bicaranya. Ini mesti mak-mak datin datang
bergossip. Desis hati Nurin. Emak tidak suka dia bersalam dengan
kawan-kawannya. Emak malu ada anak cacat.
Ini yang buat Nurin serba salah, hendak ke biliknya mesti melalui ruang
tamu.
Pedulikanlah! Nurin
nekad . Kena leter satu malam, sudah biasa.
“Dah senja baru ingat
nak balik ?”.
Sergah
Puan Azah dengan garangnya. Di
sebelahnya tersengih seorang gadis berpakaian sendat dengan bahagian dadanya menonjol
ke hadapan.
Nurin terpaku.
Betul telahan Alan. Shallot
sudah balik!
Habis la...
Oooo la aiiiii kesian Nurin
ReplyDeleteJalan kebun... Near my house... Banting my hometown :) hihi kawin jerlah dgn Alan tu senyap2
ReplyDelete