Leka Iskandar memerhati sekeliling restoran Warisan Puteri. Suasananya nampak kemas dan teratur. Dipadankan dengan warna dinding dan perabut yang senada, membangkitkan rasa ketenangan untuk bersantai di sini, sambil menikmati makanan. Di sesetengah sudut di letakkan pokok segar di dalam pasu besar, menambahkan seri dengan adanya kehijauan yang menenangkan mata dan minda.
Iskandar merasa cukup bangga dengan pencapaian Puteri..
Lihat sahajalah sekarang ini, walaupun bukan waktu yang sibuk, tetapi masih ramai pelanggan yang datang. Kelihatan pelanggan-pelanggan yang ada di situ dengan berbagai tujuan. Ada yang semata-mata untuk makan, ada juga yang makan sambil berbincang urusan perniagaan, dan ada juga yang datang kerana perkhidmatan WIFI ada di restoran ini. Apa-apapun, Iskandar menyimpulkan bahawa restoran milik isterinya, memang nampak terkenal di sini.
Layanan dan persekitaran ekslusif, mungkin menjadi daya tarikan semua golongan, di samping harga yang berpatutan. Melalui kad menu yang di baca Iskandar sebentar tadi, dia cukup kagum dengan idea Puteri untuk memperkenalkan makanan tradisional yang mungkin sudah agak susah di dapati sekarang ini.
Mata Iskandar tertancap kepada budak lelaki yang berada selang dua meja di hadapan. Comel . Berumur lebih kurang tiga atau empat tahun. Hah! Anak orang bandar, kecil-kecil lagi sudah di ajar makan di restoran. Kanak-kanak itu begitu berselera menyuap ‘fish and chip’ ke mulut. Tapi yang bagusnya, airnya adalah segelas susu. Ada peneman di sebelah. Bibik Indonesia , kerana dapat diteka dari wajah dan penampilannya. Mustahil dia ibu kepada kanak-kanak comel dan kelihatan ‘branded’ itu.
Kanak-kanak tersebut tiba-tiba memandang Iskandar dan memberikan senyuman. Waduh! Kenapa tiba-tiba berdegup kuat jantung Iskandar. Seperti ada tarikan yang kuat . Tetapi Iskandar dapat rasakan, lesung pipit yang dipamerkan pada pipi kanak-kanak tersebut sama seperti yang dipunyai seseorang. Juga sinar matanya yang memancar itu. Membuatkan Iskandar menjadi semakin dekat dengan orang itu. Memang dekatpun! Inikan restoran miliknya ? Mungkinkah dia berada di sini.
Selain dari itu, wajah kanak-kanak itu juga seperti sudah biasa bagi Iskandar. Ahh....ada iras-iras......hishh...takkan pula ada iras diri sendiri.... Janganlah melalut Iskandar. Tetapi terfikir juga dia, dalam umur yang begini, jika dia tidak membuat perangai dahulu, mungkin sudah dikurniakan anak yang comel seperti itu.
“Encik, pesanan dah sedia”
“Terimakasih. Tanya sikit ya ? Pemilik restoran ini Puan Puteri ya ? Dia ada?”
“Ya...Puan Puteri. Tapi dia sudah keluar tadi. Pergi ke Sepang”.
“Oohh...Biasanya bila dia ada ?”
“Tak tentu encik. Jadualnya tak dapat dijangka. Tapi waktu pagi dalam pukul sembilan setengah dan petang dalam pukul enam dia mesti ada di sini. Selain daripada tu, jadual dia memang tidak menentu. Kadang-kadang seharian di sini, kadang-kadang seharian di luar. Kenapa encik ? Ada sebarang pesanan untuk puan ? Atau encik boleh berjumpa dengan pengurus kami jika ingin berbincang tentang perniagaan”.
“Oohh....tak mengapa. Saya cuma kawan lamanya. Nanti saya datang lagi untuk berjumpa dengannya. Terimakasih ya”.
Lalu pelayan tersebut beredar dengan sopan. Iskandar cukup berpuas hati. Puteri patut mendapat lima bintang dari lima bintang markah penuh! Restorannya memang ada kelas tersendiri. Makanan, kebersihan dan layanann ada kelas .
Lamunan Iskandar di kejutkan dengan kedatangan kanak-kanak tadi ke arahnya.
“Hai , uncle. How are you ?”
“Oh hai...fine...fine .Thank you”
Lalu si kecil itu menghulur tangan untuk bersalam. Iskandar pun menjadi teruja untuk melayan. Dia juga menghulur tangan, dan disambut untuk disalam dan dicium. Satu perasaan asing menyelinap sehingga ke tangkai jantungnya. Tiba-tiba dia terasa seperti hendak memeluk tubuh si kecil ini.
“What’s your name ?”
“My real name is Iskandar A’dif. Uncle?”
“Oh ya ? I’m also Iskandar”.
Tiba-tiba muncul pula satu suara.
“Ya Allah , di sini rupanya JI. Puas auntie Mila cari. Tadi mama call nak cakap dengan sayang, tapi puas auntie cari tak jumpa. Mana pula bibik ni, pergi. Err....Maaflah encik, jika anak saudara saya ni menganggu . Dia memang peramah sikit”.
“Eh, tak mengapa. Saya suka”.
“JI, go inside, into your room. Time to study, okay !”
“Okay auntie. Bye uncle. Nice meeting you”.
“Bye . Nice meeting you too”
“Maaf ya encik. Menganggu. Biasanya dia tak begini dengan pelanggan lain”.
“It’s okay. Don’t worry”.
**********
Semalam kali pertama Iskandar berkunjung ke restoran Puteri. Dia tidak berharap untuk bertemu Puteri semalam. Bagus juga Puteri tiada, sekurang-kurangnya dia memperolehi lebih kekuatan pada diri untuk menghadapi pertemuan ini.
Sudah tiga hari dia kembali ke Malaysia . Bercuti panjang. Dengan satu tujuan. Untuk meraih balik apa yang dia telah hilang. Sekali ini dia pulang dengan satu nekad dan matlamat. Dan fikirannya juga tidak bercelaru seperti dahulu. Keputusan muktamad! Untuk mendapat kembali permatanya yang hilang selama ini.
Hari ini Iskandar lebih bersemangat! Pagi-pagi lagi dia telah bersiap-siap. Dia mengejar masa untuk bertemu Puteri. Dia tidak mahu terlepas lagi, dan dia juga tidak akan membuang masa lagi.
Iskandar mengambil tempat di satu meja sudut yang agak tersembunyi dari pandangan umum. Dengan harapan hari ini memberi rezeki untuk dia bertemu Puteri. Dalam hati tidak henti-henti membaca bismillah, supaya semuanya berjalan dengan lancar. Dia tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku, jika betul pertemuan ini terjadi.
Iskandar sudah mula berdebar-debar, apabila pelayan tadi memberitahu dia akan memanggil Puan Puteri. Kebetulan bos besar itu, baru sahaja sampai.
Sepuluh minit menanti, Iskandar terperasan ada seseorang yang sedang menuju ke arahnya. Aahh....itukah Puterinya ? Anggun sekali dalam kebaya merah jambu. Dan mahkota perempuannya, telah ditutup rapi kini, dengan sehelai tudung rona merah jambu lembut. Hampir tidak percaya Iskandar . Jika tidak kerana mata yang coklat dan bersinar itu, dan mulut mungil yang cukup dikenali, sudah tentu dia tidak dapat mengecam.
Iskandar lalu berdiri bila Puteri menghampiri meja.
Puteri tenang sahaja. Tidak marah, tidak sedih, tidak juga gembira. Dia tahu yang berada di hadapan kini adalah suaminya. Suami yang sudah lama pergi tanpa sebarang berita. Dan Puteri tahu tujuan dia kembali pada hari ini. Puteri masih ingat lagi. Dan Puteri tidak pernah lupa akan perjanjian itu.
Peliknya, Puteri tidak merasakan apa-apa perasaan yang mendebarkan. Pertemuan dengan Abang Is kali ini, tidak mengujakan seperti dahulu-dahulu. Biasa sahaja. Puteri tidak merasakan ada perasaan istimewa mengalir dalan tubuh. Tiada.
“Puteri ?”
“Saya...Abang Is ....Duduklah”.
Puteri perasan mata Abang Is tidak lepas-lepas memandang. Mungkin sebagai isyarat bertanya kenapa Puteri tidak menghulur tangan untuk menyalami suami yang sudah lama tidak bertemu. Suami ? Betulkah dia suami Puteri ? Puteri.....jangan buat-buat lupa pula..
Dada Iskandar cukup berdebar-debar. Dan dia menjadi tidak keruan sebentar. Dia berusaha keras untuk menenangkan diri.
Mereka berdua, masing-masing berdiam . Mungkin masing-masing cuba menyesuaikan diri terlebih dahulu. Puteri tenang sahaja. Dia memang telah menjangka kedatangan Abang Is . Sebab usia perkahwinannya telah menjangkau lima tahun ! Ada sesuatu yang Abang Is akan tuntut!
“Puteri apa khabar ?”
“Alhamdulillah. Abang ?”
Iskandar mengangguk. Dalam gugup, matanya cuba mencari mata Puteri, tetapi dia tidak mendapat apa-apa. Pandangan yang seperti tiada erti lagi. Puteri seperti tidak mengharap lagi.
“Bila abang balik ? “
“Tiga hari lepas. Puteri nampak hidup dengan baik sekarang ya ..”
“Alhamdulillah. Life must go on. Puteri cuba lakukan apa yang terbaik”
“Puteri....”
Puteri mendongak memandang Iskandar. Mencari kejujuran dan keikhlasan di mata dan wajah lelaki itu untuk pertemuan ini.
“Puteri tahu abang.... fasal tanah lima ekar setelah genap lima tahun kan ? Abang jangan risau, Puteri akan bagi. Nanti abang set masa untuk kita turun Ipoh jumpa Uncle Yahya”
Iskandar tiba-tiba menjadi kelu apabila mendengar apa yang diperkata Puteri. Sungguh, dia tidak pernah terfikir semua itu lagi. Tidak terlintas lansung di kepala untuk mengambil lagi bahagian Puteri itu. Kerana dia tahu dia tidak berhak. Dia suami yang tidak menjalankan tanggungjawab.
Iskandar hanya mampu memandang Puteri dengan seribu perasaan sayu.
“Abang tak ada apa-apa lagi ke nak diperkatakan pada Puteri ? Puteri ada temu janji pukul sebelas ni. Nak kena bergerak dulu. Nanti abang call Puteri ya ? Atau tinggal pesan pun boleh, bila masa yang sesuai untuk ke Ipoh ”.
Lagi sekali Iskandar rasa terpukul, dek alunan lembut suara Puteri tetapi terasa bagai racun berbisa menusuk kalbu. Teruk sangatkah dirinya ? Sehingga pada pertemuan pertama yang diimpi-impikan selama ini, di suakan dengan persoalan tentang harta ?
Harapannya, dia dapat memeluk isterinya itu, dan memohon sejuta kemaafan di atas kesalahan mengabaikan Puteri selama ini. Nampak gaya , harapan itu hanya tinggal angan-angan sahaja, kerana apa yang dia hadapi kini tidak seperti mana yang dibayangkan. Dia menjadi kelu dan bisu....
“Abang, Puteri pergi dulu ya?”
Lalu Puteripun cepat-cepat menghilangkan diri ke belakang. Ke bilik JI. Dia ingat, dia boleh berlagak tenang dengan pertemuan ini. Dia tidak boleh berpura-pura. Tutup sahaja pintu bilik JI, dia menghamburkan air mata semahu-mahunya.
Tidak berapa lama kemudian, Puteri terdengar JI bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit.
“ Mama crying”
“Don’t know. Daddy come here....pity mama”
“Okay”.
“Mama, daddy want to talk to you”
JI menghulurkan telefon kepada mamanya.
“Hurm....abang”
“What’s wrong my dear ?”
“He’s back....”
“Who....Iskandar ?”
Puteri diam. Hanya tangisnya menjadi kuat. Khalif juga terdiam. Dia juga kehilangan kata-kata. Lama mereka berdiam di talian.
“Jangan menangis. Abang ada. Kejap lagi abang sampai okay ?”
Puteri tahu Khalif akan sampai. Dari dahulu sehingga sekarang, dialah penawar duka. Tidak pernah dia membiarkan Puteri keseorangan menanggung sedih. Dia akan sentiasa bersama. Dialah yang memberikan kekuatan demi kekuatan untuk Puteri terus berjuang. Hadirnya bagai bintang menyinari hidup Puteri....
uhhhh... x sabar nak dptkan novelnya.... teruja nak tahu kisah sebenarnya...
ReplyDeleteWow!! Best sangat... lamanya Abang Is tinggalkan Puteri... dah tu dia tak tau pun dia ada anak...
ReplyDeleteHuhu... tak sabar nak dapatkan novel UATN, K.Ummi.. best bangat...
oh my...
ReplyDeletecerita ni sangat best. tak sabar nak menunggu. :)
erkss.. last puteri pilih sapa ni.. adeyy.. nak kna beli cpt nii
ReplyDeletebestnye citer novel nie nyesal le tak beli awal2 sekarang dah kehabisan stok kena tgu lagi hu....hu...hu....
ReplyDeleteAssalamualaikum. Maaf nk tanya, novel ni sudah keluar bukan? Sebenarnya saya dah cari dimana2 kedai buku tetapi langsung tiada. Buku ni limited ke?
ReplyDeleteSalam. Novel ini masih ada stok kah. Pernah cari di kedai buku kat KL Central, tetapi tak ada. Tolong beri nasihat ya. Terima kasih dan salam
ReplyDeleteSalam. Saya juga tercari-cari novel ni tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Apapun tehniah dan syabas buat penulis. Salam :)
ReplyDeleteSalam. Dah lama cari novelnya. tapi saying rezeki tidak berpihak kepada saya. Menarik sangat. Tahniah kepada penulis. Salam
ReplyDelete:)
ReplyDelete