MATA Tengku Adurah sudah lama dihalakan kepada akuarium
ikan di ruang rehat keluarga. Akuarium
yang memuatkan seekor ikan kelisa yang sudah menjejaki alam dewasa.
Seingatnya, sudah hampir enam tahun ikan ini berada di situ. Menurut suaminya,
harga ikan itu sekarang mencecah Ringgit Malaysia dua puluh ribu. Ikan itu di
beli dengan harga Ringgit Malaysia dua ribu . Sewaktu itu ianya masih kecil .
Masih anak ikan sebesar ibu jari lagi. Jika dipasangkan , kemungkinan boleh membiakkan
anak yang banyak. Itu yang selalu dia katakana pada suaminya, tetapi hanya diketawakan sahaja. Menurut
suaminya, agak susah spesies ini membiak jika tidak mempunyai persekitaran yang
sesuai. Ikan ini mudah hidup dan
membesar tetapi tidak mudah untuk mengembangkan zuriatnya. Macam-macam...begitu
pula.
“Berbeza
cantik ke ikan itu hari ini Ku Durah ? Dari tadi walid tengok tak berkedip mata
? Ke ada perkara lain di kepala tu?”.
Tengku
Adurah berpaling kepada suaminya. Entah bila agaknya suaminya itu memerhati.
Dia tidak perasan. Tenggelam dengan menungan yang panjang. Secebis senyuman
tawar diberikan, diikuti satu keluhan kecil, perlahan.
“
Kenapa ? Seperti berat sahaja di kepala
tu?”
“Azeem......walid
“
“
Kenapa dengan bujang tu ? Bukankah dia dah okey sangat sekarang? Dah boleh balik ke sini pun.
Bermakna dia dah tak apa-apa lagi”.
“Bonda
risaulah.....Kenapa tiba-tiba sahaja dia berubah?”.
“Dah
tiba masanyalah...tu. Takkan selama-lamanya dia nak menyepi Ku Durah. Dia tu
lelaki. Tak perlu sangat nak bawa hati lama-lama. Patutnya Ku Durah gembira
dengan perubahan ni”.
“
Bukan macam tu walid. Bonda memang gembira sangat Azeem dah balik sini. Tapi
hati rasa seperti ada sesuatu aje. Zeera
ada bagi tahu dia ternampak gambar terbaru Sharifah Zalia dalam telefon
abangnya. Dia orang berkawan balik ke walid?”
Mengecil
mata Syed Awaludin memandang isterinya. Terkejut juga dia mendengar
perkembangan terbaru ini. Syed Azeem sudah berkawan semula dengan Sharifah
Zalia ? Biar benar ? Tetapi jika
betulpun, dialah orang paling bertuah. Tidak bersusah-susah memujuk Azeem untuk menerima Zalia semula. Telahannya
selama ini, Azeem telah berputus asa separuh nyawa terhadap Zalia. Baguslah mereka sudah berbaik semula dengan
sendirinya. Zalia telahpun berpisah dengan suaminya setahun yang lalu.
“Tak
tahu pula walid dia orang dah berhubung semula.
Selalu juga walid jumpa Syed
Nafi, tapi tak ada pun dia menyebut”.
“
Ini yang bonda risaukan Takut Azeem tu kecewa lagi. Dengar-dengar, Zalia tu
makin hebat selepas kembali solo”.
“
Hish....Ku Durah, eloklah kalau mereka baik semula. Sepatutnyalah jodoh mereka.
Dulu tu mungkin sebab masanya belum tiba. Memang dia orang berdua tu sesuai
sangat. Sekufu. Ada nama dan kedudukan. Kalau betulpun, walid ni orang yang
paling gembira. Tak ada apa yang perlu dirisau-risaukan Ku Durah. Lagi pun
Azeem tu a big boy. Dia pandai
menentukan hidup ikut kehendak dan kedudukan kita. Dah...lah tuu, tak perlu
risau-risaulah!!”.
Tengku
Adurah diam. Tahu dia tidak akan mendapat apa-apa sokongan jika berkenaan
Sharifah Zalia. Syed Awaludin begitu taksub untuk bermenantukan gadis itu.
Walaupun orangnya bukan gadis lagi. Walaupun dia telah membuatkan hati anak
lelaki tunggalnya hampir mati.
Tidak
guna dia berkongsi kerisauan hati bersama suaminya. Tidak akan pernah selari
pemikiran mereka jika berkaitan perkara
yang satu ini. Namun, kuasa vito terletak pada suaminya. Dia tiada kuasa
membantah. Sebab tidak pernah menang dan tidak akan berpeluang untuk menang.
Sungguh dia kesian kepada Syed Azeem selama ini. Tidak mempunyai peluang untuk
menentukan pasangan hidupnya sendiri. Sebenarnya boleh direstui, tetapi dengan
syarat-syarat tertentu yang perlu ada pada gadis pilihannya.
Bagi Tengku Adurah, dia tidak pernah memikirkan tentang
darjat, kedudukan nama dan harta bagi calon menantu. Cukup sekadar gadis itu
mempunyai budi pekerti mulia dan taat perintah ugama. Yang lain-lain itu
hanyalah bonus jika dimiliki. Tetapi itu cuma syarat dia, bukan suaminya. Calon
menantu suaminya mesti memnuhi segala kriteria yang dia tetapkan.
Tengku Adurah cuma memikirkan kebahagian Syed Azeem. Dia
tidak mahu lagi melihat anaknya menderita, sebagaimana yang dilalui pada tahun
–tahun terakhir ini setelah dikecewakan Zalia.
Anaknya hanya boleh tersenyum semula hanya beberapa bulan kebelakangan
ini.
Dia
bersyukur melihat perubahan pada wajah Syed Azeem sekarang ini. Perkembangan
yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Puas dia memanjatkan doa sejak
beberapa tahun . Anaknya telah beransur ceria. Bibirnya mula kerap mempamerkan
senyum. Cakap pun lebih ramah. Syed Azeem telah hampir kepada cirri dirinya yang asal. Namun, ada juga
cirri-ciri tambahan yang baru. Ciri yang lebih positif tentunya. Mungkin juga
anaknya telah meningkat dewasa dan perlu ada perubahan tertentu. Ke arah yang
lebih baik.
Walaupun
Syed Azeem telah berubah, hati ibunya masih ada sedikit kegusaran. Ditakuti perubahan ini akan berakhir
kekecewaan juga. Kenapa mesti Sharifah Zalia juga yang dipilih Azeem ?. Tidak
ada anak Pak Syed lain kah di Malaysia ini? Jika tidak ada di Malaysia pun,
negara Arab masih ramai. Saudara mara mereka masih ramai di sana. Saudara mara
yang berdarah di raja pun ada. Tidak kurang cantik dan menarik semuanya. Malah
berharta juga. Kenapa Zalia juga yang
dipuja-puja ? Hebat sangat ke anak Syed Hanafi itu ? Sehingga Syed Azeem tidak
dapat berpaling pada perempuan lain. Sudah dikecewakan, tetapi masih boleh
berpatah balik. Runsing hati Tengku
Adurah memikirkan.
Kata
orang, menjaga anak perempuan payah. Rupanya, anak lelakipun serupa . Juga
membuat hati libang libu memikirkan kehidupan mereka. Ataupun dia yang
berlebih-lebihan , berbanding dengan ibu-ibu lain ?. Apa-apapun, yang
diinginkan adalah yang terbaik untuk anaknya. Tidak mahu dia melihat anaknya
menderita dan sengsara. Cukup-cukuplah apa yang telah dilalui. Bukan sekadar
Syed Azeem yang menderita, tetapi diapun terasa sakitnya, bila melihat keadaan
darah daging sendiri dalam kekecewaan.
Syed
Awaludin , tidak habis-habis dengan nama dan kedudukannya. Dulu anak perempuan
sulungnya juga begitu. Kahwin dengan
pilihan keluarga. Nasib mereka memang baik, memiliki anak –anak yang
tidak membantah. Ikut sahaja kemahuan walidnya. Sharifah Azeeta, dengan ikhlas berkahwin
dengan Tengku Badri, pilihan Syed Awaludin. Cukup lima tahun, dia dimadukan.
Akhirnya berpisah , tanpa sebarang zuriat.
Jerih hati Tengku Adurah bila memikirkan nasib anak-anaknya. Seperti
tidak mempunyai perasaan di buat oleh walid mereka. Lega juga Azeeta seorang
yang periang dan ‘happy go lucky’,
tidak terlalu tertekan sangat dengan masalah rumahtangganya yang tidak menjadi
itu.
Namun,
sekuat-kuat jiwa Azeeta, tidak juga mahu pulang ke Malaysia setelah diceraikan.
Dia terus menetap di kota London. Walaupun selalu di pujuk rayu bonda, tetapi hatinya masih belum terbuka
lagi untuk kembali ke tanah air. Nanti dululah bonda. Itu jawapan yang selalu
diberikan .Bermakna dia akan pulang juga suatu hari nanti. Itulah harapan
Tengku Adurah.
Kadang-kadang
Tengku Adurah rasa amat tertekan dengan sikap suaminya itu. Tidakkah dia ingin
mengambil pengajaran dari pengalaman Azeeta ? Kasihan anak-anaknya, terpaksa
menanggung risiko kerana prinsip Syed Awaludin. Azeeta telah merasa pahitnya
berkeluarga dengan pilihan walidnya. Azeem juga tidak kurang menanggung kecewa.
Tidakkah suaminya merasa belas ?
Pedihnya hati seorang ibu memikirkan.......
Kepulangan
Azeem dua minggu lepas, amat mengejutkan Tengku Adurah. Bagai tidak percaya
apabila anaknya muncul dihadapan pintu dengan senyuman yang cukup manis.
Sungguh dia tertanya-tanya apa yang membuatkan Azeem telah berubah . Adakah
masa atau ada pengganti baru ?
Walaupun
persoalannya terjawab dengan penemuan secara tidak sengaja Sharifah Azeera,
sebahagian besar naluri ibunya menyatakan ianya mungkin tidak berlaku. Sikap
Azeem jauh berbeza sewaktu dia bersama Zalia dahulu. Masa dahulu, dia tidak
lekat di rumah, asyik keluar menemani Zalia ke hulu ke hilir, selain daripada
waktu bekerjanya. Tidak seperti sekarang, tiga hari balik ke Kuala Lumpur, dia
tidak ke mana-mana, hanya leka dengan komputer riba dan telefon bimbitnya
sahaja. Namun itupun cukup membuatkan anaknya tersenyum-senyum sendirian.
Jika
dia bersama Sharifah Zalia semula, sudah tentu masa di Kuala Lumpur ini tidak
disia-siakan untuk bersama-sama gadis tersebut. Mesti dia akan sibuk keluar dan
tidak memerap di rumah sahaja. Ahh...Tak mungkin Azeem bersama dengan Zalia
semula. Dan itulah harapannya. Kepada Tuhan, dia tidak pernah lupa memohon yang
terbaik untuk anak-anak yang dilahirkannya.
LIA
HANA terasa seperti ada yang tidak kena dengan
pandangan emaknya. Mesti ada perbuatannya yang tidak disenangi dan perlu
ditegur. Biasanya begitulah! Jika dia
ada melakukan kesalahan, dia dapat membaca dari mata emaknya. Tanda-tanda yang
dia akan di tegur secara lisan pula nanti. Maka bersedialah hati dan perasaan!
“
Lia sekarang ni banyak kerja sangat ke?”
“Macam
biasa mak. Sibuklah juga, kenapa ? Rasa Lia jarang balik rumah ya?”
“
Emak bukannya apa Lia. Kadang-kadang tu rasa tak sedap hati kalau Lia tak
sekerap dulu balik. Takut ada perubahan pada Lia tapi mak dengan abang Naim tak
tahu. Ada apa-apa ke Lia nak bagi tahu
mak ?”
“
Eh...Emak ni, Lia macam biasa saja. Tak ada apa-apa yang berbeza. Emak rasa Lia
ada sorokkan sesuatu ke ?”
“
Entahlah. Seperti ada . Cikgu Rashid
ada bagi tahu abang Naim , dia ada
ternampak Lia makan dengan seorang
lelaki di restoran. Lain macam sangat
katanya. Teman lelaki Lia ke ? Kenapa mak tak tahu dari Lia sendiri ?”.
“
Tak adalah mak. Mungkin kawan Lia atau
kawan kilang. Sungguh , Lia tak ada teman lelaki istimewa”.
“Selalunya,
Lia keluar ramai-ramai , jika ada lelaki. Tapi kali ini berdua sahaja. Macam-macamlah cikgu
Rashid tu cerita. Emak tak sedap hati.
Siapa dia Lia. Boleh kenalkan dengan mak ?”.
Lia
Hana sedikit getar. Nak kenalkan sebagai apa? Sungguh , dia dengan Azeem
sekadar kawan biasa. Tapi kenapa mesra ? Itu yang menjadi tanda tanya. Sehingga
menimbulkan syak wasangka atau fitnah pada orang yang memandang. Selama ini dia
tidak perasan. Niatnya ikhlas. Berkawan.
Sebab dia selesa berinteraksi dengan Azeem.
“Lia...Kenapa
diam?”
“Err....Mak,
mungkin yang cikgu Rashid nampak tu, nama dia Azeem. Memang Lia ada keluar
berdua dengan dia. Tapi kami sekadar kawan mak. Tak lebih dari itu. Dia orang KL, kerja di sini. Jadi tidak ada
kawan sangat. Sebab tu Lia ada keluar dengan dia. Tapi ke tempat-tempat orang
ramai mak”.
“Hmm...Maknanya
memang betullah cerita cikgu Rashid tu.
Mak nak ingatkan, hati-hati Lia. Anak mak bukan budak lagi. Dah patut
jadi ibu orang. Keluar berdua-dua macam tu boleh menimbulkan banyak fitnah.
Bukan muhrim lelaki perempuan, berdua, yang ketiganya adalah syaitan nak.
Macam-macam boleh berlaku. Lia sendiri dah tengok akibat-akibat jika kita tidak
menjaga pergaulan ini”.
“
InsyaAllah, Lia ingat mak. Lia akan
lebih hati-hati selepas ini. Maafkan Lia ya ?”
“
Yelaaah.....Mak percaya kat anak dara mak. Cuma kadang-kadang tu takut lalai.
Masa tulah syaitan datang cucuk-cucuk. Tapi jika Lia serius dengan budak tu,
cepat-cepat kenalkan pada mak dan Abang Naim. Biar kami tengok, boleh tak jaga
anak mak yang nakal ni”.
“
Lia tak ada apa-apalah mak dengan dia. Cuma kawan. Nanti Lia ajak dia datang
rumah kita. Dia orang bandar, tentu suka tengok suasana kampong macam ni. .
Kalau dah kenal nanti, mak taklah susah hati sangat kan ?”
“Tahu
pun mak susah hati ....”
“
Maafkan Lia mak. Mungkin kadang-kadang Lia tak sedar Lia sudah buat kesilapan
di mata orang. Apa yang mak fikir sampai nak susah-susah hati, lepas tu darah
pun naik tinggi ?”.
Makcik
Jamalia mengeluh perlahan. Umpama berat sangat apa yang ditanggung dalam dada.
Sememangnya berat baginya untuk menyatakan yang sebenar kepada anak gadis manja
ini. Walaupun dia dikurniakan Tuhan
dengan ketabahan menempuh segala onak dan duri kehidupan, tapi bagi
permasalahan yang satu ini amat payah untuk dia hadapi. Kerana ianya melibatkan
perasaan seorang gadis yang teramat dikasihinya sedari kecil lagi, Dilema inilah yang menghantui
perasaannya sejak akhir-akhir ini, menyebabkan tahap kesihatannya turut
menurun. Dan dia merasa terlalu lemah....
Lia
Hana tahu ada perkara yang bermain di kepala emaknya tika ini. Sesuatu yang
susah untuk dikeluarkan. Tidak mengapa emak, jika tidak sudi berkongsi dengan Lia. Asalkan hati emak bahagia dan damai. Lia Hana
hanya inginkan kegembiraan buat emaknya. Dia bertekad untuk menjadi anak yang
lebih baik dari semalam. Segala-galanya dia sanggup lakukan demi menjaga hati
wanita di hadapannya ini. Lia berjanji pada dirinya untuk tidak membuatkan
emaknya bersusah hati lagi. Dia ingin menjadi anak yang baik. Juga sebagai
seorang wanita yang baik. Yang menjaga maruah dan kehormatan keluarga.
azeem dh angau...hehe
ReplyDeleteOpps.. mata ibu Azeem dan emak Lia yg begitu peka dgn anak masing2.. jgnlah ayah Azeem ni paksa terima nama Syarifah Zalia... tak suka ayah Azeem, paksa anak2 ikut arahan dia..
ReplyDeletehopefully nanti Lia dapat jemput Azeem ke rumah, kenalkan dgn emaknya.. dapatlah Azeem minta restu emak Lia.. :-)
Thanks, kak umie.. :-)
'Sememangnya berat baginya untuk menyatakan yang sebenar kepada anak gadis manja ini.' <---- apakah tu? Lia anak angkat? sh zalia tu kembar dia??? hmmm... or am i thinking too much??? hehehe
ReplyDelete