Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Monday, December 3, 2012

Tidak Pernah Sesal, Bab 11



MINGGU-MINGGU  kebelakangan ini adalah minggu paling sibuk  dalam kerja bagi Lia Hana.  Sebagai Pengurus Kawalan Kualiti, dia dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam sstem dokumentasi dan perlaksanaan ISO 9001, yang bersepadu dengan Sistem Pengawalan Keselamatan Makanan yang di keluarkan.  Syarikatnya telah dikurniakan sijil bagi sistem yang telah dilaksanakan itu. Untuk memastikan sijil tersebut terus dikekalkan, sistem perlaksanaannya perlu di audit oleh juru audit luar  setiap dua tahun sekali. Keputusan dari juru audit luar akan memastikan kesinambungan sijil tersebut, samada boleh dikekalkan atau sebaliknya. Mungkin juga perlu beberapa pengubahsuaian untuk terus dilaksanakan.
                        Dua bulan lagi, telah dijadualkan audit dari juru audit luar . Maka pada masa sekarang ini, dia perlu menyelesaikan audit dalaman terlebih dahulu. Laporan audit dalaman adalah keperluan wajib yang perlu ada untuk di lihat oleh juru audit luar.  Bagi audit dalaman, kerja-kerjanya dilakukan oleh Lia Hana sendiri, di bantu oleh beberapa orang pekerja lain yang telah dilantik dan dilatih melakukan tugasan tersebut.
                        Lia Hana seperti tidak cukup masa untuk menyelesaikan semua kerja-kerja pejabatnya. Tiap-tiap hari dia berkampong di pejabat sehingga larut malam. Nasib baik juga, di temani beberapa orang pembantunya, yang juga di arah untuk membuat kerja lebih masa.Jadi, dia tidaklah terasa keseorangan megejar ‘date line ‘ yang ditetapkan.           
                        Lia Hana merasa lega juga, dengan kesibukan itu, menjadi alasan untuk dia menjarakkan diri dengan Azeem. Dia telahpun berazam supaya tidak menjadi terlalu rapat dengan pemuda tersebut , sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Dia masih berkawan,  cuma tidak perlu seakrab dulu.
                      
                        Syed Azeem pula, pada mulanya terasa seperti Lia Hana sengaja  menjauhkan diri darinya. Dia kurang percaya bila gadis itu mengatakan terlalu sibuk. Apabila dia terperasan kereta hitam Lia Hana yang tidak bergerak-gerak dari tempat parkirnya, baru dia sedar sesungguhnya gadis itu memang sibuk. Kadang-kadang sehingga pukul dua belas malam belum balik ke rumah lagi. Syed Azeem juga menjadi penunggu setia, tetapi di pejabatnya yang berhadapan dengan kilang tempat Lia Hana berkerja. Dengan demikian, dia terasa hampir dengan sahabat baiknya itu, walaupun tidak dapat berjumpa.

                        Petang  sabtu itu, Syed Azeem tidak putus-putus asa memujuk Lia Hana berjumpa. Sudah lama mereka tidak keluar dan berbual-bual panjang. Banyak perkara yang hendak diceritakan. Memandangkan dia perlu juga melayan Azeem sebagai kawan, maka Lia Hana bersetuju untuk keluar pada petang itu, itupun sekejap sahaja , kerana dia perlu kembali ke pejabatnya.
                        Lia Hana terpikir untuk mengenakan Azeem ke pasar malam.
            “Sibuk nak ajak keluar sangat, lebih baik bawa dia ke pasar malam. Baru padan muka dia ....he...he”  Lia Hana tersenyum dengan omelannya. Lagipun, tekak  dia terigin sangat hendak makan nasi kerabu kakak Kelantan yang menjual di pasar malam tersebut. Sejak sibuk ini, dia tidak berkesempatan untuk pergi. Itu antara makanan kegemarannya.
                        Tidak di sangka oleh Lia Hana ,Azeem mudah sangat bersetuju dengan cadangannya itu. Menurut  Azeem, diapun sudah lama tidak ke pasar malam  , kerana pemandu pelancongnya asyik sibuk di kilang sardin itu sahaja, sehingga tidak sudi lagi memberikan masa untuknya.
            Azeem juga teringin untuk makan rojak Singapore yang di jual disitu. Semua bahannya di goreng di tapak gerai, dan dijual panas-panas. Makanan laut yang digunakan seperti udang, sotong, ketam terasa amat segar dan masih baru.  Kuahnya pula amat sedap rasanya. Cuma Azeem kurang selesa dengan keadaan bawah tapak gerai tersebut. Becak! Jika hari  hujan, keadaan akan menjadi bertambah teruk. Jika dia memakai sandal sahaja, terasa kakinya akan gatal-gatal nanti kerana terkena air kotor itu. Itu  yang dia tidak sanggup!
                        Jika ada Lia Hana, dia akan berdiri jauh sedikit dari gerai  , dan hanya memerintah sahaja gadis  itu untuk mengambil  itu ini. Jadi, kakinya akan selamat . Gadis itu tidak kisah, menurut  sahaja perangai berlagak Azeem itu jika  di pasar malam. Bagi Lia Hana, Azeem  bersetuju  ke pasar malampun, di kira mujur juga. Bukan senang orang macam  itu sudi merendahkan martabatnya untuk ke tempat-tempat yang seperti ini. Walaupun, kadang-kadang Azeem mengikutnya dengan wajah yang kelat-kelat juga, hati Lia Hana tetap gembira. Kerana sahabatnya, telah mula belajar menyesuaikan  diri dengan sekitaran bandar kecil.   
                       
                        Hari ini , banyak pula Azeem beli. Sotong , udang, ketam, masing-masingnya dua cucuk, di tambah lagi dengan cucur kucai, kentang, isi ikan dan tahu. Habiskah dia  makan seorang ini ? Lia Hana tertanya-tanya di dalam hati. Buat tabiat ke dia ni? Penyakit Salina sudah berjangkit pada Azeem ke?
                        “Saya lama tak makan, sebab tu beli banyak sikit. Nanti nak tunggu you ke pasar malam lagi, entah bila boleh dapat. Sibuk mengalahkan menteri”.
                        Seperti tahu-tahu sahaja apa yang ada dalam fikiran  Lia Hana , bila  Azeem berkata begitu. Lia Hana tersenyum membalas. Terasa kesian pula di hatinya sebab cuba mengelakkan diri dari Azeem. Mungkin dalam sesetengah perkara , Azeem perlukan bantuannya. Contohnya, pada ketika ini. Azeem teringin sangat dengan makanan ini, tapi jika tanpa dengan Lia Hana, dia tidak sanggup pergi membelinya.                                                                                                                                              
                        Hati Lia Hana tertanya-tanya juga, kenapa Azeem laim macam sahaja pada petang ini. Dia tidak seperti selalu. Matanya amat kerap mencari mata Lia Hana. Asyik hendak merenungnya sahaja. Biasannya tidak sebegini. Ini membuatkan dia rasa sedikit kurang selesa dan terasa gementar. Sebenarnya, dia juga ingin merenung Azeem. Entah kenapa , setelah lama tidak berjumpa, terasa seperti rindu pula . Iya ke rindu ?                                           
                      Syed Azeem sebetulnya terasa amat rindu memandang wajah Lia Hana. Mungkin sebab lama tidak bertemu. Selama itu dia agak gelisah juga. Dia juga hairan dengan perasaan ini. Petanda apakah sebenarnya?  Adakah perasaan lain telah mula wujud terhadap gadis ini ? Kenapa hati dan fikirannya, asyik mengarahkan mata untuk menerebos sepasang mata coklat yang amat cantik kepunyaan gadis itu ?  Dan bila dia berkesempatan berbuat demikian, dada terasa bedebar-debar pula.

“Hana pun  banyak beli nasi kerabu tu.  Macam saya juga ke ? Teringin nak makan rojak Singapore ni”.
            Azeem menegur  selepas membeli makanan kegemaran Lia Hana . Hana memandang , sambil tersenyum. Berlaga lagi anak-anak mata mereka. Cepat-cepat gadi itu mengalah, beraleh kepada bungkusan makanan di tangan.
                “Takkanlah Hana nak makan sampai lima bunkus ni. Nak belanja dia orang yang stay back kat kilang tu...lah. Kesian dia orang, terpaksa OT disebabkan Hana paksa”.
                        “Ooo..... Berapa orang malam ni ?”
                        Azeem rasa ada kelainan dalam jawapan  Lia Hana. Ya....Dia membahasakan dirinya Hana, bukan lagi saya seperti biasa. Agaknya, lama tidak berjumpa, makin mendekatkan hati di antara mereka. Azeem tahu, Lia Hana tidak sedar dengan bahasa pengganti diri yang digunakannya. Gadis ini biasanya begitu berhati-hati dalam percakapannya, walaupun dia  di dalam kategori seorang yang ramah.
                        “ Termasuk Hana  ada lima orang. Sebab itu beli lima bungkus. Ada dua dari bahagian penyelenggaraan, dan dua dari jabatan Hana. Malam ni kena semak semua rekod-rekod bahagian penyelenggaraan. Kena habiskan juga. Tak tahulah pukul berapa boleh balik ni”.
                        “ Kesiannya dengar. Tapi kalau kerja dengan sayapun, Hana dapat nasib yang sama juga. No excuses .  Malah saya agak , lagi teruk agaknya”.
                        “ Ye ke ? Teruknya you ni jadi bos!. Tak mahulah saya kerja kat kilang you tu”.
                        “ Teruklah agaknya. Saya selalu terdengar my staffs mengumpat-ngumpat di belakang.  Saya tak kisah sangat, sebab gaji yang dia orang dapat, mesti setimpal dengan kerja. Macam tulah business. Jika tak....susah juga nak kira untungnya”.
                        “ Kalau macam tu, Hana patut bersyukur sangatlah dengan kerja Hana sekarang ni. Dapat bos pun sporting , tak macam orang tu, asyik nak buli  pekerja saja dengarnya”.
                        Syed Azeem ketawa dengan omelan Lia Hana. Gadis ini sungguh comel di matanya jika buat-buat marah dan menjeling-jeling.
                        “Eh, tapi jika Hana kerja dengan saya, saya akan tunggu  sampai Hana siapkan kerja. Jadi ada teman dekat pejabat. Tak bertuah gitu ? Bos sanggup teman staff buat kerja”.
                        “ Ye ke? Bertuah badan...dapat bos macam tu. Jangan menyusah lagi sudahlah!  Sebabnya, jika bos ada, macam-macam kerja tambahan kena buat”.
                        “Tak....tak. Bos ......Azeem tak macam tu, dengan syarat pekerjanya Lia Hana lah!. He...he...he.  Eh....nak balik lewat kan ? Jom saya tambahkan kotiew goreng kerang  untuk you all. Nanti taklah kelaparan malam-malam”.
                        Senyum panjang Lia Hana. Bagus juga fikirnya. Kesian Faiz dengan bosnya, jika hanya makan nasi kerabu yang dibelinya. Mana cukup bagi mereka. Dia kemudiannya mengangguk pada Azeem.
                        Thanks my friend. Lepas ni you balik terus ke?”
                        “ Tak. Saya  ke office balik. Nak siapkan kerja-kerja. Banyak email overseas nak kena reply. Lagipun  boleh juga tunggu kawan saya di seberang jalan sana. Kalau kereta dia dah tak ada, baru saya balik, nampak gayanya, hari sabtupun kena kerja sampai lewat malamlah!. Lagipun balik rumah tak ada kawan juga”.
                        Lia Hana mengerutkan dahi . Memikir  siapa pula kawan Azeem . Ada lagi ke selain dari dia. Azeem tersengih-sengih. Gadis ini seorang bijak dan suka mengusik orang, tapi kadang-kala lurus bendul sedikit, terkena dirinya balik.  Lia Hana akhirnya mendapat sesuatu jawapan.
                        “Err.....Office you berhadapan dengan office saya ke ?”
                        “ Itu ....saya kurang pasti. Tapi  kereta hitam orang tu, memang parking depan pejabat saya. Jadi kalau tak ada kereta dia, saya taulah orangnya dah tak ada kat kilang depan tu”.
                        Baru Lia Hana faham kini, dari mana Azeem tahu sedikit sebanyak tentangnya. Selama ini dia ingat, ada orang yang menyampaikan aktivitinya. Rupanya senang sahaja pergerakkannya di ketahui pemuda tersebut. Keretanya bukan kecil seperti kereta mainan. Besar, dan jelas di pandang dari bangunan bertentangan. Jadi, Azeem selalu mengintipnya agaknya. Jika begitu, bermakna pejabat diapun berhadapan dengan pejabat Azeem. Namun, mungkin Azeem tidak perasan sebab dia jarang membuka bidai yang melindungi tingkap cermin biliknya. Lagipun cermin tingkapnya adalah jenis gelap dan tidak dapat dilihat oleh orang luar.  Huh....dikira nasib baik juga            Takut juga , semua rahsianya diketahui Azeem.
                        Pertemuan petang itu, walaupun hanya sekejap, memberi kesan yang amat mendalam di hati Lia Hana , mahu pun Azeem. Masing-masing merasa perhubungan mereka semakin dekat dan lebih mesra. Tetapi hanya dipendamkan dalam diri sahajalah perasaan itu. Umpama tahu sama tahu. Mungkin disebabkan mereka sudah lama tidak bertemu, maka kemesraan itu lebih terasa. Ataupun telah ada bunga-bunga rindu di hati masing-masing ?                                                                                                                                        Lia  Hana rasa sedikit bahagia pula, bila mengingatkan Azeem selalu memerhatikan keretanya di hadapan.  Tentu diri dia agak istimewa bagi pemuda tersebut, sehingga barang kepunyaannya menjadi penting untuk dilihat. Ahh....melalut apa ni ? Perasaan sendiri agaknya..
                       Setelah sampai ke pejabat semula, fikiran Lia Hana kena difokuskan seratus pertaus terhadap kerjanya. Namun dia tidak berupaya pada malam itu, kerana kenangan bersama Azeem sebentar tadi asyik datang menganggu. Masalahlah pula . Tidak dapat memberi sepenuh tumpuan. Sudahlah kena bekerja bersama Faiz yang masih lagi tidak berlaku normal kepadanya.
                        Sejak Faiz terjumpa dia bersanma Azeem di Tesco tempoh hari, kelakuan pemuda tersebut menjadi lain terhadapnya. Dulu , Faiz selalu menegurnya, ceria dan ada-ada sahaja ceritanya. Sekarang ini Faiz menjadi pendiam, dan hanya berinteraksi mengenai kerja sahaja. Tidak lagi hendak bergurau dengan Lia Hana.
                        Walaupun  sedikit terasa hati, Lia Hana buat-buat tidak kisah sahaja dengan perubahan perangai Faiz itu. Melalui Salina, dia tahu Faiz jatuh hati padanya. Namun Lia Hana tidaklah mempunyai sebarang perasaan kepada pemuda tersebut, walaupun sebesar zarah.  Selama ini, dia menganggap Faiz sebagai kawan  satu tempat kerja sahaja. Oleh kerana Faiz ini termasuk dalam golongan lelaki yang baik-baik, maka Lia Hana juga menganggap dia seperti adiknya sendiri. Tidak lebih dari itu. Bukan Lia Hana terlalu memilih pasangan, tetapi dia betul-betul tiada perasaan yang gitu-gitu terhadap Faiz. Minta maaf sangat-sangat Faiz! Dia tidak dapat hendak menolong, walau Faiz suka kepadanya separuh mati pun!
                        Supaya Faiz tidak terlalu mengharap , Lia Hana dengan caranya yang terrsendiri cuba menyampaikan penolakan perasaannya terhadap Faiz. Secara halus dan berhemah. Semoga Faiz faham . Faiz juga seorang lelaki yang bijak dan cepat memahami. Lagipun, bunga bukannya sekuntum.  Tidak perlu pergi jauh,di dalam kilang itu sendiri, ramai gadis-gadis yang baik-baik dan cantik untuk di buat pilihan. Dengan pakej rupa dan sikap Faiz yang baik itu, rasanya tiada masalah lansung. Lagipun semua orang di situ tahu poket Faiz sentiasa penuh di hujung bulan kerana dia rajin membuat kerja lebih masa setiap hari. 
                        Jika susah sangat, Salina pun ada ......mungkin chemistry mereka kuat, siapa tahu ya? Ke situ pula fikirannya . Bukankah Salina pula separuh mati menyukai Azeem ?  Malangnya, Salina  tidak berusaha bersungguh-sungguh pun untuk memikat Azeem. Hanya pendam perasaan itu sendiri sahaja. Syok sendiri-sendiri sahaja.
                        Tepat jam dua belas malam , kerja mereka selesai. Lia Hana merasa lega walaupun begitu tidak selesa dengan renungan Faiz yang tidak berkesudahan dari tadi. Ah...Biarlah. Jangan di layan sangat. Lainlah jika Azeem yang merenung. Sebab dia telah merasai bibit-bibit bahagia dengan tenungan itu. Rasa semua pesanan emak dan nasihat abang Naim pergi melayang.
                        Melihat ke skrin telefon bimbitnya yang baru dikeluarkan dari beg tangannya, dia rasa amat terkilan. Ada tujuh panggilan tidak berjawab. Semuanya dari Azeem. Dia menutup nada bunyi tadi untuk member tumpuan kepada kerja. Seminit kemudian , ada panggilan masuk lagi. Di hadapan Faiz jugalah, Lia Hana mengjawab panggilan itu.
                        “Assalamualaikum”
                        “Hana, tolong saya.....Saya sakit sangat!”
                        “ Azeem......Kenapa  ni ?”
                        “ Sa...kit”.
                        “Okay....You di mana ? Hana datang sekarang”.
                        “ Di office .....”
                        Okay.....okay....Saya datang sekarang”.
                        Selepas memutuskan panggilan, Lia Hana terkesima sebentar. Apa yang nak dilakukan sekarang. Sudah tengah malam. Susah juga hendak cari klinik waktu ini. Tetapi dari suaranya, Azeem betul-betul mengharapkan pertolongan.
                        “Hasrina, Faiz, boleh temankan saya tak ?”
                        “ Boleh. Kenapa?”
            Hampir serentak kedua-duanya menjawab. Mata Faiz terus bersinar. Terasa diri dihargai hadis yang dipuja.
            “ Kawan saya nampak macam sakit teruk. Takkan saya nak pergi seorang, tak elok. Jom segera ke tempat dia”.
           
            Sesampai sahaja ke kilang depan, seorang pengawal di situ terus sahaja membawa mereka ke bilik Azeem. Terkejut Lia Hana melihat keadaan Azeem yang pucat terbaring di atas sofa.
            “ You kenapa Azeem?”
            Tanya Lia Hana perlahan, Kesihan sungguh dia melihat keadaan Azeem. Betul-betul tidak bermaya. Sebelah tangannya asyik menekan-nekan bahagian kanan perut. Agaknuya situlah tempat yang paling sakit.
            “Entahlah....diarrhoea agaknya. Salah makan”.
            Masih mampu dia menjawab, tetapi lemah suaranya. Lia Hana rasa tidak percaya Azeem terkena dhirea kerana dia atas meja kopi masih banyak lagi baki rojak Singapore yang dibeli tadi. Seperti tidak berluak pun. Takkan pula kena diarrhoea . Dia menarik tangan Azeem di perut, lalu menekan dengan tangannya sendiri. Berkerut muka Azeem menahan kesakitan akibat perbuatannya.
            “Hana rasa you bukan kena diarrhoea, tapi appendiks lah.  Sebab sakit di bahagian kanan. Macam teruk sangat ni . Hana hantar ke hospital ya ?”
            Whatever. TMC please. I tak nakk government hospital”.
            “Okay.....okay. Jom we all papah you”.
                        Faiz menolong Hana memapah Azeem . Sememangnya, dia betul-betul sakit serius, sehingga hendak bangun pun tidak berdaya. Maka terpaksalah Lia Hana memberi tenaganya bersama Faiz untuk menempatkan Azeem ke kereta. Huh...Boleh tahan berat mamat ni.  Dan sakit-sakit  macam hendak mati pun masih hendak memilih hospital .  Cerewet ! Hendak yang swasta. Tidak main wad yang kepunyaaan kerajaan. Dia tidak tahu ke, hospital kerajaan sudah canggih sekarang ini?  Walaupun ikhlas , Lia Hana masih mahu  merungut-rungut di dalam hati.                                                                                                  

3 comments:

  1. Cepat2 umie sambung....,best3 sgt....nak tau apa jadi ni;-)
    Ala bila azeem nak confess kat hana ni,x sabar tunggu ni....:-)anyway good job n thumbs up.

    ReplyDelete
  2. hari nie baru dapat baca entry nie....
    ending untuk part ni.. buat saya cemas aje..
    akak cepat2 update yea... tak sabar nie...
    tq akak ku syg....

    ReplyDelete
  3. Ala sian Azeem.. ntah2 dia bukannya makan makanan yg dibeli, almaklumlah, beli di pasar malam.. asalkan dapat keluar dgn Lia Hana, sanggup je ikut ke mana sahaja tapi perutnya bukan boleh terima makanan 'orang biasa'.. :-)

    Nasib baik pejabat dekat, dapatlah Lia Hana segera memberi bantuan.. :-)

    Kak Umie, TQVM!!! :-)

    ReplyDelete