Lia
Hana baru sahaja membuka pagar rumah, bila mana kereta Azeem betul-betul
berhenti di hadapannya. Tersengih-sengih lelaki itu. Wah! Sekarang ini semakin
banyak pula senyumnya. Tidak payah dipaksa-paksa lagi.
“Mimpi apa malam
semalam, pagi-pagi dah sampai ?”
“Mimpikan tuan puteri depan
mata inilah! Sampai tak sabar-sabar menunggu pagi. Dah nak pergi kerja ?” Jawab
Azeem tersengih-sengih menyembunyikan rasa malu. Malu tapi mahu....kata
hatinya.
Lia Hana hanya
mengangguk. Debar di dada Tuhan sahaja yang tahu. Malam semalam dia tidak
nyenyak tidur teringatkan Azeem. Pagi-pagi Azeem sudah muncul, seperti
tahu-tahu sahaja perasaan hatinya. Adakah dia pun sama?
“Pergi sekali ? Nanti
balikpun saya hantar”.
“Ehh....Nanti Hana balik lambat. Menyusahkan Azeem pula”.
“Tak ada susahnya!. Saya
yang hendak buat untuk Hana. Lambat macam mana pun saya tunggu”
“Azeem dah sehat betul
ke ? Bukankah perlu banyak rehat?”.
“ Hana, saya akan lebih
sihat jika dapat jumpa Hana. Kalau nak saya cepat sembuh, jangan banyak soal
lagi boleh ? Jomlah!”
“ Err... Kejap eh....Hana
nak ambil beg”
Lia Hana serba salah.
Wajahnya merona merah. Dia ingin menolak pelawaan Azeem, tapi dia lemah. Dia
tidak berupaya mengatakan tidak! Dia tidak lansung mengingati pesan emak dan
nasihat Abang Naim. Hatinya teramat
gembira bila melihat Azeem. Rasa di beri perhatian. Azeem sudah mula ambil
berat dan memanjakan dirinya. Perasaan
halus mula berbisik-bisik. Bahasa Azeem sekarang......semuanya mencuit rasanya.
Sungguh manis! Atau dia sekadar perasan
sendiri ?
Azeem telah memulakan usahanya
untuk memikat hati Lia Hana. Dia tidak boleh bertangguh lagi. Tidak tertanggung
dek badan . Dia berazam, sebaik sahaja
boleh bekerja, dia akan bertindak agresif. Caiyok Azeem! Jangan ditunggu-tunggu
lagi. Takut bunga yang dipuja di sambar
orang .
“ Cantik Hana hari ini.
Tak apa ke jika tidak pakai uniform
?”
Azeem suka dengan
penampilan Hana. Sepasang jaket dan seluar
sedondon berwarna coklat. Nampak elegan dan ekslusif. Hana jarang berpakaian
begini. Biasanya dia menyarungkan pakaian seragam kilang sahaja. Tetapi Hana,
pakai apapun nampak cantik dimatanya sekarang ini. Tiada apapun yang cacat di
matanya. Orang tengah angau!
“ We all managers , tak wajib sangat pakai . Tapi di galakkan. Lagi
pun hari ini Hana ada lunch dengan clients. Sebab tu pakai
lain sikit. Hati bos nak kena jaga juga kan?”
“Oooo....Ada lunch”
Rasa cemburu pula di
hatinya. Lunch dengan siapa ya?
Janganlah dengan lelaki yang minat padanya. Sekadar yang bertujuan untuk kerja
tidak mengapalah. Dia mesti rasional sedikit. Lia Hana masih tidak ada apa-apa
ikatan dengannya.
“Habis, Hana tak perlu transport tak ?”
“Oo....Tak mengapa
Azeem, Hana boleh tumpang bos. Jika tak pun boleh pinjam kereta kawan di kilang
tu”.
“ Eh....Tak perlu.
Jangan pinjam kereta kawan. Hana boleh bawa kereta saya. Nanti drop saya di office
dan Hana boleh drive kereta saya ke
tempat Hana”.
“Tak
mahulah Hana. Mewah sangat ! Lagipun Nanti Azeem pula tak ada kereta. Bukankah
Hana sudah menyusahkan ?”.
“Tak , tak susahpun .
Saya ada kereta lain di factory tu. Company car. Just take it , Hana. I insist. You jangan guna kereta orang lain.
Okay?
Lia Hana diam. Nak guna
kereta dia ? Eh ...Bukan masanya lagi. Nanti menjadi buah mulut orang-orang di
kilangnya lagi. Tentu macam-macam gossip mereka. Macam mana ni ? Itulah , gatal
sangat terima pelawaan Azeem untuk pergi bersama sebentar tadi. Kan sudah
menjerat diri sendiri!
“I really mean it Hana.
Gunalah kereta saya okay ?”
“Okaylah . Thanks. Tapi lain
kali Hana tak terima ya ! Lagipun Hana tak biasa dengan kereta macam ni.
Manalah tahu, takut jadi apa-apa, Hana tak mampu nak bayar ganti”.
“Ke situ pula. Janganlah mintalah!. Tapi bagus juga, kalau
tak mampu bayar nanti, jadi saja my Mrs, Saya consider semua tu free saja”.
Azeem ketawa. Tapi
hatinya mengucapkan syabas. Berani dia meluahkan ayat tersebut, walaupun
seperti gurauan, sebenarnya dia
sungguh-sungguh. Semoga Lia Hana faham maksudnya.
Lia Hana pula terus
tergamam. Sememangnya itu yang dia harapkan, tetapi tidaklah secara gurauan.
Takut cuma dia yang perasan sendiri.
Namun dadanya cukup berdebar-debar. Wajahnya juga memerah. Harap Azeem
tidak perasan!
Azeem
ini peliklah sekarang ini. Seperti ingin memikat dia dengan hartanya. Jika itu
maksudnya, Lia Hana kurang boleh terima. Jika dia suka pada Azeem sekalipun, bukan kerana
kemewahan yang dimiliki Azeem. Malah, Azeem tidakpun memiliki sifat lelaki
impiannya. Tetapi hatinya, entah mengapa, tiba-tiba telah terikat dengan pemuda
itu. Ada perasaan asing yang datang dan datang. Dia sendiri tidak tahu
sebabnya. Yang dia tahu, dia seperti tergila-gila pada Azeem. Habislah.....Jika Salina tahu.
Tetapi, jika harta yang disua-suakan
Azeem untuk memiliki dirinya, Azeem silap orang. Lia Hana bukanlah begitu. Dia
ada prinsip sendiri.
“Haa....Dah sampai pun. Now,
Hana drive kereta ni. Nanti bila nak
balik call saya okay ? Pukul berapa pun tak apa. Tapi kita dinner di rumah saya ya ?
Bonda nak jumpa Hana lagi. Esok dia nak balik KL . Boleh?”
“Hah ? Eh ...Azeem, Hana seganlah !”
“ Tak ada segan-segan . Bonda
betul-betul nak jumpa Hana...Please ?
Ini untuk bonda ”
Setelah di rayu-rayu
Azeem lagi, Lia Hana akhirnya mengangguk juga. Azeem puas hati. Kadang-kadang
susah juga Lia Hana ini. Kena pujuk dan pujuk sentiasa. Bukannya mudah sahaja
dia hendak mengikut Azeem. Jika hendak bersama dengannya, Azeem kena bijak
mencari jalan. Perlu banyak berfikir. Sebenarnya dari dahulu lagi begitu. Lia
Hana bukan senang-senang untuk keluar dengannya. Gadis Itu, ada pegangannya
yang tersendiri. Jika Azeem ingin memilikinya, dia kena pandai menilai.
Azeem menunggu sehingga
kereta kelabu yang membawa buah hatinya pergi. Cepat-cepat dia naik ke atas , dan melihat Lia Hana dari
cermin pejabatnya. Rasa dirinya bagai
orang gila sekarang ini. Sanggup buat apa sahaja demi gadis itu. Dia tersenyum
sendiri. Dia akan terus berusaha untuk menangkap merpati itu, walaupun
nalurinya merasakan ada banyak rintangan yang akan di tempohi. Dia dapat
rasakan!
Walaupun dengan perasaan
serba salah, Lia Hana membawa juga kereta mewah itu dan memarkirnya di tempat
petak yang dikhaskan untuk keretanya. Dia perasan ramainya mata yang
memerhati. Mungkin ingin memastikan
siapakah pemandu kereta yang baru pertama kali masuk ke kewasan itu. Mungkin
ada yang mengenali kereta tersebut, tetapi kata hati Lia Hana, ramai yang tidak
akan perasan bahawa kereta tersebut kepunyaan orang kilang hadapan. Buktinya, Lia Hana sendiri
tidak pernah perasan dahulu sehinggalah
mengenali Azeem dengan cara yang tidak sengaja itu.
Lia Hana berpampasan
dengan Faiz, juga Salina , yang masing –masing juga baru keluar dari kereta
yang sama. Kereta Faiz. Mungkin juga Faiz menjemput Salina tadi. Apa yang
hendak di hairankan, hubungan mereka berdua
memang baik selama ini.
“Eh Lia, kenapa bawa
kereta Azeem ? Tadi aku ingat kau tak keluar lagi. Nasib baik tergerak hati nak
kunci rumah”
“ Entah....Azeem tu , mengada-mengada , nak hantar aku.
Akhirnya kena pinjamkan kereta dia. Aku kena keluar tengah hari ini”.
“Ooo....Bertuahnya
engkau ! Dapat drive kereta mewah
tuu..”
Lia Hana hanya angkat bahu. Tiada komen . Jangan kau
bergossip lebih-lebih sudahlah Salina!.
Dia hairan juga dengan tindak balas dan riak wajah Salina dan Faiz.
Tidak ada menunjukkan rasa tidak senang atau marah kerana melihat kereta Azeem
itu. Mereka cukup bersahaja. Bagus juga. Tidaklah penat kepala Lia Hana
memikirkan dan memujuk Salina nanti.
Lia Hana perasan ada juga sepasang mata lain yang turut memerhatikannya
keluar dari kereta itu. Wajah itu cukup serius. Lia Hana cuba memberikan
senyuman ikhlas kepadanya , tapi nampak gayanya tidak berbalas. Sebenarnya, Lia
Hana kurang gemar jika bertembung dengan orang ini. Kalau boleh di elak, dia
akan mengelak. Encik Kamil ini, selalu membuatkan dia rasa tidak
selesa. Pandangan dan renunganya, sungguh menakutkan !
Mr Calvin, bos Lia Hana
menegurnya mengenai kereta mewah itu ketika dia menyerahkan beberapa dokumen
untuk di tandatangan.
“You bawa BMW hari ini ?
Surprise ? Boy friend you punya ke Miss Hana ?”
“No...lah Mr Calvin. Just friend. Dia pinjamkan aja, Dia
suruh I test drive”
“ Hei....Darling, No friend yang nak pinjamkan orang kereta mewah macam tu, kecuali yang
ada specials feeling saja”
“Iya...ke Mr Calvin ?”
Li Hana sengaja
buat-buat tidak faham. Tetapi dia dengan Mr Calvin tidak banyak berahsia. Mr
Calvin mempunyai fikiran yang terbuka dan selalu memanjakan Lia Hana.
“Iya...lah, Mesti dia
tengah nak tackle you tu. Orang macam
you bukan sebarang orang boleh tackle.
Standard tinggi. Handsome tak ? Be careful my
dear! Anyway, boleh I tumpang you lunch nanti ? Nak rasa juga kereta boy friend you tu, sedap ke tidak”.
“Errr...Okay....No problem Mr Calvin. You nak
duduk di belakang pun tak apa, hari ini jadi I driver”
Mr Calvin tergelak besar
dengan gurauan itu. Apalah teringin sangat hendak naik kereta Azeem itu. Lia
Hana rasa Mr Calvin sudah biasa dengan kereta-kereta mewah sebegitu. Sengaja
hendak menyakat Lia Hana agaknya. Tidak mengapalah, sekali sekala dia melayan
sahaja kehendak bosnya. Lagipun, selama ini Mr Calvin melayan dia sebagai orang
bawahan dengan baik sekali. Dia tidak ada masalah lansung bekerja dengan lelaki
itu, walaupun mereka berlainan bangsa dan ugama.
Bila hampir hendak
pergi, dia memberi mesej SMS kepada Azeem meminta kebenaran. Sekejapan sahaja
mendapat balasan. Itu Lia Hana sudah sedia maklum. Tetapi bahasa yang digunakan Azeem yang amat berbeza itu
,baru sahaja dia tahu. Rupanya mamat biul ini , pandai juga mengayat ya!
“Okay. No problem, Pandu hati-hati. I love you more than the car”
Ahh......Rasa
terbuai-buai Lia Hana dengan ayat yang sepotong itu!
Lamanya menanti sambungan novel ni...
ReplyDeletemakin menarik...
salina dah bercinta dengan faiz ke?
sambung lagi Umie...
Ahhh...sweeet nye..azeem dah semakin berani....semoga dgn keberanian nya ini membuahkan hasil untuk meneruskan hubungan yg lebih jauh.....
ReplyDeletejenuh menunggu n3 tp berbaloi... sweet sgt. moga hubungan azeem dan lia hana x byk halangan dan rintangan. nak yang sweet je k hehe
ReplyDeleteAiii...sgt suke la..go go go azeem...
ReplyDeletebestnya.....kak zu pun terbuai sama...hehehe
ReplyDeleteAgaknya tahun ni blh keluar tak novel ni dlm bentuk berjilid.....
ReplyDeleteAzeem yg makin angau... makin romntis jadinya... :-)harapnya dia tidaklah mengumpan Lia dgn harta-hartanya.. tackle hati Lia betul-betul...hehe
ReplyDeleteAizah, Saadiah, Makyang, Hudapis, Zuraidah, Camellia, Seorg Wanita : Makasih bebanyak atas komen2 yang diberi...hargai sangat.
ReplyDeletebest lah Umie...sambunglah lagi cta ni...perbezaan 2 darjat...mmg masih berlaku dlm kehidupan moden segini...huuu...tak sabar tunggu next chapter
ReplyDeletehahaha azeem dah ada nama baru - mamat biul - best sesgt!!!
ReplyDelete