SALINA rasa panas hati bila mengingat kembali
pertemuan dengan ibu dan keluarga Azeem
di hospital awal petang tadi. Kenapa dia
yang mesti menanggung rasa malu dan
terhina begitu ? Selama ini tidak ada orang yang memandangnya jelek
sebegitu.
“Ini ke Lia Hana yang
telefon pagi tadi ?”
Tanya wanita anggun yang
baru duduk di sisi katil Azeem. Dari tadi dia asyik memandang Salina. Masa itu
Salina terasa gugup pula. Tidak sangka keluarga Azeem nampak seperti orang
hebat-hebat. Ingatkan Azeem sahaja yang ada kelas.
“ Hah? Lia Hana ? Bukan
bonda. Ini Lina, kawan dia. Hana baru
saja balik, emak dia pun tak sihat”.
Azeem yang telah bangun
kerana kehadiran bondanya memaklumkan.
Bonda? Kerabat agaknya , fikir Salina. Pandangan wanita itu dari tadi semacam
sahaja dia rasa . Diperhati Salina dari atas ke bawah beberapa kali. Buruk
sangat ke rupanya? Dia betul-betul
kurang selesa berada di antara mereka. Hendak tidak hendak dia menghulurkan tangan
pada wanita tersebut untuk cuba bersalam.
“Apa khabar makcik ?”
“ Mak Engku.
Panggil Mak Engku”
Ibu Azeem membetulkan
panggilan Salina itu. Suaranya kedengaran sedikit tegas. Riak mukanya pun bagai
kurang menyenangi Salina. Rasa cemas dalam dada Salina. Tersalah panggil pula.
Protokolnya! Manalah dia tahu kena panggil Mak Engku. Ahh.......Eksyen!
Orang tolong jaga anak dia pun sudah
cukup baik. Ucaplah terimakasih!
Jika dia tahu akan
mendapat malu begitu, tidak ingin dia menolong Lia Hana. Perempuan itu pun
satu, senang-senang sahaja minta tolong dia jagakan si Azeem itu. Tetapi selama
ini, dia yang lebih-lebih syokkan si
Azeem . Dia yang beriya-iya sukakan Azeem, sampaikan
kadang-kadang dia nampak Lia Hana naik bengang dengan sikapnya. Jadi, tidak
salah jika Lia Hana meminta dia menemani lelaki itu. Memang itu yang sepatutnya.
Lagipun, Lia Hana juga di dalam kesusahan, kasihan dia . Makcik Jamalia dianggap
seperti ibu sendiri. Kenapa hendak berkira sangat dengan bila Lia Hana
meminta tolong? Bertimbang rasalah
sedikit!.
Saat ini, Salina sedar,
apa yang dikatakan Lia Hana dahulu ada betulnya.
Azeem dengan dia mempunyai status yang berbeza. Lia Hana tidak bercakap kosong.
Pemerhatian dia tajam sekali . Buktinya, Salina telah nampak, betapa bergayanya
ibu a.k.a bonda Azeem tadi. Yang muda itu, agaknya adik Azeem, sebab wajah
mereka ada iras-iras. Pun dengan gaya kelas atasanmya. Beza penampilan Salina
dengan mereka terlalu jauh. Salina rasa rendah diri teramat sangat. Dia pun
tidak sanggup berlama-lama dengan mereka
tadi, cepat-cepat minta diri.
Keluar sahaja dari perkarangan hospital, dia rasa lega sekali. Terlepas
dari bebanan perasaan! Harap dia tidak bertemu lagi dengan kaum kerabat ini!
Apabila Salina menceritakan kepada Lia Hana, pada malam itu,
kawannya tidak henti-henti ketawa. Luculah
sangat tu! Kalau kena diri sendiri ,
barulah padan muka. Mungkinkah Mak Engku tadi akan pandang semacam juga pada
Lia Hana? Iya....lah, Lia Hana tu
berwajah esotik, cantik, tubuh badan yang menarik dengan gaya lemah lembut. Mungkin tidak agaknya.....
Selama
ini, semua orang suka pada Lia Hana. Baik perempuan, mahupun lelaki. Orang
lelaki, apatah lagi. Lihat sahajalah di kilang , Faiz, Encik Kamil, Khairul,
semuanya berlumba-lumba memenangi hati Lia Hana. Malah, Azeem pun sama. Dia
perasan waktu tengahari tadi, di hospital, Azeem asyik merenung muka Lia Hana.
Mata Azeem pula bersinar-sinar waktu itu. Tetapi bila Lia Hana pergi, mata
Azeem terus tertutup, rasa tidak ingin lansung memandang Salina. Kala itu,
Salina terasa kecil hati sangat, dan dia seperti menyumpah-nyumpah sahabat
baiknya itu.
Kadang-kadang , Salina
pun merasa pelik dengan Lia Hana. Ramai lelaki meminatinya, tetapi dia buat
tidak kisah pun. Buat deerrk sahaja. Malah, setahunya, Lia Hana tidak ada pun
teman lelaki istimewa. Tidak sibuk pun
dia hendak bermain perasaan atau
berkasih-kasihan dengan jantina berlainan. Tumpuan hidup dia banyak kepada
kerja dan menolong orang. Itu sahaja yang dilihat pada kawannya itu. Tenang
sahaja sepanjang masa. Sentiasa ‘cool’ Tidak ada nafsu pada lelaki ke Lia
Hana ? Selalu juga dia terfikir begitu.
RIMAS Lia Hana dengan
Azeem . Mentang-mentanglah dia tengah bercuti sakit, tidak henti-henti
menganggunya. Sekejap-sekejap telefon.
Sudahlah Lia Hana ada terlalu banyak kerja . Semalam Lia Hana mengambil cuti
kerana menjaga emaknya. Lagipun hari sabtu lepas dia bekerja sehingga larut
malam, walaupun itu bukan hari bekerja. Jadi bosnya membenarkan dia bercuti
ganti pada hari isnin itu.
Logik juga alasan Azeem yang selalu menganggunya. Azeem tidak ada apa yang hendak dibuat. Hanya terbaring atas katil atau sofa menonton
telivisyen. Tidak pun melayari internet. Biasanya, dia lelaki paling sibuk di
kilang perabot itu. Itu yang dia beritahu Lia Hana. Bosan teramat, katanya. Kawan pun tidak ramai
di sini, sebab itu Lia Hana yang menjadi sasarannya.
Lia Hana juga kasihan
dengan keadaan Azeem. Dia tidak berupaya untuk melawat lelaki itu kerana
kerjanya yang bertimbun-timbun. Tambahan pula, dia merasa segan kerana keluarga Azeem masih ada
di sini untuk menjaganya. Mendengar cerita Salina, Lia Hana seram sejuk untuk bertemu dengan Mak Engku yang dimaksudkan.
Semasa dia menelefon untuk memberitahu keadaan Azeem dahulu, tidak pula
dirasanya wanita tersebut sombong. Baik-baik sahaja suaranya, siap
berterimakasih berkali-kali lagi.
CUTI umum pada dua hari beriktnya, Lia Hana
terpaksa juga pergi menziarahi Azeem. Dia sudah tidak boleh memberi sebarang alasan
lagi, sebab lelaki itu seperti tidak berputus asa memujuknya datang ke rumah. Sudah
tidak dapat mengelak lagi.
Selepas loceng berbunyi
ada seorang gadis membuka pintu pagar. Wajahnya iras-iras Azeem. Mungkin inilah
adiknya Azeera, yang diceritakan masih
lagi belajar . Sekarang ini tengah bercuti semester. Azeera nampak
tergamam bila memandang wajah Lia Hana. Beberapa kali dipandang Lia Hana atas
dan bawah. Lia Hana tidak pasti kenapa, tetapi pandangan Azeera tidaklah
seteruk seperti yang diperkatakan Salina.
“Kak Hana ke ?”
“Ya”
“Err...Masuklah, abang
ada di dalam”.
Lia Hana teragak-agak
juga untuk masuk. Pertama kali dia datang ke rumah Azeem. Baru dia tahu,
sebenarnya rumah Azeem dekat sahaja dengan Pusat Belia, tempat dia selalu
bermain skuash. Patutlah selalu
terserempak dengan Azeem dahulu.
Di muka pintu rumah, Lia
Hana menghulurkan bungkusan plastik yang di bawa kepada Azeera.
“ Kak bawakan ikan
haruan yang Azeem pesan tu. Yang dalam
bekas ni, mak akak dah siap masak”.
“ Oh...ya? Kak duduklah
dulu, abang ada di ruang tamu tu. Zeera panggilkan bonda”
“Terimakasih”
Azeera
terus ke bahagian dapur membawa beg-beg plastik yang diberikan Lia Hana. Dia
menarik bondanya dan berbisik sesuatu.
“Bonda. Kak Hana tu....”
“Kenapa ? Lebih besar
dari kakak kat hospital tu ke?”
“ Err....Tak....tak
bonda. Cantik....cantik sangat, tapi bonda jangan terkejut ya?”
“Hissh....Zeera ni,
kalau dah cantik tu okaylah....kenapa
bonda nak terkejut pula?”
“Bonda dah solat belum
?”
“Belum.. sayang. Kenapa
pelik sangat ni ? ”
“Kalau
begitu, bonda solat dulu,selepas tu bonda tarik nafas panjang-panjang sebelum
pergi jumpa Kakak tu”.
“Yelah....Bonda
ikut kata tuan puteri . Lagi pun takut lambat pula bonda solat nanti”.
Lia Hana masih tercegat
di ruang tamu. Kagum dengan hiasan rumah
tersebut. Rumah banglo yang didiami Azeem ini, tidaklah terlalu besar. Rumah
dua tingkat yang comel sahaja. Sesuai dengan penghuninya orang bujang. Hiasan
dalamannya sungguh kemas dan moden. Sofa dan langsir bewarna putih, di selangi sedikit dengan merah terang . Kombinasi dua
warna ini membuatkan suasana nampak
elegan dan menarik, walaupun ‘simple’.
Ruang tamunya tidaklah terlalu sarat dengan perabot, walaupun tuan rumahnya
tauke kilang perabot. Susun aturnya kemas
dan sedap mata memandang.
“Hhmm.....Takkan datang
lawat saya, berdiri sahaja ? Tak sudi duduk ke ?”
Lia Hana terkejut di
sapa . Sungguh dia tidak perasan Azeem di
situ. Dia terlalu asyik memerhatikan keadaan rumah tersebut. Malunya....
“Tak sudi duduk ke ?”
Mata Azeem tidak puas-puas memandang susuk
tubuh yang asyik berdiri dari tadi. Lia Hana sungguh cantik dengan penampilan
yang amat berlainan. Biasanya, gadis ini hanya memakai pakaian seragam kerja,
pakaian sukan atau kasual sahaja jika bertemu atau terserempak dengannya. Hari ini, gadis itu teramat manis memakai baju kurung warna hijau pucuk pisang,
dengan bunga-bunga halus hijau pekat kontras. Dilengkapi dengan tudung rona sama,
tetapi lebih lembut. Warna hijau,
kesukaan Azeem.Sentiasa tenang dan menyejukkan hati!
Azeem rasa dia jatuh
cinta lagi ! Saat ini Lia Hana betul memukau mata dan perasaannya. Jantungnya
tidak henti-henti berdegup kencang. Dhup...dhap....dhup...dhap. Tidak terkawal!
Dia tidak pernah merasa keadaan begini.
Lia Hana gelisah. Mata
Azeem terus melekat padanya, walaupun dia sudahpun duduk . Apa yang tidak kena?
Pandangannya sunguh berlainan. Penuh perasaan! Membuatkan jantung Lia Hana pun
turut sama laju. Juga seperti tidak terkawal juga.
“Err.....Azeem dah okay ke?”
Azeem tersentak.
Senyuman gadis ini.....Ahh....Manisnya tiada kata. Dalam hatinya....penuh
bunga-bunga. Bunga cinta ? Agaknyalah...
“Err....Azeem?”
“Cantik.....Hana sangat
cantik sangat!”
Muka Lia Hana merona
merah. Azeem! Sudah berubah sejak kena bedah! Doktor bedah perut, buang
appendiks atau hatinya ?
“Hana tanya......Azeem
apa khabar ? Dah sihat?”
“Hhmm.....Bolehlah.
Isnin depan dah boleh pergi kerja kot! Rindu nak pandang kilang depan tu”.
“ Heh...Yelah...tu!.
Err....Lepas ni tak adalah kena diarrhea lagi ya?”
“Ha...ha..ha. Hope so! Macam mana Hana tahu saya kena
appensitis, bukan diarrhea ?”
“ Dah Azeem sakit sangat sebelah kanan perut . Tanda-tanda
diarrhea lain”.
“ Tapi saya selalu saja
muntah-muntah dan buang air seperti diarrhea”
“ Itu tanda-tanda
appensitis juga. Kata doktor yang rawat
Azeem tu, jika tidak di bedah hari tu, bahaya sangat. Appendiks tu dah macam
nak pecah, dan boleh meracuni sistem badan”
“ Iya? Kiranya saya
bernasib baiklah ya....ada Cik Hana yang bertindak cepat! Thanks dear. Saya sungguh-sungguh sakit waktu itu”
“Ya Allah.....Zalia ?”
Kedua-dua teruna dara
itu serentak berpaling kepada arah suara tersebut. Wanita itu seperti
terpinga-pinga memandang Lia Hana. Patutlah Sharifah Azeera meminta bondanya
tarik nafas panjang-panjang dahulu. Rupanya ada kejutan!
“Bonda ? She is not Zalia. She is Lia Hana”
“Lia Hana ? Ooh .....Ini
lah Lia Hana ya?”
“Iya Mak Engku. Saya Lia Hana yang call pagi tu”.
Lia Hana bangun
menyalami dan mencium tangan Tengku
Adurah. Tidak lupa pesanan Salina tentang panggilan Mak Engku . Takut di diperbetulkan juga caranya nanti.
Sejuk
hati Tengku Adurah dengan perlakuan gadis ini. Dia cukup berkenan, walaupun
persoalan di kepalanya masih belum terjawab. Wajah di hadapan ini, saling tidak
tumpah seperti Zalia. Tidak ada yang kurang walau sedikit. Dia kemudiannya
memandang Azeem untuk mendapatkan kepastian. Seperti memahami, apa yang ada dikepala
bondanya Azeem mengisyaratkan wanita itu supaya rapat kepadanya dan membisikkan
sesuatu.
“Bonda perhatikan betul-betul.
Mereka berbeza bonda”.
Tengku Adurah sekadar mengangguk .
Dia akan mencari apa yang tidak sama di antara dua gadis itu. Satu markah telah
berpihak kepada Azeem, kerana si gadis Lia Hana ini nampak sungguh bersopan
dan lemah lembut.
“ Mana dapat ikan haruan itu Hana ?
Bonda nampak segar lagi. Dah siap di siang pula tu”.
“Dari kolam di rumah kampung sahaja
Mak Engku. Arwah ayah dulu ada buat kolam untuk bela berbagai jenis ikan.
Sekarang ini kami gajikan orang untuk
menguruskannya. Dialah yang tolong siangkan. Hana tak berapa pandai”.
“Oh ya? Dari kolam sendirilah ya
? Bagusnya”.
“A...ah. Kalau Mak Engku suka
ikan-ikan lain pun ada. Ada Ikan sembilang, talapia, puyu dan baung”.
“Iya ? Seronoknya dengar. Yang dah
siap di masak tu siapa buat. Bonda nampak macam sedap aje . Masakan apa tu?
Hana buat ke ?”
Lia Hana tersenyum malu. Dia sudah
menganggak tentu soalan cepu platinum
itu akan keluar.
“Tak...Hana tak pandai sangat. Emak
yang arahkan letak itu ini. Hana masakkan ikut arahan sahaja. Tak tahulah Mak
Engku, sedap ke tidak pais ikan tu”.
“Ooo...Pais ikan. Tentu sedap tu.
Bonda rasa Azeem yang cerewet ini pun akan makan banyak nanti”.
Azeem tersenyum-senyum dengan usikan
bondanya. Dia membiarkan sahaja bonda dan Lia Hana berbual dan berkenalan. Nampak sangat seperti bondanya menyukai Lia
Hana. Membahasakan diri bonda lagi. Mana pernah bonda berbuat begitu pada orang
lain, walau pada Sharifah Zalia sebelum ini.
Walaupun berlagak bersahaja, Lia
Hana sebenarnya gugup bertamu di situ.
Bonda Azeem nampaknya melayan dia dengan baik sekali, berbeza seperti
mana nasib yang diterima Salina. Mungkin
nasib dia baik agaknya hari ini. Mood
Mak Engku ini baik sekali. Namun Lia Hana ingin segera pergi juga kerana dia
merasa tidak selesa. Pertama disebabkan baru kenal dengan keluarga Azeem.
Keduanya disebabkan sikap Azeem yang jauh berubah dari sebelum ini.
Lia Hana perasan Azeem tidak
henti-henti merenungnya. Dia merasa sungguh gementar dan tidak selesa. Dia juga
merasa ada cecair kimia baru yang mengalir dalam tubuhnya. Memberikan berbagai
rasa. Gementar, gugup, suka, gembira, bahagia. Dia juga terbuai-buai dengan
renungan tersebut. Benci tetapi suka. Hah! Perasaan apa ini ? Belum pernah dia
merasai situasi begini.
Nasib baik juga telefonnya yang
berdering menyelamatkan keadan diri Lia Hana. Dari Salina yang bertanyakan dia sudah sampai mana. Sebenarnya,
dia di dalam perjalanan menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah keluarga Faiz. Salina telahpun berada di sana
awal-awal lagi. Maka, adalah alasan bagi
Lia Hana untuk mengundurkan diri segera
dari situ. Jika tidak susah juga untuk dia melepaskan diri dari makan tengahari
bersama mereka. Bonda Azeem beiya-iya
menahannya dari pergi, sehingga selesai menjamah makanan tengahari.
Syukur....Dia mempunyai alasan yang kukuh. Jika tidak.....ahh....tidak tahu dia
bagaimana memujuk hati yang entah bagaimana keadaannya sekarang ini. Dia pun
tidak faham dengan hatinya sendiri.
Saat ini ,di fikirannya....hanya ada
satu sahaja permintaan.....Ingin segera pergi dari situ ......
Kesian pula pada Salina tapi itu yg terbaik.. dia tak sesuai buat Azeem..
ReplyDeleteAzeem dah makin angau nampaknya, mujurlah Bondanya suka pada Lia Hana.. :-) comel jer..harapnya Hana kena paksa lunch dgn Azeem sekeluarga..hehe..
Thanks, kak umie.. :-)
Lamanya tunggu sambungan kisah hana & Azeem...
ReplyDeleteHehe...sian kt member dia.. Anyway,best la..
ReplyDelete