Syed
Azeem merenung wajah Lia Hana tidak berkedip. Jika dia tidak tahu prinsip gadis
ini, sudah lama dipeluk dan diciumnya. Melepaskan segala rasa rindu yang
terpendam . Tetapi gadis ini bukan boleh dibuat sembarangan. Takut nanti dia
menjauhkan diri pula. Harapkan makin dekat, sebaliknya pula akan berlaku. Dia cukup tegas dengan aksara halal dan haram,
dosa dan pahala. Gadis yang berprinsip.
“Helo....Encik Azeem!”.
Lia Hana
melayang-layangkan dua tangan putih gebunya
di hadapan Syed Azeem membuatkan pemuda itu tersedar dari lamunanya.
“Kata nak bawa pergi lunch,
tapi kalau asyik masih dok teringat amoi
Hong Kong tu lagi, nampak gayanya tak bergeraklah kereta ni. Rugi pula Hana tak
makan siap-siap tadi..”
Syed Azeem tergelak
mendengar suara manja itu. Spontan dia mencuit pipi yang berlekuk di depan
matanya. Puas di tahankan hati, tetapi tangan gatal juga untuk menyentuh gadis
itu.
Lia
Hana memberi jelingan tajam seraya melarikan muka sedikit. Kononnya seperti
memberi amaran, namun jauh di sudut hati, tercalit perasaan
bahagia. Sungguh dia tidak boleh menafikan perasaan halus yang menguasai
jiwanya kini terhadap Syed Azeem. Tidak terkawal lagi!
Sepuluh hari, cukup
menguji perasaan masing-masing.
Dengan itu, sesampainya
ke bandar kecil ini, Syed Azeem tidak membuang masa lagi, lansung ke rumah Lia Hana untuk keluar bersama.
Gadis
itu juga tidak berfikir panjang lagi, terus mengikut kata hati yang dilambung
ombak rindu. Rasa bagaikan hendak mati jika Syed Azeem lambat lagi kembali. Mati
kerinduan! Parahnya orang yang dipanah
asmara. Kini dia baru merasakannnya. Seksa tapi sangat indah! Indah pabila ada
getaran yang mengalir di segenap urat
sarafnya.
Syed Azeem mula menggerakkan keretanya ke arah utara.
“ My lady Hana...”
Perlahan, tetapi cukup romantik
tiga perkataan itu di pendengaran Lia Hana. Hati perempuannya terpana! Wajah sudah merona merah.
“Hhmm....”
“ I really.....really miss you. Like...like crazy....
”
Lia Hana diam terpaku.
Sebenarnya diapuan rindu juga pada lelaki ini. Tetapi dia masih ada perasaan
malu seorang gadis, untuk menyatakan apa yang ada dalam hati. Oohh...tidak
pernah sekalipun dia meluahkan rasa rindu pada kaum Adam. Kecuali kepada Abang
Naim! Itu dalam versi yang berlainan. Perasaan rindu terhadap saudara kandung
lelaki. Bukan terhadap kekasih! Kekasih?
Eh....Azeem ini dikira kekasihnya ke sekarang ini? Lia Hana....tolong
jangan perasan lagi....
Tangan kiri Syed Azeem
telahpun diletakkan di atas kura tangan Lia Hana. Gadis itu tidak membantah!
Buat
pertama kalinya Syed Azeem memberanikan diri untuk mengucup tangan lembut dan wangi itu. Setiap
kali bertemu bau losyen berasaskan bunga-bungaan sentiasa mengiringi
tangan itu. Syed Azeem sudah maklum ,
kerana dari awal pengenalan lagi, itulah
haruman losyen yang digunakan. Dulu-dulu dia dia tidak perihatin sangat, tetapi
sejak akhir-akhir ini bau itu sahaja sudah membuatkan dadanya bergetar.
Membuatkan jiwanya melayang.
Dan segala-gala yang ada pada gadis pujaannya membuatkan dia selalu hilang
arah! Itulah yang membuatkan dia
merasakan bahawa cinta sebenarnya telah
muncul. Kali ini dia tidak akan melepaskan pergi begitu sahaja. Dia tidak mampu
untuk hidup lagi tanpa gadis itu disisi. Sungguh ! Kali ini benar-benar berbeza! Dia
perlu berusaha untuk mengekalkan perasaan istimewa itu.
Lia Hana terasa sendiri
apabila jari-jemarinya lama di bibir Syed Azeem. Perlahan-lahan dia menarik.
Terasa pula berdosa merelakan perbuatan yang sebegitu. Tetapi di kebanyakan
masa bersama Azeem, dia tidak dapat mengawal diri ! Lelaki ini acapkali
membuatkan dia lupa diri. Lupa pada prinsip wanita terpuji.
“Sorry...dear. Saya betul-betul
rindukan Hana. Hana tahu? Keluar saja
dari kapal terbang, saya dah tak sabar-sabar untuk balik ke sini. Kalau boleh
saat tu juga saya nak lihat wajah Hana. Saya pun tak faham apa yang berlaku
pada diri sekarang ni. Crazy... I really
crazy..”.
Syed Azeem melepaskan
segala yang ingin dikatakan.
Lia Hana membisu. Diapun
begitu. Bagaikan orang sasau! Tetapi hanya di dalam hati sahaja pengakuan itu .
Tidak mungkin bibir boleh melafazkan untuk ketika ini.
“Hana.... rindu saya tak?”
Syed Azeem memandang
tepat ke wajah Lia Hana. Mata bersabung.
Hati bagaikan menyatu.
Tanpa sedar Lia Hana menganggukkan kepalanya.
Hisshy....apahal kepala ni, boleh terangguk-angguk pula. Leherpun turut sama bersekongkol.
Hah! Semua sudah bersatu menyatakan kebenaran. Memang benarpun....Lia Hana merindui
Azeem. Rindu sangat-sangat......
Lia Hana mendengar Syed Azeem ketawa
-ketawa. Lunak sekali.
“Ini bermakna perasaan kita sama.
Apa yang saya rasa, Hana pun rasa juga kan?
Sejujurnya, saya amat perlukan Hana
dalam hidup. Rasanya tidak boleh
tidak ....Boleh tak beri saya peluang....my lady ?”
Hanya sinar mata yang
sahaja menjawab segala soalan Syed Azeem. Namun bahasa mata itu sudah cukup
untuk Syed Azeem terus tersenyum.
Lia Hana sebetulnya
kehilangan kata-kata....Cukuplah bahasa tubuh sahaja yang memberikan jawapan.
Aneh
kan ? Biasanya dia yang keletah mulut apabila bersama , berbanding Syed Azeem.
Tiba-tiba pula lelaki itu lebih dominan, dan mulut Lia Hana bagaikan terkunci..
SEBAIK sahaja selesai makan, Syed Azeem mengeluarkan
sebentuk cincin belah rotan diperbuat dari emas putih lalu dihulurkan pada Lia Hana.
“Pakailah! Sebagai tanda
saya dah choop Hana”.
“Err...janganlah macam
ni Azeem. Hana tak biasa. Lagipun
menerima cincin membawa makna yang tersirat...”
“Apa maknanya ? Bagi
tahulah saya?” Mata Syed Azeem bersinar ingin tahu.
“Err.......”
Lia Hana kembali kehilangan
kata-kata. Bertatapan dengan anak mata Syed Azeem , lagi membuatkan lidahnya
bertambah kelu.
“Maknanya.... dengan
rasminya kita sudah declare , dan
hati Hana adalah milik saya, tidak boleh diberikan pada orang lain lagi.
Betul?”
“Err....pandai-pandai je
jawab sendiri...”
“Tapi betulkan ?”
Lia Hana senyum.
“Menurut orang-orang
tua, kalau si gadis tersenyum , itu tandanya dia setuju..”
“Yalah .. tu. Orang tua
mana yang cakap macam tu.....”
Lia Hana tertawa .
Terasa lucu pula dengan keramahan Azeem.
Pandai pula bermain kata-kata.
Ya....Lelaki ini sudah banyak berubah!
Syed Azeem juga turut
tergelak. Dia juga tidak menyangka boleh mengeluarkan ayat-ayat cinta sebegitu.
Sehingga si dia yang mulut mencecer pun
boleh menjadi kelu. Kuatnya pengaruh perasaan cinta. Sehingga boleh merubah sikap seseorang seratus peratus.
“Eh.....Cincin tu bukan
untuk dipandang-pandang saja tau ! Untuk di sarungkan ke jari yang comel tu”.
Syed Azeem terus
mencapai jari manis Lia Hana dan terus disarungkan cincin yang dibelinya.
“Padan...pun. Suspen juga saya , takut tak kena dengan
Hana .Saya gamble aje beli. Ole-ole dari Hong Kong ni, suka tak?”
“Terimakasih . Tapi Hana
rasa tak layak untuk hadiah mahal macam ni”
Mata Lia Hana tertancap
pada cincin yang terletak elok dijarinya. Mesra betul ia di situ. Nampak sangat
‘ngam’.
Mata Azeem juga begitu.
Hatinya juga mengatakan betapa cantiknya
cincin itu berada di situ. Rasa bangga
menyelinap dalam diri, perasan yang dia bijak memilih yang terbaik untuk bakal
permaisuri hati.
“ Siapa kata Hana tak
layak ? Bagi saya Hanalah yang paling layak kerana berada paling dekat di hati
dan jiwa saya. Boleh beri saya peluang untuk terus mengenali, menyayangi dan
menjaga Hana, mulai saat ini sehingga selama-lamanya ?”
Pinta Syed Azeem. Ada
kejujuran pada suara dan pandangannya. Sememangnya dia bersungguh-sungguh
mengungkapkan kata-kata tersebut.
Perlahan Lia Hana
mengangguk. Dia rasa anggukan itu
amat ikhlas, tanpa sebarang
paksaan dari sesiapa. Ahh....berakhir satu penantian. Terjawab jua segala
teka-teki. Si dia memang mendekatinya dengan matlamat yang baik. Untuk saling sayang menyayang, lengkap
melengkapi.
“ Terimaksih.....my lady. Thank you so much. Saya takkan sia-siakan peluang ini”.
“Err....kenapa pilih
Hana ?”
“Entah....saya sendiri
tak ada jawapan. Yang saya tahu, saya ni bagai orang sasau , angaukan Hana.
Agaknya itulah yang dinamakan cinta ya?”
“Tapi Hana takut tak layak pada keluarga Azeem. Cara hidup kita
jauh berbeza”.
“Jangan sebut lagi pasal
layak tak layak ni. Kita manusia kan sama sahaja. Tidak ada yang bertaraf
istimewa. Darah semua sama... merah.
Hanapun tahu kan ? “
“Itu kata Azeem, tapi
realiti sebenar kadang-kadang tidak semudah yang seperti yang kita fikirkan”.
“Hhmm....rasanya,
jika kita berfikir mudah , maka semuanya akan berjalan dengan mudah kan? Hana sendiri
pernah jumpa bonda , dan tahu bagaimana layanan dia pada Hana . Sungguh
istimewa tau! Bonda tidak pernah melayan kawan-kawan saya yang lain sebaik
itu”.
“Iya ke? Kiranya Hana
ini gadis bertuahlah ya ?”
“Ya...satu dalam seribu
agaknya bagi bonda , tapi bagi saya satu dalam sejuta. Selepas ni saya tak mahu
dengar lagi pasal perbezaan status kita. Deal
?”
Si gadis hanya memberikan
senyuman manja....
Di dalam kereta ,
sebelum memulakan perjalanan pulang, Syed Azeem mengambil sebuah kotak
hadiah sederhana besar dari kerusi penumpang bahagian belakang. Di
letakkan atas riba Lia Hana.
“ Eh...apa lagi ni
Azeem?”
Lia Hana
tercengang-cengang.
“Bukalah...”
“LV hand bag? Untuk Hana ?”
“Untuk siapa lagi ?
Takkan untuk bonda, bagi pada Izara pula?”
“Err... mahal ni . Izara
tak boleh terima”
“Kalau tak
terima....saya tak hantar balik”
“Azeem ugut ke ?”
“Kalau nak balik jalan
kaki , tolaklah pemberian tu.....”
“Yelah...yelah...terimakasih
banyak-banyak. Appreciate very much.
Sebenarnya Hana dah lama teringin nak pakai
ni, tapi rasanya tak mampu. Tapi merasa juga yang dijual di Petaling Street tu”.
“Eh...jangan biasakan
diri membeli di situ. Nanti kalau tertangkap sama tauke kedai dia....nahas muka
comel tu kena masuk lokap tau!”
“Iya ke?”
“Iya....”
“Pandai...la mainkan
orang”
Azeem tergelak. Terhibur
dia dengan jelingan penuh menawan itu.
“Saya beli hand bag tu sebab dia besar. Hana kan
suka stail yang macam tu ? Lagipun dalamnya banyak compartment. Beg Hana saya tengok macam beg doremon, segala benda
ada. Jadi dengan beg baru ni Izara boleh letakkan
telefon, dan segala macam barang mengikut comparmentnya.
Taklah tercari-cari bagai, kalau telefon tu berbunyi, sampai saya kena call semula beberapa kali ”
“Perli segala! Ikhlas tak ni ?”
Syed Azeem tergelak
lagi. Giliran dia pula mengangguk-angguk kepala.
“Ikhlas....ikhlas”
Di
hadapan rumah Lia Hana, sebelum pintu kereta dibuka, Syed Azeem sekali lagi
tercari-cari sesuatu di bahagian belakang kereta. Akhirnya dia menghulurkan sebuah
beg kertas dengan jenama telefon terkenal.
“Untuk Hana...”
“Lagi ? Apa ni ?
Telefon?”
Syed
Azeem mengangguk. Matanya dikecilkan , memerhati dan menanti apa tindakbalas
gadisnya.
“Izara kan dah ada handphone ?”
“Tapi dah nazak kan? Ini
I-phone lah dear. Aplikasinya banyak.
Lebih memudahkan Hana. Taklah selalu asyik nak bergantung pada komputer
riba tu saja. Dengan telefon ni, masa dating
dengan saya pun Hana boleh baca e-mail. Tapi yang lebih penting, ianya lebih
memudahkan perhubungan kita”
“Err....Azeem,
apa-apapun alasannya, Hana rasa it’s too
much, Hana tak boleh terima.Sungguh!”
Lalu Lia Hana meghulurkan balik beg kertas
tersebut. Dia kena bertegas kali ini. Dia tidak mahu terhutang apa-apa dengan
lelaki tersebut. Perhubungan mereka baru bermula dan dia tidak mahu
digula-gulakan dengan harta kekayaan yang dimiliki lelaki tersebut.
“Hana terima Azeem
ikhlas. Bukan kerana apa yang Azeem miliki. Jadi harap Azeem faham”
“Saya tahu. Hana tak
bagi tahupun saya dah faham prinsip Hana. Tapi saya pun ikhlas. Semua ini tidak
ada nilainya, berbanding peluang yang Hana beri pada saya. Kehadiran Hana,
memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup saya. Memberi cahaya dan sinar baru. Dan saya
rasa inilah pertama kali saya jatuh cinta yang sebenarnya”.
Lia Hana terkedu.
Waahh....Syed Azeem memang pandai mengayat sekarang....
Maka terpaksalah dia
menerima hadiah-hadiah yang mahal itu...
waaahhhh...Azeem sungguh advance kamu...saya suker....
ReplyDeletetapi..siapa pulak Izara tu ye? :)
hk: ...Izara tu sebenarnya Lia Hana, Kak Un main tukar2 nama heroin, lepas tu tak tertukar semua haha, sorry ek sbb telah menkopiuskan...
ReplyDeleteoooo...paham paham... :)
DeleteBest3...nak lg UN tp jgn lama sangat tau...
ReplyDeleteSentiasa tertunggu2 next n3:-)
Good job;-)
Best3... Kak umi cpt smbg ye?
ReplyDeleteWawawa....jatuh cintalah dgn Si Azeem ni...nak lagi...
ReplyDeletememang best .. Umie
ReplyDeleteAkhirnya bleh jgak baca sambungannya. Best.best. .. sambung cpat sikit.,
ReplyDeleteX sabar nk bca pencintaan mreka brdua
wah nak lg boleh.
ReplyDelete