“Wanee sekarang
sunyilah....”
“Hah ? Sunyi...?
Itulah....dulu-dulu suka lepak sini, sekarang
nak nampak mukapun payah. Nak kompelin lagi sunyi konon...”
Keras suara Salina
mnempelak balik keluhan Wanee. Sejak sampai tadi , gadis itu asyik merungut-rungut
sahaja, bemacam-macam keluar dari mulutnya
“Lepak sini ? Tak ada
maknanya kak , kalau Wanee datang sinipun, akak berdua tetap dengan dunia sendiri-sendiri.. Kalau tak tinggalkan
Wanee seorang diri di sini, sibuk dengan SMS , idakpun bergayut......Wanee ni
rasa terpinggir la sekarang ni ...”
Lia Hana yang sedang
meletakkankan gelas berisi air oren di atas meja kopi menyembunyikan senyum .
Dalam hatinya terbit perasaan kesian pada gadis kurus itu. Sememangnya dia
sudah kurang memberikan masa padanya. Tidak seperti dulu-dulu.
“Maklumlah.....semua dah
ada mata air, Wanee ni siapalah kan ....”
Wanee menyambung kata.
Lia Hana meletakkan tangan di peha Wanee dan menggosok-gosokkannya perlahan,
penuh kasih sayang.
“Alah....Wanee, Ini masa
akak dengan Kak Lina, bagilah can ya? Nanti-nanti , masa Wanee pula. Kak Lia
doakan Wanee cepat-cepat jumpa yang serasi dan menggetarkan perasaan tu”.
Wanee mencebik.
“Hhmm....dengan siapalah
tu? Tapi teruk betullah gerangan orang yang diamuk asmara ni, sampai boleh
bertukar seratus peratus”.
“ Ha...yang tu Kak Lia
kamulah! Sejak dah rasmi bercinta ni....semua barang-barang dia dah bertukar kepada ori dan mahal-mahal tau...Si Azeem tu dah berjaya
menjenamakan kakak kesayangan kau ni ? Jangan tergadai body sudahlah nanti Lia?”
“Hisshy... Janganlag cakap macam tu Lina,. Aku tak
pernah minta apa-apa dari dia tau. Dan kalau di beri pilihan , aku pun tak nak terima
pemberian dia. Aku selalu serba salah kalau dia menghulurkan barang. Tapi dia
nampak ikhlas, jadi aku ambil sajalah, tak naklah dia kecil hati kerana
perkara-perkara remeh macam ni”.
“Alah Kak Lia, kalau Wanee, tak ada nak tolak-tolak
lagi. Orang dah sayang habis, memanglah macam tu, Abang Azeem tu nak juga Kak
Lia rasa wang ringgit dia. Agaknya,dah adat orang kay bercinta , mesti nak
ditaburkan segala duitnya pada buah hati. Lagipun, tak luaklah duit dia sekadar
nak menukarkan kak barang-barang keperluan hidup tu. Bukannya kak kikis duit
diapun.
Lagipun
Kak Lia pun satu, harap jawatan je pengurus, ada ke pakai handphone kokak dengan beg tangan harga lima-enam puluh ringgit tu. Tak padan dengan rupa yang comel
lansung . Nasib baik bawa kereta yang
ada gaya sikit, jika tak orang ingat, pekerja bahagian pengeluaran tu saja. Dak
pula asyik suka pakai uniform kilang tu .
Kiranya Abang Azeem tu
pandailah mengubah gaya buah hati dia. Lepas tu sebagai tanda warning pada lelaki lain, jangan cuba
kacau girl friend aku, sebab kau
orang tak mampu....”.
Wanee membela Lia Hana.
Salina mencebik bibir tebalnya, buat gaya tidak puas hati.
“Begitu bersemangat kau
membela Kak Lia kau ya Wanee? Tadi macam
merajuk ,mrungut segala ini macam suka sangat kakak kau dengan mamat tu mabuk
bercinta sakan?”
“Mana ada Wanee merajuk
, cuma Wanee rasa macam terabai saja....Tapikan , apa yang Wanee dengar, gosip
cinta Kak Lina lagi hebat”
“Hah ? Gosip apalah pula
tu? Siap yang bawa mulut ?”
Suara Salina sudah
menjadi keras .
“Kak Lina tak dengar ke apa
orang kata ? Wanee dengar dari budak satu kilang Wanee. Dia orang tu kawan si Norlia dengan Siti tu?”
“Dia orang cakap apa
pasal Kak Lina ?”
“Macam-macamlah
kak. Tak sanggup Wanee nak cerita. Tapi Wanee tau tu semua sekadar
gossip, sebab Wanee kenal Kak Lina macam mana, takkan nak buat benda yang bukan-bukan”.
“Eh...apa yang dia orang
cakap pasal kak Wanee ? Lia ? Kau tak tahu ke ?”
Lia Hana
menggeleng-geleng kepala .Salina sudah menampakkan wajah cemas.
“Macam-macamlah... kak”
“Macam-macam apa ?
Ceritalah! Kau dah mula, kena habiskan. Jika tak Kak Lina tak boleh tidur malam
ni”
“Iyalah
Wanee. Cerita sajalah apa-apapun . Biar akak dan Kak Lina tahu, boleh perbaiki di mana yang
kurang. Kadang-kadang orang mengata ni berpunca dari kelemahan kita sendiri”.
“Kak
Lina jangan marah atau kecil hati ya. Bukan Wanee yang kata macam ni, tapi apa
yang Wanee dengar sahaja”
Salina mengangguk
perlahan-lahan.
“Budak-budak tu kata,
Kak Lina dengan Faiz tu dah melampau-lampau. Over sangat. Orang lainpun bercinta juga, tapi taklah sampai
berlebih-lebih macam tu. Dah hampir nak kena tangkap khalwat. Orang jabatan
ugama tengah memerhati sahaja sekarang ini, tinggal tunggu masa yang sesuai
sahaja”.
Wanee diam sebentar.
Suasana menjadi sunyi tanpa sepatah kata dari sesiapa.
“Lagi Wanee ? Mesti
banyak lagi kan ?”
Salina memecahkan sunyi.
“Dia orang
cakap....Kak...Kak Lina tu tak sedar diri. Terhegeh-hegeh pada Faiz. Tak sesuai
lansung. Faiz tu macam adik saja layaknya. Lepas tu Faiz ikut sahaj segala
telunjuk Kak Lina. Macam di perbodoh-bodohkan sahaja. Sebenarnya Faiz tak minat
pada Kak Lia, tapi Kak Lina potong jalan..”
“MasyaAllah....semua tu
fitnah dan gossip belaka Wanee. Lina tak buat semua tu. Faiz yang memulakan
dulu ”
Lia Hana tak henti-henti
beristighfar. Dia berasa sangat kesian pada Salina. Sampai begitu sekali di
kata orang.
Salina pula tertunduk .
Mukanya sudah merah. Mata
mula berair.
“Sabarlah Lina. Aku tahu
kau tak buat semua tu.Kau kan kawan aku dari kecil. Cuma selepas ini aku harap
lebih hati-hati jika hendak keluar dengan Faiz. Fitnah senang sahaja di tabur orang”.
Lia Hana terasa ayat
yang terakhir itu lebih ditujukan kepada dirinya sendiri. Dia yang selalu
terlupa apabila bersama Azeem. Dia yang jarang teringat akan fitnah sekeliling
apabila bertemu dengan lelaki itu. Dia
yang sudah jarang memikirkan apa yang akan didiberitahu orang ketiga kepada
emaknya dan Abang Naim di kampung. Aahh....dia sendiri yang banyak laghaa
apabila bersama lelaki pujaannya....
Dan selepas ini, dia
sendiri harus lebih beringat-ingat segala. Istihar bercinta, tidak bermakna
boleh melakukan apa sahaja....
Ya Allah.... Lindungilah
dirinya dari perkara-perkara yang
mungkar. Dia hanya seorang hamba yang lemah. Yang seringkali terleka dengan
rasa cinta sesama manusia. Yang ada ketika susah untuk membezakan mana betul
dan mana yang salah.
**********
Syed Awaludin memerhati
kepada seorang gadis yang yakin berjalan kearahnya. Semakin cantik dan matang
gaya . Gabungan genetik Syed Hanafi dan Syarifah Thahirah memang cukup serasi
untuk menghasilkan anak yang yang
sungguh baik dari segi parasa rupa. Kalau rancangannya yang kedua ini menjadi ,
sudah tentu anak-cucunya nanti mewarisi kecantikan dan kekacakan yang tidak ada
tolok bandingnya. Ditambah pula dengan modal yang melimpah ruah untuk
membuat rawatan-rawatan tambahan bagi menjaga kecantikan.
“Uncle ?”
“Oohh...Sila duduk Zalia. Sihat ? ”
Sharifah
Zalia hanya mengangguk. Dia sebenarnya gementar juga untuk bertemu dengan bekas
bapa mentua tidak jadinya ini. Sudah
sedia maklum akan ketegasan dan sifat diktator lelaki berkuasa ini.
Namun
kerana dipaksa –paksa sangat oleh uminya, dia tidak ada alasan untuk
menolak dari pertemuan yang diatur ini.
Dan Sharifah Zalia juga mempunyai agendanya tersendiri . Dia yakin dengan
perjumpaan dua pasang mata ini, akan membuka jalan kepada realisasi angan-angannya setahun terakhir
ini. Ingin memiliki semula Syed Azeem!
“Pesan makanan dulu Zalia. Sambil tu
kita boleh berbual-bual. Sudah lama tak berbual dengan uncle kan ?”
Gadis itu mengangguk lagi. Sedaya
mungkin dia kena menjaga budi bahasanya supaya nampak baik dan anggun di mata
Syed Awaludin. Jika dia dapat menawan hati Tuan Syed ini semula, kerjanya akan
menjadi lapan puluh peratus lebih mudah. Malah dengan angkuhnya dia sudah boleh
mengakui misinya telah Berjaya.
Tentang bonda Azeem ...Aahh, jika
walid Azeem sudah di dalam tangan, bermakna Zalia boleh petik jari sahaja
dengan Tengku Adurah. Dia yakin akan menjadi begitu mudah.
Azeem? Hhmm...lelaki ini anak bapa,
segala apa kata walidnya, dia tidak akan membantah! Zalia tahu itu...
“Zalia ada jumpa Azeem ke beberapa tahun ini?”
Zalia menggeleng-geleng kepala sopan
‘Err...Maksud Zalia , secara sengaja
tu tak adalah uncle. Tetapi secara
tidak sengaja adalah juga. Itupun dia bersama-sama kawan-kawan lelakinya dan .
Azeem dah tak suka ke tempat-tempat
macam dulu lagi uncle”.
Giliran Syed Awaludin pula
menganguk-angguk kepala.
“Dia memang dah jauh berubah! Sejak
peristiwa itu”.
Lidah Zalia menjadi kelu, bila ‘peristiwa
itu’ diungkit.
“Uncle nak minta pertolongan Zalia
sebenarnya... Pasal Azeem dan Zalia”
“Err...Apa yang Zalia boleh bantu uncle ?”
“Pikat balik hati Azeem ? Hanya Zalia sahaja yang uncle percaya boleh menjadi
menantu perempuan uncle”.
Wajah Zalia terasa menjadi
berseri-berseri dengan tiba-tiba. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tak perlu dia bekerja terlalu keras lagi,
semuanya bagaikan berada dalam genggaman sekarang. Mudahnya kehidupan seorang
Sharifah Zalia...
Selesai pertemuan singkat dengan
Sharifah Zalia, Syed Awaludin menjadi tenang semula. Seminggu –dua ini,
wajahnya asyik berkerut-kerut sahaja. Seperti menanggung kerugian perniagaan
yang besar.
Hhmm...sememangnya akan menanggung
kerugian yang besar jika dia tidak berusaha menyatukan semula Sharifah Zalia
dan anak lelaki tunggalnya itu. Rugi kerana akan terlepas segala kekayaan yang dimiliki keluarga Syed Hanafi turun termurun. Hanya Sharifah Zalia
sahaja waris mereka. Dan seharusnya patut diwarisi bersama oleh waris
keturunannya. Penyatuan Syed Azeem dan Sharifah Zalia, itulah rancangan paling
terbaik!
Dan Syed Awaludin perlu bertindak
cepat kerana dia sudahpun dimaklumkan oleh penyiasat persendiriannya, bahawa
anak bujangnya itu telah mula rapat
dengan seorang gadis di kampung sana. Didapati kerap keluar bersama.
Ini yang paling ditakuti Syed
Awaludin. Takut anak harapannya itu
terperangkap dengan perempuan yang salah dan tidak sesuai dengan
kedudukan serta nama mereka.
Dan Syed Awaludin tidak akan
bertangguh lagi ! Dia akan bertindak segera!
Hiii..pandang darjat tol la bapa azeem ni
ReplyDeleteHiii..pandang harta dan darjat tol la bapa azeem ni
ReplyDeletehi kak umie..
ReplyDeletewalaupun lambat mengikuti cerita nie tapi saya tetap akan datang jugak... untuk tau kesudahannya.. tq kak umie :))
kenapa la ayah si azeem nie nyibuk sangat nie.. adoiiii... excited nak tau kesinambungannya...
ujian sudah bermula..
ReplyDeleteujian sudah bermula..
ReplyDeleteTAK SUKALAH MACAM NI.
ReplyDelete