Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Sunday, September 8, 2013

DIA...Isteri Luar Biasa, 13



 Assalamualaikum semua. 
 Bab 13 ni N3 akhir utk DILB, sebab dah nak keluar kan lagi (+- )3 minggu, jadi ramai juga rakan2 kata stoplah, sebab nanti tak suspen! betul jugak kan? 

Anyway, DILB dalam buku ada 62 bab tidak termasuk prolog & epilog. Citernya  byk yg santai2 jer, tak shahdu seperti buku UN sebelum ini, byk sengih kut, sebab UN nak ubah mood sebelum buat buku ke-5 yg lebih serius konfliknya. 
Jadinya...dapatkan nanti ya...

Terimakasih yang sudi beri komen pada bab2 sebelum ini. Sorry tak dibalas ya...Kak UN baca dengan penuh semangat, cuma ada penyakit MALAS yang susah nak diubat .....tu sebabnya tak berbalas.
 TERIMAKASIH ribu-riban sudi baca coretan kak UN , sokongan anda amat dihargai sampai mati..sayang semua.

BAB 13
                        “YOU ALL nak ke mana?”  Cemas Radin Amzar memandang tiga manusia di hadapannya. Cemas  sebab adanya Cik Dewi Bravo antara Azam dan Wadi. Amboi Azam, dah pandai potong jalan, buat pelan sembunyi-sembunyi. Nasib baik dia teringin ambil angin pagi  di luar, lalu terserempak.
                       
“Kenu , flying fox , kampung orang asli, semua tu abang dah bosan kan? Lagipun, tadi  tengok abang ngah  macam sibuk bebenar,  malas nak ajak” . Azam jadi wakil jawab.
                        Alasan je tu, yang sebenar-benarnya dia memang tak nak  abang sepupunya ikut. Biar dia menyiapak paper work yang dikatakan bertambun  dalam bilik tanpa gangguan. Kalau dia ikut , tak happening sangat,  suka control-control orang, itu tak bagus, ini tak boleh,  tak berapa nak sesuai  la sikap gitu kat tempat macam ni. Bukan selalu boleh sampai, jadi kena enjoy sungguh-sungguh, tiada batasan. Cuma  kalau masuk hutan macam semalam tu...bosan! Dak pula kena mengadap awek-awek skema , opps... Si Razita yang tergila-gila abang ngah tu tak masuk the group la  tapi terlebih gedik dan perasan  pula .
                        “Kerja abang tu tak basi ,  boleh tangguh la Zam. Err...tunggu kejap eh, I pun nak ikut. I’ll come back in few minutes!”.  Memang dia dah bosan semua tu sebab selalu je datang ke sini, tapi takkan pula nak biarkan Cik Dewi tu...eei,  dengan Si Wadi beluncas pula.
                        Radin Amzar  pecut kaki mengarah biliknya.
                        Azam tepuk  dahi! Perangai luar alam betul abang ngahnya sejak akhir-akhir ni. Kuat betul penangan Kak Dewi, boleh buat lelaki gila kerja ni jadi manusia tak tentu arah!
                        Dewi  lega. Baru sekejap tadi  bengang habis  bila  tahu  Radin Amzar tak ikut sama. Target  Dewi hingga dia sanggup tinggalkan segala kerja kedai nasi ayam demi mendekatkan diri padanya. Jika  dia tahu Radin Amzar  tak pergi, haram dia nak terima pelawaan mereka, tambah-tambah dengan adanya Wadi...geli tau! Dewi tak suka cara dia pandang-pandang tu, menyampah! Itu la lelaki, bini di rumah kalut dengan anak-anak, dia di luar sibuk jamu mata hadap perempuan lain. Tak boleh ke bebawa menahan sikit?
                        Cerita  dengan Radin Amzar semalam , Dewi dah tutup buku. Sengaja dia nak buat Radin Amzar penasaran. Pandai juga eh Dewi  main-main cinta? Dia sendiri baru tahu bakat yang satu ini. Seumur hidup dia hanya tahu jeling dan belasah lelaki sahaja, tak sangka pula hari ini terpaksa jadi perempuan penggoda.
                        Apa-apapun , pelan mesti berjalan. Baik punya...yang lain belakang fikir!
                        “Jom!”
                        Cayalah lelaki ini. Tepat sebagaimana yang dikata  , hanya dalam beberapa minit sahaja dia dah sampai. Kata Dewi, dalam hati je, tak kuasa nak puji-puji depan-depan.
                        “Bagus juga doktor pergi sama, cukup pasangan berkenu ” Kata Wadi. Hati berkocak untuk berpasang dengan cik adik manis tu, walau tahu itu orang punya. Tak berani nak chup terang-terang.
                        “A’ah , I dengan Dewi, you terpaksalah ambil Si Renjung ni, hahaha ”. Dengan tak malunya  Radin Amzar  chup Dewi, macam  tahu apa yang Wadi fikirkan.
                        Wadi dan Azam tayang muka bengang. Kacau daun betul !
                        “Doktor Radin...Doktor Radin!”
                        Panggilan yang buat semua orang tertoleh ke belakang. Razita!
                        “Nak join boleh?” Tanya Razita, padahal dia tak tahupun ke mana arah mereka-mereka ni. Yang penting dapat himpit lelaki idaman. Ke neraka pun dia sanggup!
                        Sudah, lagi seorang!
                        Tak terkata apa Radin Amzar. Hendak disindir kasihan pula, tak baik jatuhkan air muka orang, tambah-tambah anak murid sendiri.
                        “Dah siap semua tugasan Razita?”
                        “Dah beres doc.” Razita menyengih, kejap lagi dia akan SMS Zaza supaya langsaikan  kerja-kerjanya. Pandai la dia bodek! “Boleh join you all?” Dia tanya lagi, pun dengan tak tahu malunya.
                        “Dah cukup korum” . Azam pintas.
                        “Tak ada masalah la Azam. Lebih-lebih takpa,  kurang-kurang yang tak boleh”. Wadi pula buka lorong, beri peluang. Memang, dia pantang nampak bunga-bunga cantik, nak bagi peluang saja. Tak dapat cik adik manis tu, dapat yang ini pun okey, cun juga. Lagipun lagi ramai, lagilah poket dia penuh.
                        Azam kalah! Ramai betul penyibuk pagi ini...
**********
                        MENYESAL  Razita ikut! Kalau  tahu sakit mata , hati macam ni lebih baik dia duduk dalam bilik, buli Zaza buat kerja.
                         Doktor Radin sikitpun tak peduli padanya. Asyik-asyik himpit  perempuan rambut blonde tu  aje. Rasa nak tolak je perempuan tu ke dalam Tasik Temenggor masa berkeno tadi. Tapi tak ada peluanglah pula. Si doktor tu tak lepas dari pandangan.  Mungkin betul kata Zaza, perempuan ni special  dia. Eeii...pahitnya untuk terima kenyataan ni.
                
        “You, kalau malam-malam jangan pakai skaf ni ataupun uniform yang selalu you pakai tu”.
                        “Kenapa pula? It’s my favourite corak ”
                        “Nanti ada rimau betina yang jealous sebab husband dia asyik kejar sebab you lagi cantik”.
                        You maksudkan I ni spesies rimaulah?” Bulat mata Dewi pada Radin Amzar.
                        Radin Amzar ketawa riang.
                        Perbualan Doktor Radin dengan perempuan yang entah apa namanya, meluat  Razita  dengar . Apa lebihnya perempuan tu yang boleh buat si doktor asyik tersenyum , sengih memanjang.
                        Bertahun Razita cuba curi perhatian Doktor Radin, hasilnya tetap kosong...kosong...kosong. Tetiba  muncul pula batu penghalang tengah jalan. Monyet punya perempuan! Memang betulpun perempuan tu sama je dengan binatang-binatang kat sini , pakai pula  skaf corak-corak  rimau, jadilah geng  . Kekononnya nak tunjuk sopan la tutup rambut pangkal kepala gitu . Menyampah tengok! Kalau ada harimau yang nganga nanti, Razita nak tolak je tubuh perempuan tu ke mulut, puas hati.
                        Semalam, perempuan tu kata dia tak ada sebarang perasaan pada Doktor Radin. Kalau dah  mesra gitu-gitu tu sekali, bohong la namanya . Hipokrit! Boleh lagi beri  nasihat orang supaya tackle cara lain...sakit hati betul!
                        “Cik Razita, kenapa dari tadi muka masam jerk ? Tak best ke ikut kita orang?” Perli Azam. Dia dah tahu tujuan Razita. Dan dia sudah maklum yang Razita terkejar-kejar abang sepupunya sekian lama. Kalau dia jadi abang ngahnyapun, tak nak. Cantik memang la cantik, tapi gediknya yang tak tahan.
                        “I ingat you all nak buat aktiviti lain. Yang ni I dah selalu buat, tak challenging lagi”. Balas Razita cover diri.
                        “Owh...kenapa tak tanya sebelum ikut tadi? I dengan Kak Dewi pertama kali datang , mesti jakun nak cuba semua ni”.
                        “Hmm...”. Lantaklah kau orang! Tapi yang mengedik dengan pakwe dia tu apa hal?  “Err...Doktor Radin tu sepupu you kan?”
                        Azam angguk . Saja-saja tanya la tu, bukan tak perasan Azam yang selalu menempel di pejabat abang ngahnya.
                        Girl tu siapa dengan doktor?”
                        “You tak tahu lagi ke? Kan you baik dengan Doktor Radin?” Azam dah gian nak  menakal.
                        “Tahu apa?”
                        “Itu tunang dialah...”
                        “Hah???” Razita rasa nak pengsan!
**********
                        “BOLEH jalan tak?” Tanya Radin Amzar. Tangan dia masih lagi mengurut perlahan kaki Dewi yang terseliuh.
                        “Entah la, boleh...kut” Dewi cuba bangun untuk menapak “Aarrghh...”. Sakitnya. Dia terduduk kembali. Macam mana nak jalan balik ke bilik penginapan  macam ni. Masa berkenu dan terjun katak yang ala-ala ganas tadi tak jadi apa-apapun, alih-alih boleh terlanggar tunggul kayu kat tanah rata je di kawasan  rumah orang asli . Di tempat tak mencabarpun  tubuh Dewi boleh tergolek macam nangka busuk jatuh.
                        Masa tu kebetulan Radin Amzar  berada jauh darinya. Jika tak, tak mustahil dia jadi penyelamat lagi untuk kali entah yang ke berapa. Nak buat macam mana, dah nak jadi juga malang , walaupun ada hero .  Kan dah kata, kalau bersama-sama Radin Amzar, berbagai perkara tak disangka akan berlaku. Selalu tu Dewi boleh aje jaga diri sendiri. Belasah orang lagi ada.   
                        Yang sebenarnya...itu angkara Razita. Dalam diam-diam dia letak benda alah tu di situ untuk kenakan Dewi.  Puas hati . Padan muka makhluk rambut blonde tu. Tak kiralah tunang Doktor Radin ke apa, yang penting dia dah cantas jalan Razita!
                        Dewi dapat agak ini Razita punya pelan , cuma dia malas untuk berburuk sangka lebih-lebih. Lagipun kaki  sakit yang amat,  tak ada mood nak cari gaduh dengan perempuan lain. Tapi kalau Wadi yang buat, sakit-sakitpun dia mengamuk!
                        Kejap tadi dia dah  panas tahap api neraka  pada Wadi. Boleh Wadi tu kata, perempuan kaum asli di sini boleh dipakai semua lelaki, walaupun mereka tu isteri orang. Ada ke gitu?  Sesedap mulut dia je nak bercakap. Walaupun orang asli sini tidak berugama , tapi takkanlah bab-bab macam tu dia orang nak bedal saja. Bukankah setiap manusia ada perasaan? Apa  dia ingat perempuan ni apa? Hamba seks saja ke?
                        Pantang Dewi bila ada  yang menghina-hina kaum sejenisnya...
                        “Sakit sangat ke?” Risau Radin Amzar lihat dahi Dewi yang berkerut-kerut sejak tadi. “I tolong you ?”. maksud dia tolong untuk berdiri dan jalan. Minta izin pegang mana-mana yang patut. Takut juga kena marah macam Wadi tadi, manalah tahu. Dia makin mengenali Cik Dewi yang berprinsip ini.  Makin tertarik, lain dari yang lain ,bengkeng, cepat marah tapi beralasan. Cik Dewi jenis yang tidak mudah percaya pada kata-kata sebarangan.
                        Dewi tak angguk , tak juga geleng, juga tidak jawab apa-apa. Dia cuba kawal rasa sakit dan berusaha untuk bangun sendiri semula. “Arrgghhh...” , sakitnya. Sungguh! Dia tidak pura-pura. Sakit sesangat. Dia duduk kembali.
                        “Kalau segan dengan abang ngah, Zampun boleh tolong Kak Dewi”. Azam sekadar mengusik. Dia gelak-gelak. Peluang abang ngah, peluang... jangan lepaskan.
                        Radin Amzar pandang tajam adik sepupunya. Amaran tanpa suara. Dia hulur tangan pada Dewi. Tak berapa saat tangan bersambut. Dewi betul-betul perlukan bantuan kali ini.  Kalau tak ada pilihan lain, Wadi pun Dewi sanggup bagi menerangkan keadaan diri yang tenat.  Sebab si hero awal-awal lagi pelawa diri, tidaklah bermasalah kut.
                        Bantuan  tarikan tangan masih tidak dapat buat Dewi bangun tanpa jeritan sakit, lalu Radin Amzar memegang tubuh Dewi untuk papahnya jalan perlahan-lahan. Dah terpaksa kan, masing-masingnya faham. Itupun Dewi hanya dapat berjalan dengan kadar yang perlahan , sambil menahan kesakitan pada setiap langkah  yang diayun.
                        “Rasa-rasanya   kura-kura lagi laju jalan bang ngah. Bila kita nak  sampai kalau macam ni?” .
                        Mulut jahat Azam mulalah tak boleh di kawal. Bosan agaknya jalan bagai semut. Kejap dia ke depan, kemudian berhenti untuk tunggu Radin Amzar yang memapah Dewi.   Sepatutnya Wadi yang bertanggungjawab mengusahakan sesuatu sebab mereka bayar dia, tapi sentap pula sebab Dewi marah dia cakap tak tahu fikir dulu . Kelihatan Wadi ceria bagai nak rak berpasangan dengan Razita. Jauh mereka tinggalkan  Dewi yang bermasalah.
                        Sorry menyusahkan you   all”. Dewi rasa bersalah. Sejujurnya, dia sendiri tak suka dengan situasi ini. Dewi tak suka bergantung pada orang lain terutamanya lelaki. Sifat berdiri atas kaki sendiri sudah sebati dengan jiwanya sejak kecil. Tak selesa dia untuk menyusahkan orang lain. Namun, waktu ini dia tak mampu. Bukan sengaja , ini tidak termasuk dalam pelan ‘suami sementara’nya.
                        ‘It’s okey Dewi.  I tak rasa susahpun. Ini  masa you, mana tahu suatu hari nanti, masa I pula”. Perlahan suara Radin    Amzar. Ikhlas. Untuk Cik Dewi, memang benar dia tak rasa terbeban lansung. Kemudian dia jerit pada Azam yang tak jauh di depan. “Zam, kalau nak  pergi dulupun tak apa. It’s fine...”
                        Faham perangai Azam yang kadangkala kebudak-budakan  walau dah tinggi renjung.
                        “Owh...argghh, sakitnya”.
                        Kali ini, Dewi lansung tak dapat berjalan lagi. Sudahnya, hingga ke tempat penginapan tubuhnya dikendung Radin Amzar. Masing-masing tiada pilihan.
                        Terbeliak mata Razita lihat. Menyesalpun ada, kalau tak kerana perbuatan diri  sendiri , sudah tentu pemandangan menyakit hati ni tak jadi. Menyesal kemudian, sungguh tak berguna. Hak orang tatap hak orang, takkan jadi hak sendiri. Hentikanlah angan-angan Razita...
                         Dalam hati Wadi pula bersorak riang, ha...padan muka, tu la,  garang sangat. Muka saja cun, perangai  berapi-api. Nasib baik bakal laki kau boleh sabar. Dah kahwin nanti, tentu jadi queen control, kasihan doktor kacak lagi baik ni.  

            *********     
                        ESOKNYA...
                        I drive  you home?”
                        “Kereta you?”
                        “Azam bawa. Dia dah lama teringin drive Polo tu jauh-jauh”. Radin Amzar jawab sambil ketawa .
                        Memangpun, hari ini peluang terbuka luas untuk Azam  bergaya..   Dari Gerik ke Kuala Lumpur, harap-harap selamat dan sihat sejahteralah hendaknya Cik Polo yang baru 5 bulan dibeli   sampai rumah . Radin Amzar bukannya lokek, tapi Azam tu, kalau dapat pegang stereng kereta selalu lupa kereta itu bukan dia yang punya. Budak baru dapat ‘P’ la kata kan, nak tunjuk handal saja kat jalan raya.
                        Takkanlah Radin Amzar nak biar saja Cik Dewi  di sini sampai kaki dia sembuh. Kenalah berkorban sikit hari ni, untuk dapat sesuatu yang lebih istimewa...
                        “I ni  menyusahkan you je...” Dewi  buat-buat tak selesa, dalam hati melonjak gembira. Sakit kaki pun dia reda sebab rancangannya makin mudah.  Tak sia-sia dia datang sini.
                        “Hisshy...jangan cakap macam tu. Tak susah kat mana-mana”.  Ucap Radin Amzar perlahan dengan nada memujuk. Hati dah penuh dengan rama-rama berterbangan di taman bunga yang . Hal kak long , tak mau fikir dulu!
                        Dalam dada masing-masing penuh   harapan berbunga, hingga dengan tiba-tiba muncul tiga orang di depan pintu yang dibiar terbuka. Yang dua orang , tidak jadi masalah. Yang seorang lagi ...macam mana dia boleh berada di sini?
                         Terbeliak mata Dewi pada Eda yang masih tercegat di pintu. Eda menapak pada Dewi yang masih tersandar di kepala katil.
                        “Aku minta maaf Dewi . Petang semalam keadaan kau teruk sangat, mengigau yang bukan-bukan , aku  takut sangat. Masa tu Cik Kem telefon, aku beritahulah situasi kau macam mana. Kau jangan marah aku ya...”.
                        Kamarul juga terus menerkam Dewi, mmelihat kaki yang sudah berbungkus kemas. “Ya Allah, kenapa jadi sampai macam ni Dewi? You ni...tak pernah-pernah buat benda yang bukan-bukan kenapa nak buat?  Nasib baik ada Eda...bla..bla..bla...”
                        Kamarul terus lupa akan persengketaannya. Rupa dia serius bimbangkan Dewi Yusra. Kemudian, sibuk dia menjadi lelaki bertanggungjawab menguruskan keadaan Dewi yang tidak berupaya itu.
                        Perlahan-lahan Radin Amzar undur diri. Sudah berpunya rupanya si dia....
                                                                                                                                   

18 comments:

  1. alaaaaa sebukkkk betol laaa si cik kem nieee...menyampaahhh... kan dr radin dah salah faham..... waaaa kak UN... tergantunggg nehhh.... adusss redha dalam pasrah tggu versi cetak pulak... tahniahhh kak UN.... DILB niee mmg best....

    ReplyDelete
  2. x sabar tunggu novel kak umie keluar.

    ReplyDelete
  3. Ala masuk je entries Baru UN. Lmbt lg 3 minggu tu...rindulah kami. Keluar versi cetak kita pergi beli terus, sambung . Lps tu kalau free mula balik dr bab 1 . Cerita ni klakar semua watak2nya. Tak boring baca byk kali.

    ReplyDelete
  4. ISH !!! SI CIK KEM NIEE MEMANGLAHHHHH !! GERAM NYE.. AWATLAH KACAU DAUN !!

    ReplyDelete
  5. Kak Umi tlg bgtau ble novel ni kua..
    cepat tau.. sng nk pi carik..
    cita best ni..

    ReplyDelete
  6. TERIMAKASIH Amy, Baby, Rinie, Ummu & Amy Zaty untuk komen2. InsyaAllah novel ni akan keluar hujung bulan 10 @ awal Nov, bersabar ya semua...slm sayang ~ Kak Umie.

    ReplyDelete
  7. Cik UN....tak sabar nak tunggu versi cetak....tersengih sorang soranglah baca cerita kali ni. Siapa penerbit ni?

    ReplyDelete
  8. Br jumpe blog ni...tp mmg dh lm sy jd peminat kak UN...x sbr nk pegang DILB...

    ReplyDelete
  9. Zalida...terbit under P2u. Dapatkan nanti ya.

    daNna...TERIMAKASIH banyak2 sudi baca karya kak.

    ReplyDelete
  10. Saya tunggu terbitan novel ni. Tahniah Cik Umie

    ReplyDelete
  11. saya dah beli... mula2 baca dah kelakar hehehe... best la...

    ReplyDelete
  12. Seriously, DILB one of the BEST novel to me... 2 thumbs up cik author ! Keep it up :)

    ReplyDelete
  13. Tidak menghampakan. Novel ke-4 writer bagus macam novel ke-3 dulu. Teruskan usaha..seronok baca watak Dewi yang ala-ala brutal dgn rambut blonde dia tu..heheee,,

    ReplyDelete
  14. Dah beli pun kat Popular.....siap dapat diskaun lagi 25% ...malam nih ulang baca sampai habis!...;P

    ReplyDelete
  15. Bru ad mse nk bce novel nie..terjmpe novel nie..mmg best la..hihi..maaf terlmbt..

    ReplyDelete
  16. Best nya cite ni kan, tp saya tak dapat beli saya tinggal di indonesia....adakah novel versi elektronik nya kan umie nadzimah.....saya nak beli, pdf pun tak apa email kan ke sini ya Serirefi@gmail.com....anyone can help me,please!!!

    ReplyDelete
  17. Salam kak...xde nk adaptasi ke novel ni...best..baca nvel pastu berangan! Nelydia jadi dewi yusra..amar asyraf jadi raden amzar...sweetnye....best giler..msti rating boom...tp jgn ubh jalan cerita..sikit pn jangan!

    ReplyDelete
  18. kak,,boleh smbung smpi habis x sbb sye x kesemptn nk bli versi cetakk

    ReplyDelete