Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Wednesday, August 28, 2013

DIA ..Isteri Luar Biasa, 12



BAB 12
                        “HAHAHA...” Bersungguh-sungguh Radin Amzar ketawa, sampai terkeluar air mata.  Azam menggeleng. Abang ngah ni, kalau depan Kak Dewi, otak dia macam tak centre ,  gila-gila.
                     
   Dewi makin bengang . Tadi dia diketawakan Wadi miang , ini giliran bakal  suami sementaranya pula tergelak-gelak bagai tak  hingat. Jika tidak kerana  dia kena jaga kelakuan sendiri , dah lama dia maki-maki Si Wadi, termasuk juga lelaki di hadapannya sekarang.  Panas satu badan!
                        “Lucu sangat ke bila I kata bunga ni busuk? Fakta kan? Memang bau dia tak sedap pun, tapi kalau you all kata wangi terpulanglah, I tetap tak rugi apa-apa”.    Dewi geram.  Bibir bawah diketap menahan marah.
                         Kaki  Dewi lantas laju meninggalkan kumpulan lelaki tersebut. Sebelum dia terjerit marah, lebih baik  pergi turunkan suhu badan di tempat lain. Meluat dia dengan topik hangat yang dijadikan bahan gelak. Bau busuk bungapun dia orang nak kaitkan dengan seks dan aktiviti  mengawan. Tak ada topik lain! Dalam bab ni , markah bakal SS nya dah kena potong, tetap tidak ada beza dengan lelaki lain, gatal!
                        Hati Dewi   kecewa. Fikiran lelaki  semuanya sama,  Seks, perempuan! Macam kaum Hawa ni hanyalah alat untuk mereka kecapi kepuasan! Semangat Dewi untuk memikat calon SS nya tiba-tiba merudum. Kisah pahit hidupnya mula terbayang-bayang di mata.
                        Traumanya dia dan ibu mengadap sikap seorang lelaki bergelar ayah dan suami...
                        Dewi melabuhkan punggung atas tunggul kayu  . Terus termenung keseorangan tenangkan perasaan sendiri. Dengar kicauan burung, lihat rama-rama terbang lagi baik dari mengadap gelak tawa lelaki-lelaki yang tak sedar diri . 
                        “Tak sangka kan  Kak Zit taste Doktor Radin   macam tu gaya, saya ingat dia pilih perempuan melayu terakhir, ayu  alim  gitu. Ni yang celup-celup ala-ala stranger yang dia suka”
                        “Entah , menyampah I tengok perempuan tu. Bajet bagus sangat depan jantan-jantan , semua nak kerumun dekat dia. Tapi I tak rasa pula  Doktor Radin tertarik sampai nak jadikan bini. Lelaki,  kalau nak main-main perempuan macam tu lah dia orang himpit, tapi kalau nak cari isteri , mesti yang  terbaik punya... ”.
                        “Contohnya , sempurna macam Kak Zit kan, perfect...”   Dua jari  dilagakan hingga mengeluarkan bunyi. Klik, klik.
                         Razita senyum melerek. “Bodek ke? I tak ada kuasa naikkan gred untuk subjek ni tau”
                        “Mana ada bodek kak. Betul apa?  Doktor Radin yang bajet alim tu mana sesuai dengan perempuan togel macam tu . Akak lain, masuk hutan pun masih maintain tutup aurat. Up to date   lagi gaya bertudung.  Comel ! Rugi la doktor kita tu kalau  tak  perasan!”.
                        “Terimakasih. Youlah junior I yang paling genius!” Dada Razita makin kembang dengan pujian.  Jarang dia mendapat penghargaan, walaupun dah berusaha keras untuk jadi tip-top di fakulti mereka.
                        “Hehe. Tapi kan Kak Zit, sebenarnya saya hairan sangat, Doktor Radin tu kan serius memanjang, tak pernah kerling-kerling anak dara ke, bini orang ke kat jabatan kita, tup-tup  boleh layan perempuan tu bagai nak rak. Kak tengoklah tadi, kejap je dia dengan kita, itupun mata dia asyik la melilau cari  perempuan tu. Kak tak hairan ke? Girlfriend dia ke kak?”
                        “Hishy... you ni mengarut la Zaza. Takkan pula perempuan macam tu girlfriend dia ? Impossible!
                        “A’ah la kan. Impossible. Takkanlah Doktor Radin  minat kat perempuan macam tu. Dia kan kaki surau , yang sunat-sunat  tak tinggal , takkanlah perempuan macam cikaro tu pula jadi pilihan. Tak sesuai , tak sesuai...”. Kepala Zaza tergeleng-geleng, macam kartun gayanya.
                        “Tahu tak pe. I rasa perempuan tu je yang syok sendiri. Perasan orang suka ke dia sampai ke hutan ni pun dia tergedik-gedik  ikut”
                        “Betul tu. Lain lah kalau dengan kak, baru padan dengan doktor hensem kita!”
                        Dua-dua terkekeh-kekeh ketawa  sehinggalah seketika kemudian  mata masing-masing bulat bila terpandang Dewi yang tak berapa langkah saja dari situ. Apa fasal la  perasan perempuan itu duduk atas tunggul kayu dekat mereka. Tunggul-tunggul yang jauh masih banyak, situ juga yang dia duduk.
                        Dewi tersengih. Tak radangpun. Dah memang betul dia yang tergedik-gedik datang sini untuk goda Doktor Radin dia orang.
                        “Jangan risau...risau I tak ada  perasaanpun pada doktor you all...” Tenang  mulut Dewi menyampuk. Jujur dia tak  kisah dengan apa yang  didengar.  Takde hal la setakat lelaki . Tanpa lelaki pun dia boleh hidup makmur. Malah lagi aman dan  tenteram!
                        Gadis- gadis itu kehilangan kata-kata. Kantoi mengutuk depan tuan punya badan. Ambil kau! Dua-dua pusing badan untuk pergi, termalu weh!
                        “ Kalau you minat dengan Doktor Radin, rasanya kena tukar sikit  taktik approach kut...” Ikhlas nasihat  Dewi , bukan perli-perli punya.
                        Razita berhenti langkah. Dia  toleh pada Dewi. Apa hal perempuan ni, tetiba nasihat orang, namapun tak tahu ada hati nak menyibuk. .“Thanks, tapi I tak rasa  perlukan nasihat stranger. Mak bapak I pun tak masuk campur tau...”. Selamba dia balas. Memang sungguhlah, memandai nak ajar orang siapa suruh? Bajet bagus plus prasan .
                        Dewi diam je selepas itu. Sikit  tak terasa hati . Tak berbaloi gaduh-gaduh kerana  lelaki. Tak kelas!  Razita bukan Eda yang boleh dia berbalas kata. Betul juga , dia dan Razita dua manusia asing, mana dia nak terima teguran dari orang luar.
**********
                               “YOU marah I ke?”

                        Beberapa tangkai anggerik hutan diunjur  depan wajah Dewi. Cantik! Warna putih  bergabung dengan ungu. Boleh kata kagumlah juga Dewi. Dia tak pernah lihat sebelum ini. Dia bukan pencinta alam pun. Sebab tu suka tinggal di kondo, lagi tinggi lagi bagus!
                        Dewi  tetap berdiam. Kasi tarik-tarik tali sikit.
                        Sorry lah fasal bunga busuk tu, I  mengaku salah okey. Tak patut ketawa sampai lupa diri mengalahkan Azam denagn Wadi. Buruk na laku. ” Dia tunjuk senyum menggoda.
                        Suami sementara. Si kecil yang comel , cerdik,  harapan Cik NAB. Dewi buat keputusan tak sambung mogok.“Tak marah, menyampah je...”. Bersama satu jelingan.
                        Radin Amzar gelak. Hati lelakinya makin tergoda dengan jelingan itu.
                        “Lucu kat mana?”
                        “Wajah you. Makin comel kalau marah-marah!”
                        Dewi jeling lagi. Tak tahu perasaan dia bagaimana tapi tolonglah, jangan ingat dia mudah kembang. Kalau pujian dari mulut lelaki, jarang  boleh percaya. Selalu sangat dia dengar para lelaki memujinya, tapi semua ada tujuan. Tak nampak yang tulus ikhlas pun setakat ini.
                        Anggerik dihulur Radin Amzar lagi. Kali kedua selepas percubaan pertama gagal. Orang   hanya  pandang sahaja.
                        “I ambilkan untuk you. Jarang dapat spesies ni. Wadi membebel-bebel masa I petik tadi sebab sini considered khazanah hutan negara, tak boleh buat macam harta sendiri”
                        “Habis tu kenapa gatal tangan ?”
                        “Sebab anggerik liar ni sangat cantik dan istimewa, jadi I ambil risiko untuk hadiahkan pada you”
                        Hai... stok masjidpun ada bakat memikat...
                        “Amboi...terharunya ”. Dewi ambil bunga yang dihulur. “Tapi lain kali tak perlu susah-susah. Nasib baik tak kena cepuk dengan Wadi”.
                        Radin Amzar terkekeh ketawa.
                        “Wadi tu, I bagi tip lebih sikit, terus diam la. Tu sebagai tanda mohon maaf pada you. Juga tanda terimakasih kerana sudi teman  I redah hutan”.
                        “Aik? Bukankah ramai awek peneman yang lain? Pergilah beri bunga pada mereka”
                        “Semua tu student I, you lain. I bagi pada yang terpilih saja” Radin Amzar dengan muka menahan perasaan. Malu ke apa, tak tahu le.
                        Dewi pandang lelaki yang berdiri di hadapannya . “Bertuahnya badan I ...”
                        “Anggerik ni hidup meliar, susah untuk dipetik tapi   cantik dan istimewa ” Sambung Radin Amzar sambil merenung mata Dewi. Cukup berani dan nekad  .
                         Dalam hati dia menambah anggerik hutan ni sama seperti Cik Dewi Bravo . Nampak liar dan terbiar, susah untuk didekati, hakikatnya sangat cantik dan  suci . Chewah, Radin Amzar...perumpamaan apakah ini?  Mana dia tahu yang si dia ni  suci? Nalurinya yang nampak?  Sebab Cik Dewi  lain dari yang lain. Itu yang dirasanya.  Ahaaks...sebenarnya dia sendiri tak faham akan dirinya sekarang ini. Macam dah bersalin jadi orang lain dah. Yang pelik-pelik dia fikir dan buat. Ke dah tiba masa untuk mengawan, macam refflesia juga? Uiks...itu  perempuan daa...
                        Radin Amzar turut melabuhkan punggung di atas tunggul kayu mengadap Dewi. “ Maaf jika you terasa hati fasal tadi”.
                        It’s okey
                        Sama-sama senyum, dengan maksud   lain-lain.
                        “Tapi sebenarnya fakta refflesia busuk untuk proses pembiakan  adalah benar you.  Bau dia akan menarik haiwan-haiwan untuk datang hinggap dan membawa benihnya ke habitat lain  yang sesuai untuk dia tumbuh”.
                        Kalau dah doctor pokok tu, fikiran sekitar pokok-poko saja la, susah nak senget ke benda lain…
                        “I ni berniaga nasi ayam je, manalah pakar dalam bidang you”
                     
   “Kerjaya dan minat I, dah sebati dalam diri, kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi...”
                        Eh...macam perangai dia juga, obsess sesuatu sampai mimpi-mimpi, bisik hati Dewi. “Yalah , Macam mana I boleh lupa yang di hadapan ni pakar sakit puan tumbuhan. Refflesia tu macam orang perempuan juga ya...bila matang , siapkan diri untuk  sambung keturunan”.
                        “Betul tu. Tapi kalau semua orang perempuan mati lepas bersalin macam bunga tu, maknanya orang lelakipun akan turut mati juga. Pupus la manusia kalau berterusan”.
                        Dewi cebik, pantang dia kalau lelaki mengayat. “Iya ke? Bukankah lelaki lagi suka? Dapat cari bunga lain?”
                        “Teori tanpa kajian dan bukti saintifik tidak diterima”
                        “Lumrah lelaki kan begitu? Hilang satu , seribu pengganti?”
                        “Tak semua .... ramai yang setia pada yang satu”
                        Dewi cebik . Yalah tu...ramai sungguh perempuan yang bahagia dalam dunia ni.
                        “So...mana pilihan you? Nak jadi anggerik hutan atau refflesia?” Apa punya soalan, tiba-tiba pula terpacul dari mulut Radin Amzar.
                        “Apa bezanya? Dua-dua juga tinggal dalam hutan kan?” Kena ke dia jadi tumbuhan hutan tu untuk kahwin dapat anak?
                        “Yap. Dan masing-masingnya cantik. Tapi tetap  berbeza. Anggerik sangat berdikari, gah dalam kelasnya tersendiri. Refflesia seperti perempuan luhur budi,  menumpang , hidup  hanya untuk jadi seorang ibu, kemudian mati.  You nak jadi wanita yang mana satu?” Terangkat-angkat kening Radin Amzar. Soalan dia penuh makna tersirat.
                        Dewi cuma pamer senyum sejuring. Jungkit bahu. Dia akan jadi refflesia, yang mekar untuk dapat seorang baby, selepas itu dia akan terus jadi anggerik liar yang hanya dapat dipandang Radin Amzar. Itu yang dia lakukan! Tetapi lelaki ini tak perlu tahu semua itu...
                        Perempuan bodoh sahaja yang sanggup jadi refflesia. Goda lelaki, dapat anak lepas tu sakit... mati. Huh!
                        “Hei...you tak boleh ke mana-mana selagi tak jawab soalan I!”
                        “Siapa kata? You nak terus duduk di situ duduklah. I nak ikut dia orang  balik!” Dewi angkat kaki.
                        Wadi dan Azam dah tersengih-sengih menunggu  untuk pulang. Tadi Radin Amzar sudah berpesan, habis sahaja kerja kumpulan tersebut, mereka boleh bergerak balik , sekarang semua pelajar-pelajar sudah melepak, bermakna kerja sudah siap.  Mereka berdua bukannya minat sangat untuk berlama di hutan yang tak ada ‘line’ ni, nak berSMS pun tak dapat apatah lagi untuk bermuka buku. Asyik tayang muka  nak cepat blah je.
                        Radin Amzar berlari anak mengejar Dewi yang sudah jauh ke hadapan. Dia ditimpa satu perasaan.  
                        Misi kali ini berjaya sebab target untuk dapat refflesia berkembang tercapai , kena pada waktu dan ketikanya. Bunga ni sekejap sahaja mekarnya, lebih kurang dua minggu sahaja. Nak tunggu dia muncul makan tahun . Malang pula fikiran dan jiwa tuan penyelidiknya tengah  kacau. Daya fokus merudum hampir ke huruf sifar. Parah eh!
                        Itu la....gatal nak pelawa orang lain ikut sama. Nak buat macam mana, hati dah nak kata begitu. Dia kalah dengan perasaan lelakinya. Entah macam mana boleh tertarik dengan perempuan gangster seorang ni.
                        Kalau Kak Long Zahra tahu...hah, malas nak fikir fasal  impian kak long seorang tu...

6 comments:

  1. Replies
    1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


      Delete
  2. Kan dh hilang fokus kaji.ttg.bunga besar tu....ni cik bravo punye pasal la kan

    ReplyDelete
  3. Tq UN. Hari2 check blog at last tampil nyata. Hrp sambung lg. Sementara buku kluar. Mcm mana la Dr radin nk propose ni.. dewi buat jual mahal je..he he

    ReplyDelete