Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Sunday, October 14, 2012

Tidak Pernah Sesal, Bab 7



Menjeling-jeling Salina menyambut teman serumahnya tiba ke rumah  bersama Wanee. Kata sekejap sahaja, ini dekat pukul tiga petang baru sampai. Seratus kilometer agaknya berlari.  Habis satu daerah  Larut Matang dipusing kut!.
                        “Cantiknya muka menyambut tetamu. Kalau macam ni nanti sambut suami balik, alamat cepatlah jadi single balik!”.
                        Lia Hana mengusik. Tahu sangat dia perangai Salina yang suka  merajuk dan kadang-kadang cepat naik angin. Namun, jika dipujuk, hatinya cepat lembut dan mudah ketawa semula. Kata emaknya macam siput! Kejap terjulur, kejap masuk ke dalam cengkerang.
                        “Banyaklah!.Aku masak sorang-sorang, lepas tu makan sorang-sorang. Kata nak balik awal. Hari minggu pun susah nak makan sekali. Ada-ada saja aktiviti kau”.
                         “Kak Lina masak apa ? Mesti sedap tuu !”
                         Bersinar wajah Wanee bertanya membuatkan   Lia Hana tersengih-sengih memandang. Budak ni tidak kenyang-kenyang lagi. Tadi punyalah banyak dia makan tengahari yang Azeem belanja, masih ada ruang untuk diisi ke?. Sama macam Salina juga. Perut stokin. Fleksibel. Bezanya, yang seorang  chubby, seorang lagi kurus kering. Fasal  makan, sama-sama bernafsu!
                        “Nasi ayam. Pergilah makan!, Banyak akak buat tu. Tunggu korang balik, berkurun!”.
                        “ Wow bestnya ! Tapi kejap lagilah kak. Wanee kenyang lagi. Dah makan , pakwe Kak Lia belanja tadi.  Kat hotel tuu.... kak!  Merasa juga Wanee makan kat situ”.
                        “Eik ?  Pergi dating rupanya ? Ingatkan pergi jogging? Bila pula kau dah ada pakwe Lia ? Aku tak tahu pun ?”
                        Lia Hana terkedu, Hish....Lupa pula pesan pada si Wanee ini jangan buka cerita. Tentulah pemberita CNN ini akan interview habis-habisan! Termasuk cerita dia yang terpengsan dek kerana binatang licin tu. Tentu Salina gelakkan dia guling-guling.
                        “Opps......Pembetulan!. Bukan pakwe aku!. Sekadar kawan lelaki yang selalu ter accident aje tau. Tak lebih dari itu!  ”.
                        “Mamat biul ?”
                        “Ehh....Abang tu sikit punya handsome dan baik, akak kata biul ? Perfect la kak, mana ada kurang pun. Kalau Kak Lia reject, Wanee awal-awal offer diri tau ”
                        “Gaduhlah ! Tak kuasalah aku melayan kau orang berdua. Waktu zohor dah nak habis ni. Aku nak masuk mandi dan solat dulu.  Wanee.....buatlah macam rumah sendiri....ya!”
                        Lia Hana segera bangun dari kusyen tunggal  untuk menuju ke bilik. Rupa Salina sudah nampak semacam. Jika dia tidak cepat mengelak,  terpaksa menjawab perbagai soalan cepumas lagi.
                        “Lia....Betul  ke mamat biul yang belanja kau orang  makan?”
                        Suara Salina sudah mula bernada tinggi dari normal. Terpaksalah dia bermain psikologi pula ni.
                        “ Iya....Cik Lina. Kami terserempak dengan dia waktu daki Bukit Larut pagi tadi.  Aku mana pernah sengaja jumpa dia, semuanya terjadi secara kebetulan. Sekarang benarkan aku masuk dulu eik?”
                        Cepat-cepat Lia Hana menghilangkan diri .Seram juga dengan riak muka wajah Salina. Entah angin apa yang menghembus. Tiba-tiba nampak marah semacam Takkan pula kerana Azeem belanja mereka makan membuatkan dia marah? Dihujung telinganya, terdengar dia masih  menyoal siasat Wanee. Nasib engkaulah Wanee…

                        Di atas katil, telefon nipisnya memaparkan lima belas penggilan tidak berjawab. Ya Tuhan....dia lupa membawa telefon rupanya. Sedikitpun tidak perasan. Patutlah tidak ada lagu menyanyi-nyayi dari kocek seluarnya.  Tersenyum dia melihat semua panggilan daripada Nawal dan abang Naim. Dia tahu  dua beranak itu tentu kesunyian di hari minggu. Hendak kata rindu, dia baru sahaja menjenguk mereka semalam.

                        Ada juga dua mesej dari sistem pesanan ringkas. Satu dari pada abang Naim yang mengusik bertanya samada telefonnya sudah masuk kubur ke ? . Satu lagi mesej yang baru sahaja di terima, daripada lelaki yang baru sahaja berpisah dua puluh minit yang lalu.
                       
Azeem  : Thanks 4  sudi outing / lunch dengan I. It’s a great Sunday !
           
            Ahh! Lelaki ini, membuatkan perasaannya mula bertaman. Iya ke ? Bukankah dia  cukup berhati- hati  selama ini ? Tidak akan meletakkan hatinya pada lelaki sembarangan? Hish.....Tidak mungkin boleh suka pada si Azeem . Abang Naim kan idola lelaki idamannya ? Lelaki seperti itu yang dia suka.
            Tidak terniat pula di hatinya untuk segera membalas pesanan ringkas tersebut dalam kadar masa yang segera. Biar dululah!. Malam nantipun masih ada banyak masa. Bukannya kena dendapun!
           
            Usai membersihkan diri dan solat, dia mengambil masa membalas panggilan Nawal dan abang Naim. Betul sebagaimana yang di duga, tidak ada perkara yang penting dan mustahak. Sekadar ingin menyakatnya.  Dengan abang Naim, dia tidak henti-henti tersenyum dan ketawa. Ada-ada sahaja idea lucunya yang mencuit hati! Kenapalah ditakdirkan menjadi abangnya ? Bukankah lebih bahagia jika menjadi peneman hidup ? Perasaannya telah mula menyimpang! Astaghfirullah...

            Teringat Wanee yang masih menjadi tetamunya, segera dia ke ruang tamu untuk melihat. Gadis itu nampak terbaring keletihan di atas kusyen panjang. Pandangannya beralih kepada Lina yang sedang  menonton telivisyen. Wajahnya masih keruh!. Tidak sedap hatilah pula membiarkan kawan baiknya terbiar begitu. Selamilah perasaannya sedikit. Mungkin boleh terungkai kekusutan itu.
            “Lina, Wanee tak solat ke ?”
            Selembut kata dimulakan. Diam sebentar.
            “Cuti”
            “Oo......Kejap lagi aku makanlah nasi ayam kau tu ya ?  Dengan Wanee. Mesti sedap!. Dah lama aku tak makan”.
            “Hurm”.
            “ Err....Kau kenapa Lina ? Mendung je aku tengok ? Datang bulan eik ?”
            “Aku baru saja mandi wajib semalamlah!”.
            “ Habis tu, ada yang tak kena aku buat pada kau ke?  Sorry eik? Kalau-kalau aku tak sengaja buat kau marah”.
            “ Tak ada apalah.....Aku cuma tak puas hati ja. Kau tu best friend aku. Biasanya apa-apa hal tentang kau, aku yang tahu dulu. Ini  tengoklah, sampai mamat tu belanja makan , kau pergi dengan Wanee. Dulu-dulu tak macam ni, tapi sejak kau kenal dia, aku macam terpinggir aje “.
            “ Laaa.....sorry la kalau kau terasa. Akupun tak sangka dia nak ajak lunch tadi. Nak tolak , aku serba salah. Dah banyak kali termakan budi dia. Lagipun tempat yang dia ajak tu, dekat sangat dengan Bukit Larut tu. Jadi aku tak boleh nak menolak. Nak pula si Wanee yang teruja lebih, terpaksalah aku menurut. Lain kali kalau ada rezeki , dia offer lagi aku ajak kau ya ? ”.
            “Iya......lah tuu.... Aku selalu terlepas peluang!. Dulu engkau kata tak minat dengan dia. Alih-alih, engkau yang banyak terserempak dia. Aku yang sebegini besarpun tak pernah dia ternampak, nak accident lagilah pula tak ada peluang”
            Rasa nak tersembur ketawa Lia Hana mendengar .  Cepat-cepat dia sembunyikan . Eei .....inikah kawannya? Ada hati dengan mamat itu rupanya! Tapi bukankah perasaan cinta merentasi sempadan? Sesiapapun boleh jatuh cinta dengan sesiapa? Melalutlah nii....
            “Engkau ada apa-apa ke Lia denagan mamat tu ? Dah banyak kali aku tengok keluar sama ?”
            Tersentak Lia Hana dengan soalan itu. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk ada apa-apa hubungan dengan Azeem. Terbuai perasaan  memanglah ada sedikit, maklumlah lelaki itu sememangnya macho dan renungannya memikat!  Dia wanita normal. Tetapi untuk terus jatuh perasaan, rasanya dia bukan orangnya. Dia ada citarasa sendiri yang telah sebati dalam diri!
            “Lia......Aku tanya ni.....kenapa diam ? Iya kan? Kau ada apa-apa ke dengan dia ?”.
            “ Ehh....Sumpah! Tak ada apa-apa . Semua secara kebetulan saja terjumpa dia. Agaknya tempat yang aku pergi, dia pun suka pergi. Alah......Kau ni Lina, bandar Taiping ni bukannya besar mana. Mestilah selalu terserempak!”.
            “ Betul ni ? Kau tak ada perasaan dekat dia ?”
            “ Hish engkau ni Lina. Aku kan selalu cerita, taste aku macam abang Naim tu. Mamat tu jauh beza bagai langit dengan bumi. Mamat tu nak senyumpun susah, kau nak suruh aku terpikat pada dia?. Lainlah kalau macam abang Naim, senyum dua puluh empat jam. Tidurpun senyum, lepas tu siap ada lesung pipit lagi menghias pipi. Itu yang aku minat”.
            Bersungguh-sungguh Lia Hana meyakinkan cik serumahnya. Percayalah.....Doa dia dalam hati. Dia sendiripun sudah bosan bercerita pasal mamat seorang ini, untuk hari ini. Gemar benar Salina dengan topik ini.
            “ Okay......Kalau macam tu aku nak chupp dia tau!”.
            Hampir terbeliak mata Lia Hana mendengar. Wanee yang mamai-mamai bangun dari tidur pun sama terbeliak. Tidak disangka keluar dari mulu Salina perkataan itu. Sungguh berkeyakinan dia!.  Tetapi waras ke dia?
            “Err.....Okaylah tu Lina. Tapi engkau jangan cuba nak bermain api. Nanti terbakar diri sendiri, kau yang merasa panas! Mamat tu, aku tengok,  status dia macam lain sangat, maksud aku walaupun dia tak kisah berkawan dengan kita, tetapi nampak ada canggung sikit. Bukan macam kita-kita.....yang biasa-biasa ni”.
            ‘A.ah. Betul kata kak Lia tu kak. Rasanya dia tak pandailah nak masuk dalam kategori kita. Dia macam tinggi-tinggi sikitlah. Tengoklah tadi, dia cakap dia hari-hari makan di hotel. Tak pernah makan kat gerai-gerai biasa”.
            Tiba-tiba angin meroyan Salina datang lagi. Dengan dengusan  kasar terus bangun dan masuk ke biliknya. Wanee memandang Lia Hana. Sama-sama menjungkit bahu. Serentak.
            “Wanee lapar tak ? Jom akak belanja?”
            “ Akak nak belanja pula ? Kat hotel mana?”
            “ Kafe hotel Salina. Nasi ayam . Pergi bersihkan badan dulu. Baju kak dah letak atas katil. Kak nak panaskan sup dan buat air”.
            ‘Wokeh!. Sayang kak Lia! Tapi kan kak, Wanee rasa, kalau abang Azeem tu couple dengan kakak, baru padan!. Sama-sama ngam. Sama-sama  lawa dan umph....”
            “Hish budak ni......pergilah mandi! ”.
                         Wanee ketawa mengekek.


                        LIA HANA hanya baru teringat mesej Azeem yang belum berbalas pada pukul sebelas malamnya. Kelam kabut mencapai telefon . Tapi tidak mengapa , fikirnya. Bukan berdosapun jika dia tidak membalas. Cuma terasa kurang asam sedikitlah, sebab orang itu telah banyak menolongnya, dia kenalah berbahasa juga.
                       
            Lia Hana :       Sorry Azeem lambat reply,  sepatutny saya yang patut                                                           mengucapkan terima kasih. Not u. Anyway thanks 2u2.
           
Wah ! Cepat sahaja telefonnya berbunyi menandakan  ada mesej baru diterima. Mesti dari Azeem!. Cepat betul tindakannya. Patutlah bersusun kontena di luar kilangnya untuk eksport perabot. Kalau taukehnya pantas sebegini, semuanya tidak menjadi mustahil. Gelihati pula terasa.

Azeem:            It’s ok. Lebih baik lambat daripada tidak ada. Ingatkan dah tak  sudi reply.  Ok. Sama2 kasih. Fair?
                       
            Eh! Macam kecil hatilah pula ayatnya.  Banyak pula orang yang terasa hati hari ini. Terpaksalah Lia Hana melayan lagi. Ingtkan satu mesej mencukupi. Agaknya boleh tuntut balik tak bil telefon? . Kedekut pula dia rasa dirinya  malam ini. Ataupun selepas mendengar yang Salina sudah chupp Azeem, jadi diapun bertukar menjadi hajah bakhil pada lelaki ini?
                       
Lia Hana:        Fair. Tapi rasanya saya yang banyak menyusahkan u.
Azeem:            Kalau macam tu  saya kena mennyusahkan u balik ? Baru fair?
Lia Hana:        Hurm. Bagaimana tu ?
Azeem:            Simple. Be my friend?
Lia Hana:        Saya fikir kita telahpun berkawan?
Azeem:            Really? Tapi tak perlu co-incident lagi  untuk berjumpa!.
Lia Hana:        Okay . Rasanya tidak jadi masalah kalau saya tak menyusahkan.
Azeem:            Untuk kawan yang bernama HANA, tidak ada satupun yang susahnya. Semuanya menghiburkan!
Lia Hana:        Perli sayalah tuu....
            Azeem:                        Hehehe

            Ehh! Dia gelak ke? Pandai juga dia gelak ya? Setahunya, agak susah untuk melihat lelaki ini ketawa. Ada, tapi jarang-jarang. Senyumpun kadang-kadang, lagikan ketawa.  Macam mana tawar diri untuk berkawan dengannya pula? . Apa yang nak dibualkan sangat , jika tidak banyak diselangi gelak ketawa ? Ahh.....Tentu bosan! Tidak seperti abang Naim yang penuh ceria dan suka ketawa.
           
                        Terasa tekaknya dahaga, dia keluar bilik mencari air kosong di dalam peti sejuk. Bertembung dengan Salina. Wajahnya masih mencuka. Hai.....apa fasal tak  luput lagi muka masam ni, lama lagi ke ?  Cuak juga rasa namun digagahkan memberi senyuman yang paling manis di dunia. Biar cair hati melihatnya. Mudah-mudahan!
            “Tak tidur lagi. Bertenet dengan siapa ?”
             Tegang suara menyapa.
            “Biasalah .......Abang biasa lerr”.
            Memang dia tidak  berbohong. Sebab selepas ini dia akan terus ‘online’ dengan sahabat mayanya itu. Mesti dia tengah menunggu untuk melayan seribu masalahnya!.

2 comments:

  1. Comel... Alamak, Cik Lina ni memang serius sukerkan Azeem ke? susah ni, best friend merangkap housemate merajuk.. Cik Lina, bagi canlah Lia Hana dgn Azeem.. depa lebih sepadan bak kata Wanee.. :-)

    Thanks, K.Umie...

    ReplyDelete
  2. errr npe ngan salina 2...hurm payah la adekwn mcm 2...nt silap2 die buruk2 kn lia hana 2 kat azeem semata-mata nk dpt kn azeem plak...

    ReplyDelete