Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Sunday, October 7, 2012

Tidak Pernan Sesal , Bab 6

PAGI-PAGI lagi Syed Azeem sudah bangun merenung alam dari balkoni rumahnaya. Suasana pagi yang segar dan nyaman, membuatkan dia tidak berganjak dari terus melihat keindahan  alam di hadapan.  Baru dia tahu sebenarnya, pemandangan dari  balkoni rumah, hampir sama jika di renung  dari cermin kaca pejabatnya. Juga menghadap Bukit Larut. Cuma bezanya  jika dari rumah, Bukit Larut nampak besar dan hampir dengannya, sedangkan jika dari pejabat ianya seperti banjaran memanjang yang nampak sedikit jauh.
                        Tiba-tiba perasaan malu menyelinap ke dalam diri, dua tahun lebih berada di sini, dia tidak pernah ke Bukit Larut yang tersergam hijau dan nampak damai itu, Walhal, pelancong dari jauh-jauh pun boleh datang untuk menikmati keindahannya. Mujur dia masih tahu bahawa itu adalah salah satu mercu tanda bagi bandar  kecil Taiping yang penuh sejarah  suatu masa dahulu. Menurut gadis uniknya, Bukit Larut yang dahulunya dikenali sebagai  Maxwell Hill, juga merupakan tempat bagi penghuni-penghuni sekitar untuk beriadah. Gadis inipun gemar beriadah di situ.
                        Ahh!.....Gadis unik itu! Sejak hadir , sedikit sebanyak telah merubah hidupnya. Rutin harian yang kaku selama ini, telah berubah sedikit ceria. Semangat dirinya makin meningkat dari sehari ke sehari. Bila terjaga dari tidur, hatinya begitu gembira untuk bersiap ke tempat kerja. Tidak seperti dahulu, yang terasa seperti dipaksa-paksa.
                        Terasa tercuit hatinya bila  memikirkan bagaimana dia sanggup pergi kerja awal semata-mata untuk melihat dari cermin pejabatnya, Lia Hana memarkir kereta, dan masuk ke dalam pejabatnya. Juga sewaktu gadis tersebut  pulang kerja, Selagi kereta hitam itu tidak bergerak keluar, selagi itulah dia tidak berganjak untuk balik. Dari situ jugalah dia menyiasat ke mana gadis itu pergi jika dia lengkap berpakaian sukan ketika keluar dari pejabat. Rupanya minat gadis tersebut adalah sama dengan minatnya suatu ketika dahulu. Bermain skuash!.
                        Suatu hari, gadis itu terkejut yang amat sangat bila bertemu dengannya di gelanggang skuash di sebelahnya. Gelanggang skuash di Kompleks Sukan Belia itu hanya ada dua sahaja. Pada waktu tersebut, hanya dia dan Lia Hana yang menempahnya. Bagi gadis tersebut, tentulah pertemuan itu sebagai secara kebetulan, Tetapi sesungguhnya tidak bagi dia.  Itu adalah pertemuan yang dirancang rapi olehnya. Dia sentiasa mencari jalan untuk mendekati gadis tersebut, Masih terbayang-bayang lagi wajah Lia Hana di ruangan matanya ketika itu,
                        “ Hai....Ehh....Assalamualaikum, Hana, skuash  ? Tak sangka pula jumpa di sini ” Syed Azeem  sedikit terjerit  pura-pura  terkejut menyapa gadis itu. Lia Hana seperti tidak percaya , yang berbaju sukan dan memegang reket skuash di hadapannya adalah mamat biul lagi.
                        “Err...err... Waalaikumsalam. Err....Saya pun tak menyangka nak jumpa encik Azeem di sini. Kecilnya dunia ni ya ?”
                        “ Azeem. Bukan encik Azeem. Dah lupa sistem barter kita hari tu ke ? Seorang ?” Lia Hana seperti malu-malu dingatkan begitu.
                        “ A’aah , Seorang. You pun seorang ? Err.. tapi skuash ni seorang pun tak apa kan ? Hentam saja dinding tu. Kalau tengah stress lagi bagus. Boleh pukul sekuat hati. Lega rasa lepas tu”.
                        “ Oh...ya....ke ?  Tak tahu pula saya itu petua hilangkan stress. Tapi kalau ada kawan, rasanya lebih seronok kan ?”
                        “Agaknya...lah !” Saat ini Lia Hana tidak dapat memikirkan apa-apa. Wajahnya  yang putih merona merah. Tidak pula terniat di hatinya untuk bermain berduet dengan lelaki tersebut.
                        “ Boleh kita cuba hari ini ? Nak rasa seronok ke tidak main berdua?”          
                        “ Saya  ? Dengan you ? Satu gelanggang?”
                        Syed Azeem tiadak menjawab dengan kata-kata. Hanya anggukan sahaja, sedangkan mata tertumpu kepada wajah manis yang kemerahan dihadapannya. Lia Hana seperti nampak keberatan untuk berdua-duaan bermain dalam satu gelanggang , namun mungkin  bila memikirkan  yang pemuda di hadapannya telah bersusah payah menolongnya hari  itu, maka dia pun  bersetuju . Sebagai membalas budi. Jika tidak dia tidak akan buat begini. Tidak pernah dia bermain berpasangan dengan lelaki bukan muhrim.
                        Itulah detiknya, Syed Azeem  mengenali gadis tersebut secara terus. Selepas itu , dia tidak segan silu lagi menggunakan nombor telefon yang tertera pada kad nama yang diberikan gadis tersebut tempoh hari untuk membuat pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Sehari hanya sekali dahulu, sebagai permulaan, sekadar bertanya khabar.
                        Sebenarnya dia sendiri tertanya-tanya kenapa begitu tertarik  dan ingin mendekati  gadis tersebut. Pada mula,  memang alasannya bahawa gadis tersebut mempunyai wajah yang amat seiras dengan bekas tunangnya, sehingga menyangka itu adalah itu orangnya. Namun, selepas beberapa kali pertemuan dia amat yakin bahawa Lia Hana bukanlah  Sharifah Zalia. Teramat yakin! Namun , kenapa pula dia terasa gadis tersebut menjadi istimewa untuknya kini. Sehingga dia sanggup meluangkan masa emasnya untuk menjejakki aktiviti seharian gadis tersebut.  Tidakkah seperti orang gila layaknya?  Belum gila lagi. Angau ? Pun belum lagi. Sekadar tertarik agaknya.... Tetapi ada rasa rindulah pula. Terasa sangat ingin bertemu dengan gadis itu sekarang ini. Bukankah  hari masih pagi lagi? Renungan Syed Azeem kembali kepada Bukit Larut tersebut. Terdetik sesuatu di hatinya….



                        “LAJUnya jalan tu Wanee ? Tak tinggal stamina untuk sampai ke atas ke ? Perlahanlah sedikit….”
                        Syed Azeem menoleh  kepada empunya suara tersebut . Seperti kenal sahaja menusuk ke telinganya. Sedap , lunak, manja, dan cukup menghiburkan!. Seperti yang diharapkan , wujud wajah yang didambakan itu di belakangnya. Sedang berjalan agak laju mengejar temannya yang agak ke hadapan. Waah! Pagi-pagi sudah terserempak dengannya.  Seperti kuat pula jodoh dengan si gadis ini. Jika teringat-ingat sahaja, dia pasti menjelma ke alam nyata. Sengaja dia  mendiamkan diri, tidak menegur , untuk melihat telatah gadis tersebut bersama temannya. Teman baru, kerana dia tidak pernah berjumpa yang ini. Biasanya dia bersama dengan kawannya yang agak tembam , dan bermulut agak becok.
                        “Takkan akak tak ada stamina kot? Dengar hari-hari buat exercise ? Mesti kalah Wanee ni …kalau nak diikutkan, yang asyik berkurung kat kilang apek tu”. Teman Lia Hana sedikit terjerit membalas permintaanya tadi.
                        “ Alaaa….Kot berat akak ni dah naik agaknya. Maklumlah tinggal dengan si Lina  tu. Makan, makan, makan aja… kerjanya. Jadi akakpun sedikit sebanyak terkenalah juga sindrom tu….” Seperti termengah-mengah Lia Hana menjawab. Kini dia sudahpun beriringan dengan Wanee, teman riadahnya. Sememangnya, jika ada kelapangan, mereka akan membuat temujanji untuk beriadah bersama.
                        “A’aa.. lah akak.  Kalau pi rumah akak, banyaknya makanan  ada. Macam kat pasar malam pula . Boleh pilih-pilih apa  yang nak di makan”.
                        “Tahu tak apa. Tu semua kerja minah temban tu…la. Dia jarang balik kampong. Apa lagi ,kerjanya kat dapur sajalah. Kalau dia tension, lagi banyak makanan dibuatnya. Kadang-kadang membazir-bazir  ke dalam  tong sampah. Kesian kanak-kanak kat Utophia dengan Aghanistan tu, dia orang punyalah kurus-kurus sebab tak cukup makanan, kita boleh buang-buang  makanan gitu aje ”.
                        “ Wanee ni termasuk dalam golongan kanak-kanak tu ke, kak ?”
                        “ Kau tu kerempeng sebab keturunan! Makanlah banyak manapun, akak tengok gitu juga badannya.. Kadar metabolisma tinggi sangat! kiranya tak ada faedahlah juga jika makan banyak-banyakpun”.
            Dua-dua gadis itu mengekek ketawa. Syed Azeem memasang telinga mendengar apa yang dibualkan oleh kedua-duanya. Banyak juga bercakap dan ketawa si gadis Lia Hana itu, jika dengan temannya.  Kategori peramah dan menghiburkan. Jika berdua dengannya, nampak cukup hati-hati, ayat-ayat yang keluar dari mulut comel itu.
             Logiklah juga. Dia hanya sekadar seorang lelaki yang baru dikenali, malah cara kali pertama bertemu dahulu juga agak musykil bagi sang gadis.  Jika tidak kerana dia menolongnya dahulu, agaknya tidak ingin dia berbual langsung dengannya. Jadi , jangan haraplah gadis itu hendak terlebih-lebih ramah. Setiap SMSnya pun dibalas sebagai berbahasa sahaja, jangankan tidak, kerana telah termakan budi.  Tetapi tidak mengapa, dapat melihat diapun jadi, tidak mendengar  suarapun tidak mengapa.
            Mujur juga Lia Hana tidak menyedari kehadirannya yang berdekatan di situ. Mungkin juga pagi ini dia memakai topi cap, jadi agak berbeza sedikit penampilannya dari biasa mereka bertemu. Ataupun, gadis itu terlalu asyik melayan cakap temannya. Sungguh! Seronok  juga jika  berteman . Tidaklah rasa sunyi keseorangan, seperti apa yang dirasainya lewat tahun-tahun kebelakangan ini. Aaah….Sejak ada gadis ini, baru dia perasan yang hidupnya selama ini membosankan!.
            Mengikut detik hatinya pagi ini mendatangkan tuah!.  Entah tiba-tiba hatinya teringin untuk mendaki Bukit Larut . Bukit yang kini selalu ditenungnya, tetapi seolah-olah  tidak pernah  dilihat sebelum ini, padahal terbentang luas di hadapannya setiap hari. Jangankan mendaki, kewujudannya pun  dia tidak  perasan. Tidak disangka pula, kaki yang teramat ringan mengikut kata hati pagi ini menemukan lagi  sesusuk tubuh yang selalu  berada di fikirannya kini.
            Dalam dia melayan angannya sendiri, tiba-tiba  cuping telinganya dikejutkan dengan jeritan  dari hadapan. Secara spontan pandangan terus beralih kepada  dua gadis tersebut. Dia terus meluru mendapatkan Lia Hana yang terbaring  di atas ribaan kawannya. Pengsanlah gadis itu?
            “Kenapa ni dik ?” Syed azeem bertanya kepada rakan Lia Hana
            “ Entahlah bang, akak ni terkejut nampak ular tadi….Akak ni lemah semangat agaknya. ”
            Laa…..terkejut nampak ular rupanya, ingatkan dah kena patuk ular. Sampai pucat lesi mukanya.
            “ Pengsan ?”  Lalu lengan Lia Hana di capai untuk merasa denyutan nadi. Tetapi separuh jalan sahaja niatnya kerana dipandang semacam oleh Wanee. Tidak sopanlah pula, tiba-tiba hendak memegang tangan perempuan.
            “Boleh abang  tolong? Apa-apa yang patut?”
            “ Saya….pun tak tahu nak buat apa bang. Akak ni tak pengsan , cuma  badan dia lemah sahaja”.
            Kebimbangan Wanee terhadap pemuda dihadapannya berkurangan. Orangnya nampak baik. Tidak mengapa agaknya jika hendak menolong kak Lia Hana ini.  Tidak di  sangka  pula kak Lia Hana ini lemah semangat. Nampak ular lalu di hadapannyapun boleh membuatkan dia lembik. Setahunya, gadis yang dinggap seperti kakaknya sendiri ini  ini penuh semangat waja.  Cergas dan aktif.  Sentiasa ke hadapan.  Sihat waafiat. Rupa-rupanya ada kelemahan juga…
            “ Hana…Hana….you…. okay ?”
            “ Hana….You okay tak ?”
             Lembut suara Syed Azeem memanggil. Tangannya mengambil  air  mineral  dari beg sandang  dan pantas merenjis sedikit ke muka gadis tersebut. Seminit dua kemudian , dia mencelikkan  mata, lalu   cuba  untuk bangun dari pangkuan Wanee. Syed Azeem membantunya untuk duduk. Wanee memerhati reaksi kedua-duanya seperti tercengang-cengang. Saling mengenalikah kedua-duanya ?.
            You okay ….Hana?”
            Lia Hana mengangguk lemah. Matanya diarahkan kepada Syed Azeem. Wajahnya yang masih pucat seperti malu dan gelisah pula. Kenapalah mesti jumpa mamat ini jika aku dalam kesusahan ? Menyampah betul !. Ada saja dia untuk melihat aku yang tengah berserabut ini.
            “ Minum dulu”. Syed Azeem menghulurkan botol air mineral kepada Lia Hana. Terpaksalah diterima, jika keadaan badan lemah begitu.
            “ Kenapa sampai macam ni….Hana ?”
            “Sa….saya….takut reptilia”. Dengan perlahan dia menjawab.
            “Akak takut reptilia sampai macam tu sekali ? Kalau terjumpa cicak di rumahpun akak lembik macam ni ke?”.
            Wanee yang tadinya diam memerhati, tiba-tiba terpacul  soalan dari mulutnya. Seperti tidak percaya pula. Atau sekadar memastikan.  Lebih kepada memastikan ,kerana dia sendiri nampak badan Lia Hana menjadi lemah tiba-tiba bila haiwan menjalar itu melintasi hadapan mereka.
            Tangan Lia Hana yang masih lemah itu merayap ke peha Wanee dan memberikan satu cubitan , supaya dia sedar soalannya itu agak memalukan , jika di hadapan seorang pemuda tampan yang  tidak  sudah melepaskan pandangan padanya. Tersedar dari kesilapannya , Wanee cuba mencari jawapan kepada apa yang berlegar di kepalanya.
            “Akak dengan abang ni dah kenal ke ? Macam dah biasa aje Wanee tengok ?”
            “Aaah….Ada la kenal sikit-sikit. Selalu ter accident. You dah okay ke Hana ? Boleh jalan ?”
            Lia Hana memandang Syed Azeem. Mata mereka terpaku seketika. Cepat-cepat dia mengelak. Dengan perlahan dan suara yang masih lemah dia menjawab.
            “ Saya okay. Nak rehat dalam 5 minit lagi, bolehlah sambung perjalanan.  Bolehkan Wanee ?”.
            “Err…Larat ke akak nak naik atas lagi , dengan keadaan yang macam ni ? Separuh jalan lagi tau , nak sampai ke puncak tu !”.
            “ Laraaat….Akak tak apa-apa. Masih ada banyak tenaga”.
You jangan paksa diri Hana……Lain kalipun boleh naik lagi”.
 Syed  Azeem juga menegah hasrat Lia Hana.
            “Betul…. saya okay. Saya dah tak  apa-apa.  Lagipun, saya tak nak rosakkan pagi ahad dengan sesuatu yang menyedihkan. So…..Shall we, Wanee ?”.
“Err….Kalau macam tu….saya joint you all lah. Boleh ?”
            “Teramatlah boleh abang ! Kalau terjumpa reptilia lagi taklah Wanee rasa takut sangat. Bukan takut pada binatang tu, tapi takut akak  ni pengsan lagi. Lagipun rasa lebih selamat, sebab ada bodyguard”.
“ Hissy, Wanee, janganlah sebut-sebut lagi,   fobialah!”.
             Syed Azeem dan Wanee ketawa. Tidak padan dengan orang ! Nampak sungguh yakin! Geli hati juga bila difikirkan.
            “ Tapi betullah kata Wanee tu. You all dua-dua perempuan, bahaya sikit ke tempat-tempat macam ni jika tak ada lelaki”.
             Kak Lia ni memang adventures, suka sangat buat sendiri-sendiri. Nak challenge diri sendiri. Tadi tu …pengajaranlah pada dia…..lain kali kena ada teman lelaki. Baru semangat tak hilang”.
            “ Banyak cakap pula…dia. Mentang-mentanglah akak pinjam riba dia tadi! Jangan percaya cakap minah ni Azeem. Memandai je dia buat teori tentang diri  orang..”.
            Mereka sama-sama ketawa. Sama-sama  meneruskan perjalanan ke puncak  Bukit Larut dengan perbualan santai diselangi usikan dan ketawa. Syed Azeem perasan sendiri, dia boleh mengeluarkan banyak tawanya pagi ini. Secara semulajadi. Tidak dipaksa-paksa sesiapa. Selama ini, semua ketawanya seperti bersembunyi jauh. Tidak ingin dilepaskan.
                        Saat ini, dia mula sedar  bahawa  ketawa baik untuk  terapi minda. Boleh membuatkan jiwa selesa dan bahagia. Terasa jiwa lepas bebas Tidak seperti  berada di dalam kurungan sepi.

            Satu jam lebih kemudian mereka sampai ke puncak Bukit Larut. Bukan puncak yang paling tinggi, kerana puncak yang tertinggi itu hanyalah untuk pencawang  telikomunikasi. Oleh itu destinasi mereka yang terakhir adalah kawasan yang terdapat sebuah kafe makanan dan minuman , dan tidak jauh dari situ terdapat sebuah banglo penginapan yang dinamakan Angkasa. Dengan cuaca nyaman sekitar 15oC, dan pemandangan yang sungguh indah terbentang di hadapan mata, membuatkan penat lelah mereka mendaki sungguh berbaloi.  Dari situ, keseluruhan Bandar Taiping dapat  di lihat disamping Selat Melaka yang terbentang luas. Namun, di sepanjang perjalanan tadi  juga mereka disajikan dengan  berbagai keindahan alam semulajadi yang sungguh menakjubkan.
            “Kita dah sampai ke …..orang Taiping ?”
            Syed Azeem menghalakan pertanyaan kepada dua orang gadis di hadapannya. Kedua-duanya berpandangan sesama sendiri dan tersenyum.
            “Ehemm….Rasanya orang sebelah sayapun tak tahu kot abang! Nama sahaja orang Taiping, tapi baru sahaja balik ke sini. Macam orang Taiping murtadlah!”.
            “Serius ? Pertama kali sampai atas ni  ke….. Hana?” Gadis itu sekadar mengangguk malu.
            “ Oo….Samalah kita ya ? Kalau macam tu, jom saya belanja orang yang baru pertama kali sampai ke puncak Bukit Larut minum kopi”.
            “ Akak saja ke abang? Wanee tak ke?”
            “ Ehh….Mestilah Wanee sekali !”
           
                       
                        “Bukit Larut atau dahulunya Maxwell Hill diterokai 100 tahun dahulu, dinamakan sempena Residen British George Maxwell pd 1880. Walaupun terletak di kawasan yang paling lembap di Malaysia, pengunjung masih berpeluang melihat keindahan alam Bandar Taiping sehingga ke persisiran laut Kuala Sepetang. Banglow Angkasa dibina pada 1906 dan dikenali sebagai The Federal Bangalow, khas untuk VIP sahaja. Banglow Cendana dikenali sebagai The Hut dibina pada 1889. Kediaman Residen British pertama JWW Birch , dikenali sebagai The Cottage di puncak Bukit Larut 1,376 meter dari aras laut juga masih wujud. Dibina 1988, tidak dibuka kepada umum kerana terletak dalam kawasan pemancar telekomunikasi”.
                        Panjang lebar Lia Hana memberikan penerangan, semasa mereka santai menghadapai kopi panas dan roti bakar di kafe, membuatkan Syed Azeem dan Wanee tersenyum-senyum panjang meleret.
                        “Kata tak pernah naik , tapi  macam cikgu  sejarah pula gayanya”.Sakat Wanee.
                        “Eei…..Mestilahlah. Tempat tanah tumpah darah kita. Mestilah kena tahu, walaupun belum sempat ke puncak! . Wanee dah beberapa kali sampai kan ? Berapa selekoh tajam tadi kita jumpa sebelum sampai ?”.
                        “Manalah Wanee nak kira kak ? Dahlah penat kaki!”
                        “72 selekoh tajam …sayang”.
                        “ Eh ….Akak pengsanpun boleh sempat kira ke?”
                        “Mana ada kak pengsan ? Kak geli aje tau ?”
                        “Iya…..lah tuu”.

                        Syed Azeem hanya diam memerhati perbalahan kecil mereka berdua. Terhibur hatinya , terutama melihat gelagat Lia Hana. Rupanya gadis ini bukan pendiam. Jika kena lawannya, banyak pula gurauannya. Harap dia akan menjadi penghibur hati ini selama-lamanya. Jauh pula angannya. Terasa malu pula pada diri sendiri.

4 comments:

  1. terssa mcm nk p bkt larut jer..hehe..best...

    ReplyDelete
  2. haah la.. saya dulu tinggal di kemunting pun tak penah naik bukit larut.. asik2 ulang pegi zoo & taman tasik je.. rugi pulak rasanya... umie wat saya rasa mcm nk g panjat bukit larut..

    ReplyDelete
  3. Tersenyum sorang2 baca.. :-) seronok baca...

    Memang baguslah depa berdua ni asyik ter'accident' je.. dapatlah Azim kenal Lia Hana lebih rapat... :-) teringat zaman belajar dulu rajin gak main squash..

    ReplyDelete
  4. ter'accident' je lh azeem n hana nie...heeee

    ReplyDelete