‘AZEEM, Hana tak dapat temankan waktu lunch
nanti. Sibuk sangat. Berserabut rasa kepala.
Maaf ya. Rindu... ’
Itu SMS Lia Hana yang
baru diterima Azeem beberapa saat yang
lalu.
‘Takpe
my dear. Saya pun tiba-tiba sibuk yang
amat . Sejuta kali rindu pada Hana. Tak
sabar rasa nak jumpa...dan lagi tak sabar
menunggu masa Hana menjadi milik saya spenuhnya. Sayang....’
Sekejapan sahaja Azeem
membalas SMS tersebut.
Jika Hananya tengah berserabut kepala, diapun sama. Bukan
masalah kerja sahaja, malah dia juga tengah runsing dengan apa muslihat walidnya, sehingga boleh
menimbulkan rasa curiga di hati.
Pertama, walid seperti
sudah tahu banyak tentang hubungannya dengan Lia Hana, dan dia cuba menghalangnya secara halus.
Ini terbukti dengan kerja-kerja yang baharu sahaja dilambakkan ke bahu untuk
digalas. Kerja-kerja di Hong Kong bukan di bawah tanggungjawabnya. Sejak dari
dahulu lagi. Dan walid telah memberikan tanggungjawab itu kepada pekerja
kepercayaan. Kini lain pula kata walid, dia tidak mahu orang luar menguruskannya dan memaksa Syed Azeem untuk melakukan. Alasan
walid, dia bakal peneraju perniagaan keluarga. Sudah tiba masa dia mengambil
tahu semua perkara.
Menerima gesaan walid,
bermakna dia akan sentiasa berulang-alik ke negara tersebut. Secara tidak lansung walid menambahkan kesibukannya, dan
masa untuk dia bersama Lia Hana akan
terbatas atau mungkin akan tiada
lansung.
Syed Azeem kenal siapa
walidnya! Dia tahu walid akan melakukan apa sahaja demi mencapai kehendak hati
serta cita-cita dan impian sendiri.
Lihatlah apa yang telah
dilakukan kepada kakaknya Syarifah Azeeta. Syed Azeem serik melihat penderitaan kakak kesayangannya
disebabkan kehendak walid! Dulupun Syed Azeem hampir terjerat sama. Tetapi
takdir menyelamatkannya dari terus mengalami nasib yang serupa .
Kedua, walid telah
menyuarakan niat untuk menyatukan semula dia dengan Syarifah Zalia. Huh! Walid,
mati hidup semula pun Syed Azeem tidak akan mengutip kembali perempuan itu.
Sampai hati wallid!
Setelah apa yang berlaku, dia masih berkeinginan untuk menjadikan Sharifah
Zalia sebagai menantu. Jikapun Syed
Azeem masih menyayangi isteri tidak jadinya itu, dia tidak tergamak untuk
merujuk semula. Kerana dia seorang
lelaki yang punya maruah!
Betul....dulu Syed Azeem
kadang-kala masih ada sedikit kerinduan selepas di tinggalkan, tetapi kini
sebesar hamapun perasaan itu tiada lagi. Hilang langsung hingga tak dapat dikesan
lagi. Bagai di bawa angin terus ke benua yang tidak diketahui di mana atau mungkin
juga telah hanyut ke lautan yang luas, sehingga tidak mampu dicari lagi.
Syed Azeem telah
berjumpa cinta sejati....dan tidak mungkin dia akan berpaling lagi....
Cintanya sekarang
berbeza dengan cinta yang dahulu. Cinta keduanya bukan di pengaruhi
siapa-siapa. Ianya lahir dari getaran rasa semulajadi di setiap inci jasad dan
nuraninya. Satu anugerah dari tuhan! Yang bersinar tanpa paksaan dan dorongan
orang lain.
**********
“APA penyakit dia
doktor?”
Lia Hana ingin tahu,
dengan tujuan mudah untuk dia mengendalikan apabila berlaku lagi kejadian
seperti di malam itu. Tetapi doktor
perempuan tersebut seperti berat mulut pula untuk menjawab. Dia
memandang sahaja gadis cantik di dihadapannya tanpa berkedip , seolah-olah kagum . Membuatkan Lia Hana mula terperasan
mungkin dia terlalu cantik....ha..ha...ha.
“Dia sudah berkahwin ke
cik ?”
Akhirnya doktor itu
mengeluarkan suara juga . Giliran Lia Hana pula yang terkedip-kedip mata memandang doktor tersebut. Tetapi doktor itu
biasa-biasa sahaja raut wajah dan bentuk badan. Tidak ada yang terlalu menarik
untuk dipandang lama-lama.
Beberapa
saat kemudian, Lia Hana terfikir akan sesuatu, dahinya berkerut.
“Err...setahu
saya belum lagi. Kenapa doktor ?”
“Macam ini
cik....sebenarnya dia mengandung. Sudah
hampir tujuh atau lapan minggu”.
“Hah ?”
Lia Hana benar-benar terkejut. Bulat matanya memandang
mata doktor tersebut. Doktor itu mengangguk perlahan, mengiyakan apa yang
diperkatakan sebentar tadi. Dalam hatinya tidak habis-habis memuji kecantikan
gadis dihadapannya itu. Lengkap serba serbi....sesetengah orang memang
dilahirkan bertuah..memiliki segalanya.
“Doktor pasti ke ?”
Doktor tersenyum. Kalau
orang lain mungkin dia sudah jeling. Dia kan doktor? Boleh pula tanya tidak
pasti. Nasib baik yang dihadapannya ini punya aura istimewa.
“Iya cik...saya pasti.
Ini imej imbasan yang di buat sebentar tadi. Sebab itu saya nak berjumapa dengan cik. Norlia ini seperti tidak stabil
emosinya. Ditakuti dia akan membuat sesuatu di luar jangkaan. Klinik saya dah
jadi panel pada syarikat ini sudah bertahun-tahun, sebab itu saya rasa amat
bertanggungjawab dalam perkara ini”.
Lia Hana sekadar boleh
mengangguk-angguk dengan penjelasan tersebut.
“Habis ? Apa pandangan
doktor , yang perlu saya buat ?”
Doktor mengeluh. Terlalu banyak kes-kes salah laku remaja sekarang ini. Sebagai
seorang pegawai perubatan yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini
dan berjumpa berbagai golongan
masyarakat, dia telah bertemu berbagai-bagai kes yang menggambarkan kehidupan
masyarakat yang pincang. Dan hari ini
dia bertemu lagi...
“Entahlah cik...mungkin
perkara ini boleh dibincangkan dengan keluarganya. Mungkin tindakan segera
perlu dilakukan untuk menyelamatkan kandungan dan gangguan emosi. Mungkin juga
kandungan tersebut terhasil dari bukan
kerelaannya. Kita jangan terlalu cepat membuat andaian yang negatif. Tangani
dengan fikiran yang positif terlebih dahulu.
Samada dia berdosa atau
tidak, tidak boleh dipertikaikan sekarang ini. Yang lebih penting adalah
bagaimana menangani masalah ini . Sebab semuanya telahpun berlaku, jika hendak
dibising-bisingkan sangat , tidak akan menyelesaikan masalah”
Lia Hana terdiam. Cuba
menghadam kata-kata doktor di usia awal empat puluhan itu. Mungkin dia sudah
banyak pengalaman sebegini, sebab itu mampu memberikan pendapat yang berbaur
tanggungjawab sosial. Bukan hanya sekadar memberikan ubat itu-ini seperti mana
yang diamalkan oleh segelintir pengamal perubatan.
Lia Hana tidak pernah
menghadapi situasi begini. Tidak seperti Abang Naim yang telah berjumpa
berbagai-bagai masalah remaja, menjadikan dia
sungguh berpengalaman dalam menyelesaikannya. Tetapi bukankah Abang Naim
seorang guru yang sungguh perihatin terhadap
pelajar yang bermasalah dari dahulu ? Itulah yang menjadikan dia begitu
matang dalam perkara ini.
Lia Hana merasakan dia
begitu berbeza berbanding keikhlasan Abanh Naim...
**********
PANG!
Berdentum bunyi pintu
bilik dihempas . Salina berang! Dia merasakan Lia Hana suka menyibuk . Dirinya
sendiripun tak betul, suka-suka hati nak ambil tahu pasal orang lain.
Lia Hana tergamam di
ruang tamu. Tidak sangka pula dia Salina
boleh tiba-tiba menjadi baran. Rasanya, dia cuma bertanya dengan
baik-baik, dan tidak terniatpun untuk mencetuskan situasi radang-meradang.
Sepatutnya Lia Hana yang
menjadi marah, sebab kata-kata Salina
yang cukup pedas , sungguh
menusuk jantung hatinya.
“Yang kau sibukkan
sangat ni kenapa Lia? Suka hati akulah nak buat apa. Masing-masing ada kehidupan
masing-masing. Kubur asing-asing, tak ada sangkut paut dengan engkau. Emak
bapak akupun tak konkong aku ke mana, kau pula yang lebih-lebih. Jagalah diri
kau sendiri dulu, sebelum hendak menegur orang lain”.
“Lina, aku ni sayangkan
kau. Jika ada apa-apa berlaku nanti, aku takkan memaafkan diri sendiri kalau
terus membiarkan kau berperangai macam ni. Malam semalam beberapa kali mak dan
ayah kau telefon aku bertanyakan di mana kau. Aku tak tahu nak jawab apa”.
“Hei Lia, kalau mak ayah
aku tahu apa-apa pasal aku, kaulah yang bawa mulut tau. Aku tak mengaku dunia
akhirat sebagai kawan aku lagi....”.
Suara Salina sudah
meninggi. Matanya besar dihalakan pada Lia Hana.
“Lina, mereka dah
tahupun, tapi bukan dari aku. Aku tak pernah cakap apa-apa pasal kau yang suka
keluar malam sejak dua menjak ni. Bandar ni bukannya besar mana Lina, ada orang
lain juga yang nampak”.
Lia Hana juga tidak mahu
kalah ketika itu. Tetapi suaranya tetap mendatar, tidak pernah tinggi. Tidak
perlu untuk terjerit-jerit kerana semuanya akan mengaibkan diri sendiri. Tidak
manis didengari jiran-jiran .
“Tak payahlah kau nak
berdolak-dalih dengan aku. Siapa sangat yang rajin bercerita dengan mereka,
selain engkau.
Kau
dengar sini Lia, aku dengan Faiz tu sudah bertunang. Dan tak lama lagi dah nak
nikah. Engkau dengan si Azeem tu , walau bergayut telefon bagai nak rak, tak
ada apa-apa tandapun yang kau orang nak kahwin. Sedarlah diri tu sikit”.
Laju jantung Lia Hana berdegup mendengar kenyataan kawan baiknya selama ini. Di saat
ini, dia benar-benar tidak percaya....inikah Salinanya?
“Tapi Lina, bertunang , bukanlah
lesen untuk kau lepas bebas dengan Faiz. Kena jaga juga kelakuan kita, supaya tak berlaku perkara-perkara yang
tak elok”
“Engkau ni sebenarnya cemburu ke apa
Lia ? Ya....aku mengaku memang tiap-tiap
malam aku keluar dengan Faiz, sebab siang dia sibuk bekerja dan akupun bekerja
juga. Jadi malam sahajalah masa untuk kami berjumpa. Apa masalah kau
sebenarnya?”
“Aku cuma sekadar mengingatkan kawan
yang aku sayang. Lagipun kau sendiri tahu, ramai dah yang bercakap-cakap
tentang kau dan Faiz. Aku tak selesalah Lina. Kalau boleh aku tak nak dengar
orang bercerita yang buruk-buruk pasal kau. Bila dengar, aku sedih sangat...”
“Dah tu, kau pergi dengar buat apa?
Entah-entah engkau pun sama, menokok tambah sana sini. Lepas tu pura-pura
menasihati aku.
Aaahh......sudahlah Lia, kau jagalah
diri kau sendiri, tolong jangan kisahkan hal peribadi aku.....”
Dengan suara yang kuat itu, sekejap
kemudian pintu bilikpun menjadi mangsa.
Lia Hana menjadi buntu di ruang
tamu. Bukan niatnya untuk menjaga tepi kain Salina, tetapi gadis tembam itu
sudah dianggapnya sebagai saudara sendiri. Mereka selalu berkongsi segala
rasa, selama ini tiada rahsia.
Kenapa sekejapan sahaja Salina telah
jauh berubah?
Faiz juga. Sebelum ini, dia seorang
yang begitu mentaati suruhan agama, dan mengingati nasihat orang tua. Tetapi
sekarang ini seperti telah kehilangan prinsip yang baik itu.
Adakah semua ini gara-gara perasaan
cinta ? Waah....sungguh berkuasanya cinta! Dapat memukau teruna dara dalam
jangka waktu yang cukup singkat. Boleh lupa segala-galanya.
Tetapi sejati ke cinta yang begitu ?
Atau sekadar mainan nafsu ? Yang diapit
oleh bisikan-bisikan syaitan?
Lia Hana termenung panjang. Pagi
semalam dia dikejutka oleh berita mengenai Norlia, dan petang ini pula terpaksa
berhadapan dengan masalah Salina. Masalah yang berpusarkan kepada perkara yang
sama. Perasaan cinta pasangan insan yang mengatasi kewarasan fikiran!
Dan yang ada di fikiran Lia Hana
juga sekarang ini, adakah dia juga termasuk di dalam golongan itu......
******
P/S
: Jika ada sikit keliru , itu salah UN hehe....ada skip bab, sepatutnya ada bab
terlebih dahulu, tetapi disebabkan agak
membosankan, UN lompat ke bab ni...pun bosan juga kan? Papun thanks sebab sudi
layaaannn.... Sayang semua...
BEST NAK LG.
ReplyDeleteLama sangat tunggu sambungan...
ReplyDeletesalam...kalau blh jgn skip mana2 part citer...bosan ke, tak bosan ke, i rasa ianya amat diperlukan utk menjelaskan lagi perjalanan story tu...
ReplyDeleteKahwinnnnnnnn!!!
ReplyDeleteKami di Kursus Pra perkahwinan Sentul Astana Mahabbah MASIH LAGI MEMBUKA RUANG menawarkan komisen kepada sesiapa yang berjaya mengajak rakan-rakannya mengikuti kursus kahwin di tempat kami hujung minggu ini.
Jika berminat dan ingin mengetahui komisen tersebut, boleh email atau hubungi kami di talian 0107783143 (sara) & 0134675752-whatsapp (siti) email astanamahabbah@gmail.com
Ayuh rebut peluang bersama-sama kami...
"alhamdulillah dah ada dua buah novel umie...yg latest tu belum...tunggu kursus kahwin jalan, dapat gai, yeyyy boleh beli...tak sabar nak baca..."
UN...sambungannya please....
ReplyDeleteuik dah habis ker citernyer tak der lagi ....hemmmm sambung la lagi ......lagi...dan lagiiiiii
ReplyDeleteCiter ni memg smpai bab 18 jer ker???plizz,plizz nak smbungn...tgh sronok baca ni..nak tau ending nyer...
ReplyDelete