UN cuba post di p2u, tapi dah banyak kali tak keluar2 juga . Makanya, DILB ni adalah di blog okey... pada yang nak baca bab 1-7 , bolehlah klik link yang dipapar di sebelah kiri ya... link DILB di p2u, Enjoy bab seciput ni ya...
“Encik Radin?”
Dada Radin Amzar
dup-dap, dup-dap! Terpanar dia bila tertatap mata Cik Bravo.
“Err...yah, ya” Lucu dengar , biasanya manusia sekeliling
panggil dia ‘ngah’ ataupun Dr Radin. Dia senyum, spontan kerusi hadapan ditarik untuk gadis itu duduk.
Wow! Dia nampak sangat
lain dari pertemuan-pertemuan sebelum ini. Dengan baju kurung putih hitam corak
zebra , dia nampak sangat ayu dan sopan. Boleh diistihar gadis melayu tercantik jika
warna rambutnya tidak berkarat. Jantung Radin Amzar makin berdegup pelik. Aura
semacam mula datang.
Hish! Jangan Radin Amzar, jangan...bukankah
sudah ada janji lain? Jangan cuba-cuba merumitkan keadaan. Astaghfirullah!
Lagipun gadis di hadapan sudah tentu bukan pilihan yang baik di mata
keluarganya. Luarannya tidak memenuhi spesifikasi mereka. Si dia berambut
celup, tak tutup aurat, sombong, berlagak , kurang ajar malah kaki pukul. Itu
yang Radin Amzar nilai dari fizikalnya.
Pasti kena tolak mentah-mentah
oleh umi. Jadi, kawal diri, jangan
mulakan apa-apa.
“Your bag...Encik Radin...” Dewi meletakkan beg sandang hitam jenama
Proffesional di sisi kerusi Radia Amzar.
“Owh...this is yours...Cik...” Beg yang sama
rupa juga diletak di sisi Dewi. Radin
Amzar cuba berlagak tenang dan selamba, walau di dalam berkocak hebat. Dia kena rilek. Walaupun
jantung tak mahu bekerjasama. Aisy ...jantung ni, pilih-pilih perempuan pula
dia nak buat hal. Biasa tu tak inginpun
dia nak berdetap-detup.
“Dewi ...Dewi Yusra...”
Dewi tak hulurkan tangan, sebab dia yakin stok lelaki solat atas kapalterbang
tak sentuh perempuan sembarangan.
“Just call me Radin ”
“Or...Dr Radin ?”
Radin Amzar jungkit
kening. Dah tahu rupanya, dia tidak pula kenalkan diri dengan pangkat semasa
menelefon.
“Sorry...I terpaksa buka beg you...”
Akui Dewi. Suara dilunakkan sehabis mungkin. Rancangan dia untuk pikat hati Dr Radin Amzar yang genius ni
untuk diperangkap jadi ‘SS’nya. Kena
mula sekaranglah, tak boleh buang-buang masa lagi. Pun begitu, dia kena pastikan yang doktor biak pokok ini
masih bujang trang tang tang. Kalau
sudah kahwin mahupun bertunang,
automatik projek batal ! Ya Tuhan,
berilah keajaiban! Rasa-rasanya ini
sahaja calon terbaik! Yang tak mengelikan, yang paling budiman!
“Tak mengapa. I pun
sama. Order? Tanda minta maaf sebab menyusahkan you...” Radin Amzar masih beriak tenang.
Dia cuba mengawal mata dari terlalu kerap memandang ke arah Cik Dewi. Hati
degilnya tetap berbisik, kalau tak boleh pergi jauhpun, dia ingin sangat
berkawan dengan Dewi bravo ini. Ada
tarikan pada dia.
Dewi hanya membuat
pesanan jus oren . Dapat dia rasa
pandangan Dr Radin terhadapnya di sini
berbeza berbanding semasa di dalam kapalterbang tempohari. Hari ini seperti dikawal-kawal, nak tak nak saja pandang
dia. Hari tu seperti tak puas pandang, macam Dewilah perempuan paling comel di
dunia, gelisah saja dia di sebelah. Hhmm...adakah sebab sudah kembali pada
isterinya di sini, jadi perempuan lain sudah tak istimewa lagi? Owh...janganlah betul spekulasi ini...
Mereka berbual serba
sedikit dalam keadaan agak canggung, iyalah masing-masing dah hilang kosa kata,
maklumlah ‘banyak pengalaman’. Lepas tu Dewi minta diri pura-pura mendahului
, supaya tak nampak sangat agenda
tersembunyinya. Perlahan-lahan dia bergerak ke kawasan parkir di hadapan
restoran.
Dewi
teringin juga nak melentok liuk macam
perempuan penggoda lain, tapi semuanya tak menjadi. Dia tak biasa dengan cara
perempuan murahan macam tu. Gelipun ada. Nampaknya Dewi perlu kerja keras untuk
gilap skil memikatnya. Tak apa, masih punya waktu, desisnya.
Dewi akan tunaikan
permintaan ibu. Tak sanggup lagi untuk menghadapi mimpi-mimpi setiap kali tidur
.Pagi tadi Eda heret dia jumpa seorang ustaz di Bangi untuk berubat. Dapatlah berbagai-bagai nasihat percuma, banyakkan
solat sunat, berzikir, berdoa, bersedekah, niatkan untuk arwah. Kesimpulannya,
banyaklah tugas anak yang Dewi lalai buat. Dewi tak nafikan ada kebenarannya.
Ustaz tu juga cakap, kalau ada hasrat ibu yang belum tercapai, eloklah
ditunaikan. Huhuhu...
Dewi tercegat di tepi
Nisan Murano krimnya. Tak tahu apa patut buat. Kunci kereta? Ahh...dia pakai
stok tersopan dari gerobok baju, mana
nak cari kunci kereta dalam poket baju kurung? Bukannya baju kurung opah yang
ada kocek segala.
“Bolehkah kereta
bergerak dengan tenungan you tu je?”. Tidak sengaja bibir
Radin beri senyuman yang paling manis. Mata Radin Amzar bertembung dangan mata Dewi.
Dup! Jantungnya berdegup pelik lagi.
Dewi terkesima!
Sejambak kunci dihulur
pada Dewi. Beg tangan hitam LV
juga dihulur. Beg itu memang rancangan Dewi. Beg je berjenama mahal , tapi isinya kosong. Dewi tak letakpun barang berharga dalamnya.
Sekadar umpan untuk lelaki itu. Tidak sangka pula kunci kereta juga tertinggal
sekali atas meja. Murano baru tuu...tak
tidur 100 hari kalau hilang!
“Senangnya kerja
perompak kalau dapat mangsa macam you.
Lain kali lebih hati-hati...jangan mudah
tertinggal barang-barang berharga. Nasib
baik I ni telah ditakdirkan jadi umat yang baik ”
Radin
Amzar senyum-senyum. Dia nak buat
serius, tapi kalau dengan Cik Dewi Bravo ni, senyumnya ramah saja
keluar. Kalau dengan perempuan lain, dipaksapun tak mahu. Haruk! Ingat apa kak long kamu dah buat Radin Amzar!
“Terimakasih.
I’ll treat you lunch or dinner?”
“Err...both boleh?” Amboi, tamaknya Radin Amzar . Tapi semua ni
di luar kawalan. Idea spontan.
“Why not? Untuk kunci Murano dan LV ni” Dewi ketawa. Dia angkat tinggi-tinggi dua-dua
benda tu. Dia dah nampak lorong mudah. Perangkap sudah mengena.
Radin Amzar turut
tersengih.
“You call I bila
free? I Anytime boleh belanja ” Dewi
menekan kunci Murano. Segera untuk berlalu, biar nampak macam mahal sikit.
Taklah nampak terhegeh-hegeh sangat.
“Sure, bila I lapar dan pokai, I’ll
call you” Radin Amzar ketawa. Dia
bukakan pintu kereta untuk Dewi. Gembira
sangat Cik Dewi Bravo tak sombong ,
tak marah-marah, tak bagi jelingan maut, malah dia tawar untuk belanja makan
lagi. Sebenarnya semua tu bukanlah sebab utama untuk dia gembira, ada alasan
lain, yang dia sendiri pun tak tahu alas an apa .
Dewi turut ketawa. Selesa
bersama lelaki ini. Tidak sama perasaan jika dia bersama Cik Kem yang telah bertukar
jadi Encik Kamarul tu. Sekian.
**********
NURUL FATEHAH sibuk
mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk di dapur .
Itulah gadis pilihan Kak Long Zahra. Cantik? Memang cantik. Kecil molek,
kulit putih kuning,lemah lembut , berbudi bahasa, cukup manis dengan baju
kurung sutera biru dan tudung warna
senada. Sekilas pandang memang tepat kata kak long, dia gadis yang sempurna
pakej untuk dijadikan isteri.
Nurul Fatehah, ditemani seorang kawannya dijemput untuk makan tengahari bersama keluarganya di
rumah kak long. Tahu, tujuan sebenar kak long tak lain tak bukan untuk temukan
dia dengan Nurul Fatehah, setelah usaha kak long sebelum ini untuk datekan mereka sering gagal kerana
sikap tangguh-tangguh dan malas melayannya.
Acara makan-makan keluarga macam ni dia tak
boleh elak dari tak hadir, salah satu aktiviti keluarga yang wajib datang. Umi
dan Aisyah yang pulang bercuti
juga datang.
Umi seakan-akan suka sangat dengan Nurul
Fatehah. Boleh nampak dari wajahnya yang berseri-seri apabila berbual tentang Nurul Fatehah, seperti mengharapkan sesuatu
dari Radin Amzar. Yalah kan, umur anak bujang umi dah cecah siri tiga puluhan,
takkan nak terus dibiar berkarat saja.
“Adik...”
Kak long gamit Aisyah yang bersenang-senang baca majalah di ruang tamu selepas
makan. Adik bungsu manja memang macam tu, suka ambil kesempatan. “Pergilah
tolong kat dapur , Fatehah kan tetamu, biarlah dia duduk kat depan” . Ujar kak
long. Mata di kerling pada Radin Amzar . Takut juga nanti bila Fatehah masuk
sini, yang itu pula angkat punggung, payah betul untuk pasangkan lelaki seorang
ni.
Lambat-lambat Aisyah
bangun dengan muka yang cemberut menuju dapur. Radin Amzar dan Azam yang duduk
berdekatan tersengih-sengih
memandang. Tangan Azam dari tadi sibuk
mencuit-cuit peha abang ngah sepupunya.
Radin Amzar buat-buat tak faham. Azam mamang kuat menyakat. Tak padan
dengan umur setahun jagung , gatal nak interframe
hal nikah kahwin orang-orang dewasa. Patutnya dia yang dipaksa kahwin dulu,
bukan Radin Amzar.
Tak lama kemudian, Nurul
Fatehah dan kawannya masuk ke ruang tamu mengadap umi. Kak Long Zahrapun join sama beberapa minit lepas itu. Mata kak long kejap-kejap kerling pada adik lelakinya yang sibuk melayan Ipad
bersama Azam. Tak faham bahasa betul lelaki ‘seekor’ ni,
rungut kak long dalam hati. Peluang depan matapun tak tahu nak ambil.
“Psst, abang ngah, pi la
ushar awek-awek tu, kak long dah berapa
kali bagi jelingan berapi ke sini, rasa dah nak terbakar dah
ni...” Azam bisik ke telinga Radin Amzar. Abang ngah sepupu kesayangannya buat bodo saja, terus asyik membelek ipad
kepunyaan Azam.
“Eh Zam, apa ni?”
Terbeliak mata Radin Amzar pada satu gambar yang disimpan dalam ipad. Dia kenal
sangat-sangat dengan benda alah tu. Siap kena label ‘kenangan berahi Abang Ngah
Amzar dari London’. “Tak senonoh
betul kamu ni Zam”.
Azam tersengih-sengih.
Muka sikitpun tak tunjuk rasa bersalah. “Alah...kata orang tak senonoh, abang
ngah tu lagi teruk. Kata dah pulangkan
beg , tapi kenapa harta karun tu masih ada dalam bilik abang? Buat
kenang-kenangan ke?” Tempelak Azam dalam nada perlahan, hati-hati juga
takut grup lagi satu dengar, haru.
“Mana ada? Kamu jangan
buat fitnah bukan-bukan Zam. Betul abang dah pulangkan harta benda Cik
Bravo tu...” Dia tolak kepala Azam.
Adik sepupunya yang ini suka bercakap yang tidak-tidak. Sepatutnya ambil course lawyer, bukan astronomi, bukan
dapat naik ke bulan pun, angan-angan jer lebih. Mulut , kalau bercakap main
lepas saja.
“Fitnah apa pulak ? Zam jumpa masa kemas tongkang
pecah abang semalam. Abang ngah jangan
nak nafikan pula. Ke perempuan lain
punya?” Azam sambung dengan ketawa terkekeh-kekeh. “Cik Bravo...dah ada nickname nampak?” Dia ejek.
Wajah Radin Amzar
sedikit berubah. “Iya ke Zam?” Jika
betul kata Azam, bermakna dia tidak pulang harta rahsia Cik Dewi Bravo tu la. Habis! Tentu Cik Dewi tu salah sangka lagi pada dia.
Isk...isk, ini yang dia tak suka, macam mana boleh tertinggal? Kalau fasal yang
berkaitan dengan Cik Dewi ni, kenapa dia cepat saja jadi gelisah semacam .
Terlebih-lebih sensetif pun ada.
Ketawa Azam makin
menjadi-jadi, sehingga mendapat perhatian dari grup lagi satu. Semua mata
ditala pada mereka. Radin Amzar jegil mata besar-besar pada Azam. Masih tak puas hati dengan jawapan Azam.
“Zam mainkan abang ngah
ya?” Dia tumbuk sekali bahu Azam.
Azam mengusap-ngusap
bahu. “Isk ...sakit la ! Abang ngah ni
melampau ! Betul apa, gambar tu Zam baru ambil pagi tadi. Tak
percaya balik nanti abang check
dalam laci almari tu. Bersepah-sepah dalam bilik, Zam simpanlah baik-baik,
takut kalau mak long terjumpa, kan haruk?
Kalau kak long lagilah, terus pengsan sebulan!”
“Apa halnya Zam?
Sebut-sebut nama mak long ni?”.
Sudah! Umi dah pasang
telinga. Dari jauh dia tegur.
“Err,
tak ada apa-apa yang penting la mak long. Abang ngah ni, sikit-sikit nak pukul
orang, tak sedar tiap-tiap minggu Azam yang jadi tukang cuci rumah dia. Tak
kenang budi betul...”. Sempat lagi Azam pekena Radin amzar di hadapan semua
orang.
“Mengungkit! Zam tak
buat semua tu free tau. Abang bagi eight meals kan?” Balas Radin Amzar. Sedikit serius. Kepala dia masih terbayang harta yang
dikatakan Azam.
Umi geleng kepala. Radin
Amzar, kalau bersama Muhamad Azam, akan jadi macam budak-budak tak cukup akal. Ada-ada sahaja hal yang dijadikan isu. Tapi
dua-dua sepupu ni sangat akrab , walaupun beza umur mereka sembilan tahun . Yang
tua tu kut , selalu lupa pada umur
sendiri, dok rasa masih muda dan
remaja je. Biarlah, takkan pula Radin Amzar nak serius memanjang. Kalau dah
mengadap kerja-kerjanya, umi tahu dia takkan toleh sekeliling dah, berkerut dahi sentiasa memikir . Hanya jika
bersama Azam sahaja dia akan gila-gila
sikit.
“Itulah... suka
tangguh-tangguh, kalau dah ada orang uruskan hal ehwal rumah, taklah mengharap
Azam nak buat semua tu. Ni terkejar-kejar kawan tu hujung minggu datang rumah
ngah jadi cleaner..” Kak Long Zahra
menyampuk. Dia sudah masuk jarum, ambil kesempatan dari isu yang dibangkitkan
Azam.
Beberapa pasang mata
perempuan juga tak lepas peluang pandang ke arah mereka. Menarik sangat
agaknya. Ni yang kurang berkenan. Rasa
nak cepuk saja Si Azam....Radin Amzar jeling adik sepupunya yang mula mengekeh
ketawa. Puaslah hati dia..
“No hal lah kak long jadi cleaner
, perut kenyang apa, lapan kali heavy meals abang kasi, baik punya, kalah
first class flight tau” Lek eleh...tahu pula cover . Bukannya apa, Azam sayang abang ngah yang pemurah tu. Kalau kak
long terus pot-pet pot-pet depan perempuan-perempuan bajet bagus ni, takut
nanti elaun yang biasa dapat jadi tak dapat pula. Dah tu, kalau abang ngah dah
bengang, dia boleh je buat perangai derrk
24 jam. Masa tu, Azam boleh biul dipaksa membisu. Habis , takkan pula nak cakap
dengan dinding, kerusi meja, pinggan mangkuk?
Tuut...tuut...tuut.
Telefon
bimbit Radin Amzar berbunyi tanda ada SMS masuk.
Dalam kepala Nurul
Fatehah dan kawannya Shawati...alah, bunyi ring
tone macam orang dulu-dulu, tak updated
lansung, bosannya...
Dalam kepala Azam
pula...hishy, abang ngah ni, memalukan
hero satu Malaya je, dah berapa
kali orang setkan ring tone moden-moden untuk dia, yang
fesyen zaman labu-labi juga yang dia gemar.
Cepat je Radin Amzar
lihat skrin telefonnya. Lepas tu, dia boleh tersengih-sengih sorang-sorang.
Suspen kak long melihatnya. Takkan adik dia yang gila kerja 24 jam ni dah angau? Tak boleh jadi ni, misi dia kena dipercepatkan. Tak mahu dapat adik ipar yang bukan-bukan!
“Ngah...nanti
tolong hantarkan Fatehah dengan Shawati balik Serdang ya?” Kak long memberi
arahan.Datang tadi suami dan anak-anaknya yang pergi menjemput. Kalau harapkan
adik dia, alamat sampai kiamat la tak sampai perempuan-perempuan ayu ni.
Masa balik la dia boleh
pekena Radin Amzar. Jangan nak elak-elak!
“Err...kak long, ngah
ada kerja urgent la, ni kawan dah SMS
ni...” Yalah tu, alasan paling bernas,
walhal SMS tu dari Dewi Yusra bertanyakan pasal ‘ hutang’ dia yang belum
dilangsaikan lagi.
Wajah kak long sudah
bertukar masam. Adiknya, tak pernah tak ada alasan.
“Ala ngah, bukan
jauhpun, tak ambil masa lamalah! Biar umi gembira tengok.” Kak long berbisik
dengan suara serius.
Radin Amzar tarik muka
masam. Lecehlah kak long ni, main nama umi pula. “Yalah, ngah bawa Azam sekali,
lepas tu terus balik rumah ngah. Ada benda nak buat ni...”
Padahal benda yang urgent sangat tu adalah untuk
menyelongkar laci pakaiannya.
Jawapan itupun dah boleh
buat kak long senyum sampai langit. Angkut Azampun, angkutlah, asalkan pelan
dia sudah berjalan sedikit. Tidaklah statik saja tanpa ada perubahan lansung.
Heei...payahnya nak
minta perempuan ketuk-ketuk pintu hati adik lelakinya ini. Entah perempuan yang manalah yang dia nanti-nanti....
Harta karun dewi tertggl?biar betul..radin nk buat pekasam ke kenangan
ReplyDeleteBest... Tak sabar sambungannya..
ReplyDeleteOMG Raden Amzar is so cute ! Hahah akak what's his real name ?
ReplyDelete