Umie Nadzimah Layan Blog

Umie Nadzimah Layan Blog

Tuesday, July 9, 2013

DIA...Isteri Luar Biasa, 9



BAB 9
                        Mengarut! Mengarut betul la kak long ni. Suka sangat interfere hal-hal perasaan dan masa depan adik-adik dia. Tak ke dia faham, setiap individu ada pilihan dan citarasa sendiri. Tahulah kak long dulu kahwin dengan abang long atas pilihan keluarga, walaupun dia sudah ada pilihan sendiri secara diam-diam di universiti. Kak long saja je nak balas dendam , kalau dia kena ikut kehendak keluarga, adik-adiknya pun wajib ikut.
                        Dan kak long terlalu  konservatif ,kata dia sahaja yang betul  . Okey, Radin Amzar tidak  nafikan yang Nurul Fatehah tu   sangat sempurna, perfect   tapi naluri lelakinya  berat saja untuk terima. Rasa tak  ngam , tak ada kuasa tarikan kutub utara kutub selatan  , tak ada aura pelik-pelik yang mengancam, tak buat jantungnya bagai nak luruh!
                        Tak ada ‘chemistry’, kata orang la la ni...
                         Rasanya spesies seperti Nurul Fatehah tak serasi di jiwa dia. Awal-awal lagi dia rimas!  
                        Contohnya masa dalam perjalanan,  teman Nurul Fatehah sempat tegur fasal ring tone telefon.
                        “Err...nanti Tiha bolehlah  tukarkan   ring tone abang ngah  ya? Tone yang best sikit”  Tak teragak-agak lansung  kawan  Nurul Fateha bersuara dari kerusi belakang  , memecahkan suasana bisu mereka berempat dalam kereta.
                        Tiba-tiba Radin Amzar rasa jengkel semacam. Apa hal? Tiba-tiba  memandai-mandai ?  Ayat budak tu buat Radin Amzar  rasa geli geleman,  Ber abang ngah bagai, ada juga tak ‘malu’nya kawan  gadis baik ni ya.
                        Radin Amzar  terus diam, buat-buat tak dengar. Tapi sempat juga lihat melalui  cermin pandang belakang , Nurul Fatehah  jeling-jeling manja pada kawannya. Owh...dia pun setuju dengan ayat  gedik kawannya tu. Eei...tak kuasa...
                        Azam di sebelah merah muka menahan gelak. Hehe...padan muka abang ngah! Gua cakap lu tak percaya...kan dah kena perli. Tak guna ada handset canggih, kalau tak reti apply.
                        “Abang ngah berangan!” Azam tepuk bahu Radin Amzar. Terkekeh-kekeh dia ketawa .
                         Radin Amzar tersentak, terkejut. Eh,  dah lambat, terkocoh-kocoh  dia  bangun dari sofa menuju pintu.
                        “Abang ngah lawa-lawa nak ke mana? Ikut!”
                        “Eh, tak payahlah. Abang ngah tapau makanan nanti !”
                        Azam  degil, cepat-cepat dia kunci pintu rumah, lalu   lompat ke kerusi penumpang di hadapan. Radin Amzar tak terkata apa. Nak tolak keluar tak sampai hati pulak. Alamat rosaklah date dia malam ni!
                        Date? Bukan datelah! Cik Dewi Bravo ajak makan malam di restoran nasi ayam dia je. Dia suruh angkut anak isteri sekali, nak belanja satu keluarga  . Hehe..mana nak cari anak bini? Budak bedebah ni adalah! Pengacau besar...
                        Eh...muka Radin Amzar ni macam muka bapak orang ke?
                        Jatuh saham!
                        “Abang ngah  sejak menyimpan pakaian ghairah tu, perangai semacamlah! Asyik sampai ke bulan bintang jer...”
                        “Pandailah kau Zam, bulan bintang je? Kenapa tak sebut nama semua planet yang kau belajar kat sekolah? “
                        “Nak juga , tapi malam ni semua nama terlupa. Eh , abang ada date ya ?”
                        “Nanti jumpa kawan abang , jangan buat perangai bukan-bukan,  malu satu keturunan  je”
                        “Beres! Zam akan  jadi budak Batu Pahat terbaik! Tapi tak takut ke cinta abang beralih  arah?”  Azam menyengih.
                        Sebelah tangan  Radin Amzar tolak kepala Azam.  “Banyak  la cakap! Abang u-turn balik kereta ni mau?”
                        Confirm la  pergi  jumpa awek...hahaha” Balas Azam selamba dengan gelaknya. Apa dia kisah dengan ugutan tak seberapa tu. Dah lali.
                        Nada dering fesyen lama bergema. Nama umi tertera di skrin telefon bimbit . Radin Amzar pasang peralatan bebas tangan.
                        “Assalamualaikum umi...”
                        “Waalaikumsalam. Ngah, umi berkenan benar dengan Fatehah ni. Jadi ya?”
                        “Umi...”
                        “Baik sangat budaknya. Kak long dah pelan nak ke rumah orang tua dia di Kuala Selangor  dalam sebulan dua ni”
                        Radin Amzar hanya mampu mengeluh. Kalau dengan umi dia tak suka lepas cakap. Tak mahu umi terasa hati. Dia kan anak lelaki tunggal, sepatutnya menjaga umi adalah keutamaan hidupnya. Pesan arwah walid.
                        Jaga kak long! Pandai perguna umi.
                        Radin Amzar berhentikan kereta di tepi jalan. Satu SMS dihantar untuk kak long.
                        Please kak long, ngah belum  buat apa-apa keputusan lagi.
                        Mood nak pergi bercinta terus lari...
**********
                        DEWI YUSRA sangat gembira rasa seperti  hendak melompat-lompat depan kaunter restoran nasi ayam pabila didapati Radin Amzar datang seorang, tak mengusung anak isteri. Ujian pertama lepas. Dia sengaja SMS suruh bawa anak isteri untuk berkenalan dan makan-makan. Padahal nak korek rahsia. Tak naklah  terus terjah ‘married?’, nampak  gelojoh sangat. Guna  cara yang lebih hikmahlah. Biasanya mulut Dewi  main lepas je, tapi kalau dalam hal-hal sebegini , dia tak lulus. Tidak pernah seumur hidup dia peduli pada lelaki. Benci lagi ada .
                        Dua minggu tertunggu-tunggu panggilan telefon lelaki ni, tapi hampa.  Dewi beranikan diri SMS konon-kononnya nak belanja makan besar satu keluarga.
                        Radin Amzar hulur senyum. Lelaki ni, kalau bibir tersenyum, mata dia sekali turut tersenyum. Sangat istimewa  keseluruhan wajah dia. Harap-harap anak Dewi akan warisi senyum yang cantik manis tu...aduhai...
                        “Assalamualaikum...”
                        “ Owh ...Hi, waalaikumsalam. Seorang saja?” Saja Dewi tanya walau mata dah nampak lelaki mentah di sebelah Radin Amzar. Mustahil anak dia kut, dah tinggi  macam pokok kelapa tua.
                        “ Berdua, Mamat renjung  ni sepupu I, Azam”  Radin Amzar jawab  seperti faham apa yang ada dalam kepala Dewi.
                        “Abang ngah tak ada orang lain dia nak angkut kak, si renjung ni je yang dia ada”. Sampuk si Azam.
                        Perut Azam disiku abang ngah. Amaran pertama.  Huh! Ada Azam kisah?
                        Alhamdulillah, Alhamdulillah, maknanya dia belum kahwin, ucap  Dewi dalam hati. Selapas ni dia akan lebih aggresif mengatur rancangan.  
                        Dewi mempersilakan mereka duduk di sudut yang lebih istimewa. “Hari ni kak belanja. Azam dan Dr Radin boleh makan apa saja, banyak manapun boleh” Dia hulurkan menu pada kedua-dua lelaki di hadapan.
                        “Iya ke ? Cik Dewi jangan menyesal Zam pilih menu yang mahal-mahal  tau!”
                        Sekali lagi perut Azam kena siku. Amaran kedua.
                        “Maaf lah  Cik Dewi,  mulut dia ni   dari kecil lagi sengal”.
                        Dewi menyengih. “Tak apa. Janji  makan habis, tak membazir.  Kak tak  muflislah  sekadar belanja Azam” .
                         Bagus juga ada si renjung ni. Pertama, suasana  lebih santai dan mesra. Kedua, lagi mudah dapat info pasal lelaki seorang tu.    
**********
                        PERJALANAN pulang.
                        “Itulah Cik  Dewi Bravo , tuan punya baju merah tu? ”
                        “Emm..”
                        Yalah tu. Niat Radin Amzar hendak  pulangkan harta itu pada tuan punya pada pertemuan tadi, dibatalkan sebab ada penyibuk. Takut Cik Dewi termalu, ataupun dia sendiri yang termalu. Manalah tahu dituduh sengaja menyimpan harta orang. Sudahnya, benda tu tinggal  saja dalam kereta. Dia sudahpun memasukkannya dalam bungkusan selamat dan disimpan dalam beg kertas. Kepoh kalau si Azam  terjumpa.
                        “Abang ngah macam berkenan dia je? Zam tengok kejap-kejap abang curi pandang dia. Dengan Nurul Fatehah , tak pula abang teringin nak kerling-kerling”.
                        “Mulalah tu... itu  yang abang ngah malas bawa Zam tadi”
                        “Ala...abang jangan nak nafikan, depan mata Zam semua nya tau. Main tolak -tolak tomato, timun, salad tu apa? Romantik gila. Tak sangka Dr Radin yang serius boleh tersenyum-senyum dengan seorang perempuan!” Azam tergelak-gelak di hujung katanya.
                        “Hei...budak kecik, jangan merepek-repek boleh tak?  Abang ngah selesa dengan Cik Dewi  tu, sebab dia natural, tak  terhegeh-hegeh, tak nampak dia desprerate  dengan lelaki. Dia bukan macam perempuan yang biasa-biasa abang jumpa”
                        Azam menyebik.  Abang ngah...abang ngah. Rupanya tinggi  citarasa abang  sepupunya yang selama ni orang anggap dia  lelaki alim , ustaz macam ayah dia. Tak sangka. Perempuan yang dia minat, memanglah nampak hebat ,tapi tak ada ciri-ciri wanita muslimahpun. Nampak sosial, career women. Mana sesuai dengan stok ustaz macam abang ngah ni.
                        “Apa cebik-cebik? Mengumpat dalam hati la tu” Dalam samar-samar lampu jalan, Radin Amzar sempat perasan bibir Azam.
                        “Abang ngah suka dia eh?”
                        “Mana ada?”
                        “Lek..eleh...dengan Zampun nak berahsia...”
                        “Kamu tu kepoh tak bertempat!”
                        “Kepoh tak kepoh. Kalau ya, mahu meroyan kak long  tengok bakal adik ipar macam tu.  Mak longpun Zam rasa takkan setuju. Aisyah mungkin biasa sajalah penerimaan dia. Beza perempuan tadi dengan Nurul Fatehah tu bagai langit dengan bumi bang ngah, mesti kalah Cik Dewi tu. Gempak satu dunialah  kalau abang tetap pilih dia..”
                        That bad? Luaran boleh berubah Zam, yang penting keserasian dan dalaman kita. Sekadar nak pakai tudung, hitamkan semula rambut  sekejap saja boleh buat. Itu saja kurangnya dia, yang lain-lain sama seperti perempuan lain kan?  Lagipun tak semestinya luaran yang sempurna, dalaman juga sempurna kan?  Sesetengah perempuan sekarang pakai tudung kerana nak berfesyen, bukan ikhlaspun”
                        “Itu kata abang, Zampun sependapat, tapi  bolehkah Kak Long Hitler tu menerimanya? Dah tu Nurul Fatehah cukup segala di mata mak long. Bukan mudah abang untuk menolak !”
                        Radin Amzar terdiam. Betul juga kata Azam. Dia pun terfikir benda yang sama. Tidak ada faedah bergaduh dengan kak long, pasti kakaknya akan menang sebab   alasannya ketara kukuh. Cik Dewi  Bravo yang serba moden tu takkan mendapat tempat di hati dua wanita penting dalam keluarganya. Semua orang maklum menantu pilihan yang diharapkan!
                        Itu sebabnya Radin Amzar cuba kawal diri supaya jangan terlebih layan Cik Dewi Bravo masa pertemuan tadi. Tetapi dia sering kalah dengan perempan ni. Nak buat serius, senyum pula yang keluar memanjang. Masa Cik Dewi meletakkan semula sayur yang diasingkan  ke dalam pinggan tadi, dia  suka sangat. Cara Cik Dewi buat hatinya tersentuh. Seperti umi, yang ikhlas melayannya makan dan pujuk makan sayur.  
                        Kak long meletakkan dia di persimpangan realiti dan fantasi . Fantasi? Ya, betullah . Dia tak kenal  sangat pun dengan Cik Dewi , tapi  dah mula pasang angan-angan sampai ke Pluto. Entah-entah isteri orang ?  Huh!
                        “Tapi kalau abang ngah  ikut cakap kak long, transfer la Cik Dewi tu pada Zam!”.
                        Terburai ketawa Radin Amzar. Ada hati juga budak kecik ni. “Zam kena jadi astronaut dulu kut, baru padan dengan dia. Maintenance tinggi tu   , abangpun belum tentu capai standard
                        “Yolah! Pemilik 25 buah Restoran Nasi Ayam Bonda dia tu, mana nak padan dengan Zam yang tak punya apa-apa ni kan?”
                        “Sedar tak pe...”
                        Dalam diam-diam, Radin Amzar telahpun google tentang pemilik Restoran Nasi Ayam Bonda. Ternyata Dewi Yusra bukan calang-calang gadis. Dalam usia yang masih muda, dia telah mewarisi syarikat yang bukan sedikit pulangannya setiap hari.
                        “Patutlah abang ngah selalu makan kat situ, rupanya bukan saja nasi ayamnya ump, tuan punya kedai juga ump!”  
                        “Pandailah kau Zam...”
*********
                        Yezza! Yezza! Dia masih bujang! Confirm he is single! Projek on! ”
                        Dewi bersyukur Radin Amzar bawak budak renjung plus kuat makan   plus mulut spesies Si Nina , bercakap tak ada penghujung. Dewi nampak  banyak kali si renjung kena siku dengan Radin Amzar. Hahaha...gelihati . Nasib baik Si Renjung tu dah besar, faham bahasa sikit,  kalau Si Nina tentu dia kata kuat-kuat ‘tangan tu tak boleh duduk diam-diam  ke? Asyik  merayap je...’
                        Tak rugi bagi Si Renjung makan puas-puas. Banyak rahsia lelaki stok terhad tu dia dapat dengan mudah. Pot-pet, pot-pet Si Renjung bercerita.  Rancangan Dewi nampak gayanya so far so good.
                        Minggu  depan Dewi  akan ke fasa seterusnya. Tidak sabar! Kejutan untuk Dr  Radin Amzar...tunggu!!

4 comments: