BAB
10
Nature-lover?. Kehkehkeh...
Dewi yang anti nyamuk nak pergi jungle trekking? Saja-saja serah
badan putih gebu dia untuk
dibaham? Nak berkayak, memancing segala? Huh! Suatu yang amat di
luar alam bagi Dewi Yusra!
Dewi dah buang tabiat ? Dalam diam-diam tiba-tiba
bawa Eda dan Nina bercuti ke
dalam hutan . Kalau hutan Genting
Highland boleh diterima akal, memang itu tempat yang mereka selalu lepak. Ini
hutan yang betul-betul hutan! Kat sempadan Thailand sana. Pening Eda memikir pasal kawannya. Entah
apalah pula yang Dewi mimpi lagi hingga bawa mereka ke sini. Eda tahu, sejak
akhir-akhir ini mimpi Dewi makin menjadi-jadi.
“Kau sihat ke Dewi?”
Untuk kali yang entah ke berapa Eda mengulangi soalan ini, sejak Nissan Murano
Dewi mengghala ke Lebuh Raya Timur-Barat lagi. Di situ baru dia dapat mengagak
ke mana hala Dewi.
Percutian
ini pada mulanya rahsia , takut Eda
bocorkan destinasinya pada Encik Kamarul. Pasti akan diekori kalau lelaki bertuah
itu tahu. Dewi tak suka, Si Kamarul bukan sekadar kacau daun, tapi akan kacau pokok,
dahan dan buah sekali!
Dewi Yusra yang tengah terlentang kepenatan atas
katil sebelah terus saja memandang ke
syiling. Tidak terkutikpun dengan pertanyaan Eda. Penat dia memandu hampir lima jam dari Kuala Lumpur .
“Kau dengar tak ni?”
Risau Eda lihat Dewi yang diam terbongkang. Seluar jean dah
ditanggalkan, selamba je dia menayang peha putih gebunya pada Eda. Mujur itu
pemandangan yang biasa bagi Eda , jadi taklah kena kejutan mata. Dewi , kalau dengan Eda tak wujud
perasaan segan lansung.
“Sihat.
Lepas ni, kalau kau tanya lagi, aku humban kau ke Tasik Temenggor kat luar. Bosan nak jawab
soalan yang sama. Ninapun tak tanya benda yang sama berulang-ulang kali tau”.
Mendatar suara Dewi jawab. Kepala dipusing untuk pandang Nina popcorn yang juga tersadai di sisi.
Letih bercakap gamaknya . Wajah comel
dan polosnya menyentuh naluri perempuan Dewi . Diusap-usapnya kepala
Nina. Dia akan dapat baby lebih comel dari ini, desis hati
Dewi. Anak Dewi plus Dr Radin. Huh!
“Aku bukannya apa Dewi,
bimbang sebab kau tu tengah berubat.
Kalau bebas ke hutan jerumun mana nanti,
jadi apa-apa hal kan susah. Dahla kereta baru kau tu besar gedabak , aku mana reti nak bawa. Kalau Cik Kem ikut sama,
aku lega sikit...”
“Kau ni Eda , macam tak
kenal pula siapa Dewi Yusra yang Independent, tak menyusah orang, dan tahu
kemampuan diri sampai tahap mana. Satu lagi aku minta tolong ya...jangan sekali-kali kau bagi
tau si bahalul tu di mana kita berada . Kalau kau berani buat, aku tinggalkan
kau kat sini dengan dia, biar dibaham harimau ke , dipijak tapir ke, tidakpun
disondol badak sumbu. Binatang-binatang tu tengah mengidam janda meletop dengan mamat sengal
macam kau orang...”. Dewi gelak-gelak.
Edapun tergelak sama.“Amboi
mulut, kata anak orang... mulut sendiri lagi berterabur. Main lepas je tak tengok
tempat. Jaga-jaga sikit Dewi, kita ni dalam hutan”.
“Yelah...yelah, aku ikut
nasihat kau, moga selamat semuanya. Moga aku tak mimpi buruk dan berjalan waktu
tidur masuk hutan, amin!”. Kata Dewi sambil menadah kedua-dua tangan ke atas. Kemudian dia bangun menuju bilik air. Dia nak
mandi lepas itu hendak tinjau-tinjau
sekitar. Untung...untung, emm...harap tidak sia-sialah usahanya
Kisahnya begini...semasa godek-godek laptop Dr Radin Amzar, Dewi terbuka organiser lelaki tersebut, maka diapun
dengan sengajalah menyalinnya ke dalam thumb
drive sendiri. Buat macam harta
sendiri. Alaah...sekadar organiser, bukan Dewi curi hasil kajian yang entah apa-apa yang ada dalam
laptop tu. Dewi cuma ingin tahu aktiviti terancang encik
pensyarah itu sahaja .
Tak mudah untuk perolehi gen yang bijak...dia
kena jadi dua kali ganda bijak terlebih dahulu !
Sssyy... ada lagi
sebenarnya, Dewi juga ada menyimpan
foto-foto peribadi lelaki itu.
Manalah tahu berguna suatu hari nanti. Dan Dewi juga masih tidak memulangkan
sesuatu, tak tahulah benda itu sangat penting ke tidak sebab hingga sekarang
tuannya tidak mencaripun.
“Kau nak ke mana Dewi?”
Eda yang masih berbaring bertanya . Mata terpesona dengan kawannya yang semakin comel berpakaian santai jenama John
Lewis . Sekali-sekala tidak menyarung uniform rimaunya , Dewi tampil dengan kelainan dan gaya amat menarik.
Rambut karatnya ditocang satu menjadikan tuan punya badan seperti gadis
remaja belasan tahun sahaja.
“Keluar menikmati alam
semulajadi ciptaan Tuhan! Kau tu , bebawa segarkan badan, jangan asyik terkenang duda tak guna tu je”. Kelibat Eda dijeling dengan ekor mata
sebelum dia menghilang di sebalik pintu.
Eda, bab menasihatkan
orang pandai, itulah inilah, ada saja yang tak kena, tetapi kalau pasal
perasaan sendiri gagal! Duda brengsek tu juga yang diingatnya tika masa
terluang. Ruginya. Bekas laki berseronok dengan perempuan lain, dia yang asyik
makan hati menjeruk rasa. Hish...kadang-kadang Dewi tak fahamlah orang
perempuan ni! Kalau orang dah buang, tak perlu membazir masa untuk rindu-rindu,
cari kehidupan lain yang lebih bahagia dan gembira.
“Tujuh tahun dia bersama
aku , buat segala benda bersama, kau ingat mudah ke aku nak lupakan semua dalam
sekelip mata? Hubungan suami isteri lain Dewi, tak sama macam hubungan kau
dengan Cik Kem , boleh dicampak bila-bila masa” Itu jawab Eda bila Dewi selalu tegur dia yang asyik
mengelamunkan Si Idham.
Huh! Tak faham Dewi! Apalah yang lainnya? Lelaki tetap
lelaki! Tetap menyusahkan.
“Err...adik, jaga-jaga
boleh tergelincir ke tasik tu!” Satu suara garau tiba-tiba menerjah.
Suara itu bukan untuk menyelamatkannya malah
buat Dewi terkejut serta hilang keseimbangan diri. Sepasang tangan sasa serta merta menangkap tubuh Dewi dari terjatuh ke dalam air. Kalau
iya baru padan, tadi kemain eksyen
nak campak Eda ke dalam tasik, alih-alih diri sendiri yang masuk.
Nasib
baik Dewi sempat diselamatkan! . Sungguh Dewi tak sedar sudah jauh kakinya
melangkah hingga sampai ke tepi tasik.
“Hati-hati , jalan kena
tengok-tengok kiri kanan juga” Si hero yang menyusahkan tadi berpesan selepas melepaskan pegangannya.
“Err...you? Cik Dewi?” Dia tergamam!
“Hah? You? You pun di sini?” Chewah, buat-buat terkejut pula.
Dewi dah tahu yang lelaki itu akan berada di sini, tetapi tidak tahu yang dia
akan diselamatkan olehnya. Yang itu bukan pura-pura, terjadi secara kebetulan.
Radin Amzar tergelak.
Comelnya Si Bravo. Bisik hatinya.
Patutlah jantung asyik dup-dap, dup-dap dari tadi. Rupanya mereka berada dalam
jarak yang dekat-dekat sahaja. Apa pasal sistem badan dia jadi tidak betul bila
jumpa perempuan seorang ni?
“Tak sangka ya, di London boleh jumpa, kat dalam hutanpun boleh
jumpa . Kuatnya jodoh kita!” Mulut Radin
Amzar terlepas sebut perkataan ‘jodoh’.
“Excuse me doc?” Dewi pura-pura lagi. Kalau doktor ni percaya mereka
ada jodoh, kerja dia akan menjadi lebih
mudah selepas ini. Calon SS nya mula
menyerah diri.
“Err...maksud I, mesti ada sebab kenapa kita selalu ditemukan...”
Dewi kerut kening . “ Antaranya?”
Radin Amzar jongket
bahu. Dia sendiripun tidak tahu apa sebenarnya petunjuk Tuhan di sebalik pertemuan demi pertemuan. .
Segan pula hendak menyebut apa yang terlintas di kepala. Dia senyum. Mata Dewi ditatap. Indah! Beraninya dia kali ini. Terbang
segala masalah yang dibawa Kak Long
Zahra. Baru dia tahu aura perempuan di
hadapan, mudah sahaja buat dia lupa segala. Dewi punya kuasa untuk masuk dalam
dirinya.
Entah mengapa, Dewi
boleh ditimpa perasaan malu. Tidak tahan dengan tikaman mata Radin Amzar,
dia lalu melarikan anak mata sendiri ke
air tasik berdekatan.
“Cuti?”
“A’ah”
“Kenapa di sini ? Bukan
ada tempat shopping yang best-best
pun” Usik Radin Amzar menduga.
Tergelak Dewi. Ramai yang
tidak tahu Dewi bukan perempuan ‘kaki shopping’.
Walaupun bergelar jutawan, dalam sesetengah perkara dia amat berhati-hati membelanjakan wang yang
yang ada. Naik kapalterbangpun dia sanggup duduk kelas ekonomi, inikan pula nak
buang duit tak tentu hala, penat cari je.
Tapi Dewi suka rumah di tempat ekslusif dan kereta mahal! Kepuasan baginya. Sekadar Kondominium di Mount Kiara dan Murano
sebuah, bukanlah melampau pun. Kalau nak joli-joli
yang bukan-bukan dengan duit restoran nasi ayam, minta maaf Dewi Yusra
bukan orangnya.
“Entah...tiba-tiba pula
hati berkobar-kobar nak buat sesuatu yang lain. Nak cuba jadi nature-lover, layan pokok-pokok,
burung-burung, air hutan. Pendek kata nak tengok yang lainlah selain dari nasi
ayam! ”.
Radin Amzar ketawa. Cik
Dewi Bravo ni memang ‘semulajadi
lucu’. Gelagat dia bersahaja . “Seorang?”
Dewi Geleng. “Dengan best friend, tapi kat sini dia macam
nenek kebayan pulak asyik membebel je,
lagipun dia bawa anak, tak dapatlah nak meredah alam sangat. Jadinya I ni macam lone ranger jugaklah!”.
Lelaki di hadapan ketawa
lagi. “Jomlah join group study I.
Boleh masuk hutan berkumpulan, lebih selamat dan interesting”. Dia pelawa. Dalam
hati berharap sangat Dewi terima. Rasa
gembira sangat jika dapat bersama.
“Tak boring ke? Macam pergi dengan budak
sekolah je ?”
“Hahaha. Kalau cikgunya handsome, tak bosan kut!” Balas Radin
Amzar.
Dewi cebik. “Prasan!”.
Cutenya dia buat macam tu. Hilang semua aura garang sebelum ini. Tika ini Dewi persis remaja
nakal. Bisik hati Dr Radin Amzar. Hah? Hatinya sudah tertawan ke?
“Err...doc, dah lewat ni, I balik bilik dululah
ya...”
Radin Amzar pandang jam
di lengan. Apa pasal la masa ni cepat sangat berjalan? Baru je sepatah dua
cakap.
“Okey”
“Dinner sama?” Radin Amzar mengajak.
“Dengan kawan I
sekali?”
“Sure. I pun dengan room mate
juga”
Dewi mengangguk. Siapalah kawan dia. Harap
yang tidak menyusahkan!
Tepat pukul lapan malam,
pintu bilik Dewi diketuk. Belum apa-apa lagi Nina sudah berlari ke pintu.
“Nina! Stop!” Dewi cuba menahan, tetap tak sempat . Kaki
tangan Nina ni sama cepat dengan mulutnya. Cekap betul!
Manalah tahu, orang jahat yang di luar pintu, bahaya betul.
Mujur yang terjegat di
muka pintu , dua orang pemuda yang cukup Dewi kenal. Nasib baik!
“Dewi, abang handsome datang!” Nina jerit.
Eda dan Dewi
berpandangan. Tersengih. Boleh tahan
Nina ni, kecil-kecil lagi dah pandai menilai lelaki.
“Jom Eda...” Ajak Dewi,
gembira sebab yang bersama Radin Amzar
adalah mamat renjung. Bemakna lagi
mudah ceritanya...
Eda angkat kening,
hairan ada lelaki yang sampai datang menjemput di muka pintu. Apa sudah jadi ? Nak kata dia silap lihat si
kecil Nina dah jerit kata abang handsome,
mengesahkan yang manusia yang di muka pintu tu betul la lelaki.
Bila pula Dewi ngam dengan lelaki?
Dewi hanya jawab dengan jungkit bahu. Berbahasa
tubuh juga. Dia tahu apa yang berlegar di kepala Eda. Malas nak layan.
“Dr Radin ,
ini kawan baik I Eda, dan ini Nina, anak Eda. Ini pula Azam, sepupu Dr
Radin”. Dewi memperkenalkan kepada semua,
selepas masing-masing sudah mula menapak.
Dr Radin Amzar tersenyum
mengangguk. Puas hati dia tahu yang si kecil itu bukan anak Dewi Bravonya. Tapi hati sedikit sangsi bila
melihat pandangan kawan Dewi lain macam, tidak dapat untuk ditafsirkan.
“Dewi, kenapa tak marah
abang ni tak makan sayur?” Tanya Nina tiba-tiba merujuk pada pinggan Radin
Amzar yang kosong dari sayur-sayuran. Dewi selalu bertegas dengan Nina pasal
sayur, mesti kena makan.
Semua ketawa.
“Owh ye ke? Mama Dewi
tak perasan”. Jawab Dewi lalu mengambil sayur yang berlebihan dalam pinggannya
dan diletaakan ke dalam pinggan Radi Amzar. Buat terkejut semua yang memandang,
lebih-lebih lagi Eda dan Radin Amzar sendiri. Dengan tafsiran sendiri-sendiri.
Nina tersengih-sengih.
Tunjuk muka puas hati sebab abang handsome
kena juga makan sayur.
“Tengok ni , uncle makan sayur” Radin Amzar angkat sayur dalam sudu pada Nina.
Nina renung wajah Radin Amzar.
“Nina dah ingat la ,
inilah abang handsome masa di kedai Dewi dulu tu. Abang dah sayang Mama Dewi
ya? Sebab tu boleh datang cuti sama-sama ?”
Hah? Masing-masing
berpandangan. Azam tersengih-sengih
macam kerang busuk. Masak abang ngah dengan budak perempuan ni...
best...
ReplyDeletebest la.
ReplyDeletecpt2 smbung ye.
wahhh best2..... so sesuaiii dr radin dgn dewi.....
ReplyDeletehuhu...lama tunggu citer ni, akhirnya bersambung juga..
ReplyDeleteapapun mmg terbaik!
Best Giler!