DEWI YUSRA yang memakai baju dan seluar sukan
Adidas, di tambah ‘hoodie’ jaket John
Lewis , kedua kaki bersarungkan kasut
sukan Nike serta kepala ditutup
dengan cape , juga dari jenama Nike , membuatkan kehadirannya nampak berbeza dalam kumpulan dari universiti seramai tujuh orang itu,
termasuk seorang renjer hutan sebagai pemandu arah. Penampilannya yang lebih berjenama dan sophisticated menarik perhatian banyak mata untuk tertoleh-toleh ke arahnya.
Di
fikiran masing-masing tertanya-tanya siapakah gadis canggih yang diangkut
Professor Madya Dr Radin Amzar . Tidak pernah-pernah pensyarah gilaan perempuan
di di fakulti Sains Hayat itu buat
perangai seperti ini. Mesti si gadis sangat-sangat istimewa. Duduk dekat-dekat
, cakap perlahan-lahan, seperti pasangan yang tengah ada ikatan perasaan.
Huih! Ada hati yang sedang terbakar dengan situasi itu...
Hehe...rupanya Cik Bravo
alah dengan agas dan nyamuk! Ingatkan perempuan brutal tak kisah semua tu.
Belasah lelaki boleh, takkan boleh kalah dengan binatang kecil ?
Klik! Sekali lagi punat
Nikon DSLR ditekan. Gambar-gambar candid Dewi
sudah banyak dirakamnya. Nak buat apa, dia pun tak tahu, dia mana ada akaun
twitter mahupun facebook apatah lagi akaun instagram. Tapi hati dia riang
sangat! Riang seperti rama-rama
berterbangan.
“Bebawalah jimat-jimat
bateri tu abang ngah, nanti nak ambil gambar bunga pakma abang tu, udah bermasalah...” Bisik Azam di telinga dengan nasihat menyindir.
Radin Amzar bagi satu
jelingan tajam sebagai ganti perkataan ‘Menyibuk!’. Memang sibuk sungguh! Dari
malam semalam lagi setelah tahu Cik Dewipun ada di di Pulau Banding ni dia
asyik la menyakat itu ini . Sama juga dengan si kecil yang dibawa Dewi , main lepas jer mulut dia orang. Tak tahu lansung
nak jaga hati orang-orang tua.
Kalau awal-awal dah tahu Cik Dewi Bravo ada di sini, Radin Amzar takkan sekali-kali ajak si penyibuk
tu datang sama untuk teman. Asal-asalnya bawa Si Azam dengan alasan untuk
mengelak dari selalu didekati pelajar sarjananya , Razita yang...ooh , seorang
perempuan yang sangat merimaskan!
Kalau ada Azam,
sekurang-kurangnya dia tidak berseorangan. Azam akan selalu dekat dengannya,
jadi Si Razita akan segan sikit.
Tidaklah melampau-lampau gedik seperti di fakulti, lebih-lebih lagi di makmal ataupun
bilik pejabatnya. Perempuan sekarang... sangat berani. Menyeramkan!.
Cik Dewi Bravo lain! Brutal pun dia cute dan lucu. Tak gedik. Tidak jelek. Yalah tu...
Yang
jelas, sikap Cik Dewi ni selamba dan
natural sahaja, tidak terhegeh-hegeh atau mengada-ngada untuk menarik perhatian
lelaki. Sebab itu Radin Amzar selesa berkawan, dia lemas dengan
perempuan-perempuan yang cuba menggodanya. Bukan perasan, tetapi itulah hakikat
dan hati dia tak boleh terima. Baginya
perempuan tak perlulah ‘over’ sangat
kalau ya pun sudah jatuh cinta tahap langit ketujuh sekali pun, cukuplah
sekadar klu sedikit-sedikit, bebawalah kawal yang selebihnya. Lelaki , sepatutnya yang mengambil tindakan
jika diapun ada perasaan yang sama. Sebaliknya,
dia akan berdiam diri, dan perempuan tu harus tahulah kedudukannya di mana. Tak
gitu?
Chewah! Radin Amzar...bukankah
dia yang selalu dikutuk kak long sangat lembab fasal perempuan? Diam-diam
dia selama ini sebab berprinsip.
Konon-konon...
Mata Radin Amzar
tertumpu pada adik sepupunya yang merapat dengan Cik Bravo. Tengok tu, pantang
leka sikit, mulalah Azam nak ambil kesempatan! Radin Amzar cepatkan langkah
supaya sama dengan mereka berdua di hadapan. Peluang merapat seharusnya untuk dia, bukan
untuk budak yang masih berhingus, tak sesuai. Betulkah dia orang yang sesuai?
Ke perasan sendiri?
Orang
lain sebahagian jauh ke hadapan, dan sebahagian lagi ketinggalan di
belakang. Mereka bertiga berada di
tengah-tengah dalam kumpulan tersebut.
“Opps..”
Tangan Radin Amzar
spontan tarik lengan Dewi bagi menyelamatkan gadis itu dari tersembam ke tanah. Kaki Dewi tersadung
akar kayu yang menjalar . Untuk
sekali lagi Dewi diselamatkan. Semalam dan hari ini.
“Hati-hati you...”
Nasihat Radin Amzar lembut, selepas itu. Mata coklatnya tunak sahaja pada
wajah Dewi. Tak ada rasa segan lansung.
“Thanks” Muka Dewi kemerahan. Dia terpaksalah! Kena buat-buat salah
langkah untuk tarik perhatian. Selalunya, Dewi steady je, tak ada pun nak terpelecok sana sini walau dengan kasut
tumit tinggi empat inci.
“You...jauh lagi ke tempat nya?” Dewi tanya. Saja nak tunjuk rupa
letih untuk sampai ke tempat bunga yang nak dikaji tu.
Sudah jauh berjalan meredah hutan. Kehijauan dan keindahan alam memang memukau
mata, kakinya tak ada masalah, bab-bab
melasak ni , dia okey aje. Cuma satu yang dia tak tahan... nyamuk di sini tak tahu duduk diam,
asyik la nak hinggap ke muka dan lehernya sahaja. Nasib baik kawasan lain dah kena tutup habis-habisan
dengan baju dan seluar, hingga hujung jari pun tak nampak. .
Radin Amzar senyum. Mata
dia mencerlung pada gadis comel di hadapan. “Nak kata jauh tak , tapi dekat sangatpun tidak. Dah penat?”
Dewi menyengih. Takkan
dah nak mengaku kalah kut. Dia kan perempuan brutal yang tak kalah di mata
lelaki. Dia cuma ingin menarik perhatian. Itu je...
“Kita rehat kejap ...”
Pelawa Radin Amzar.
“Err... tak perlulah, I
okey. Tak best la tertinggal di
belakang . Kalau boleh I nak jadi orang pertama tengok refflesia , bunga kebanggaan
you tu. Entah apa-apa, begitu banyak bunga kat bandar sana, yang dalam hutan ni
juga you cari...”
Radin Amzar tergelak .
Azam pun.
“Betul kata Kak Dewi.
Abang ngah ni macam orang sewel pun ada. Menyusah-nyusah badan nak buat kajian benda macam tu. Buat ajelah
kajian tentang bunga raya ke, bunga kertas ke, kan mudah, bersepah-sepah je kat
tepi-tepi jalan”. Sampuk Azam bila reda tawanya. Dia sudah menggelar Dewi ‘kak’
dari malam semalam , semasa makan malam yang dikuasai oleh mulut dia dan
si becok Nina.
“Habis tu, yang kau
sibuk nak belajar fasal bulan bintang, planet yang tak dapat dicapai tu apa
pula Zam? Kenapa tak belajar fasal
tanah, batu bata, parit-parit kat keliling Zam aje? Lagi mudah, tak gitu?” Soal Radin Amzar . Kening diangkat-angkat pada
adik sepupunya.
Azam sedikit
terkulat-kulat untuk balas balik kali ini.
Dewi terhibur dengan gelagat dua bersaudara di
sisi. Jarang dia boleh bergembira dalam
kumpulan lelaki. Selalunya muka dia tegang
saja bila berhadapan para lelaki
lebih-lebih lagi yang perangai ulat bulu bila memandangnya.
Apa-apapun
, dalam diri Dewi tegar dengan waspada. Sifat
yang ditanam padu dalam hati sejak umur tujuh tahun, jangan mudah-mudah percaya
pada lelaki. Tidak akan ada lelaki baik dalam dunia ini. Semuanya sekadar mengambil kesempatan, ambil kesempatan atas
kelemahan si perempuan.
Radin Amzar hulur
sebotol kecil air mineral pada Dewi.
Ambil dengan sejuring seyuman . Proses menggoda kan, kenalah banyak
senyum. Lepas dapat nanti, tahulah dia apa nak buat. Diteguknya sekali air untuk basahkan tekak.
‘Tak adil betul abang
ngah ni, Zam yang dah nazak kehausan setitik air pun tak diberi...”
Dewi tergelak. Terus dihulurkan botol airnya yang
baru berluak sedikit. Kalau Azam tak kisah teguk . “Tak sangguplah tengok Azam mati terjegil mata depan kak”.
“No..no, you take this...” Radin Amzar bagi botol di tangannya, dia
capai pula botol yang Dewi hulur pada
Azam. Terus dia teguk air , bekas mulut Dewi. Entah kenapa dia buat macam tu, diri sendiri
pun tak tahu, Cik Dewi tu bukan
siapa-siapa untuk dia cemburu bagai.
Azam juih bibir. Overlah abang ngah ni, buang tabiat ke apa, tahu dek kak long
mampus! Kak long dah pasang calon, dia sibuk nak berkenan pada orang lain. Out of specification pulak tu. Haru.
Dewipun terkedu. Tak
sangka pelannya berjalan dengan mudah!
**********
“Waah...banyaknya
refflesia tengah kembang kali ni doktor. Tuah orang sebelah agaknya, semuanya
nak sambut cik adik manis yag susah payah datang meneman” Usik Encik Wadi,
renjer hutan yang jadi pemandu kumpulan
tersebut .
Radin Amzar sengih. Mata
dia kerling pada gadis di sebelah.
Dewi selamba sahaja.
Malas nak bagi respon pada lelaki yang tak berkenaan. Lelaki semua sama saja,
jumpa perempuan, mulut manis semedang. Kecuali Doktor Radin itu la. Dewi
perasan, dia lain tak baik dengan semua
perempuan. Buktinya, Razita yang
tergedik-gedik dari pagi cuba meraih
perhatian , Doktor Radin buat
biasa-biasa saja. Yang tu Dewi cukup hormat. Maknanya , dia tidak suka-suka nak buat perempuan perasan tak
tentu fasal .
Tapi reaksi ala-ala romantik pada Dewi apa
hal? Doktor tu dah jatuh suka ke? Kalau
ya...okeylah tu...Dewi cuma nak pinjam sekejap je. Lepas tu kalau perempuan
lain nak rembat, Dewi tak kisah! Kasihan juga pada mereka-mereka yang tengah
cari calon suami dari stok baik-baik.
“Yalah Wadi, nasib kita
baik sangat kali ini. Last time
datang sia-sia saja kan, satupun tak ada”
Balas Radin Amzar.
“Kan dah kata, sebab ada
pemangkin kali ni. Bukan kita saja yang bersemangat redah hutan, bunga-bunga ni
pun bersemangat nak tunjuk diri, haha”. Wadi ketawa dengan kata-kata sendiri.
Entah di mana lucunya pun tak tahu. Gelak sampai nak terkeluar giginya yang
sedikit jongang. Mata dia tak habis-habis tala pada Dewi.
“Ia sejenis tumbuhan
parasit” .Tiba-tiba sahaja suara Doktor Radin menerjah di belakang. Terperanjat Dewi dibuatnya.
“Parasit? Apa tu ?”
Dewi kerut dahi. Maklumlah dia bukan orang sains. Dia belajar pengurusan
sajian makanan, manalah tahu istilah-istilah pelik-pelik ni semua. Bukan bidang
dia.
“Adik beradik pelesit la
Kak Dewi...” Pintas Azam menyengih. “Aduh!” Perut Azam kena siku tajam. Boleh tahan
sakit. Abang ngah ni suka sangat menyalah guna kuasa. Mentang-mentang tubuh badan dia lebih sasa.
“Pandai sangat la kau
Zam! Tumbuhan dengan spesies hantu
bersaudara ke? ” Tanya Radin Amzar.
“Tak ke ? Parasit tu
pengikis. Macam refflesia ni , dia sedut je nutrien dari pokok tumpangan untuk
hidup. Tak sama ke macam pelesit yang hisap darah manusia?”
Terhambur gelak Dewi
dengar penjelasan Azam . “ Ramai ke orang mati sebab pelesit Zam?” . Gelihati Dewi , Azam ni macam baya Nina je
bercakap, cerita bohong pelesitpun dia ambil serius!
“Tu la tu, definasi parasit dah betul dah, tapi
dimasukkan pula bab tak logik pelesit , jatuh markah ! Kalau student abang , gagal”
Azam juihkan bibir. Tak
percaya sudah! Kemudian dia tersengih bila tersedar sesuatu. “ Bang ngah,
pelesit abang dah merapat, kejap lagi ada yang kena hisap darah. Cayalah!”.
Azam berbisik.
Tiga pasang mata beralih
pada sesusuk tubuh yang menuju ke arah mereka.
“Doktor Radin, kami
semua dah lama menunggu arahan untuk
ambil spesimen” .Serius suara Razita, sebaik sahaja menghampiri. Geram lihat gelagat luar alam
pensyarahnya untuk kerja lapangan kali
ini. Tak fokus, selalu tu dia yang melampau-lampau serius!
Pada
masa yang sama sempat lagi Razita kerling Dewi dengan pandangan semacam. Inilah
punca gangguan kosentrasi Doktor Radin . Minah
Saleh celup, kacau daun betul. Rupa tak semenggah, ada hati merapat dengan
bakal boy friend orang! Peliknya,
Doktor Radin macam dah syok habis kat dia. Apa? Stok perempuan baik-baik dah
pupus ke hingga dia boleh tersangkut pada perempuan macam tu?
Senyum yang dihulur Dewi, sedikitpun
tidak dibalas Razita. Radin Amzar
menyedari situasi tersebut. Hatinya kurang senang. Dia yang beriya-iya mengajak
Dewi ikut group ini, jika layanan
begini yang diberikan anak buahnya , dia malu. Tetamu istimewa seharusnya dilayan
dengan istimewa.
“Bukankah I dah brief everybody Razita? Masing-masing patut tahu tugasan
masing-masing. Ikut lay out plan seperti
dirancang. Dan ini bukan kali pertama you all buat, sepatutnya dah pro” Tegas Doktor Radin Amzar
“Banyak sangat spesimen, sampai rasa
tak confident doc. I sendiripun tak
berapa yakin. Bukan mudah kita nak jumpa banyak refflesia macam ni, dah
bernasib baik sayang pula kalau tersilap
buat. Sebab tu nak minta doktor guide
lagi.” Razita beri alasannya dengan nada manja-manja. Terliuk lentuk kepala di
hadapan Doktor Radin Amzar. Ella, si ratu rock
Malaysiapun boleh kalah .
Caranya lebih kepada nak
menunjuk-nunjuk di hadapan Dewi. Selebihnya sebagai amaran, ‘jangan kacau aku
punya doktor’.
Sungguh Radin Amzar sangat tidak berselera dengan
kegedikan Razita. Dia buat tak pandang je. Mata terus kepada ahli kumpulan lain
yang nampak sibuk dengan kerja masing-masing. Semua macam yakin . Pandai la
Razita nak ‘goreng’ dia. Ingat dia buta ke , tak boleh lihat.
Tapiii...semua pelajar yang
datang itu tanggungjawab dia, bukan
sekadar Razita seorang....
“Zam, teman Kak Dewi eh, abang ngah
nak bereskan kerja kejap”.
Azam mengangguk .“Lamapun tak apa bang...”
Bahu Azam kena tumbuk sebiji . “Jangan merayap
jauh-jauh!” . Dia hulur senyum paling manis satu alam.“Excuse me Dewi. Enjoy...
flowers and butterflies” .
Azam jeling menyampah. Gedik la abang ngah ni. Kak Dewi
tu biasa-biasa jer, dia yang nampak lebih-lebih.
“Sure... no worries” Balas Dewi lunak , dengan senyum paling manis
satu alam juga, walau hatinya tak seikhlas
mana. Stok sembahyang dalam kapalterbang ni...bukan mudah dapat, jadi
terpaksalah buat wajah mesra gitu.
Lambat-lambat
Doktor Radin Amzar berlalu dari situ menghala kumpulan pelajarnya. Razita tergedik-gedik
mengekor di belakang. Sebelum ‘blah’ dia
bagi satu das jelingan maut pada Dewi dan Azam.
“Urm mak ai...apa kes la
perempuan ni...” Rungut Azam . Yang
ni lagi sengal. Patutlah abang ngah tak layan. Harap muka je cun, tapi ‘haram’ tak pandai bawa
diri.
“Jangan mengumpat Zam,
mungkin dia ada alasan untuk bertindak macam tu”
“Alasan dia mengada-ngada! Tulah spesies pelesit! Lagi
abang ngah tak layan, lagi dia
terhegeh-hegeh. Nak menghinggap saja kerjanya. Bukan abang saja yang rimas, Zam pun turut lemas
sama...” . Azam keluarkan suara meluat.
Dewi terperli sama. Dia juga termasuk dalam
ketegori itu? Owh... tak rela untuka jatuhkan martabat perempuan yang dijulang
tinggi selama ini...
Boleh tahan perasan dua
mamat ini ya? Ahh...lelaki, memang semua mudah perasan!
.
Wahhh...best2....tak sabar tunggu versi cetakan.., hehehe
ReplyDeletebest....
ReplyDeletepandaiiiii dewi pancing dr radin errkkk..caya laaa....
ReplyDeletealahaiii awat laa ade penyibuk razita tu kak umie... kacau daun jerr
Nk sambungan lg.lmbt la tunggu versi cetak ..3 bln.
ReplyDeleteyey! ada entry baru...bestttt!!!!
ReplyDeletecpt2 sambung ya Umie. Seksa rasanya kitaorang menunggu huhu!!
Uiiii umi!! Best2....sila smbg ehh...
ReplyDeleteSufi (",)
Kelakar lah definition parasit and pelesit zam tu... :D
ReplyDeleteSeronok baca novel ni
ReplyDeleteSeronok baca, tp saya diindonesia macam mana eh nak beli novel ini.....ada yang bisa bantu tak......please
ReplyDelete