“SHARIFAH Zalia ?
Heh! Aku tak boleh nak bayangkan muka
keliru mamat tulah Lia”.
Salina masih
terkekeh-kekeh ketawa bila mengingatkan pemuda yang yang menganggu Lia Hana.
Walaupun sudah hampir seminggu lebih berlalu, bila terkenangkan peristiwa itu ,
dia akan mengusik-ngusik rakannya .
“Amboi..amboi,
tak habis –habis lagi gelihati engkau tu ya! Kena batang hidung sendiri baru
tau! Aku sampai tak jadi nak balik kampong malam tu. Dah itu terpaksa ambil
cuti esoknya, mengenangkan mak aku yang tak berapa sihat . Semua pasal takut si
biul tulah!”.
“Alah....engkau
yang perasan sendiri. Habis tu, dah dekat dua minggu berlalu, tak nampakpun
orangnya yang kacau ? Engkau tu yang takut lebih-lebih. Hee....tak kuasa aku …
perempuan perasan !”.
“Iya...lah
Lina. Aku mengaku sajalah yang aku ni perasan. Puas hati? Kau ni dari tadi melepak , tak solat Maghrib
ke ?”
“Aku
bendera merahlah!. Ehh... Lia, Aku berkenan betullah dengan si mamat biul tu! Dalam keliru-keliru dia,
tetap macho tau! Terbayang-bayang lagi wajah dia yang tampan tu. Cair hati
aku ”
“Ya
ampunnn….perempuan nii...tak habis-habis lagi ke ? Agaknya, engkau dah kena minyak senyonyong lelaki tu tak ?
Asyik teringat-ingat, kemudian tersenyum-senyum sorang-sorang”. Tempelak Lia
Hana dengan niat mengusik. Namun perhatiannya kemudian beralih kepada telefon
bimbitnya yang mengalunkan muzik sentimental menandakan ada pesanan ringkas.
“Haa...pakwe..lah
tu !”
“Banyaklah
pakwe aku Lina”
“Bukan
pak we, yang bertenet tiap malam tu apa? Jangan pula kau cakap perempuan, kalau nama samarannya pun dah abang ?”.
“Engkau
ni....dari kecil berkawan, masih tak kenal aku ya ? Ini ..... Wanee...ha. Engkau ingat
tak budak Wanee yang buat latihan
praktikal tempat kita tahun lepas ?
“Huh...Budak kurus melenking tu ? Takkan aku tak ingat
!”.
“
Mulut engkau nii...... ada-ada saja.
Wanee tu dah habis belajar. Dah dapat kerja di kawasan perindustrian tempat kilang kita
juga Alhamdulillah, rezeki dia. Baru je keluar universiti, terus dapat kerja. Kalau tak kesian juga,
adik-adik ramai nak tanggung . Bapa dia
pula asyik buat perangai saja.”.
“
Baguslah ! Tapi engkaupun banyak rekomenkan diakan ? Kalau ada kekosongan di
tempat kita, mahu engkau seret dia kerja bawah engkau kan
? Dia dah kerja kawasan ni , seronoklah engkau. Ada kawan pusing Taman Tasek tu”.
“
Ehh....Lina, bukan setakat Taman Tasek saja aku nak pusing, Bukit Larut tu pun
aku dah lama nak naik tau! Harap engkau
teman, berlari atas tilam ajelah jawabnya. Dah sebulan lebih
aku pindah sini, tak teringinpun engkau nak temankan. Nak pergi seorang aku
takut lagi. Tapi kalau aku dah biasa nanti, seorangpun aku redah ”.
“
Aku kalau pasal riadah ni, kau jangan ajaklah . Elergik!. Tapi kalau bab makan tak apa. Kau jangan lupa
ajak. Bila-bilapun aku tak tolak”. Salina
berdalih sambil tersengih-sengih . Lia Hana mencebik . Dah tahu daaah…
“
Eh Lina, sebut pasal makan ni, baru aku teringat, aku ada jemputan makan
tengahari dengan pelanggan dari Indonesia
tu. Mr Calvin yang minta aku wakilkan
dia sebab dia kena pergi ke Kuala
Lumpur. Kau temankan aku ek ?”
“Mana
?” Girang muka Salina
menerima pelawaan .
“
Dekat je .....Taiping Golf Resort tu aje , boleh ek ? Nanti aku minta kebenaran
dari bos kau, takut selesai lambat sikit ”
“Okaylah tu. Kau tahu jawapan aku kan ? Takkan tolak kalau
bab makan ni”.
“
Iyalah.....tengok badanlah...ya ?”.
“
Lia....Kalau pasal bab badan kau jangan sentuh. Isu sensetif!”
“Okay...okay...Janji aku tak sebut lagi.
Biarlah engkau makin membesar dan terus membesar. Tapi engkau makin montel makin comel dan berseri pula aku nampak !”
Sebiji
bantal kusyen corak hitam putih mendarat ke
badan Lia Hana. Dia membalas balik perbuatan Salina dengan pukulan bertalu
menggunakan bantal yang sama sebanyak
tiga kali, pantas masuk ke bilik untuk membuat aktiviti alam mayanya.
**********
SALINA menguis-nguis kaki Lia
Hana di bawah meja, dan memberikan isyarat mata supaya memandang ke
arah meja di sudut yang agak terceruk di hadapan mereka . Namun segala isyarat yang cuba disampaikan itu seperti sia-sia
belaka kerana teman karibnya itu amat khusyuk melayan bual pelanggan yang diamanahkan oleh Mr Calvin Choo, Pengarah Unit Kawalan Kualiti dan
Perkembangan Produk merangkap bos baginya.
Lia Hana begitu tekun mendengar dan memberi
pendapat jika perlu. Kiranya jamuan makan tengahari ini adalah salah satu
agenda perniagaan, bukan untuk bersuka-suka. Sebab itulah dia memberi seratus
peratus tumpuan kepada pelanggannya. Di samping dia dan Salina, yang hadir bersama ialah Pengurus
bahagian Jualan Mr Vincent dan Pengurus Perkembangan Produk Mr Leong. Tetamu
perniagaaan dari syarikat gergasi Indonesia itu pula dua orang,
menjadikan penuh satu meja makan untuk enam orang. Salina
dibenarkan datang di atas alasan untuk
merekod agenda yang perlu, menggantikan
setiausaha Mr Calvin. Oleh kerana agenda perbincangan pihak pengurusan ini tidak
difahaminya, maka dia mengambil kesempatan untuk menharapkan butir-butir dari
Lia Hana kemudian nanti, dan sekarang hanya mahu menikmati makanan yang lazat
di samping menjamu mata.
Bengang
kerana tiada sebarang tindak balas dari teman sebelah, Salina melayan mata dan perasaannya sendiri
sendiri dengan memerhati kelakuan lelaki
tersebut. ‘Tampan dan nampak bergaya…Jikalah aku dapat, alangkah bertuahnya. Cara dia makan, cara dia pegang
sudu dan garpu, cara menyedut minuman,
huh….Macam orang kelas atasan!
Agaknyalah! sebab aku mana pernah tengok betul- betul. Dalam drama melayu banyaklah , macam lelaki dihadapan inilah, caranya.
Agaknya dia ini bukan orang sini. Nampak
lain benar gayanya. Baju kemejanya nampak kemas, kelihatan dari yang berjenama.
Makanpun di hotel, seorang diri pula tu. Tapi betullah, tak nampak macam
orang jahat pun? Apasal si Lia ni takut sangat..ha. Ahh! Dia tu
memang penakut sebenarnya, walaupun gayanya penuh keyakinanan. Sikit-sikit
takut. Tak padan dengan pangkat dan muka lawa….. Panjang dia bermonolog di
dalam hati.
Tiba-tiba
peha Salina
terasa sakit . Jari jemari runcing Lia
Hana telah menjalankan tugas denagan baik sekali bagi menyedarkan si gadis yang
jauh belayar entah ke benua mana.
“
Dah sampai ke mana kau berangan ni ?”. Lia Hana berbisik, Salina
tersengih-sengih bila tersedar. Tetamu Indonesia
sudah minta diri untuk pergi bersama Mr Vincent dan Mr Leong. Mereka
datang dengan satu kereta, sementara Lia Hana menggunakan keretanya sendiri.
“Engkau
ni Lina, tak boleh di bawa ke majlis!”. Lia Hana merungut dengan suara
perlahan. Salina tersengih-sengih, menyedari kesalahan diri
sendiri. Kemudian matanya membulat seperti terkejut. Sambil mencuit bahu Lia
Hana , matanya menghalakan kepada lelaki yang menarik perhatiannya sejak tadi.
Lelaki
tersebut yang telah selesai menghabiskan makanan ,menyisip baki minuman, kemudian mengelap mulupnya dengan tisu ,
dengan tiba-tiba juga memandang ke arah mereka. Matanya tertancap kepada Lia
Hana. Kedua-duanya seperti tergamam. Saling berpandangan lama.
“Hhmm...ehhmm....Lia, kau dah terpikat ke ?
Itulah, lain kali jangan kata aku kena minyak senyonyong. Engkau pun sama ”. Salina berbisik
memulangkan paku buah keras.
“ Miss Hana.....Miss Hana, Thanks God you masih ada disini. You balik terus ke pejabat kan
? Boleh you beri dokumen ni kepada
Madam Tang ? We all berempat nak terus
pergi ke kilang pembekal di Bagan”. Mr Leong yang tiba-tiba datang semula seperti sedikit
terjeritkan nama Lia Hana untuk
meminta pertolongan.
“
Okay Mr Leong, tiada masalah”. Lia Hana mengangguk serta membalas kata dengan senyuman, lalu tangan
mencapai beberapa buah fail plastik yang mengandungi dokumen di dalamnya, yang
dihulurkan oleh lelaki cina awal empat puluhan itu. Namun dalam masa yang sama, sempat juga dia terperasankan pandangan tajam
lelaki tadi, yang perlahan berlalu di hadapan mereka
“Lina , dah pergi mamat tadi ? Sengaja dia
memastikan lagi.
“Dah....Kenapa? Dah rindu?”
Lia
Hana hanya menjeling tajam, tanda memprotes usikan kawannya. . Dia
memulakan langkah untuk ke parkir
kereta, bilamana Salina
merengek-rengek meminta untuk ditunggu, kerana dia terpaksa ke bilik air , tak boleh tahan-tahan lagi.
“
Kamu ni Lina, selalu tak menyempat-nyempat. Bukan jauhpun pejabat kita dari
sini. Beberapa minit sahaja. Tu..pun tak
boleh tahan. Aku tunggu dalam keretalah. Boleh buka penghawa dingin dulu”.
Salina tersengih-sengih mengangguk, laju menghala ke tandas yang terletak agak jauh dari situ. Lia Hana juga laju
mengatur langkah ke keretanya . Masuk ke dalam kereta, terus mengunci pintu,
menghidupkan enjin , memusing punat pengawal penghawa dingin ke tahap hampir maksima, lalu membuka sedikit cermin kereta
bagi mengeluarkan hawa panas yang terperangkap di dalam kereta. Tanpa disedarinya, selang sebuah kereta ,
ada sepasang mata yang sedang memerhati
.
Apalah
perempuan ni buat dalam bilik air tu. Lambat benar. Rungut Lia Hana dalam hati.
Hajatnya hendak sampai cepat ke pejabat kerana ada banyak kerja tertunggak yang
perlu dibereskan. Laporan bulanan bagi jabatannya perlu disiapkan pada hari ini juga, sebelum habis waktu
pejabat. Hatinya lega bila terpandang kelibat Salina yang
terkocoh-kocoh menuju ke arah keretanya.
“Engkau
keluarkan semua yang engkau makan tadi ke ? Buat rugi aje . Aku tunggu berzaman
tau !” Lia Hana mengusik .
“Alaah.....Sekali-sekali
engkau berkorban untuk aku apa salahnya. Lain kali aku bayarlah budi kau tu
Lia”. Selamba sahaja jawapan Salina.
Sememangnya persahabatan mereka sentiasa ada senda gurau dan sindir menyindir,
tetapi tidak pernah mereka terasa hati .
“
Ehh....Lina, aku rasa mamat tadi ikut kereta kitalah. Dulu kau nampak kereta
dia BMW warna kelabu kan
?”. Lia Hana acap kali memandang kepada cermin pandang belakang keretanya.
Cemas hatinya juga apabila didapati kereta di belakang itu
mengikut sahaja ke mana keretanya pergi. Salina
juga menoleh ke belakang untuk memastikan .
“A’a....lah,
Lia. Kereta warna itulah yang mamat biul tu bersandar hari tu. Isshh...rupa
pemandunya lebih kuranglah. Betul...lah itu dia”.
“Apa
kita nak buat ni Lina ? Aku rasa tak
sedap hatilah!”
“Hissh....Kamu
ni Lia. Tenanglah! Suka gelabah tak tentu pasal. Dia bukan buat apapun. Cuma
menggunakan jalan yang sama dengan yang kau guna. Itupun nak takut sangat”.
“
Iyalah.....jalan ni semua kereta boleh guna, tapi takkanlah jalan terpencil
untuk ke kilang kita pun, dia guna juga. Ini untuk orang-orang kerja kilang
macam kita je tau!”.
“
A’aa....lah Lia. Habislah engkau kali ni, dia dah tahu tempat kerja . Esok-esok
boleh tunggu kat luar pagar masa kau balik. Nanti-nanti , aku tak boleh
menumpang kau lagi. Nampak gayanya kenalah naik skuter balik”.
“
Engkau ni.....Aku serius , engkau nak buat lawak pula!”.
“Dah
tu, engkau ni penakut sangat. Biarlah dia ikut . Sekurang-kurangnya, bagi peluang pada orang kaya pikat kau “.
Salina menoleh ke belakang
lagi untuk melihat kereta yang mengekori mereka. Ketika itu mereka sudah
menghampiri premis kilang , tempat mereka bekerja.
“Ehh....Lia,
cuba
kau tengok dia dah bagi signal ke kananlah”.
Lia
Hana cepat-cepat mengalih mata ke cermin, dan
melihat kereta mewah itu membelok kanan, masuk ke pintu kilang perabot
‘World Furniture Corporation’, yang terletak bertentangan dengan kilang
mereka. Dan dia juga tidak lupa untuk
memberikan signal membelok ke kiri.
Sejenak Salina terdiam. Bagai tidak percaya dengan apa
yang dilihat. Sebentar kemudian ketawa
besarnya meletus, sehingga dia menekan-nekan perut dan berair mata.
“Sudah-sudahlah gelak tu Lina. Berpada-padalah sikit. Dah
banyak angin yang masuk ke badan kau”.
“ Ambik kau, perasan!. Kan aku dah cakap, dia guna jalan yang sama,
kau tak percaya. Perasanlah yang dia nak mengekor kau yang cantik manis, ada lesung pipit ni”.
“ Iyalah., iyalah ...aku cuma berhati-hati saja. Manalah
tahu.....”.
Salina
tidak habis-habis lagi dengan rasa lucu di hatinya. Ketawanya masih bersisa.
Naik bengang Lia Hana jadinya Dia bagi jelingan tajam ,sementara tangan pantas
mematikan enjin kereta yang telah siap dipakir di petak khas untuknya. Tapi
mujur juga lelaki tadi sejalan dengannya,
sekurang-kuarangnya rasa takut tadi telah hilang. Jika tidak mahu tidak
boleh tidur malam nanti. Biar pecah perut Salina
mentertawakannya tidak mengapa, asalkan dia rasa dirinya selamat dan jauh dari
gangguan gangguan seperti ini. Itulah yang ada difikirannya saat ini. Rasa lega
dan bersyukur sangat, walaupun kelihatan agak lucu apabila diingat.
***********
SYED
Azeem seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya waktu tengahari
tadi. Di dalam hati masih menyatakan bahawa gadis yang ditenung tajam itu
adalah Sharifah Zalia. Terasa berdesing telinganya apabila terdengar seorang lelaki cina menjerit nama si gadis ‘Miss Hana....Miss Hana’. Bererti
sangkaannya selama ini seratus peratus salah. Mungkin dia yang berilusi. Dua
minggu lepas, gadis itu telahpun mengatakan bahawa namanya adalah ‘Lia Hana’,
tetapi dia masih tidak dapat menerima kenyataan, walaupun ada sedikit kegusaran
di hati. Terpandang sahaja wajah gadis tersebut, dia menjadi yakin semula
bahawa itu adalah Zalianya .
Tidak
mengapalah jika gadis tersebut bukan Zalia yang telah meracuni hatinya itu.
Tetapi entah kenapa dia terasa amat tertarik dengan figura gadis
tersebut. Dan auranya sungguh menakjubkan
.Seakan memberi semangat yang berbeza padanya. Ini adalah kali kedua
secara tidak sengaja dia telah terserempak dengan gadis ajaib ini. Entah apalah
rahsia Tuhan apabila mempertemukan dia pada kali kedua . Malah tempat kerja si
diapun dapat diketahui dengan mudahnya.
Tidak jauh!. Amat tidak jauh! Di hadapan pejabat dan kilang miliknya sahaja.
Semenjak
pertemuan pertama yang penuh salah
sangka tempoh hari, dia selalu berdoa semoga ada pertemuan lagi. Dan sebentar
tadi, telah menjadi kenyataan! Segala
persoalan di mindanya sedikit sebanyak telah terjawab. Malah, sepanjang dua
tahun dia berada di sini, dia tidak pernah hilang fokus terhadap kerja, kecuali
ketika ini, dengan kehadiran figura yang penuh tanda tanya itu. Dan di
hatinya, dia amat mengharap semoga ada
lagi pertemuan yang ketiga dan seterusnya.......
P/S : Skema kan bahasa? Harus gitu sebab ianya ditulis sebelum UATN lagi, sebab selepas tu baru Umie belajar2 cara menulis gaya santai2. Apa-apapun ...layaaannz je la eik, sekadar hiburan...
best kak umie... x sabar tgu utk seterusnye...
ReplyDeletebetul tu hajar, best kan?
ReplyDeletetakderlah skema sangat rasanya K.Umie.. (pendapat saya yg tak pandai menulis novel ni, pandai baca jer...)
jauh mencari, lama menunggu next pertemuan, tup2 tempat kerja Lia Hana dekat je dengan Syed Azeem... adalah peluang untuk terus bertemu nanti :-)
Thanks, K.Umie...
* dah baca KTAR edisi raya di penulisan2u, best & sweet bangat! rindu kat Abg Zen dan Indah... :-)
Umie.. suka laa dgn cerita ni walau baru baca Bab 2.. kenapa tak mau diteruskan dlam bentuk buku.. buat laa.. huhuhu.. nak baca smpai habis...
ReplyDeletengeee hehehe lia nie sngt2 penakut...huhuhu
ReplyDeleteAwatt lia ni...penakut sgt...dia xde pakwe ke kak umie...
ReplyDelete