TEPAT jam enam petang, Lia Hana terkocoh-kocoh
menuju ke keretanya, sehingga panggilan
Faiz, seorang Teknisyen dari Bahagian Penyelenggaraan , yang memanggilnya
beberapa kali tidak didengarinya. Dia terpaksa berkejar ke bangunan Maybank dan
seterusnya ke Hong Kong Bank bagi memasukkan deposit wang pembayaran kad kreditnya. Hari ini adalah hari terakhir
bagi dia menyelesaikan , dan jika tidak caj bank akan dikenakan pada keesokan
harinya. Dia tidak menggunakan perkhidmatan ‘online’ untuk Hong Kong Bank
kerana tidak mepunyai akaun simpanan
dengan bank ini. Kerjanya mudah jika
berkaitan dengan bank Maybank atau bank
CIMB, kerana dia boleh menggunakan
perkhidmatan ini di pejabat atau di rumah sahaja. Namun, dia lebih suka
menggunakan kad kredit Hong Kong Bank, walaupun terpaksa bersusah payah ketika
waktu pembayaran semula.
Niat
di hatinya untuk ke pejabat semula, kerana ada sedikit masalah di bahagian
pengeluaran yang perlu di pantau , sehingga tamat operasi pada pukul sebelas malam. Selepas makan
tengahari tadi ,sepetang dia berada di dalam bahagian pengeluaran,
menyelasaikan masalah pemperosesan yang tiba-tiba menyimpang dari spesifikasi
yang ditetapkan. Berkerjasama dengan semua Penyelia , juga dengan kehadiran
Bahagian Penyelenggaraan, mereka memerah otak, dan akhirnya dapat menyelesaikan
masalah seterusnya mengelakkan
pembaziran dan kerugian. Lega rasa hati akhirnya, walaupun badan terasa amat keletihan selepas itu.
Sewaktu
dia sampai di Maybank untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM , kilat dan guruh
mula menyambar dan berdentum di langit, dan tiba-tiba hujan turun dengan
lebatnya. Mujur dia mendapat tempat
parkir betul-betul di hadapan pintu, kerana kebetulan ada sebuah kereta beredar
dari petak itu. Dia berlari-lari anak ,tanpa memandang kiri kanan untuk masuk ke dalam bangunan bank tersebut, walaupun agak terhalang dek tembok lonkang yang agak tinggi. Masuk ke dalam, dia mengibas-ngibaskan
sedikit dengan tangan renik-renik air
hujan yang mengena pakaian seragam merah hitamnya. Tanpa disedari, setiap perlakuan dan
tingkahlakunya ketika itu diperhatikan
oleh sepasang mata tanpa berkedip-kedip.
Setelah selesai kerjanya dengan mesin pengeluar wang berkomputer di situ, dia
dengan langkah pantas ingin menuju semula ke kereta. Niat untuk cepat terhalang oleh deringan telefon bimbit
yang berada di dalam beg tangan besarnya .
Lalu dia tercari-cari di mana telefon kecil itu berada, dengan tangan
kanan sementara di tangan kirinya tersedia tergengam kunci kereta yang sudah
sedia untuk digunakan. Oleh kerana masa yang diambil untuk mencari agak lama,
maka setelah di dalam genggaman, telefon tersebut tidak lagi berdering.
Lia
Hana malas hendak ambil pusing siapakah pemanggilnya. Dia ingin segera
menyelesaikan tugas peribadinya kini. Dia melangkah pantas sambil mencampak
semula telefon ke dalam beg. Dalam
keadaan agak kelam kabut tersebut, kunci
kereta di tangan kirinya terlepas, dan terus masuk ke dalam lonkang besar
melalui celahan jaring-jaring besi
penutup. Lia Hana panik. Arus air yang
amat deras terus membawa kuncinya, sehingga tidak dapat dilihat dan dikesan,
apatah lagi untuk memungut semula.
Gosshh...
Wajah
yang sedia keletihan itu makin pucat dengan kejadian yang tidak disangka itu.
‘Alahai , kenapalah lalai sangat waktu ini. Macam manalah boleh terlepas dari
tangan. Macam-macam malang
hari ini’,gumamnya dalam hati. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Melihat
ke dalam lonkang tersebut, tiada lansung
bayang-bayang kuncinya itu.
“Cik
?”, Tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapannya yang tertundunk mencari-cari
itu. Lelaki tersebut memandang kad nama syarikat yang tergantung di lehernya,
yang memaparkan nama dan jawatannya
dengan jelas sekali.
“Cik
Lia Hana, boleh saya bantu?” Dia bertanya lagi, siap dengan nama penuh untuk
mendapat perhatian lebih, agaknya.
“Err….kunci…err…kunci
kereta saya dah di bawa arus”. Dengan suara sedih dan wajah kecewa Lia Hana bersuara, tanpa memandang ke arah penanya.
“
Saya rasa, dah tak dapat cari dah. Kunci lain ada? Maksud saya kunci pendua ?”.
“
Err….Ada…Ada,
tapi di rumah”. Lemah lagi suara kedengaran.
“
Kalau begitu, mari saya hantarkan cik untuk ambil”. Pelawa lelaki itu pula.
Mendengar
pertolongan yang ditawarkan, Lia Hana terus mendongak kepala untuk melihat
orang yang begitu baik terhadapnya di saat-saat amat berharga ini.
Terkejut dia!. Baru sedar bahawa
lelaki yang perihatin saat ini mamat
biul. Bulat mata dia memandang lelaki
tersebut.
“Err….
Err…Cik sudi tak ?”Teragak-agak dia bertanya lagi, sambil matanya mengarahkan
kepada keretanya yang di parkir di belakang kereta Lia Hana.
Dengan
lemah, Lia Hana mengangguk. Apa alasannya untuk menolak.? Kawasan ini tidak
dilalui teksi, sementara bas pula bukan laluan untuk ke rumahnya. Hari pula
sudah hampir senja. Sedangkan masalah keretanya perlu di tangani segera. Lemah
langkahnya menuju ke kereta BMW kelabu, seiring lelaki tersebut . Hujan hanya
tinggal rintik-rintik di situ. Lia Hana kaget bila mamat biul membukakan pintu
dan menyilakannya masuk ke dalam kereta
mewah itu. Beberapa minit kemudian, kereta bergerak meninggalkan kawasan bank
tersebut.
“Err….Mana
rumah Cik ?”
“
Taman Saujana, Lorong Hijau, nombor 26”.
“
Okay….Dekat saja tu….Jangan risau”.
Lembut
suara yang keluar.
Telefon bimbit Lia Hana menyanyikan irama shahdu lagi, minta
diangkat. Tanpa berlengah,dia
menyelongkar beg besarnya lagi, tetapi kali ini nasibnya agak baik kerana mudah
mencari.
“Assalamualaikum, Faiz….. kenapa ? ….Ya? Saya ada hal yan tak dapat dielakkan ni……Faiz
berhentikan dulu mesin tu, buat pemeriksaan, nanti dalam dua puluh minit lagi saya sampai buat adjusment……Okay, terimakasih…bye”
“ Budak dari kilang…..ada masalah sikit”. Tanpa ditanya,
Lia Hana memberitahu . Lebih kepada berbahasa sebenarnya, kepada pemilik kereta
mewah itu yang merangkap sebagai pemandunya . Syed Azeem sekadar
mengangguk .
Sememangnya
rumah dia tidak jauh dari situ. Lima
minit perjalanan mereka sudah sampai di hadapan rumah. Kala itu, hujan agak lebat
juga turun. Syed Azeem tertoleh-toleh ke
bahagian belakang, dan tangannya menarik sesuatu, lalu dia menghulurkan sekaki
payung kepada Lia Hana. Lia Hana menerimanya dengan sedikit senyuman. Ikhlas ,
kerana dia rasa lelaki itu juga sangat ikhlas. Kemudian dia tercari-cari
sesuatu di dalam beg tangannya.
“Kunci rumah ada dalam kereta ke ?”
Seperti
tahu-tahu sahaja Syed Azeem bertanya.
Lia Hana mengangguk lemah. Sedikit keluhan kecil terlepas oleh si
gadis. Kecewa sangat bila memandang
rumahnya. Kemudian wajahnya bertukar ceria bila lampu ruang tamu rumah menyala,
dan kelihatan kelibat Salina
dari pintu cermin gelongsor depan. Wajahnya beralih kepada Syed Azeem,
memberikan senyuman yang amat manis. Di ketika itu, anak mata masing-masing
terpaku berpandangan , dan ada getar dalam dada . Lia Hana terlebih dahulu
mengalah dengan mengalihkan pandangan untuk membuka pintu .
“Err….Saya
tunggu , nanti saya hantar ke kereta Cik Hana semula”.
“Tak
perlulah encik. Menyusahkan encik sahaja. Nanti saya uruskan sendiri. Tolong
hantar ke sinipun seribu rahmat untuk
saya. Terima kasih banyak-banyak” Laju Lia Hana berkata untuk menolak.
“Tak
apa. Tak susah. Hujan ni, lagipun cik nak cepatkan?” Syed Azeem memancing
dengan mengingatkan Lia Hana tentang panggilan telefon sebentar tadi. Hendak
dengan tidak, gadis itu terpaksa mengangguk tanda bersetuju. Dalam keadaan
hujan begini mustahil dia boleh membonceng skuter Salina untuk mengambil keretanya semula.
Masuk ke dalam rumah, kepoh Salina
mengekorinya untuk bertanya itu ini.
Hairan sangat dia melihat Lia Hana boleh balik ke rumah dengan menumpang
kereta mamat biul tersebut. ‘Bila masa pula mereka berbaik dan berkenalan
?Hairan bin ajaib. Kenapa dia boleh tidak tahu ? Desis hatinya.
“Lina, kau jangan tanya apa-apa. Aku nak cepat . Balik
nanti aku cerita dari A sampai Z”. Lia Hana mendahului percakapan kerana naik
rimas dengan gelagat dan muka tanda tanya Salina.
Dia dengan pantas meluru ke bilik ,
membuka laci dokumen, dan mencari-cari sesuatu di dalamnya. Beberapa minit kemudian dia mengenggam
segugus kunci dan dengan tergesa-gesa juga keluar. Lina masih mengekorinya juga
hingga ke muka pintu. Wajah berkerut , penuh persoalan yang belum berjawab.
“ Aku balik lambat , kena pergi kilang lepas ni. Masalah
tadi masih belum selesai”.
“Sampai pukul berapa ?”
“Entah, mungkin sampai sebelas malam. Aku pergi dulu
ya…”. Sambil menjungkit bahu Lia Hana menjawab. Lalu mencapai payung dan menuju
ke kereta Syed Azeem yang masih lagi menunggu. Kelihatan dalam samara-samar
senja dan rintik hujan, Syed Azeem tidak lansung melepaskan peluang
memerhatikan gelagat Lia Hana dan temannya.
“ Minta maaf, basah kereta encik…”. Lia Hana tersedar,
payung yang dibawan masuk ke kereta mengalirkan air hujan ke dalam kereta mewah
tersebut.
“ Tak mengapa. Sudah biasa. Sini selalu hujan. Saya sentiasa sediakan payung
dalam kereta. Tempat yang mudah dicapai”.
“ Iya. Taiping sememangnya kawasan yang paling banyak
hujan di Malaysia.
Saya tidak rasa sangat , sehinggalah berpindah
ke sini. ”.
“ Oohh….Cik bukan
orang sini ke ?”
“ Orang sini sebenarnya, tetapi baru berpindah balik
menetap di sini hampir dua bulan yang lalu
saja. Sebelum ni belajar dan bekerja di KL”
“Oohh…”
“ Encik orang sini juga ke?”.
“ Tak…Tak……Saya dari KL , tetapi dah dua tahun lebih
tinggal di sini”.
Jawab Syed Azeem pantas. Sekejap sahaja , mereka sudah
sampai ke tempat di mana kereta Lia Hana diparkir. Lega hati gadis itu kerana
keretanya masih ada disitu, bermakna tiada
siapa yang menjumpai kuncinya. Bimbang juga dia tadi, jika kunci itu
tidak di bawa air , kemungkinan keretanya boleh dilarikan orang.
“Err…Encik, apa perlu saya bayar ya, untuk pertolongan
ini ? Saya betul-betul menghargainya”. Lia Hana memandang Syed Azeem. Lelaki
ini, payah untuk tersenyum. Itu yang difikirkan dalam fikirannya.
“Hmm….Saya tak minta apa-apa. Pertolongan kecil yang
ikhlas”
“ Janganlah macam tu….Malu saya. Tak kenal encik pun,tapi
sehingga boleh membasahkan kereta ni
…ha”.
“Okay….Kalau Cik Hana rasa terhutang budi, boleh kita
bertukar kad nama ? Dan lain kali jika
kita jumpa lagi , tolong panggil saya Azeem. Itu saja, dan kiranya jika cik
setuju, bermakna kita saling tidak berhutang “.
“Okay, saya
setuju. Walau macammanapun, saya amat berterima kasih pada encik……err Azeem. Jika bukan dengan pertolongan Azeem,
susah juga saya Err…Boleh panggil saya
Lia ataupun Hana, tak perlu bercik…cik ya !”.
Lembut
Lia Hana berkata, sambil tangannya mengeluarkan sekeping kad nama dari dompet
duitnya, lalu dihulurkan kepada lelaki
itu. Mereka sudah bertukar kad nama masing-masing.
“Sama-sama Hana…. Hmm sedap nama tu”. Ulas Syed Azeem
bersahaja.
“Saya keluar dulu ya…”
“Okay….Hati-hati.
Hari dah nak gelap ni”.
“Terima kasih”
Syed Azeem menunggu sehingga kereta Lia Hana bergerak.
Gadis itu membunyikan hon perlahan dan mengangkat tangan tanda terimakasih sekali lagi kepadanya,
sebelum memecut laju menuju ke destinasinya. Di dalam hati Syed Azeem ada
bunga-bunga bahagia yang selama ini tidak pernah dialaminya sejak dua tahun
lebih yang lalu. Tanda-tanda keriangan telah kembali beraja dalam jiwa.
Betapa kuatnya tarikan seorang wanita. Tetapi cuma dari wanita yang istimewa,
tidak semuanya sama….
p/s : Citer ni sekadar suka2, Umie tak ada niat untuk memanjangkannya ke versi cetak ...sekadar syer citer lama Umie. Istimewanya , citer ni banyak sentimental value pada diri sendiri...back grouund pun banyak di Taiping kan...dan basicly citer ini berdasarkan kisah benar yang Umie cuba olahkan (sebab tu tak menarik sangat- umie tak pandai untuk jadikan kisah benar attractive- kalau imaginasi , lebih berkesan...), Enjoy semua...
Alrighttt....bab baru ni baru nampak interesting skit sbb Lia dh mula berinteraksi secara terus dgn Azeem...tak sabarnya nk tau sejarah Azeem ni......
ReplyDeleteThanks kak...sye ske jln cter dia...harap2 lpas ni hana bleh bkwan dgn azeem yer....
ReplyDeleteK.Umie... based on citer sebenar tapi diolah dgn cantik, lagi menarik untuk dibaca dan dinanti... :-) Cantik jer, Azeem yang tolong Lia, dah tau kat mana Lia tinggal.. :-)
ReplyDeleteThanks, nanti sambungan seterusnya...
wah based dri citer sbnar...nie yg menarik nie...klu k.umie x nk pnjg kn dlm versi cetak,k.umie smbung dlm blog je...hehe sy sedia menanti...
ReplyDelete