“LIA ?”.
Tidak
ada sebarang tindakbalas terhadap panggilan itu.
“Lia
? Lia?”
Lia
Hana menoleh kepada lelaki yang menyebut namanya itu. Sedikit terkejut Merenung
seraut wajah tampan di hadapan. Memang betul
itu panggilan untuknya. Setelah tiga
kali pangkal namanya disebut, terasa dia tidak salah mendengar. Masalahnya, ia
keluar dari mulut lelaki yang entah dari mana munculnya. Tiba-tiba mengejar dan
memanggil-manggil. Saat ini, otaknya
bekerja keras mengingati ,jika pernah
mengenali jejaka ini. Gagal! Tiada lansung memorinya terhadap orang ini.
Memanglah kacak ! Tetapi entah siapa-siapa . Berani pula menjerit namanya
ditengah-tengah kebisingan dan orang ramai begini.
“Lia
? Macam mana boleh ada di sini ?”
Hah?
Lia Hana masih terpinga-pinga seperti tidak percaya lagi. Lelaki ini
betul-betul mengenali dia ke? Sekali lagi dia mendongak memandang wajah
tersebut. Lelaki itu tersenyum mempamerkan gigi putih berseri serta tersusun rapi. Hendak
tidak hendak bibirnya terpaksa mengungkapkan kata yang lahir dari tindakan otak
dan perasaan yang telus.
“Saya
kenal awakkah ?”
Lelaki
itu membulatkan mata kepadanya. Seperti
kurang percaya dengan soalan pendek yang
lahir dari bibir mungil itu.
“Heh?
Takkan dah lupa abang ? Tahulah abang bukan pilihan Lia, tapi takkan sampai tak
kenal dah ? Sampai hati Lia buat abang begini . Sedih abang…”.
Berkerut
dahi Lia Hana. Mamat seorang ini, rupa memikat hati, tapi mungkin wayar
ingatannya ada yang putus agaknya.
Datang entah dari mana, tiba-tiba mengaku mengenali dirinya. Siap dengan
muka sedih-sedih dan kecewa lagi. Namun
nama yang disebut itu sememangnya betul.
Lia!. Itu panggilan untuknya!
“Encik
salah orang agaknya. Saya betul-betul tak mengenali encik. Minta maaf ya”.
“Lia
? Sampai hati …..Jika tak sukapun, janganlah kata tidak mengenali abang”.
“
Sungguh encik, saya betul-betul tidak kenal”.
Lia
Hana enggan berlama-lama berteka-teki dengan lelaki tersebut. Orang biul, detik
hatinya. Kakinya pantas sahaja melangkah
untuk bergerak. Kebetulan matanya telah
terperasan Salina yang melambai-lambai tangan dari
restoran makanan segera berhampiran.
Lelaki tersebut masih seperti tidak percaya
dengan kata-katanya. Tangan Lia Hana dicapainya.
“Hissh! Apa ni ?.
Sediki
terjerit suara Lia Hana. Terkejut lalu.spontan merentap kembali tangannya. Pantas mempercepatkan langkah
masuk ke restoran menuju ke meja yang
diduduki Salina
bersama dua orang gadis yang lain. Sedikitpun dia tidak ingin memandang kembali
lelaki yang berlaku kurang sopan terhadapnya tadi. Lelaki
tersebut juga seperti terkejut dengan tindakannya sendiri. Akhirnya
hanya matanya sahaja yang mampu mengiringi langkah pemergian Lia Hana
sehingga ke dalam .
Agak
tercungap-cungap Lia Hana ketika manarik kerusi dan melabuhkan punggungnya
disitu. Salina juga terdiam memerhatikan kawannya dan
seketika kemudian membuang pandang kepada lelaki itu, yang masih terpaku
memandang ke arah mereka.
“ Siapa dia lelaki macho di luar tu Lia ? Kau tak pernah
cerita pada akupun? Macam drama pula aku tengok kau orang berdua. Siap
tarik-tarik tangan lagi”.
“Entah Lina. Orang
sewel agaknya. Akupun tak kenal”.
“Takkanlah tak kenal boleh sampai macam tu sekali. Tengok
tu….dia masih pandang-pandang engkau!”.
“Dia ada lagi ke kat luar tu ?”.
“Ada….lah. Tampan sangat….Lia”.
“ Hiss…Engkau ni Lina. Aku ni seramlah ! Tapi dia kenal
aku. Dia panggil aku berkali-kali.
Sumpah aku tak kenal dia . Seramlah aku Lina. Dia siap cakap macam orang
putus cinta lagi…..Aku rasa dia macam tak betul saja. Ataupun tengah kecewa
bercinta. Habis apa kita nak buat ni Lina ?”.
“ Engkau tak nak ke berkenalan dengan dia ? Aku boleh
lambai dia masuk. Dia masih memerhati tau !”.
“ Engkau Lina, kalau nak buat lawakpun, biarlah kena pada
tempatnya. Entah siapa-siapalah tu. Dia dah berkurang sopan dengan aku,
maknanya dia bukan lelaki budimanlah ! Jadi engkau jangan nak memandai-mandai”.
Lia Hana bertegas
sambil mata menoleh ke arah dua orang gadis di hadapannya. Baru dia perasan
kewujudan mereka berdua. Mereka juga terdiam ataupun terkejut menyaksikan babak
drama singkat sebentar tadi.
“Eh….Maaflah Siti. Datang sini nak raikan hari jadi Siti,
tak sangka pula kena bermasam muka tadi”.
“ Tak apa kak. Ada
juga hiburan . Kelakar juga. Akak ni…ke mana pergi mesti menarik perhatian kaum
lelaki. Cemburu perempuan lain”.
“ Hissh….Siti ni. Kalau dapat lelaki yang bagus tak apa,
kakpun suka, ini yang wayar putus datang cari kak. Buang masa kau orang nak
cemburu. Eh , Ini kawan Siti ke
?”.
“ Iya kak. Kawan baik dari sekolah lagi, Norlia. Dia
kerja di bangunan sebelah. Promoter”.
Senyum lebar
berbalas diantara Lia Hana dan
Norlia. Berbual-bual ringan , berkenalan.
Pada pandangan kasar, Lia Hana
kurang menyenangi dengan perawakan kawan Siti ini. Seperti ada sesuatu
yang tidak kena di mata dan hatinya. Lia Hana kemudiannya mengalihkan pandangan
kepada Salina
yang seperti tidak berada seiring dengan mereka.
“ Hei kawan. Ke mana kau pergi ? Sudah-sudahlah tengok
mamat biul tu”.
“ Dia dah pergilah…. Lia. Kesian pula aku tengok. Lama
dia perhatikan engkau sebelum pergi. Entah-entah dia memang kenal engkau tak?
Cuma engkau saja yang hilang ingatan. Maklumlah, kena paksa balik kampong oleh
mak kau.”.
“ Iya…lah tu. Tak apa , anggaplah aku hilang ingatan!
Asalkan kau jangan terpikat dengan mamat tu. Engkau ni Lina, pantang jumpa
lelaki macho sikit, mulalah hilang pertimbangan. Ada ke kawan baik sendiri kau kata hilang
ingatan ?”.
“ He..he..he. Maaflah Lia. Tapi engkau tak hairan ke dengan kelakuan
mamat tu tadi? Macam mana dia boleh tahu nama engkau ?”
“A’aa yek ? Macam mana dia tahu nama aku ? Misteri juga ya?”
“ Kau ni Secret
admirer dia tak ?”
“ Kalau ‘SA’ selalu terserempak Lina. Setahu aku , ini pertama kali aku jumpa dia. Akupun
baru sebulan pindah sini. Mana sempat
orang nak pandang”.
“ Alah…Lia, orang cantik macam kau, kejap aje boleh buat
orang jatuh hati dan merana tau. Lainlah ….orang macam kita ni. Betul tak Siti,
Norlia?”.
Budak berdua itu cuma tersenyum . Bersetuju tidak,
membantahpun tidak. Sudahnya Salina mencebikkan bibir, dan ketawa
sendiri-sendiri.
“Terimakasih Kak Lina, belanja makan hari ini”.
“ E’eeh, memang akak yang belikan Siti, tapi duitnya kak
Lia yang punya. Duit dia lagi masyuk dari akak. Akak ni Penbantu Tadbir saja.
Dia lainlah, Pengurus, Duit berkepuk-kepuk”.
“ Aku ikhlaslah Lina. Tak payahlah engkau
ungkit-ungkit pasal duit aku dalam bank
tu. Kesian Siti. Nanti tercekik pula dia. Belanja makan,tapi menyebut-nyebut.
Macam tak ikhlas pula ya ?”
“ Siti tak apa kak. Terimakasih banyak-banyak Kak Lia.
Kakak berdua selalu layan Siti dengan baik. Dah bagi makan, ada hadiah pula .
Tak terbalas Siti”.
“ Tak ada apa…lah Siti. Sikit aje tu. Tak luak duit kakak
Lia kau ni…”
Salina
masih hendak menyakat Lia Hana . Namun, bagi Lia Hana, ianya perkara biasa yang
didengarinya. Sikap Salina memang begitu. Terlebih ramah dan juga terlebih
berani. Kadang-kadang naik rimas dibuatnya, tetapi rindu pula tanpa
kehadirannya. Namun, dia mempunyai sekeping hati yang jujur dan penyayang. Itu
yang membuatkan Lia Hana boleh bertahan bersahabat dengannya sejak sekian lama.
“Lepas ni Norlia nak belanja Siti tengok wayang. Akak
berdua nak ikut ?”.
“ Oh ya ke? Nak tengok wayang ? Kak Lia tak dapatlah
Siti. Kena balik rumah mak. Dia kurang sihat . Kau Lina macam mana ? Nak tengok
wayang juga ?
“ Aku nak balik rumah kitalah. Kau hantar aku yek?”.
“Untuk kau Lina, apapun aku snggup. Siti jangan balik
lambat sangat ya!. Lepas menonton terus balik. Tak selamat, kalau jauh malam
sangat”.
“Iya kak”
“
Kami pergi dulu Siti, Norlia. Jaga diri ya!”
Lia
Hana dan Salina
beredar setelah menghabiskan makanan mereka, meninggalkan dua gadis remaja yang
mempunyai agenda mereka tersendiri di Pusat membeli belah tersebut.
“Lia!.
Tunggulah….Engkau ni, kalau bab berjalan, tak tahu perlahan-lahan”.
Lia
Hana memperlahankan langkahnya supaya dapat beriringan dengan Salina. Padanya, bukan dia yang berjalan
laju, tetapi Salina
yang amat perlahan pergerakannya. Suka sangat memerhati kiri kanan, sana sini.
“
Lia…Kau nampak tak apa yang aku nampak ?”
“
Apa dia Lina ? Tak semua yang kau nampak dapat dilihat aku tau!”
“
Tu..tuu…Cuba
kau pandang sebelah kanan”.
Bisik Salina perlahan. Tanpa berlengah, Lia
Hana memalingkan kepalanya ke sebelah kanan. Matanya menentang sepasang mata
redup yang tengah merenunginya. Berderau darahnya.
“Ya Allah!. Mamat biul tu ke ? Kenapa kau tak cakap dari
tadi?”.
“Akupun baru perasanlah dia tengah mengekori kita.
Agaknya dia menunggu dari tadi tak?”
“ Hissh. Apa yang dia nak ha….Lina? Kau ada idea tak ?”
“Aku tak nampak dia macam orang jahatpun. Kau tanyalah
dia baik-baik. Tu dia tengah datang ke arah kita. Kalau kau berkasar, takut
jadi lain pula nanti”.
“Aku takutlah Lina”.
“ Sini ramai oranglah! Jangan bimbang”.
Lelaki tersebut menghulurkan senyuman, yang dibalas
sedikit pahit oleh kedua-dua gadis tersebut.
“Saya minta maaf pasal tadi. Saya tunggu ni sebab nak pastikan,betulkah cik tak kenal
saya ?”.
Hati Lia Hana sedikit lega dengan ucapan maaf tersebut.
Namun, tidak bermakna dia tidak perlu berhati-hati lagi. Dipegang erat tangan Salina, sebagai
persediaan, jika berlaku perkara yang tidak diingini.
“Betul. Saya tidak kenal encik . Tapi nama saya
sememangnya Lia”.
“ Syarifah Zalia?”
“Bukan. Saya Lia Hana. Betullah ….encik dah salah orang”.
“Oohh….Maaf. Pelanduk dua serupa rupanya . Maaf ya ?”.
“ Tak apa. Mungkin iya kut! Pelanduk dua serupa. Kami
pergi dulu ya ?”.
Lia Hana terus menarik tangan Salina dan berjalan laju menuju ke arah
tempat parkir kereta. Sesampainya ke kereta Toyota Vious hitam miliknya, mereka terus masuk
dan dengan segera dia menekan
kunci pintu supaya tidak dapat dibuka dari luar.
“ Serik aku berjalan dengan engkau tau Lia. Kut ya pun,
tenang-tenanglah!. Apa yang engkau nak takutkan. Orang ramai lalu-lalang. Ini tidak , engkau heret aku macam budak
kecil !”.
“ Aku takutlah Lina. Macam-macam orang ada kat luar ni”.
“ Aku tak nampakpun lelaki tadi macam orang jahat. Kalau
kau tak nak layan dia, paslah pada aku. Ini tidak, kau lansung tak bagi peluang….”
“Ooi cik kak ! Peluang apanya ? Hari dah malam. Hendaknya
dia tu peragut ke , dihulurnya pisau kat leher engkau tu , apa kau nak buat ?”.
Salina
membuang pandangannya ke luar. Tidak memberi tindakbalas kepada kata-kata
kawannya. Matanya tertanchap kepada sekujur tubuh bersandar di sebuah kereta
mewah sedang memandang ke arah mereka.
“Lia. Dia ada lagilah !. Tuu ….Kau nampak tak ? Bersandar
di kereta BMW tu”.
Saat itu, dada Lia Hana amat berdebar-debar. Sampai ke
aku ke rumah emak malam ini , fikirnya. Dibuatnya lelaki itu mengekorinya, dan
menahan di tengah-tengah jalan bagaimana?. Jalan ke kampongnya pula sunyi
dan agak gelap.
“Lina, aku tak jadi balik rumah maklah malam ini….”.
Waahhhhhh......episode 1 je dah buat saya hooked....cayalah kak umie...
ReplyDeletebest!xsabar nak baca bab seterusnya.
ReplyDeleteWah...awal2 lagi dah "mengancam" citer kak Umie ni... Hish, mamat handsome dgn BMW?? saperlah dia ni..
ReplyDeletehopefully lepas ni akak update lagi sambungannya di blog ni, ye? Thanks kak.. :-)
Rozie, hehe...thanks, citer lama ni
ReplyDeleteFarra83...ti kak masukkan bab 2 ya
Seog wanita... : A'ah , memang kak akan masukkan dlm blog ni aje citer ni..
Ni nk marathon bc novel ni mlm ni gak.. Hehe. Mmg best la
ReplyDeletefirst time bce novel nie...hehe sy dh terpikat pd jaln cerite nye...
ReplyDeleteBEST SANGAT
ReplyDeletebest..
ReplyDelete